webnovel

Episode 12 : Kelas Menari

Setiap beberapa minggu sekali, Akademi Latihan Muda akan bergabung kelas dengan Akademi Florence De' Vian yang merupakan sebuah akademi khusus perempuan sahaja. Disebabkan silibus mereka ada yang melibatkan kelas tari menari, mereka akan bertukar tempat untuk menjalani kelas tersebut dengan bantuan pelajar lelaki dari Akademi Florence De' Vian.

Kebanyakannya pelajar lelaki yang terlibat itu adalah pelajar lelaki yang tidak mempunyai kelas pada waktu tersebut.

Seramai 20 orang pelajar perempuan masuk ke situ sambil ditemani oleh guru menari mereka. Masing-masing mengenakan uniform hijau lumut dan neck tie checker brown-yellowish. Antara ramai-ramai di situ, paling menarik perhatian kebanyakan pelajar lelaki adalah gadis berambut ikal paras dada berklip rambut Mutiara sebelah kanan di celah pelajar perempuan di situ.

Sebuah pemain piring hitam dengan horn gergasi emas berada di sebelah kanan dewan ball room.

Seberang barisan pelajar perempuan, berdirinya 20 orang pelajar lelaki. Semuanya segak-segak belaka. Masing-masing berdiri dengan postur tersendiri.

Biasanya kelas begini adalah momen kegemaran pelajar lelaki. Yalah...siapa aje tidak teruja sekiranya dapat menemui gadis-gadis jelita dari akademi sebelah. Menghadap muka budak-budak lelaki dalam akademi ini dapat apa aje?

Ricardo di samping Putera Eilian langsung tidak diperhatikan oleh pelajar perempuan. Mereka terlalu fokus pada putera mahkota mereka yang sedang tersenyum dan berborak mesra bersama rakan pelajar lelaki yang lain. Sementara itu pelajar lelaki lain pula terlalu fokus pada cik muda kesayangan mereka!

       "Aku nak menari dengan Pearl Chang. Kau orang jangan nak potong line!"

       "Eh...kenapa pulak?Bukan ke minggu hari tu kau dah menari dengan dia?"

       "Tak ada..tak ada...ni bukan siapa cepat dia dapat ya...kali ni biarkan Pearl Chang yang pilih sendiri pasangan tari menari dia."

        "Aku yakin kali ni aku dapat menari bersama dengan Cik Muda Pearl.."

Pelajar-pelajar lelaki di situ sibuk berborak sesama mereka hingga tidak sedar yang waktu itu Pearl sedang sibuk mengjengah kepala mencari kelibat seseorang. Sedikit pun tidak menghiraukan renungan yang terarah padanya waktu itu.

         "Awak cari siapa Pearl?"tegur gadis berambut pendek di kanan Pearl.

Mata bulat terang Pearl gerak kanan dan kiri sekitar dewan serta pintu masuk.

         "Darrius.."beritahunya yang begitu teringin menemui rakan baiknya itu. Tempoh hari Darra pergi tidak berkhabar! Sahabatnya itu tidak memberitahu dirinya awal yang Darra di arahkan masuk ke akademi ini!

Dan semasa Darra bertolak ke akademi, Pearl tidak sempat hendak berjumpa kerana pertembungan jadual kelas dan waktu Darra bertolak. Berani sungguh Darra lakukan hal berbahaya seperti ini sendirian!

Apa yang ada dalam kepala perempuan itu sehingga sekarang Pearl tidak pernah dapat habis fikir. Sekarang, dia mahu pastikan Darra tidak apa-apa. Mana dia tidak risau, Darra berada di asrama dimana kesemuanya adalah lelaki. Kalau silap apa-apa macam mana!?

        "Tuan Muda Darrius?"

        "Dia berada di sini?"

        "Saya ingatkan Duke Elijah tidak akan membenarkan Tuan Muda Darrius belajar dimana-mana institut Pendidikan kerana masalah disiplin dia.."

        Mendengar perbualan itu menyebabkan Pearl kerling tidak puas hati ke rakan sekelasnya. "Cakap tu baik sikit ya. Awak tahu ke sikap sebenar Darrius tu bagaimana?Suka hati saja mengata Darrius ada masalah disiplin."sentapnya kerana berasa sensitif bila Darra di buruk-burukkan. Mereka tidak tahu betapa menderitanya hidup Darra sebagai tuan muda Keluarga Kirk selama ni!

Terketap bibir mereka bila lihat wajah marah Pearl.

Semua orang tahu hubungan baik Pearl bersama tuan muda keluarga Duke Elijah Kirk. Malah ramai beranggapan dua orang ini pasangan kekasih kerana keakraban mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya Pearl over reaction begini.

          "Mana la dia ni?"Pearl menyilang tangan ke dada kerana mula risau. Entah dah di apa-apakan agaknya kawan dia itu. Sudahlah dalam akademi ini ramai musuhnya. Terutama sekali Putera Eilian. Terus dia menjeling tidak suka ke arah lelaki yang sedang tersenyum hujung barisan sana.

Dan masa itulah pintu dewan terbuka. Muncul Darra sendirian di situ dalam keadaan bingung Namun riak muka masih tenang dan dingin.

Master Keena yang menunggu kehadiran Darra waktu itu terus memanggil.

            "Darrius...kamu dah datang.."senyum Wanita itu.

Habis menjadi perhatian Darra waktu itu. Kesemua orang yang ada palingkan kepala ke arah Darra semasa gadis tersebut jalan mendekati barisan pelajar lelaki.

           "Maaf saya lewat. Sesat tadi." beritahu Darra semasa tunduk meminta maaf kepada Master Keena sambil tu.

           "Tiada siapa beritahu kamu di mana dewan ball room Utama?"

Mata Darra mengerling ke arah Putera Eilian seketika sebelum kembali memandang Master Keena. Sepatutnya dia sudah berada di sini jika orang itu tidak memberikan arah dan makluman yang salah. Ada ke patut beritahu dia untuk ke hujung bangunan akademi. Mujur la dia sedar tak lama lepas tu. Kalau tidak pasti rekod dia akan tercemar gara-gara tipu helah rakan sekelasnya.

Hendak marah tapi kena sabar. Itulah yang Darra rasakan. Dia mahu saja ungkit nama Putera Eilian sebagai punca kelewatannya.

          "Maafkan saya."ucap Darra perlahan-lahan berdiri tegak semula. Dan barulah dia perasan akan kelibat Pearl di celah pelajar perempuan dalam barisan dihadapannya. Terangkat kening Darra apabila lihat Pearl dengan teruja melambai tangan ke arahnya. Lah...ada sekali ke?

           "Baiklah..kalau begitu, tanpa membuang masa lagi, saya akan mulakan kelas kita."Master Keena menepuk tangan sambil melaung.

Serta merta pelajar di situ bergerak dengan serentak dan mula mengambil barisan masing-masing.

Disebabkan semua itu adalah kali pertama buat Darra, dia bingung-bingung memandang sekelilingnya. Tidak tahu hendak berbuat apa. Barisan mana?Dengan siapa?Dia perlu buat apa?Sesiapa boleh tolong tak?

            "Disini..."satu sentuhan hinggap pada  lengannya. Darra terus menoleh ke samping.

Ricardo bertopeng mulut sedang berdiri di sebelah Darra. Mengaju tangan ke satu arah.

Tidak mengatakan apa-apa, Darra ikut akan Ricardo sehinggalah lelaki itu berhenti di sebelah seorang pelajar lelaki. Dia berdirikan Darra di situ sebelum lelaki itu gerak ke tempat asalnya semula. Tidak sempat hendak ucap terima kasih lansung.

Sekali tu Darra berdiri menghadap seorang pelajar perempuan. Dan pelajar perempuan itu sedang tersipu malu senyum ke arahnya. Agak kekok dengan situasi tersebut, mahu tak mahu Darra balas dengan senyuman nipis.

           "Sebelum itu saya mahu ucapkan terima kasih kepada kesemua pelajar lelaki yang sudi meluangkan masa mereka untuk menjayakan kelas kami ini. Dan satu penghormatan buat kami juga dengan kehadiran Putera Eilian pada kelas hari ini."Master Keena menekap kedua belah tangan semasa berkata.

Tepukan tangan pun kedengaran. Dari kedua belah pelajar lelaki dan perempuan.

        "Jadi tanpa membuang masa. Marilah kita mulakan kelas menari pada hari ini dengan lantunan lagu klasik dari Toshifumi Hinata Reflection."Master Keena menurunkan jarum pemain piring hitam ke atas permukaan piring hitam sebelum alunan lagu mula bergema di dalam setiap penjuru dewan tersebut.

Pada masa itulah para pelajar lelaki maju ke hadapan dan menghulur tangan kepada sesiapa yang mahu menari bersama dengan mereka. Ada yang harapkan Pearl menyambut tangan mereka, tapi harapan mereka itu punah apabila melihat arah dimana Pearl sedang mendekat.

Pearl adalah pelajar perempuan pertama yang maju ke hadapan. Dan orang yang dia dapatkan adalah Darra!

          Berpegangan tangan saja mereka berdua, Pearl terus peluk Darra. "Oh my god... Darra. Risaunya aku pada kau. Kau okay?" bisiknya,

Bersama riak mendung di wajah, Darra hanya gerak mengikut rentak kaki Pearl. Belakang badan Pearl di tepuk perlahan. Darra tidak tahu hendak beri jawapan apa.

          "Dia orang buli kau dekat sini?"Pearl hayunkan badan mereka berdua kanan dan kiri dengan perlahan. Keningnya berkerut-kerut kerisauan. "Ada lebam tak?Ada sakit dekat mana-mana ke?"

            Darra tersenyum mendengar soalan itu lantas dia menggeleng kepala. Bukan main lagi risaunya. "Ya..aku okay. Aku masih boleh atasi semua dekat sini.."

            "Apa kau fikir dengan bersetuju untuk ke sini macam tu aje!Kau boleh elak dari hadiri ke akademi ni dengan menceritakan hal sebenar. Berhenti buat aku risau boleh tak!?"Pearl berpusing dan kembali menghadap Darra.

             "Aku tak boleh buat apa Pearl. Dah lah berhenti risaukan aku."bisik Darra sebelum terpandang ada beberapa mata terarah ke mereka berdua.

             "Mana aku tak risau...kau seorang diri dalam tempat ni, tak ada siapa yang jaga, tak ada siapa yang tengok-tengokkan. Kalau apa-apa jadi macam mana?"desis Pearl dengan curiga mengerling kanan dan kiri. Hendak pastikan tiada siapa yang dengar perbualan mereka.

             Keluhan lepas dari Darra. Dia undur ke belakang dan gerak ke depan mengikut rentak lagu. "Sudahlah tu..."

            "Lagipun yang kau setuju kenapa?"

            "Aku terpaksa. Kalau aku tak lakukan semua ni, ayah aku tak benarkan aku menjadi anak perempuan dia sampai bila-bila.."

            Terhenti sekejap mereka dari menari. Pearl pandang Darra dengan kepala terlentok sebelah. "Kau serius?Banyak-banyak hal itu yang kau risaukan?Takut ayah kau taknak terima kau?"nadanya semakin tinggi.

Terkejut Darra. Dia cepat-cepat bawa tangan hendak menekup mulut Pearl. Matanta dengan cemas pandang kanan dan kiri.

             "Dah la tu...kau ni orang dengar la!"kerutnya dengan terdesak.

Pearl turunkan tangan Darra dengan marah ke bawah.

Dan situasi tersebut disaksikan beberapa mata dari kejauhan. Mereka yang melihat seakan menyaksikan pasangan kekasih sedang bertengkar.

           "Tak boleh jadi. Aku kena lakukan sesuatu mengenai hal ni. Mana tahu aku boleh pujuk ayah supaya minta raja untuk kecualikan kau dari terus belajar dekat sini"Pearl pegang kedua belah bahu Darra. "Aku bawa kau keluar dari sini.."

            "Apa kau merepekkan ni..Dah la tu Pearl!"Darra mula cemas. GAH!!! Dia pandang kanan dan kirinya kerana perasan ada mata yang sedang memandang ke arah mereka.

          "Apa yang dahnya...aku yakin Putera Eilian tu pasti cuba nak menyusahkan hidup kau dekat sini kan...sebelum hal jadi serius baik kita lakukan sesuatu.."bisik Pearl dengan keras.

           "Kan aku cakap tak apa-apa...kau ni.."

           "Hah...paling takpun kan...kita mintak tolong Lord Alfareeze nak?Dia master dekat sini kan?"jelas di wajah Pearl gadis itu benar-benar risau.

           Uish!Kawan dia ni kan...makin lama makin hilang kawalan pulak dia biarkan. "Cukup Pearl. Bila aku cakap aku tak apa-apa... maksudnya aku betul-betul tak apa-apa. Bawa bertenang.."

            "Tapi Dar-"

         "Ada masalah ke di sini?"Master Keena tiba-tiba berdiri di samping mereka berdua. Menghentikan niat Pearl hendak bercakap.

Darra buat muka. Dia ketap bibir sebelum melepaskan hela pendek. Haih..ini lah sebabnya kenapa dia tidak beritahu keberadaannya di sini kepada Pearl. Kerana Darra tahu Pearl akan over react seperti ini.

           "Tak ada apa-apa.."gerutu Pearl semasa pandang mencerlung ke Darra. "Darrius pijak kaki saya."dalihnya mahu tak mahu.

Dalam diam, waktu itu sepasang mata perhatikan dengan rahsia akan mereka berdua di pintu tepi dewan tersebut. Orang itu sandar ke tepi pintu sambil menyilang tangan ke dada.

Bab berikutnya