webnovel

Bab 11

Keesokan hari...

Di tempat kerja, Raihan termenung di hadapan akuarium ikan setelah selesai membersihkan akuarium ikan tersebut. Raihan teringat akan saat Nabila dan Izzati mengatakan bahawa mereka akan menyambung pelajaran di Sarawak.

Tanpa disedari Raihan, dirinya disergah oleh rakan sekerjanya, "Hoi! Menung apa?"

Raihan mengurut dadanya kerana terkejut disergah rakan sekerjanya dan berkata, "Ish, apa kau ni?"

Rakan sekerjanya tergelak apabila melihat reaksi Raihan dan berkata, "Siapa suruh kau termenung masa kerja? Kan dah kena dengan aku."

Raihan hanya menjeling rakan sekerjanya tanpa menjawab pertanyaan yang diutarakan dan rakan sekerjanya tergelak apabila Raihan tidak mampu untuk berkata selepas dirinya mengucapkan ayat-ayat tersebut.

Rakan sekerja Raihan bertanya, "So, apa yang kau menungkan? Pasal ikan ni ke?"

Raihan berkata, "Apa pulak pasal ikan ni? Kau ni kan."

Rakan sekerjanya bertanya, "Dah tu? Pasal apa?"

Raihan menjawab, "Nabila."

Rakan sekerja Raihan bertanya, "Nabila? Siapa? Nabila Razali ke? Kau termenung pasal dia? Kau ni biar betul, orang tu dah bernikah."

Raihan menepuk dahi rakan sekerjanya dan berkata, "Apa kau merepek, ke situ pulak. Bukan Nabila Razali lah. Dah kenapa aku nak fikir pasal dia? Dia kenal aku pun tak."

Rakan sekerja Raihan bertanya, "Habis tu, Nabila mana pulak yang kau fikirkan sampai termenung macam tu?"

Raihan menjawab, "Perempuan yang kita borakkan hari tu."

Rakan sekerjanya berfikir mencari memori berkaitan perbualan mereka yang dimaksudkan Raihan dan berkata, "Ah!! Dia. Nabila ke nama dia?"

Raihan menjawab, "Haah."

Rakan sekerjanya bertanya, "Hmm dah tu apa yang kau fikirkan pasal dia?"

Raihan menjawab, "Pasal yang dia dengan kawan dia kata nak sambung study dekat Sarawak."

Rakan sekerjanya bertanya, "Kenapa dengan tu?"

Raihan menjawab, "Hmmm dia ke sana, maksudnya memang lama lah aku tak jumpa dia. Kalau dia tak sambung study, at least aku masih jumpa dia dalam beberapa bulan sekali ke, takpun beberapa kali, depends dengan keadaan jugaklah. Entah entah terserempak dekat area sini ke. Ye lah dia pun dah tau aku kerja sini, so mana tau?"

Rakan sekerja Raihan bertanya, "Kau ni, hmmm. Habis tu dia sambung study ni, kau tak suka ke?"

Raihan menjawab, "Tu aku suka je, tapi ye lah bila fikir balik aku tak dapat nak tengok dia bila dia study ni, lagi-lagi bila dia study jauh. Seberang pulau."

Rakan sekerja Raihan bertanya, "Kau sabar je lah. Eh, jap. Kenapa kau tak sambung study jugak dekat tempat sama dengan dia?"

Raihan terkejut dengan pertanyaan rakan sekerjanya dan tersedar, serta berkata, "Ye lah kan. Aku tak terfikir pun gitu. Jap, aku cek dekat Google."

Rakan sekerjanya bertanya, "Kau nak cek apa dekat Google?"

Raihan menjawab, "Course apa je yang ada dekat tempat study Nabila and kalau ada yang aku minat, nak kena cek tarikh daftar next intake. Sebab aku rasa sekarang ni memang dah terlepas untuk daftar yang intake sekarang yang sama dengan dia.", sambil jari menekan papan kekunci di telefon pintarnya.

Sementara Raihan membuat carian di telefon pintarnya, rakan sekerja Raihan melihat dan memerhati ikan-ikan dan haiwan air yang lain yang berdekatan dengan mereka.

Raihan berkata, "Okay, aku dah jumpa course yang aku berkenan."

Rakan sekerjanya bertanya, "Course aquatic ke?"

Raihan menjawab, "Tak, yang ni, Diploma in Business Studies (DPM)."

Rakan sekerja Raihan bertanya, "Eh, bukan kau memang minat aquatic ke? Takde ke dekat situ?"

Raihan menjawab, "Ye, memang aku minat aquatic, tapi kat sini takde course tu. Antara yang ada sini, ini je yang aku berkenan nak ambil. Mana tau nanti aku boleh guna teknik or apa yang aku belajar dari ni untuk buka bisnes berkaitan aquatic aku sendiri."

Rakan sekerjanya bertanya, "Bukan ke kalau nak buka bisnes, kau boleh je buat pinjaman untuk modal kalau takde duit lagi, and boleh je terus buka bisnes tu, tak perlu study macam ni bagai?"

Raihan menjawab, "Ye, memang boleh. Tapi, aku rasa better aku ambil je course ni. Mana tau ada something yang lebih advanced yang aku akan tau berbanding terus buka bisnes gitu je or study dekat mana-mana kursus bisnes."

Rakan sekerjanya berkata, "Hmm, terpulang kat kau. So, bila tarikh next intake?"

Raihan menjawab, "Bulan 3 tahun depan. So, borang application before bulan tu lah aku rasa. Secara logic."

Rakan sekerja Raihan berkata, "Hmmm, so sekarang ni kau continue kerja macam biasa untuk prepare duit untuk study kau nanti je lah."

Raihan berkata, "Haah, itu je lah yang aku mampu buat dengan tambahan bersabar sebab tak dapat jumpa dia dalam beberapa bulan."

Rakan sekerjanya tergelak dan berkata, "Kau ni kan, memang angau betul dengan dia. Parah betul."

Raihan tersengih malu dan berkata, "Nak buat macam mana? Aku tak dapat nak control perasaan aku."

Rakan sekerjanya berkata, "Ye, memang kau tak dapat nak control. Aku tak kata pun salah sebab kau ada hati kat dia. Aku cuma kata kau angau je.", sambil tergelak kecil.

Raihan berkata, "Laa, aku pun tak kata yang kau kata aku salah. Aku cakap je tak dapat nak control perasaan."

Rakan sekerja Raihan dan Raihan memandang masing-masing dan tergelak dengan kata-kata mereka.

Raihan berkata, "Sampai esok tak habis kita ni."

Rakan sekerjanya berkata, "Haah, betul. Dah, aku nak sambung kerja."

Raihan berkata, "Pergilah. Menyibuk je kau kat sini."

Rakan sekerjanya berkata, "Aku menyibuk pun ada sebab and ada hasil dari situ, kan?"

Raihan bertanya, "Apa sebab dia?"

Rakan sekerjanya menjawab, "Sebab kau termenung and tangan kau, badan kau, kaki kau, tak bergerak langsung. Risau pulak aku kalau kau termenung sambil tengok ikan-ikan ni, takut lain jadi dia.", sambil membuat riak wajah mengusik.

Raihan berkata, "Bongok lah kau. Takde maknanya."

Rakan sekerjanya ketawa riang dan berkata, "Alaa mana lah tau, kan? Hehe. Dah lah, aku gerak dulu.", sambil menumbuk lembut lengan Raihan sebagai tanda sokongan kepada Raihan.

Raihan berkata, "Ha, okay. Thank you, bro.", sambil rakan sekerjanya berlalu.

Rakan sekerjanya menjawab, "You're welcome."

Raihan hanya tersenyum apabila mendengar jawapan rakannya itu, meskipun suara rakan sekerjanya itu kedengaran jauh. Raihan kembali membuat kerja mereka dengan teguh dengan pemikiran untuk mendapatkan wang bagi menyambung pelajaran.

Rakan sekerja Raihan memandang Raihan daripada jauh dan terdetik di hatinya, 'Aku akan cuba bantu kau, Raihan. Kesian kau. Aku doakan kau akan bersatu dengan dia.', lalu kemudiannya kembali membuat kerja dengan pemikiran untuk mendapatkan wang bagi membantu Raihan.

 

 

Pada masa yang sama…

Irman sedang membaca dan menghafal skrip lakonan di set lakonan tanpa menyedari keadaan sekelilingnya. Pada ketika itu, Jurusolek peribadi Irman memandang dan memerhati gerak langkah Rias yang berjalan dan menuju ke arah Irman yang sedang leka dengan skrip.

Rias menyapa Irman, "Ehem"

Irman terkejut dan bertanya, "Rias. Kau buat apa sini?"

Rias menjawab, "Aku saja je datang, nak lepak dengan kau."

Irman berkata, "Nak lepak? Wei, aku kerja lah. Mana dapat nak senang-senang lepak.", sementara jurusolek peribadi Irman hanya menggeleng kecil dengan kata-kata Rias, seolah bersetuju dengan kata Irman.

Rias berkata, "Aku tak ganggu kau. Aku duduk sini je, temankan kau."

Apabila mendengar kata-kata Rias, terdetik di hati Irman, 'Tak ganggu apa nya. Kau datang sini je dah mengganggu. Kalau Nabila yang datang, takpe lah.', sambil memandang Rias dengan pandangan tidak percaya dengan kata-kata Rias.

Rias berkata, "Mesti kau tak caya kan? Betul, aku takkan ganggu kau. Aku duduk je. Laa, boleh lah?", dengan nada manja.

Mendengar kata-kata Rias itu, jurusolek peribadi Irman hanya menggeleng kecil dan mengeluh lembut supaya Rias tidak perasan akan reaksinya. Manakala, Irman berkata di hati, 'Allah, gediknya kau.'. Namun, di mulut, Irman berkata, "Okay."

Sementara Irman membaca skrip, Rias bermain dengan telefon pintarnya sambil memandang Irman selang beberapa minit.

Setelah 20 minit, Irman berasa tidak selesa kerana sentiasa dipandang Rias dan berkata, "Aku ke sana dulu.", sambil membawa skrip pergi.

Rias berkata, "Okay.", dan ketika itu, jurusolek peribadi Irman berlalu mengekori langkah Irman.

Ketika jurusolek peribadi Irman berlalu di hadapan Rias, dengan pantas Rias menahan jurusolek peribadi Irman tersebut.

Rias berkata, "Kau tak puas hati dengan aku ke? Ke kau jealous? Ye lah, aku kan girlfriend Irman, artis yang paling handsome kat Malaysia ni. So, aku remind kau, walaupun kau ni personal makeup artist dia, kau jangan mencuba nak goda boyfriend aku, ye. Kalau aku dapat tau kau try nak tackle boyfriend aku, siap kau.", sambil memandang Irman seolah memberi tanda kepada jurusolek tersebut bahawa Irman itu adalah teman lelakinya.

Jurusolek peribadi Irman mengangguk dan berkata, "Ye, cik."

Ketika itu, Irman menoleh ke belakang dan terkejut Rias sedang bercakap dengan jurusolek peribadinya yang sedang menunduk ketakutan.

Rias berpuas hati dengan reaksi dan kata jurusolek peribadi Irman, dan berkata, "Okay. Ingat.", dengan nada tegas.

Jurusolek peribadi Irman mengangguk dan Rias memberi isyarat mata yang bermaksud bahawa jurusolek peribadi tersebut boleh pergi. Rias memandang jurusolek peribadi Irman berlalu pergi dan terpandang Irman yang diri memerhati. Namun, Rias tanpa rasa bersalah, hanya senyum bahagia kepada Irman.

Irman yang melihat senyuman itu, hanya mampu berkata, "Apa kau dah buat Rias?", dengan nada kecil, di mana tiada siapa yang mendengar kata-kata tersebut.

Setibanya jurusolek peribadi Irman di tempat Irman berdiri, Irman bertanya, "Awak okay?"

Jurusolek peribadi tersebut menjawab, "Okay.", dengan memberikan senyuman.

Melihat senyuman tersebut, Irman tahu bahawa senyuman tersebut hanya untuk selindung perkara sebenar. Namun, Irman enggan memaksa dan berkata, "Jum."

Jurusolek peribadi Irman hanya melepaskan keluhan kecil dan berkata di hati, 'Syukur Irman tak syak apa. Tapi, betul ke cik tu awek Irman? Sebab dari cara layanan Irman kat dia tadi, macam tak je. Hmmmm', sambil membuat riak wajah berfikir.

Irman melihat jurusolek peribadinya dengan ekor mata dan daripada riak wajah jurusolek peribadinya itu, Irman tahu tekaan dia betul. Irman hanya membuat reaksi tidak tahu dan berlalu ke arah pelakon yang lain.

Pelakon lain menegur Irman, "Kau dah hafal skrip?"

Irman menjawab, "Dah. Tapi, aku taktau lah lepas ni masa recording tu betul ke tak line yang keluar dari mulut aku.", sambil tergelak dan diikuti oleh pelakon yang lain.

Pelakon lain berkata, "Betul. Tu normal. Aku pun lepas ni, betul ke tak ayat aku nanti."

Sementara Irman dan pelakon lain berborak dan ketawa riang, jurusolek peribadi Irman hanya bermain dengan telefon pintarnya. Ketika itu, Rias mengambil gambar jurusolek peribadi Irman secara senyap dan hanya jurusolek peribadi Irman sahaja yang diambil gambar tanpa melibatkan Irman dan pelakon yang lain.

Tanpa pengetahuan Irman dan pelakon lain, Rias teruskan mengambil gambar jurusolek peribadi Irman. Setelah berpuas hati mengambil gambar, Rias berlalu dan menuju ke kereta miliknya.

Setelah selesai sesi rakaman, Irman duduk di tempatnya dan jurusolek peribadi Irman memberikan kipas bercas mudah alih kecil kepada Irman. Sambil Irman mengipaskan dirinya, jurusolek peribadi Irman mengelap peluh di wajah Irman dan membetulkan mekap Irman. Selesai sahaja membetulkan mekap Irman, jurusolek peribadi Irman meletakkan alat mekap ke dalam bekasnya dan duduk di tempatnya sendiri sambil bermain telefon pintarnya.

Setelah dirinya tenang, Irman memandang dan memerhati jurusolek peribadinya, lalu bangkit menuju ke arah jurusolek peribadinya.

Irman mengambil tempatnya di sebelah jurusolek peribadinya itu dan bertanya, "Are you okay?"

Jurusolek peribadi Irman terkejut ditegur begitu dan menjawab, "Okay."

Irman bertanya, "Betul ni okay?"

Jurusolek peribadi tersebut menjawab, "Haah, okay. Kenapa?"

Irman bertanya, "Rias tak ganggu awak?"

Jurusolek peribadinya bertanya, "Rias?"

Irman menjawab, "Oh, umm, perempuan yang datang sebelum shooting mula tadi."

Jurusolek peribadinya bertanya, "Oh, awek awak tu kan?"

Irman terkejut dengan soalan jurusolek peribadinya dan bertanya, "Awek saya? Eh, taklah. Dia bukan awek saya."

Jurusolek peribadi Irman hairan dan bertanya, "Bukan awek? Habis tu kenapa dia kata dia awek awak?"

Irman terkejut dan bertanya, "Dia kata tu?"

Jurusolek peribadi Irman menjawab, "Haah.", dengan wajah polos tanpa memahami kejadian yang sebenar.

Irman tahu akan keperibadian jurusoleknya yang sentiasa jujur dan tekun dengan kerja, mempercayai kata-kata jurusolek peribadinya itu dan bertanya, "Apa lagi yang dia kata?"

Jurusolek peribadi Irman menjawab, "Dia cuma kata jangan goda awak sebab awak boyfriend dia. Tu je."

Irman terkejut dengan jawapan jurusolek peribadinya dan berkata, "Lepas ni, kalau ada apa-apa jadi, awak bagitau saya."

Jurusolek peribadi Irman berkata, "Okay, baik."

Irman berkata, "Thanks.", dan berlalu ke kerusi miliknya.

Jurusolek peribadi Irman menjawab, "Sama-sama.", dengan hairan dan memandang Irman. Namun, dia enggan berfikir lebih dan kembali bermain dengan telefon pintarnya.

Setibanya di kerusi miliknya, Irman mengambil telefon pintarnya dan membuka ruangan mesej antara dirinya dengan Rias di aplikasi WhatsApp.

Irman: What do you think you are doing, Rias?

Rias: What do you mean?

Irman: Don't play dumb. I know you threatened my personal makeup artist and you even said to her that we are couple. Are you crazy?

Rias: Heyyy, I don't play dumb. I really don't know what you meant.

Rias: About that, isn't it true? We are couple, right?

Irman: Since when?

Rias: Since the time I went to you today.

Irman: What the heck?! I didn't proposed and you also didn't proposed. So, how come you and I are couple?

Rias: Heyyy..relax, okay? I'm just kidding.

Rias: Taktau pulak yang your personal makeup artist tu, kaki mengadu.

Irman: Heyyy…watch it! I tak suka you kata macam tu pasal dia. FYI, bukan dia yang mengadu. I yang tanya dia and MY PERSONAL MAKEUP ARTIST adalah orang yang jujur and innocent. I tanya je, dia akan jawab. Takde tipu tipu. So, stop insults her.

Rias: Yang you beria sangat backup dia ni, kenapa? You ada perasaan kat dia ke?

Irman: Kalau ye, kenapa?

Rias: Irman!! You psycho

Irman: I'm not. Perasaan I dekat dia, itu bukan persoalannya and bukan hak you untuk tau. Takde kena mengena dengan you pun. I just tak suka orang insult someone yang baik and dah jaga I dengan ikhlas.

Rias: Dia jaga you? Jaga you macam mana?

Irman: Jaga selesa I kat set.

Rias: Jaga selesa you? Dia memang berani. Jaga lah sangat. I ada bukti yang dia tak jaga you dengan betul.

Rias: (Bukti yang dimaksudkan - berbentuk gambar)

Rias: Ini yang you kata jaga you? Apa yang I nampak cuma dia asyik main telefon je. Jaga apa macam tu.

Irman: You ambil gambar dia senyap²? How dare you?

Irman: Fyi, masa ni I tengah borak dengan kawan. Masa tu dia memang takde kerja, so biar lah dia main phone. Masa dia kena kerja, dia memang kerja. Dia memang jaga I.

Rias: You ni kan, ada je nak backup dia.

Irman: Cakap dengan you ni, memang payah. Lepas ni, you jangan cari I lagi and stop insults my personal makeup artist. You didn't even know her.

Rias: Irman

Setelah beberapa minit berlalu,

Rias: Irman

Rias: Irman

Berulang kali Rias menghantar mesej di ruangan mesej mereka di aplikasi WhatsApp, namun Irman enggan membalas.

Irman meletakkan telefon pintarnya ke dalam beg miliknya dan merehatkan kepalanya di kepala kerusi. Manakala, ketika itu, Rias melontar telefon pintarnya di atas katil dan menghempas dirinya di atas katil serta menjerit sekuat hati dengan menyembamkan wajahnya ke katil.

Irman membuka matanya dan melihat langit bagi menenangkan fikirannya. Tanpa sedar, fikirannya melayang ke Nabila dan terdetik di hatinya, 'Kalau lah you ada kat sini, Nabila. It is a good thing yang you bukan macam Rias.'

 

Pada masa yang sama…

Nabila dan Izzati berjalan-jalan di pusat membeli belah The Spring, Kuching dan mereka masing-masing terpegun dengan reka bentuk dalaman pusat membeli belah tersebut.

Izzati berkata, "Cantik lah interior design shopping mall ni. Aku taktau kenapa, tapi aku rasa shopping mall ni buat aku rasa macam tenang."

Nabila berkata, "Betul, aku pun rasa macam tu. Takde reason yang specific, tapi itu yang aku rasa. Kalau nak kata size shopping mall, tak jugak. Rasa aku shopping mall dekat tempat kita besar lagi, tapi shopping mall ni jugak yang buatkan aku rasa tenang."

Izzati berkata, "Betul, aku setuju."

Nabila berkata, "So, kau nak makan dulu ke jalan-jalan dulu?"

Izzati menjawab, "Jalan-jalan dulu."

Nabila berkata, "Okay."

Nabila dan Izzati berjalan dan memasuki kedai sabun badan yang terkenal, Bath & Body Works.

Izzati berkata, "Weh, ada sale lah. Ni baru betul-betul sale."

Nabila berkata, "Haah. Nak beli ke?"

Izzati berkata, "Beli kot. Sebab aku tak rasa sale macam ni selalu dibuat. Takut pulak masa kita betul-betul perlukan sabun ni, dia dah tak sale lagi."

Nabila berkata, "Hmmm, betul gak. Boleh la. Aku rasa aku nak beli 2 botol untuk stock."

Izzati berkata, "Hahaa, tu baru betul nak stock. Tapi, logic lah 2 botol. Aku pun nak lah."

Nabila berkata, "Aku dah ada stock yang Japanese Cherry Blossoms and Pure Wonder. So, aku ambik ni lah, Saltwater Breeze. It is a good thing yang dieorang buat sale masa season untuk yang ni. Selamat aku.", lalu tersengih.

Izzati tergelak dan berkata, "Betul, selamat engkau. Sekarang ni, kau dah ada cukup stock untuk sem 1.", lalu tersengih.

Nabila tersengih dan berkata, "Hehe, betul."

Izzati berkata, "Aku nak jugak lah buat stock yang cukup untuk satu sem ni."

Nabila tergelak dan diikuti Izzati. Selesai membayar, Izzati berkata, "Kita gi makan dulu, jum. Before kita sambung jalan-jalan."

Nabila berkata, "Okay. Tapi, kau nak makan kat mana?"

Izzati menjawab, "Hmmm, kita try makan dekat foodcourt dieorang, nak?"

Nabila menjawab, "Aku okay je. Boleh gak. Banyak lagi pilihan makanan."

Izzati berkata, "Okay. Jum."

 

 

Di Foodcourt, The Spring….

Izzati bertanya, "Kau makan apa?"

Nabila menjawab, "Aku rasa nak try Laksa Sarawak yang original. Kau?"

Izzati menjawab, "Hmmm, aku rasa nak try yang tu, Hotpot. Teman aku jap."

Nabila berkata, "Okay."

Izzati membuat pesanan, Butter Milk Chicken, di kedai tersebut setelah melihat pilihan makanan yang ada di kedai tersebut.

Izzati berkata, "Okay, aku dah. Kau lagi, jum."

Nabila berkata, "Okay."

Setelah Nabila selesai membuat pesanan, mereka menuju ke kedai air di situ.

Izzati bertanya, "Kau nak minum air apa?"

Nabila menjawab, "Aku rasa nak Teh C Special. Taktau kenapa, tapi aku rasa macam patut merasa air tu kalau nak tau rasa kebanyakan air dia."

Izzati tergelak kecil dan bertanya, "Teori mana kau pakai?"

Nabila tersengih dan menjawab, "Teori dari instinct sendiri.", lalu tergelak.

Izzati berkata, "Okay.", lalu menuju ke arah kaunter untuk memesan air.

Sementara Izzati membuat pesanan, Nabila menuju ke arah kedai Laksa untuk mengambil makanannya dan membawa makanan tersebut ke arah meja yang kosong. Izzati berjalan menuju ke arah Nabila sambil membawa air minuman mereka.

Nabila menegur, "Eh, kau order air sama ke?"

Izzati menjawab, "Haah, masa aku pilih air tadi, untuk aku, aku tiba-tiba teringin pulak nak minum air sama macam kau. So, aku order je lah."

Nabila berkata, "Baiklah. Cuba kau cek makanan kau dah siap ke belum."

Izzati berkata, "Haah. Okay. Jap."

Izzati kemudiannya kembali dengan makanannya dan Izzati berkata, "Nampak menyelerakan makanan kita. Harap rasa dia sama lah macam rupa dia."

Nabila berkata, "Betul. Baca doa dulu."

Setelah selesai membaca doa makan, mereka merasa air minuman dan makanan yang dipesan. Nabila dan Izzati berterusan makan dan minum tanpa berkata.

Izzati tergelak kecil dan berkata, "Ni baru betul menikmati jamuan."

Nabila mengangguk dan tergelak kecil dengan kata-kata Izzati. Nabila berkata, "Tambah lagi kita memang dah terbiasa makan tak bercakap."

Izzati berkata, "Betul. Sedap ayam butter dia ni."

Nabila berkata, "Aku punya laksa ni pun sedap."

Izzati berkata, "Lepas ni kita tau dah nak makan apa kalau kita ke sini lagi nanti."

Nabila berkata, "Betul. So, pasni nak ke mana?"

Izzati menjawab, "Taktau. Kita jalan-jalan je lah dulu. Kalau ada kedai yang kita nak masuk, kita masuk."

Nabila berkata, "Okay."

Selesai menjamu selera, Nabila dan Izzati kembali menyambung berjalan di dalam pusat membeli belah tersebut. Melihat kedai H&M, Nabila mengajak Izzati untuk memasuki kedai tersebut.

Nabila dan Izzati berjalan di dalam kedai tersebut, namun, langkah Nabila terhenti apabila tiba di suatu bahagian di seksyen pakaian lelaki. Nabila terlihat satu pakaian di rak baju dan dirinya teringat akan Irman. Mindanya seolah mampu membayangkan Irman mengenakan pakaian tersebut dan hatinya merasakan suatu perasaan yang aneh disertakan dengan perasaan rindu.

Sedang Nabila memerhati pakaian tersebut, Izzati menegur Nabila, "Uit, kau kenapa tenung baju tu?"

Nabila terkejut kerana ditegur Izzati dan menjawab, "Oh, entah lah. Aku tengok baju ni dan entah kenapa aku macam dapat imagine Irman pakai baju ni, and hati aku entah lah rasa lain."

Izzati terkejut mendengar kata Nabila dan berkata, "Part imagine tu aku taktau macam mana kau boleh imagine. Rasa tu, rasa yang macam mana?"

Nabila menjawab, "Yang aku tau, rindu memang pasti. Tapi, dalam rindu tu macam ada something lagi. Taktau apa.", sambil memegang dadanya.

Izzati berkata, "Hmmm, aku sendiri tak dapat nak kata apa. Ye lah, sebab aku taktau rasa tu rasa apa. Tapi, apa yang aku boleh kata sekarang ni, kau banyakkan bersabar and doa yang baik-baik."

Nabila berkata, "Okay."

Izzati berkata, "Jum, aku ada benda nak tunjuk dekat kau."

Nabila mengikuti langkah Izzati dan di dalam hatinya berkata, 'Allahuakhbar. Ya Allah, kau berikanlah aku petunjuk, kenapa di hatiku ini merasakan perasaan seperti ini? Apakah yang aku rasakan sekarang? Kenapa aku boleh membayangkan dirinya memakai baju tersebut? Jikalau ada jawapan untuk persoalan ku, berikanlah ia pada masa yang sesuai untuk diriku mengetahuinya.'

Ada yang baik, ada yang jahat,

Jangan terlalu percaya pada orang,

Meskipun rakan sendiri.

Namun, harus diingati,

Nilailah siapa yang seharusnya dipercayai,

Dengan mata dan telinga sendiri.

ANA8544_creators' thoughts