webnovel

mengisytiharkan perang

Seminggu telah berlalu.

Peace Palace, Hague, Belanda, ruang persidangan.Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sebuah ruangan yang besar dan terdapat orang-orang yang mewakili negara masing-masing.

Persidangan sedang berlansung.

Dan bunyi hiruk-pikuk di dengar dalam ruangan. mereka bertengkar satu sama lain.

Topik yang sedang dibincangkan oleh mereka adalah 'ancaman dunia'

Tak*

Tak*

Bunyi palu sidang yang sedang di hentak-hentak ke meja.

"Harap bertenang, Harap bertenang."

Berkataan dalam bahasa Inggeris digunakan oleh hakim.

Tapi bunyi bising dalam ruangan persidangan masih tiada tanda untuk henti.

Hakim yang sedang berada di hadapan 193 wakil negara. Menghelakan nafas berat.

Keadaan dalam ruangan persidangan ini sangat kacau-bilau.

Sepatutnya mereka berada disini untuk membincangkan jalan penyelesaian daripada masalah bencana ini, tetapi di sebabkan keegoisan masing-masing negara kerana bertengkaran politik antara negara-negara,hal ini demikian menyebabkan Mereka saling bertengkar dalam ruangan persidangan ini.

Hakim menyentuh dahinya kerana sakit kepala yang luar biasa kerana situasi ini.

Mereka sudah tidak mendengarkan hakim.

Walaupun mereka harus bersikap profesional untuk persidangan ini, tetapi di sebabkan keputusan hakim yang menyuruh setiap negara bersatu-padu untuk sementara antara kesemua negara demi menghadapi ancaman yang terjadi di bumi. Tapi malah Mereka engan bersatu-padu kerana keegoisan politik antara negara masing-masing yang menyebabkan pelakunya situasi ini.

Negara-negara pengaruh, negara-negara yang tidak terlalu pengaruh, negara-negara besar dan negara-negara kecil. Setiap wakil negara saling berdebat satu sama lain.

Tiba-tiba dalam situasi yang kacau-bilau ini, pintu ruangan persidangan terbuka dengan lebar dan membuat seluruh wakil negara-negara terdiam.

Terdapat tiga sosok yang berada di pintu masuk.

Tiga sosok itu mengenakan pakaian jubah yang serba putih di sekujur tubuh mereka.

Tapi antara ketiga-tiga sosok itu yang paling menonjol adalah sosok yang berada di tengah-tengah mereka, kerana sosok itu menutupi seluruh kepalanya dengan kerudung termasuk wajahnya sehingga tidak terlihat bentuk rupanya sehingga tidak diketahui jenis kelaminnya juga, tetapi tidak dengan orang yang berada di kedua sisinya, mereka tidak menutupi wajah dan mereka berdua lelaki. dan sosok yang menonjol itu bertubuh lebih kecil bertimbang kan ke-dua sosok yang berada di kedua sisinya. Sudah seperti tubuh anak-anak yang baru ingin memasuki waktu remaja.

Tapi entah kenapa semua wakil negara terdiam tanpa berkata apa-apa seolah-olah mereka menghadapi orang yang lebih besar sehingga mereka tidak ingin menentang sosok itu.

Sosok itu mula berjalan menyeberangi wakil-wakil negara dan menuju ke tempat hakim berada.

Jubah besar berwarna putih yang meliputi tubuh sosok di tengah-tengah itu terseret kerana jubahnya lebih besar daripada tubuhnya.

Semua orang dalam ruangan itu membiarkan sosok itu terus berjalan tanpa menentangnya.

Apabila sosok itu tiba di kursi hakim, hakim berdiri tanpa berkata apa-apa. Seterusnya, hakim itu memberi hormat kepada sosok itu dengan cara menundukkan kepalanya dan meletakkan salah satu tangannya di dada. Selepas itu, hakim beredar daripada tempat itu tanpa berkata sepatah kata pun.

Apabila hakim beredar, sosok itu mengambil tempatnya dan sosok itu memegang palu sidang yang terletak di meja. Seterusnya, sosok itu menarik tangannya ke atas bersama palu sidang tersebut dan menghentakkan-nya di atas meja sehingga berbunyi.

Tak!*

Dan sosok itu berkata.

"Salam sejahtera kepada semua pihak."

Sosok itu berkata dalam bahasa Inggeris.

Semua orang dalam ruangan itu terpegun dengan suara yang sangat jernih dan indah, seperti kicauan burung, yang menyebar ke seluruh ruangan.

Hampir seisi manusia dalam ruangan itu tergoda dengan keindahan suara itu, dan setelah mendengar suara yang sangat indah itu,sudah semestinya kesemua orang mengetahui bahawa itu adalah suara seorang wanita.

Setelah beberapa saat, mereka semua dalam ruangan itu tersedar kembali dan serta-merta berdiri dan memberi hormat kepada sosok itu.

Dengan meletakkan tangan kanan mereka ke dada secara serentak dan membalas salam itu dengan serentak.

"Kami memberi hormat kepada yang mulia!"

Semua dalam ruangan berkata dengan serentak.

Terlihat jelas, bahawa sosok itu adalah lebih penting dan tinggi daripada pertikaian politik mereka.

Semua wakil negara dalam ruangan persidangan ini mengetahuinya bahawa sosok itu memiliki wewangan mutlak daripada keseluruhan wakil dalam ruangan persidangan ini untuk mengucap.

"Terima kasih atas kehormatannya dan sekarang kesemuanya harap bertenang dan duduk."

Kesemua wakil negara duduk dengan tenang tanpa mentikaikannya.

Dan sosok itu mula berkata lagi dengan anggun.

"Anda semua mesti sudah mengetahui apa yang berlaku dalam seminggu ini, bukan?"

Semua wakil dalam ruangan persidangan itu menganggukkan kepala mereka.

"Baiklah, kita semua mengetahui bumi sekarang tertimpa ancaman kehancurannya.oleh itu, kita harus mencari solusi untuk masalah ini."

Setelah itu,sosok itu mengangkat salah satu tangannya dan sosok lelaki di sampingnya menunduk kepada sehingga mencapai mulut sosok yang mulia itu.

Sosok itu membisikkan sesuatu dan setelah itu, sosok lelaki di sampingnya mengangguk dan segera menegakkan semula tubuhnya dan mula mengambil sesuatu dalam poket seluarnya. Seterusnya, sosok lelaki itu mengambil sebuah alat dan sosok lelaki itu menekan butang di alat itu sehingga layar screen projector yang besar muncul di belakang ketiga sosok itu.

Semua orang dalam ruangan itu terus berfokus perlihatan mereka kepada layar screen projector itu.

Di samping itu, ruangan persidangan serta-merta menjadi gelap akibat lampu yang di padam.

Seterusnya, di layar screen projector muncul sebuah video.

Video itu diambil oleh drone tanpa awak yang digunakan untuk memantau situasi.

Dan di dalam video itu terlihat sosok yang menggunakan Full Armor yang berwarna perak di sekujur tubuhnya dan memegang sabit yang panjang di salah satu tangannya.

Drone tanpa awak mengambil gambaran video itu dari jarak yang sangat jauh.

Tapi terlihat di dalam skrin itu, makhluk full Armor itu melirik kan perlihatannya ke arah drone tanpa awak yang berada dalam jarak berkilometer daripada sang makhluk itu.

Semua orang dalam ruangan itu menelan air liur apabila melihat itu.

Tiba-tiba makhluk itu muncul di hadapan drone tanpa awak itu dalam sekelip mata.

Semua orang dalam ruangan hampir tidak mempercayai apa yang baru sahaja mereka lihat.

Seterusnya, makhluk beramor perak itu memegang salah satu tangannya ke drone tanpa awak supaya tidak melarikan diri dan mula menunjukkan bahagian kepalanya yang beramor.

Dan mikrofon yang terdapat di drone tanpa awak mendeteksi suara daripada makhluk itu.

"Um... Jadi anda semua menggunakan alat aneh ini untuk memantau saya ya~"

Anehnya semua orang dalam ruangan persidangan itu memahami kata-kata makhluk itu, walaupun makhluk itu menggunakan bahasa yang tidak diketahui.

Makhluk itu terus berkata.

"Ya sudah, aku juga tidak peduli. Tapi ya~ akan aku katakan ini, kesemua penduduk di planet ini akan mati! Kerana menjaga si bangsat itu! Dengan itu... Aku sang iblis peringkat 1 "Onic" mengisytiharkan dengan nama kehormatan ras iblis, kami mengisytiharkan perang terhadap planet ini!"

Setelah itu, drone tanpa awak itu musnah dan menunjukkan bahawa video itu sudah tamat.

Dan ruangan persidangan kembali cerah.

Keheningan berlangsung dalam beberapa saat dan sosok berjubah serba putih itu mula bersuara semula.

"Saya yakin anda semua sudah melihatnya, sekarang kesemua penduduk bumi diancam mati oleh sang iblis onic itu. Video itu diambil dalam beberapa hari yang lepas dan sekarang 34 negara diambang kehancuran dan 3 negara sudah musnah total yang mengakibatkan 4/10 kematian manusia secara global."

Ini adalah pembunuh massal yang merebut berjuta-juta nyawa manusia di muka bumi ini.

Kesemua wakil negara mula berbisik-bisik sesama mereka sehingga di ruangan persidangan terdengar suara apa yang mereka bisikkan.

(Apakah ini berakhiran peradaban manusia?)

(Makhluk itu berkata kita menjaga seseorang di planet ini?)

(Apakah disebabkan seseorang itu kita semua akan mati!)

(Apakah kita harus mencari orang yang dikatakan makhluk itu dan menyerahkannya di hadapannya dan negosiasi supaya mengampuni keseluruh umat manusia?)

Setelah berbisik-bisik antara wakil negara-negara semakin hangat, mula terdengar semula bunyi palu sidang.

Tak*

Tak*

"harap semua bertenang."

Ruangan persidangan itu kembali hening dalam sekelip mata.

"Saya memahami kecemasan dan ketakutan semua orang disini, iblis itu sangat bahaya dan iblis itu diluar kemampuan kita sebagai manusia biasa untuk menghadapi iblis itu."

Ruangan sidang kembali bising dalam bisikan.

(Betul itu! Jadi satu-satunya jalan adalah mencari orang yang disebutkan oleh iblis itu.)

(Ya, betul! Itulah satu-satunya jalannya)

(Dialah yang menyebabkan iblis itu marah jadi dialah yang harus bertanggungjawab atas kejadian ini!)

"Tapi!"

Semua wakil negara terdiam kembali apabila mendengar suara yang indah itu.

"Tapi, apakah kita akan selamat kalau menyerahkan orang yang makhluk itu katakan?"

Semua wakil negara terdiam. Mereka tahu rencana ini tidak ada jaminan bahawa iblis itu akan mengampuni mereka dan lagi pula iblis itu mengisytiharkan perang dengan penduduk bumi,tidak mungkin iblis itu akan menarik semula kata-katanya.

"Oleh itu, tidak ada gunanya menjalankan rancangan yang absurd itu, kerana itu saya memiliki satu usulan untuk kesemua negara, iaitu berkerjasama untuk sementara."

Ruangan sidang memuncak, dengan berdirinya beberapa wakil negara dengan kemarahannya ditahan dan tetap mengekalkan suara yang penuh kehormatan.

Salah satu wakil negara berkata.

"Itu mustahil yang mulia. Kami tidak mungkin dapat bersatu-padu."

Dan di sambung dengan wakil negara di belakangnya.

"Maaf atas kurang ajarnya saya, tetapi betul itu yang mulia, itu suatu hal yang mustahil. Walaupun penduduk bumi diancam."

Walaupun sosok itu digelar 'yang mulia' yang memiliki darjat lebih tinggi daripada semua orang dalam ruangan persidangan ini sehingga kesemua wakil tetap menjaga etika mereka, tetapi itu bukan bermakna sosok itu memiliki kekuasaan untuk memerintahkan seluruh negara untuk mengikuti cadangannya.

Sekali lagi sosok itu mengangkat salah satu tangannya yang diliputi jubah serba putih sehingga tidak terlihat kulitnya, dan sosok lelaki di sampingnya memahaminya dan sekali lagi menekan butang di alat itu.

Dan layar screen projector menampilkan imej sekali lagi. Kali ini adalah dalam bentuk gambar.

Semua wakil mula melihat sekali lagi layar screen projector itu.

Di layar screen projector terdapat sebuah gambar yang kabur, terlihat sebuah wujud yang amat besar sehingga hampir setara dengan bangunan yang tinggi. Bukan hanya itu sahaja wujud dalam imej itu ada dua. Antara bentuk wujud itu ialah satu berbentuk seperti serigala dan satu lagi berbentuk seperti cacing raksasa tanpa kaki.

Sosok itu mula berkata lagi.

"Anda semua mesti sudah melihat makhluk ini bukan? Kedua makhluk itu sudah membunuh ramai manusia di muka bumi ini, dan semua negara sudah menyerang makhluk itu dengan cara tersendiri. Tetapi tidak ada yang berjaya, bukan?"

Salah satu wakil negara menjawab soalan itu. Sambil menundukkan kepalanya dan meletakkan tangannya di dada.

"Ya betul.yang mulia, kami kehilangan banyak aset akibat melawan kedua monster itu dan tidak ada satu pun negara berjaya membunuh salah satu daripada monster itu."

"Jadi, anda semua menyedari bahawa anda semua tidak mungkin dapat membunuh monster itu,bukan? Oleh itu, saya menyusulkan cadangan ini."

Ada wakil negara yang hampir ingin membantah tetapi terhalang dengan penyataan cepat sosok itu.

"Saya rasa anda semua salah faham akan sesuatu."

Semua wakil terdiam.

"Saya menyusulkan permintaan kerjasama bukan bermaksud kesemua negara harus bersatu-padu dalam kekuatan militer dan menyerang kedua monster dan iblis bernama onic itu. Tetapi berkerjasama untuk memberikan bantuan kepada organisasi kami."

"Maksud anda yang mulia!.."

"Benar, kami 'persatuan penjaga dunia (PPD)' akan mengambil alih dalam urusan masalah ini. Di kerana kan urusan ini melibatkan kehancuran dunia dan urusan luar bumi."

Semua wakil negara terkejut dengan pernyataan tersebut dan kembali berbisik-bisik.

(Apa! Tidak mungkin 'persatuan penjaga dunia' sendiri yang akan bertindak.)

(Akhirnya, ada secebis harapan untuk keselamatan umat manusia.)

(Bukankah organisasi itu sudah tidak ikut campur dalam urusan dunia selama 300 tahun?)

Tak*

Tak*

Bunyi palu sidang dan semua wakil kembali diam.

Dan sosok itu berkata dengan suara yang sangat indah dan anggun untuk menekan ancaman demi mendapatkan persetujuan.

"Jadi apa ada yang ingin menentangnya?"

Keheningan sesaat yang tidak kekal.

dan keseluruhan wakil negara bangun dengan serentak dan juga memberikan bersetuju mereka secara serentak dengan cara menundukkan kepala mereka dan meletakkan salah satu tangan mereka ke dada.

"Hidup yang mulia!!"

***

Tup*

Tup*

Bunyi langkah kaki terdengar.

Sebuah lorong yang mewah terlihat. Di dalam lorong berjalan tersebut ada perhiasan yang sangat mewah di sekelilingnya.

Dan ketiga sosok yang memakai pakaian serba putih terlihat berjalan di lorong itu.

Sosok yang berada ditengah-tengah mereka yang memakai jubah besar berwarna serba putih yang meliputi seluruh tubuhnya.

Berjalan dengan sangat anggun sambil saling memegang kedua-dua tangannya dan meletakkannya di hadapan badannya.

Tiba-tiba bunyi nada dering telefon terdengar.

Ketiga-tiga sosok itu berhenti secara serentak.

Dan salah satu sosok lelaki yang menawan mengambil telefon pintar daripada poketnya.

Seterusnya, meletakkannya di telinga.

Selepas beberapa minit. Sosok lelaki itu menghentikan panggilannya dan serta-merta menundukkan kepala sehingga mencapai telinga sosok yang dua kali lebih kecil dari-Nya.

Dan membisikkan.

(Yang mulia 'dia' sudah dapat di hubungi.)

Sosok itu tersenyum di sebalik kerudungnya yang serba putih.

Dan mengatakan.

"Bagus, pergi menjemput mereka."

Sosok lelaki itu menjawap dengan tangkas.

"Baiklah yang mulia."

Dan ketiga sosok itu kembali berjalan di lorong dengan anggun.

Dan sosok dengan suara yang sangat indah dan anggun di tengah-tengah mereka berkata dengan sangat halus.

"Takdir keseluruhan umat manusia di planet ini bergantung kepada mereka berdua. Wahai keturunan pahlawan manusia pertama."

Di sebalik kerudungnya terdapat mata berwarna putih yang menerangi.

***

Seminggu yang lalu, sebelum persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di adakan.

...Angin?

Angin yang kuat menghembus wajah seika sehingga terlihat kulit dalam mulut seika, dan juga memekakkan telinga seika akibat bunyi angin yang kuat.

Dan seika melihat awan di sekeliling dan melihat pemandangan gunung,rumah dan sawah padi di bawahnya.

Seika serta-merta berkata di benaknya.

'Apa?'

Seika teringat lagi kali terakhir mereka bertiga hampir dibunuh oleh pembunuh gila itu, dan adiknya mengeluarkan cahaya yang pelik di sekujur tubuhnya dan tiba-tiba dia berada di keadaan ini.

Seika yang tidak memahami situasi-nya terkejut dengan keadaan ini.

Tidak lama setelah itu seika menyedari apa yang berlaku.

Dia ditarik kebawah atau lebih tepatnya dia ditarik oleh medan graviti.

Kesimpulannya, dia sedang berada di udara.

Bunyi teriakan mula terdengar.

"UWAAAAA!!!!"

Seika menjerit sekuat hati kerana perasaan takut akan ketinggian ini.

Seika juga melihat luisa dan akmal yang berada tidak jauh darinya.

Mereka bertiga ditarik oleh medan graviti.

Dalam situasi ini, seika tersedar bahawa luisa tidak bergerak sama sekali dan membiarkan tubuhnya dikenalikan oleh angin.

Dan seika merangsumsi di benaknya.

'Luisa pengsan?!'

Walaupun begitu,Seika juga tidak ada bedanya dengan luisa kerana seika bergeliat-liat di udara tanpa menstabilkan tubuhnya.

Tetapi berbeza dengan akmal, seika melihat dia berjaya menstabilkan tubuhnya dengan cara melebarkan tangannya dan kakinya.

seika ditarik oleh medan graviti dengan lebih cepat, manakala akmal berada di atas mereka.

Seika yang mencuba membuat teknik seperti akmal tetapi tidak berjaya.

Dalam situasi itu seika masih saja memikirkan bersoalan yang bodoh di benaknya.

'ORANG KAYA MEMANG MEMILIKI HOBI TERJUN KE UDARA KAH?!?!?!?!'

Sedangkan akmal yang melihat seika dan luisa sedang jatuh dengan kelajuan yang tinggi, mula mengubah mood keturunannya daripada menjaga tubuhnya agar semakin lambat jatuh menjadi lebih cepat jatuh ke permukaan bumi dengan cara merapatkan tangannya di badan dan merapatkan ke-dua kakinya.

Akmal meluncur laju ke arah seika dan luisa.

Apabila akmal sudah setara dengan seika dia mula mengubah mood semula dari terjun dengan cepat menjadi lebih lambat dengan cara melebarkan tangannya dan kakinya semula.

Dan akmal mula menjerit sekuat tenaga kepada seika.

"PEGANG TANGAN AKU!!!"

"HAAA?!?!"

seika yang tidak mendengarnya kerana bunyi angin yang memekak.

Akmal yang tahu sudah tidak ada masa lagi untuk memberi arahan kerana mereka sudah hampir tiba dengan permukaan bumi, dengan itu akmal mula memegang tangan seika dengan paksa.

Seika yang menyedari apa yang ingin dilakukan oleh akmal mula menurutinya dengan melemahkan tangannya.

Apabila akmal sudah memastikan tangan seika sudah dikunci dengan erat ke tangannya.

Akmal mula berkata di benaknya.

'Satu lagi.'

Akmal mula meluncur sekali lagi dan kali ini dia meluncur bersama seika.

Mereka hampir sampai ke permukaan bumi dalam beberapa ribu meter lagi.

Tapi bagaimana mereka boleh mendarat dengan selamat?

Tidak ada, kalau sampai mereka menyentuh tanah sekarang tubuh mereka akan menjadi serpihan daging.

Walaupun begitu akmal yakin dengan tindakannya dan seika juga tidak memiliki pilihan selain mengikuti keinginan akmal.

Akmal dan seika meluncur laju ke luisa, Luisa yang masih pengsan membiarkan tubuhnya tidak dikenali.

Apabila akmal sudah hampir dengan luisa, akmal mula menghulurkan tangannya untuk memegang tangan luisa.

Tetapi tidak berjaya dan akmal terus mencuba lagi.

'ayuhlah!'

Beberapa ratus meter lagi untuk menghampiri permukaan.

Seika serta-merta menjerit kerana naluri takut.

"MAL!!!!"

Akmal yang tidak memperdulikannya hanya fokus menggapai tangan luisa.

'sedikit lagi!'

800 meter lagi sebelum terhempas.

700 meter.

600 meter.

Pap*

Akmal berjaya memegang tangan luisa.

Dan serta-merta berkata.

"SEKARANG!!"

Tiba-tiba Garisan cahaya berwarna hijau menyelimuti seluruh tubuh badan akmal.

Seika terbeliak melihat cahaya berwarna hijau di badan akmal.

angin disekeliling mereka berubah menjadi berwarna hijau serta menyelimuti mereka bertiga.

Dan tiba-tiba tarikan medan graviti menjadi perlahan.

Sehingga mereka bertiga mendarat dengan selamat tanpa cedera sama sekali.

Pup*

Bunyi mereka jatuh ke air cetek.

Mereka bertiga jatuh di sawah padi.

Seika terlihat berekspresi terpinga-pinga kerana tidak percaya apa yang baru berlalu, tetapi ada satu hal yang dapat seika percayai iaitu.

"Kita... Masih hidup."

Seika tidak mengendahkan apa-apa lagi melihat pemandangan di hadapannya.

Dan seika merasakan perasaan nostalgia di hatinya kerana pemandangan yang dia lihat.

Atau seika merasakan pemandangan ini tidak asing sama sekali bagi-nya. Tidak, seika sangat mengenali kawasan dan tempat ini.

Sawah padi yang luas, gunung yang besar dan udara yang menyegarkan.

Seika sangat mengenali tempat ini, tempat inilah dia membesar bersama luisa dan akmal ketika dahulu dan tempat yang penuh dengan kenangan indah bersama keluarganya dahulu.

"Ini... Kedah?"

Mereka bertiga berada di Malaysia, Kedah.

Bab berikutnya