webnovel

Episode 34 : Kena Pilih

"Cukup Marvin...ayah tidak mahu mendengarnya lagi."

         "Tidak. Marvin takkan berhenti sehingga ayah lakukan soal ini."Marvin mengekori Dekan Lorenzo merentasi Lorong dimana rak-rak skrol berada. Sudah beberapa minit sebenarnya dia cuba berunding dengan ayahnya ini.

Dekan Lorenzo meletakkan dua buah fail ke dalam rak sebelum berjalan ke arah meja kerjanya semula. Dan Marvin di belakang mengekorinya lagi.

        "Berapa kali ayah beritahu. Ayah tidak boleh menggugurkan nama Darrius di dalam senarai pelajar akademi kita. Ianya adalah arahan diraja. Ianya tidak boleh dilakukan begitu saja seakan bukan apa-apa."

         Marvin melepaskan hela nafas tidak percaya. "Akademi ini khas untuk lelaki. Bukan perempuan. Dan ayah lihat sendiri bukan apa yang Duke Elijah lakukan pada anaknya sendiri!?"tangannya di aju ke arah pintu.

Skrol yang telah siap dikemaskini tadi, Dekan Lorenzo capai dan bergerak semula ke arah rak semula.

          "Kalau susah sangat kita beritahu saja bahawasanya Darrius itu adalah Darra..."

           Berpusing Dekan Lorenzo apabila dengar. "Kamu dah hilang akal ke?Nak sangat ayah hilang kerja ke?"

           "Habis tu dah ayah masih bertegas untuk membiarkan Darra berada di dalam akademi, ya saya tak puas hati...kan ayah kata ayah gantung Darrius untuk kesalahan dia menumbuk ketua pengawas...kalau macam tu kenapa tak buang dia terus dari akademi??"bantah Marvin.

           "Sudah-sudah la tu Marvin."

          "Apa yang sudahnya ayah...Darra tu perempuan. Dia tidak boleh berada di dalam tempat dimana semuanya adalah lelaki. Keselamatan dia adalah keutamaan kita...ini baru saja jaket yang hendak ditinggalkan...bukan pakaiannya..kalau hal lebih serius bagaimana?"

Dekan Lorenzo menyambung kerjanya semula.

        "Sebab itu ayah minta kamu untuk lihatkan dia di situ.."

         "Cuma kenapa?Kenapa Duke Elijah lakukan semua ini?"

Dengan keluhan kesal, Dekan Lorenzo berhenti dari bergerak. Lelaki itu menghadap Marvin dengan muka mengalah.

         "Ayah tidak tahu Marvin. Ayah tak tahu nak jelaskan kepada kamu kerana ayah sendiri tidak jelas apa tujuan Duke Elijah menyamarkan anak perempuannya menjadi lelaki, ayah tidak tahu kenapa Duke Elijah sanggup membiarkan anaknya masuk ke akademi ini, ayah jugak tak tahu kenapa Duke Elijah sanggup sakiti anak sendiri demi orang lain...ayah tak tahu...okay?"

Terdiam terus Marvin.

         "Apa ayah tahu, rahsia Darra dan Duke Elijah tidak boleh diketahui sesiapa sehinggalah Darra tamat belajar di akademi itu sebagai Darrius. Selain itu, kamu mungkin ada peluang yang tinggi untuk menjadi pegawai diraja nanti dengan bantuan Duke Elijah sekiranya kamu lakukan tugas kamu dengan baik..."

        "Tolonglah...berhenti bercakap tentang hal tu boleh tak?Bosan saya dengar.."keluh Marvin.

Pada masa itulah pintu bilik kerja terbuka.

         "Ayah!Ayah!Leona mahu lihat pony sekarang."muncul kanak-kanak berusia 10 tahun berjalan masuk ke situ. Melanggar Marvin tanpa disengajakan.

Pada masa itu Marvin pandang kesal ke satu arah. Mengetap bibir menahan sabar. Dia risaukan Darra, dan ayahnya sedikitpun tidak peduli semua itu.

         "Oh hai...puteri ayah. Ya..tunggu sekejap boleh. Ajak Liliana bersama nanti. Ayah mahu selesaikan sedikit kerja ayah dahulu."Dekan Lorenzo tunduk menyambut anak perempuannya itu.

         Leona tersenyum girang. "Lia bersama dengan   ibu di dapur. Mereka sedang membakar biskut.."

         "Baik...kalau begitu kamu tunggu sebentar ya. Ayah siapkan sedikit kerja ni."kepala itu di usap Dekan Lorenzo dengan lembut. Sebelum dia memandang anak lelaki 20 tahun di depan pula. "Jangan risau mengenai Darra lagi Marvin. Fokus saja pada pembelajaran kamu di akademi. Ayah dengar Bian menjadi pelajar terbaik untuk seluruh akademi sekali lagi."

          "Perlu ke ayah utamakan itu semua?Marvin risaukan Darra kerana Duke Elijah sanggup memilih orang luar sedangkan Duke Elijah tahu siapa yang bersalah di sini?"

          "Beliau lakukannya demi kebaikan semua orang Marvin. Grand Duke Noah adalah orang kuat negeri sebelah. Takkan la hanya kerana perselisih faham dia mahu menjejaskan hubungan baik dua buah negeri begitu saja?Tidak mungkin bukan?"

          "Sampai sanggup sakiti anak perempuan sendiri macam tu?"Marvin tunjuk ke Leona. "Cuba ayah bayangkan Leona atau Liliana yang ada di tempat Darra...apa ayah akan lakukan?"

Tersentak Leona. Dia dengan bingung pandang ke abangnya lalu ke wajah ayahnya. Anak patung yang dibawa bersama di peluk ke badan. Kenapa nama dia dan kakaknya yang diungkit?

           Dekan Lorenzo pandang ke Marvin bersama    renungan serba salahnya. "Marvin...ayah tahu kamu ambil berat mengenai Darra dan keselamatan dia. Tapi kamu kena tahu satu perkara ini. Apapun yang berlaku dengan orang luar, ianya bukan tanggungjawab kita untuk masuk campur. Kita sendiri ada urusan dan keluarga sendiri yang perlu di uruskan. Jadi ayah minta kamu supaya tidak terlalu serius terhadap Darra. Jika kamu ada perasaan terhadap gadis itu, cepat-cepat hapuskan perasaan kamu itu. Darra Emerson bukan seseorang yang kamu patut bergaul menjadi pasangan...kalau kawan itu masih tak apa.."

           "Kenapa?"

            Kening Dekan Lorenzo mencerlung. "Apa maksud kamu kenapa?"

            "Yalah...kenapa tak boleh kalau saya suka kepada Darrius?Tak boleh ke?"

            "Jangan nak bergurau Marvin. Kamu lupa ke siapakah keluarga Elijah Kirk?Mereka adalah keluarga berpengaruh yang banyak menarik perhatian musuh dan orang berbahaya. Terlibat dengan mereka saja cukup buatkan kedudukan kita dalam bahaya ini lagikan bergaul dalam keluarga mereka...ayah tidak mahu...jadi berhenti setakat ini saja perbualan kita."

Rahang Marvin berketik. Nafasnya mula naik turun menahan sabar.

          "Lagipun latar belakang Darra juga kurang jelas. Ada yang mengatakan Darra itu anak luar nikah. Ada juga mengatakan anak angkat...tiada siapa yang tahu memandangkan ibu kandung Darra juga belum dipastikan siapakah orangnya. Ayah tidak mahu mana-mana anak ayah bersama dengan orang yang mempunyai latar belakang tidak jelas begitu."

          "Kalau begitu adakah ayah tahu siapa ibu kandung Darra?"Tanya Marvin.

           Dekan Lorenzo menyusun sepah di meja kerjanya sebelum menolak kerusi ke bawah meja. "Tidak pasti. Duke Elijah sangat bijak menutupi jejak dan rahsia keluarganya. Jadi sehingga sekarang semuanya menjadi misteri dan tidak diketahui...."

           Leona mendekati Marvin lantas memegang tangan kiri Marvin tidak semena. "Abang marah dengan ayah ke?"dongak budak itu ke Marvin.

            Bersama kening berkerut Marvin pun tunduk memandang ke adik bongsunya. "Tak adalah...abang bercakap dengan ayah aje.."

           "Janganlah marah-marah. Ibu kata kita kena cakap lemah lembut..."beritahu Leona sambil menggoyangkan tangan Marvin perlahan. "Lagi-lagi dekat ibu dengan ayah..."

           Marvin menarik senyuman nipis. "Ya..ya.."

           Dekan Lorenzo diam termenung memandang Leona sebelum ke Marvin. "Duke Elijah beritahu ayah, selama dua minggu ketiadaan Darra di akademi, dia minta kamu untuk sediakan sebarang tugasan yang ditinggalkan oleh master untuk anaknya. Dan serahkannya kepada mereka secara langsung."

          "Hah?"Marvin pandang ke Dekan Lorenzo dengan terkejut.

          "Ya..nampaknya Duke Elijah senang dengan kamu hinggakan beliau memberi kebenaran kepada kamu untuk kekediamannya.."ujar Dekan Lorenzo sambil berjalan ke arah Leona. Dia pegang belakang bahu anaknya itu untuk diajak keluar.

         "Langsung terus ke kediaman mereka?"

         "Itu yang Duke Elijah beritahu...ayuh Leona. Mari kita ke ladang. Kamu kata mahu melihat pony."

           "Yeaayy!"

          Marvin yang ditinggalkan di situ ikut berpaling. Mahu mendengar lebih lanjut. "Apa maksud ayah tadi?Bukan ke Duke Elijah marah kerana kes Alex tu?"

          "Memanglah beliau marah...tetapi Duke Elijah dengar kamu telah jalankan tugas yang baik menjaga anaknya di akademi ini sejak sebulan yang lepas...jadi dia mahu kamu teruskan seperti mana kamu lakukan memandangkan orang yang dia upah telahpun dilucutkan jawatannya dari terus mengawal Darra.."

Tiga beranak itu jalan seiringan merentasi koridor. Leona yang berada di tengah-tengah sekali jalan sambil memegang tangan mereka berdua.

          "Memangnya ada orang lain dalam akademi tahu siapa Darra sebenarnya ke?"

          "Menurut Duke Elijah...ada seorang lagi.."

           "Siapa?"

          "Nama alias dia adalah Shadow."

          "Shadow?Ada ke pelajar akademi bernama begitu?"

          "Cuba kamu fikirkannya...guna sikit otak tu   biar berguna...susah payah ayah hantar kamu belajar tapi tidak cekap berfikir..."

          "Apa ayah ni?"

         "Hahaha..."gelak Leona tiba-tiba.

         Marvin menggoncang tangan Leona kejengkelan. "Jangan ketawa ya...tak ada yang lucu dekat sini.."

         "Ayah kata abang tidak pandai berfikir...ahahah...ibu pun cakap begitu juga semasa abang salah letak gula tapi sebenarnya garam dalam minuman dia hari tu.."jelas Leona.

         "Hei!Itu sebab abang keliru ya"

         "Lihat...adik kamu sendiri lagi bijak berkata-kata...kamu apa aje ada?"tambah Dekan Lorenzo sambil ketawa kecil.

Marvin tidak membalasnya. Kalau balas nanti dia jugak yang kena semula.

Bab berikutnya