webnovel

Episode 38 : Pesta Cahaya

Beberapa hari berlalu sejak kejadian kiss mereka. Darra tidak lagi menemui Alfareeze lagi kerana lelaki itu dikhabarkan sibuk dengan tugas ketenteraan dan akademi. Hanya khabar sahaja yang Alfareeze sampaikan kepada Anthony terus kepadanya. Yang mana Darra amat lega kerana tidak perlu menemui lelaki menyakitkan hati itu lagi.

Dan masa yang ada Darra habiskan untuk belajar dan menyiapkan kerja yang Marvin hantarkan kepadanya.

Untuk hilangkan tekanannya, pada hari minggunya, Darra keluar dari rumah setelah dijemput oleh Pearl. Kebetulan pada pagi itu,Pearl membawa Darra ke pekan untuk sambutan pesta cahaya yang sering diadakan setiap tahun pada satu bulan ni. Biasanya pada hari itu ramai penduduk akan memeriahkan majlis di pekan awal hari lagi.

Kebetulan waktu petang. Memang penuh kawasan pekan itu dengan penduduknya.

Berdandan indah seperti biasa, dua orang gadis tersebut jalan sekitar pekan dengan berjalan kaki saling bergandingan tangan. Sekejap singgah di gerai manisan, sekejap singgah di gerai mainan. Apabila penat. mereka berdua duduk sekejap di bangku sekitar tempat jalan pekan dan menikmati makanan yang mereka beli sepanjang perjalanan tadi.

Berpayungkan pokok rendang di tepi jalan, dua orang itu berteduh.

         "Kita patut singgah kedai jual kasut...."tunduk Pearl membetulkan dressnya supaya selesa duduk di bangku bawah pokok tepi jalan.

         Darra membetulkan sanggulan kecil pada rambut palsunya. Oleh kerana sudah terbiasa berambut pendek, bila berambut panjang ni jadi cepat rimas pula. "Aku rasa macam nak tanggalkan je rambut ni.."

          "Eh!Mana boleh...rambut kau tu pendek macam lelaki...aneh la nanti kalau kau pakai dress tapi rambut pendek..."Pearl menyua kepingan gula cair ke depan mulut Darra. "Ahh...nganga..makan ni sikit. Biar hilang stress kau tu.."dia tersenyum comel.

Darra pun menurut. Sekali, baru sahaja Darra hendak mengangakan mulut, satu suara menyapa dari arah belakangnya.

           "Cik Muda Pearl!"

Terbantut niat Darra. Dia mengatup mulutnya semula dan memandang penuh terror ke muka Pearl di hadapannya waktu itu. Macam kenal aje suara tu?

Pearl pun ikut tersentak. Perhatiannya dilarikan ke arah sekumpulan lelaki yang berjalan menuju bangku tempat dia sedang duduk. Rupa-rupanya mereka adalah rakan sekelas Darra. Tuan muda dari keluarga bangsawan yang terkenal dengan niat hendak menjadikan Pearl sebagai pasangannya.

Datang sudah ulat-ulat bulu ini.

          "Tuan Muda Bian...hai."sambut Pearl dengan senyuman terpaksanya. Macam dah tak ada hari lain apa nak berjumpa. Sudahlah rakan baiknya ini tiada mood. Kalau mereka ada di sini tak ke mencari fasal namanya. "Awak semua pun ada di sini ke?"dia berbasa basi sambil mengerling risau ke Darra yang begitu kejung dihadapannya. Rasanya dia make up Darra dengan cantik, jadi tidak mungkin la mereka boleh kenal siapa Darra!

            "Jodoh betul kita ya...bertemu di sini pula."seloroh Bian dengan ceria.

           "Hahah...iya..bertuah sangat."balas Pearl berbaur perli.

Semakin lama semakin mendekat Bian ke arah mereka.

Dan Darra dapat merasakan dirinya dalam bahaya!Begitu takutnya Darra waktu itu. Dia cengkam kuat kain dress di peha mencari sokongan. Adakah identitinya bakal terdedah?

            "Tidak sangka ya kita boleh bertemu di sini...banyak-banyak tempat-"Bian berhenti bercakap setelah dia terpandang akan gadis yang indah mengenakan dress biru cair di hadapan Pearl waktu itu. "Cik Muda Pearl bersama dengan siapa ni?"senyumnya tidak semena.

Pearl pandang ke Darra lalu ke Bian. Jadi bingung sendiri tidak tahu hendak berkata apa. Pantang betul bertemu dengan gadis cantik tau Bian ni!Alasan kenapa dia sentiasa menolak lamaran lelaki ini.

            "Sepupu saya. Dia baru datang jauh dari luar negara. Memandangkan dia datang ke sini..saya bawa dia bersama ke sini.."dalihnya seyakin yang boleh.

Darra menelan air liur gemuruhnya dengan susah payah. Jangan dicam sudah!

            "Ohh...siapa pula cik muda ini?"bukan main lagi manis suara Bian waktu itu.

Berasa tidak percaya yang pembuli dia boleh berubah sikap dengan mendadak kerana seorang perempuan, Darra pun memalingkan mukanya kepada mereka semua di situ. Amboi-amboi!Lembutnya bersuara. Macam tak percaya aje yang mereka ini adalah lelaki sama yang sama mahu menyusahkan hidupnya di akademi!?

Bertentang mata saja mereka dengan Darra. Masing-masing terpegun. Terutama sekali Bian.

             "Hai...saya Bian."senyum Bian selepas itu tidak berkedip dari memandang Darra. "Boleh kita berkenalan?"

Darra pandang tidak suka akan Bian. Matanya naik turun memandang judging. Terkejut sangat ke? Patut ke dia sambut atau menolaknya?

             "Maaflah...sepupu saya ni pemalu orangnya.."Pearl mencelah sambil merangkul lengan Darra.

             Bian pandang dengan mata terkedip-kedip laju. "Tak apa..saya faham."suka melihat so called sepupu Pearl. "Cik Muda berdua saja?Kami dalam perjalanan untuk ke tapak dataran. Kalau sudi ayuh la gerak sama dengan kami."

Pearl tertawa kecil kerana lucu melihat reaksi Bian waktu itu. Ini baru sikit aje, cuba bayangkan kalau Bian tahu Darra ini siapa?Mesti bukan setakat terkejut aje! Lantas dia pun bangun apabila Darra sudahpun bergerak hendak pergi dari situ.

            "Maaf ya. Kami ada banyak lagi tempat untuk di lawat, nanti kami akan ke sana dengan sendiri..."dengan sopan Pearl bowing kepada mereka sambil mengangkat sedikit kain dressnya.

Tapi tidak Darra, dia malah pandang akan Bian dengan renungan berdendamnya. Dasar lelaki hipokrit!

           "Jumpa lagi Cik Muda Pearl.."balas mereka yang lain di situ segan silu.

           Sementara Bian pandang ke wajah cantik dengan renungan serius itu sebelum mengangguk kepala. "Selamat jalan kalau begitu..."balasnya.

            Berjalan sahaja mereka berdua dari kumpulan Bian, Pearl merapat ke Darra lantas berbisik. "Hei Darra.."

            Tidak memandang Pearl, Darra jeda pendek. "Hm??"dia sedang termenung ke depan memikirkan sesuatu. Ya!Sesuatu yang buatkan dia sedar dan bulu romanya mula meremang.

             "Kalau Bian ada di sini, adakah itu bermakna pelajar lelaki lain di akademi kau itu ada di pekan ini juga?"soal Pearl menyuarakan apa yang Darra menungkan tadi.

Takkanlah!

Berdiri kejung Pearl dan Darra di depan pintu masuk diner ketika itu. Mereka tidak menjangkanya.

Kenapalah mereka lupa mengenai hal sepenting ini!?

Kepala Darra mula berpinar hendak pitam kerana melihat kebanyakan pelajar lelaki akademi dia memenuhi ruangan makan dalam diner itu. Paling parahnya, Alex pun ada sekali. Namun lelaki tersebut tidak perasan kerana sedang sibuk berbual.

          "Cik muda berdua sahaja?"tegur seorang pelayan yang muncul tiba-tiba di kanan Darra.

Membulat mata Darra kerana kemunculan tiba-tiba pelayan itu. Matanya terus naik turun kerana terkejut. Ingatkan siapa tadi. Ish, buat terperanjat aje la.

           "Ya...kami berdua saja."angguk Pearl dengan kekok sebab dari tadi dia aje yang kena bercakap.

            Darra apalagi, dia tarik tangan Pearl."Jom kita keluar Pearl..."memang tidak la dia mahu menetap di tempat sama dengan mereka yang dia sudah tidak bertemu beberapa hari ini.

             "Ah....okay-"

Dan saat Pearl serta Darra berpaling mahu ke pintu, entah bila ada yang turut berjalan masuk melalui pintu tersebut lantas berlanggar dengan mereka berdua pada masa yang sama.

Muka Pearl mencium dada orang depannya.

Sementara lengan Darra terlanggar badan yang muncul tiba-tiba dari tepinya.

             "Auw!"dengan serentak mereka berdua mengaduh lalu pandang ke hadapan masing-masing.

             "Maafkan saya-"ucapan Pearl terhenti apabila dia bertentang mata dengan sepasang mata berkening lebat dan hitam di depannya. Terkejut dibuat perlanggaran tadi.

Darra berkerut kening kerana menyedari siapakah orang yang dia langgar waktu itu.

              "Mengejutkan sekali...kita bertemu di sini Cik Muda Pearl."senyum Marvin, lelaki yang dilanggar oleh Pearl.

Dan Darra menahan nafasnya kerana Marvin ada di situ.

              "Ah-ya..maaf tentang tadi.."ucap Pearl tersipu malu. Dia rangkul lengan Darra lalu ditarik rapat kepadanya. Nak buat apa ni?Anak Dekan Lorenzo pulak ada di sini?Kecil betul pekan ni!?

Waktu itulah Marvin pandang ke arah Darra. Bertentang mata saja mereka berdua, Darra cepat-cepat memandang ke arah lain. Malu nak bertentang mata memandangkan Marvin paling kerap dengan dia. Jadi lelaki itu pasti dapat cam dia dengan mudah!

             "Dah nak gerak pergi ke Cik Muda Pearl?"tanya William lelaki yang Darra terlanggar pula.

            Pearl pandang ke Darra, gelabah kerana dia risaukan identiti Darra saja di situ. "Ya..kami nak keluar, pergi dulu ya...." pamitnya dengan kekok. "Jom Darra.."

Masih tidak memandang ke arah Marvin, Darra terus bergerak keluar dari situ apabila Pearl menariknya ke pintu.

           "Siapa tadi tu?"William berpusing ke belakang memandang belakang kepala berambut beralun hitam sebelah Pearl dengan kagum. "Kenapa aku macam pernah nampak muka tu ya?"

Sementara Marvin, lelaki itu pandang ke arah cermin kaca diner,perhatikan pemergian dua orang gadis itu dengan senyuman di bibir. Jadi itu Darra?Cik Muda Darra Emerson?

          "William, cari meja...aku keluar sekejap!"pesannya sebelum berlari keluar dari situ.

          "Kau nak ke mana?"tanya William memerhatikan Marvin keluar dari pintu.

Keluar saja dia dari pintu, Marvin pandang ke kanan diner.

           "Cik Muda Pearl...tunggu!"laungnya di situ.

Pearl pun berpusing serta merta. Dia pandang Marvin dengan kening terangkat tinggi sebab terkejut bila suara enak merdu itu memanggil namanya.

           "Ya?"sahutnya dengan nafas tertahan. Handsome pula anak dekan Lorenzo ni sampaikan dia yang lihat senyuman di wajah Marvin sama-sama ikut tersenyum.

Awalnya, mata Marvin terarah pada Darra yang tidak berpaling. Dia mahu melihat muka sebenar Darra lama sikit. Jadi dah alang-alang berjumpa ni, apa salahnya! Lantas dia senyum saat pandang ke Pearl pula.

            "Kalau cik muda berdua tak kisah, sudi tak makan bersama kami?Nanti boleh kita ke dataran sekali?"pelawanya.

Betapa sejuknya hujung jari jemari dia waktu itu. Darra begitu cemas. Dia terbayangkan wajah Marvin semasa lelaki itu memandangnya. Perasan ke Marvin tadi?Tapi tidak mungkin la lelaki itu dapat mengecam dia. Sedangkan Bian sendiri tidak cam!

Pearl sudah seperti orang dipanah cupid cinta. Tersengih senang dengan ajakan Marvin.

Mestilah sudi!

            Pearl palingkan kepalanya ke Darra pula. "Apa kita nak buat ni Darra?"bisiknya. "Aku terminat pulak dekat kawan kau yang seorang ni.."sengihnya dengan sembunyi.

            "Kau serius sekarang ni Pearl?"bisik Darra tak percaya dengan Pearl.

             "Alah....jom la. Sekejap je."

            "Aku tak boleh...aku nak balik sekarang Pearl.."Darra pegang tepi lengan Pearl. Keningnya berkerut susah hati. Kalau bukan tertangkap dengan ayah sendiri...musuh dia bersepah dekat luar ni!Bahaya kalau identitinya terdedah.

         "Boleh la ya...jangan risau. Saya bukan orang jahat."beritahu Marvin lagi di depan diner. Sudah seminggu lebih dia tidak menemui Darra. Jadi hampir lupa wajah itu. Entah nasib bertuahnya, terserempak pula di sini.

          Pearl buat muka kasihan pada Darra dengan muncung di manjakan. "Kali ni je..."minta dia pada Darra.

          "Macam mana kalau dia cam aku nanti??"bisik Darra.

          "Tak...dia tak dapat cam..jom aje la. Ya?"ajak Pearl lagi. "Tak menganggu ke?"palingnya ke Marvin selepas itu.

           Dengan senyuman manisnya, Marvin menggeleng. "Sudah tentu tidak."

            "Okay..kami ikut."Pearl pegang belakang bahu  Darra, lalu memusingkan rakannya bersama sewaktu berpatah balik ke arah Marvin.

Sementara Darra waktu itu sudah seperti cacing kepanasan. Dia jadi tidak tentu arah kerana perasan renungan dari Marvin. Risau aje dia sekiranya Marvin memang cam dia! Jadi sepanjang masa bersama Marvin dan William waktu itu, lantai dan dinding tiba-tiba aje menjadi perkara paling menarik untuk dipandang.

Bab berikutnya