webnovel

Bab 2

Klik! Klik! Klik!

Lensa kamera terus bekerja keras menangkap gambar-gambar Irman yang menjadi model pada hari tersebut yang membuat pelbagai posing. Setelah selesai menangkap gambar untuk satu pakaian, Irman menukar pakaian ke satu lagi pakaian dan berterusan membuat posing di hadapan jurugambar. Rutin tersebut berulang sehingga selesai sesi 1 penggambaran tersebut.

Setelah selesai sesi 1 tersebut, Irman pergi ke tempat rehatnya dan mengambil telefon bimbitnya untuk melihat mesej dan notifikasi yang lain. Apabila Irman membuka 1 mesej dari rakannya, terlihat gambar dirinya dan Nabila sebagai latar belakang wallpaper mesej WhatsAppnya. Gambar tersebut telah diubah reka oleh dirinya sendiri disebabkan Nabila dan Irman tidak pernah berjumpa dan berdating, apatah lagi bergambar sama.

Melihat gambar tersebut membuatkan hati lelakinya berdetik, betapa rindu dirinya kepada Nabila walaupun mereka tidak pernah berjumpa walau sekali dan itu menimbulkan rasa pelik pada Irman, bagaimana dirinya mudah dan terlalu rindukan Nabila sedangkan mereka tidak pernah berjumpa dan berdating, malah masa dirinya masih dengan Zarina, rindunya terhadap Zarina tidaklah sehebat pada Nabila sedangkan dirinya sentiasa keluar dan berjumpa dengan Zarina.

Sedang leka dirinya memikirkan sebab-sebab kenapa dirinya menjadi begitu, dirinya disergah oleh rakannya, Zamir. "Hoi, kau menung apa?" Terus Zamir dan Rias duduk di hadapan Irman tanpa menunggu sesaat.

Irman menjawab dengan rasa terkejut apabila disergah oleh Zamir sambil menenangkan diri, "Ish kau ni. Terkejut aku. Mana ada aku termenung. Aku cuma merehatkan diri aku yang tengah penat sekarang ni."

Rias dan Zamir tergelak kecil dengan jawapan Irman dan Rias berkata, "Yelah tu. Habis tu mata kau tak berkelip pun bila tengok dinding tu. Tak menung apa nya?"

Irman mendengar kata-kata dari Rias, terus berdehem dan berkata, "Betul la aku tak menung pun. Cuma penat."

Rias dan Zamir hanya mencebik dan mengiakan sahaja kata-kata Irman. Irman bertanya untuk mengalihkan topik bualan mereka, "Eh, korang datang ni kenapa?"

Rias dan Zamir memandang diri masing-masing dengan pandangan hairan dan Zamir berkata, "Kau ni okay ke tak? Kan kiteorang dah bagitau kau semalam yang kiteorang datang nak ajak kau jalan-jalan melepak lepas habis photoshoot kau. Kau lupa ke?"

Irman menepuk dahinya kerana lupa akan perkara tersebut dan lalu berkata, "Alamak, sorry wei. Aku lupa. Nasib baik korang datang masa ni kalau tak memang aku dah tertidur kat rumah. Hehe..."

Zamir menjeling dan berkata, "Aku dah agak dah sebab tu aku bawak si Rias ni sekali ke sini. Sebab aku tau kau memang akan lupa punya pasal ni kalau dah penat dengan photoshoot. Haaa nampak tak betapa matang dan berpandangan jauhnya aku. Hahaaa"

Rias tergelak dan Irman membuat muka meluat dengan ayat Zamir, lalu berkata, "Bengong lah kau. Matang sangatlah kau. Yang pasal hari tu aku yang settle kan...bukannya kau."

Zamir pun mengalah dan mengiakan sahaja kata Irman.

Zamir bertanya, "Bila lah next session photoshoot kau mula?"

Irman baru sahaja ingin menjawab soalan Zamir, lalu satu suara kedengaran mengatakan, "We'll start in 30 minutes."

Irman pun berkata, "Ha tu dah jawab soalan kau. Haha okay lah aku nak ready untuk next session."

Irman pun pergi bersiap bersama pekerja penggaya. Sementara Irman bersiap untuk sesi seterusnya, Zamir menegur Rias, "Kau memang betul-betul minat kat Irman kan?"

Rias yang memerhati Irman berjalan ke tempat bersiap terkejut ditegur oleh Zamir begitu dan berkata, "Takla. Aku saja nak tengok dekat mana tempat dia tu nak bersiap. Itu je."

Zamir menjeling dan mencebik seolah tidak percaya akan kata-kata Rias dan berkata, "Emm yelah tu. Banyaklah kau punya saja nak tengok dekat mana tempat dia bersiap. Memang dah terang lagi bersuluh sana ada meja solek dan bilik fitting. Jangan nak menipu la."

Rias berkata, "Aik pulak dah kau. Mana ada aku tipu. Betullah aku tak perasan pun meja solek dan bilik fitting tu. Takyah fikir sampai ke situ la Mir."

"Even kau kata gitu pun aku still tak percaya. Anyway, kau dah check tak tempat yang aku mention hari tu?", tanya Zamir.

"Dah. Tapi aku tak pasti la kalau korang okay ke tak dengan tempat tu sebab tempat tu walaupun nampak elegant and romantic tapi still nampak girly. Takut nanti kau yang geli geliman kat sana hahaaa...aku dah boleh imagine your face when you see that place.", gelak Rias.

"Ish kau ni. Kalau macam tu kau tolong carikan tempat yang elegant and romantic tapi tak girly untuk aku.", kata Zamir.

Rias membuat muka tak puas hati apabila disuruh Zamir untuk carikan tempat untuknya dan berkata, "Apa pasal pulak aku yang kena carikan untuk kau? Kau yang nak keluar dating dengan awek kau....kau lah yang cari."

Zamir berkata dengan nada terdesak, "Tolonglah aku. Nanti aku tolong kau dapatkan Irman. Boleh eh?"

Rias menjeling dan berkata, "Fine, aku tolong kau. Tapi aku tolong ni bukan sebab nak kau tolong aku dapatkan Irman. Aku tolong sebab kau kawan aku."

Zamir tersenyum dan mencebik, "Terima kasih sebab kau sudi tolong tapi yelah tu kau tolong sebab aku ni kawan kau je bukan sebab si Irman tu. Kau sebenarnya nak jugak kan dekat Irman? Baik kau jujur."

Rias berkata, "Haish kau ni. Ye lah aku tolong sebab kau kawan aku. Takdanya aku nak dekat si Irman tu."

Asyik Rias dan Zamir bertengkar berkenaan perasaan Rias pada Irman, Irman pun menuju ke arah mereka dengan pandangan pelik. Sampainya Irman di tempat mereka, Irman berkata, "Korang ni dah kenapa? Gaduh ke?"

Rias pun berkata, "Eh taklah. Mana ada kiteorang gaduh."

Irman pelik dengan jawapan Rias dan berkata lagi, "Habis tu yang muka korang serious semacam tengok each other macam nak terkam pun ada tu kenapa?"

Rias berkata, "Ah..ni ha si Zamir ni sibuk nak suruh aku carikan tempat dating untuk date dia dengan awek dia nanti."

Irman pun pelik dan berkata, "Asal lak kau yang carikan? Kau Mir kenapa tak cari sendiri tempat date?"

Zamir membalas, "Bukan aku taknak cari tapi aku dah pi cari but still semua tempat yang aku jumpa tu bukan tempat yang awek aku suka. Aku dah buntu nak cari tempat date so aku mintaklah si Rias ni carikan. Diakan perempuan so mesti lah tau tempat yang perempuan-perempuan suka."

Irman berkata, "Ah....betul jugak tu. Kau carikan je lah untuk Zamir ni. Kesian lak aku tengok dia ni. Hahaaa"

Rias berkata, "Eh kau ni. Kau pergi sokong si Zamir ni? Mentang-mentang sama laki.....fine."

Zamir dan Irman tergelak dan Irman berkata, "Hei takda kaitan lah sama laki ke tak. Dah memang apa yang si Zamir ni kata betul so aku sokong lah dia. Dahla aku nak pi sambung kerja. Korang sila lah sambung gaduh ye. Haha"

Irman berlalu ke arah tempat penggambaran meninggalkan mereka berdua di tempat rehatnya sambil terdetik di hatinya, "Haih Nabila, rindunya aku kat kau. Kalau sekarang kita masih bersama, rasanya aku dah join Zamir mintak tolong Rias carikan tempat dating kita sekali. Tapi hmmm takpalah. Sorry syg."

Sesi penggambaran terus berjalan tanpa masalah.

Pada hari yang sama.....

Nabila termenung di tepi tingkap tempat kerjanya, lalu disapa oleh rakannya Izzati.

"Kau okay ke tak ni?"

Nabila terkejut apabila disapa Izzati dan berkata, "Okay je. Kenapa?"

Izzati berkata sambil duduk di hadapan Nabila, "Takdalah....aku tengok kau termenung je beberapa bulan ni. Risau lak aku. Kau gaduh ke dengan boyfriend kau tu?"

Nabila menjawab, "Tak gaduh pun cuma aku rindukan dia je."

Dengan rasa pelik Izzati bertanya, "Kenapa tak call je dia? Daripada merenung tingkap tu."

Nabila pun menjawab, "Nak call macam mana? Nombor fon dia aku tak tau."

Izzati pelik dengan jawapan Nabila, lalu bertanya, "Habis tu selama ni korang contact macam mana?"

Nabila berkata, "Kiteorang contact guna facebook je."

Izzati terkejut dan berkata,"Facebook je? Kau tak mintak nombor fon dia ke? Dia tu takda mintak nombor fon kau? Pelik aku....tak pernah lagi aku dengar couple contact guna facebook je."

Nabila berkata, "Ada aku mintak and aku pun dah bagi gak nombor fon aku. Tapi sampai ke sudah dia tak contact aku."

Izzati bertanya lagi, "Masa kau mintak nombor fon dia.....dia kata apa?"

Nabila menjawab, "Dia kata nanti-nanti dia bagi."

Izzati berkata, "Nanti-nanti bagi? Kalau jawapan macam tu memang dia takkan bagi lah jawabnya. Kalau dia memang nak bagi kau nombor fon dia.....dia takkan tunggu and takkan kata nanti-nanti bagi. Dia akan terus bagi nombor fon dia kat kau."

Nabila menjawab, "Tapi masa tu dia kata dia tengah ada urusan."

Izzati dengan geram berkata, "Wahai kawanku Nabila, sesiapa je yang cinta and sayang kekasih dia....dia takkan menanti sesaat pun if benda tu boleh buatkan dia dekat dengan kekasih dia. Dari cerita kau ni.....aku rasa boyfriend kau tu tak sayangkan kau sepenuhnya lah sebab baru nombor fon dia dah kata nanti-nanti. Belum lagi pasal benda lain. Aku tak yakinlah dengan boyfriend kau ni. Kau putus je lah dengan dia tu. Aku taknak kau sakit hati....kau kawan aku. Aku sayang kau."

Nabila berkata dengan nada yang sedih, "Sebenarnya aku memang dah putus dah dengan dia."

Dengan laju air mata Nabila mengalir ke pipi dan Izzati terkejut dengan kata-kata Nabila dan air mata yang mengalir di pipi Nabila. Izzati terus datang mendekat ke tepi Nabila dan memeluk Nabila.

Setelah Nabila mula tenang, Izzati pun berkata, "Sorry wei, aku taktau korang dah putus. Tak sangka pulak lepas aku kata aku nak korang putus kau pulak kata korang memang dah putus. Sorry....."

Nabila dengan tenang berkata, "Takpa....aku pun takda bagitau kau pasal tu sebab aku taknak ingat lagi pasal tu."

Izzati dengan bersalah berkata, "Hmmm takpa. Ada bagusnya lah kau dah putus dengan dia sebab dari apa yang kau cerita tadi....aku takut kau yang merana yelah baru nombor fon dia dah kata nanti. Dahla korang contact kat facebook je. Nampak sangat dia tak ambik berat pasal hubungan korang ni. Takpa....kau cantik. Kau boleh dapatkan lelaki yang lebih gah lagi dari boyfriend kau. Eh salah....ex kau. Sorry lupa pulak dah putus."

Nabila tergelak kecil dengan kata-kata Izzati dan berkata, "Kau ni ye-ye je kata ada yang lebih gah dari EX aku. Kau belum lagi tengok rupa dia macam mana."

Izzati pun tergelak dan berkata, "Hei...gah yang aku maksudkan tu bukan rupa dia. Maksud aku gah yang dari segi perwatakan dia pemikiran dia keprihatinan dia pasal hubungan korang. Tapi yelah bila kau sebut gitu aku pun terfikir....aku tak pernah lagi tengok muka EX kau. Kau ada gambar dia tak? Nak tengok."

Nabila dan Izzati gelak sama dengan kata-kata Izzati. Nabila berkata, "Eh eh kau ni...kata tak maksudkan rupa dia tapi nak jugak tengok rupa dia macam mana. Sibuk lah kau ni."

Izzati tergelak kecil dan memujuk Nabila untuk tunjukkan gambar Irman. Nabila yang tidak tahan akan gaya Izzati terus membuka fon untuk tunjuk gambar Irman pada Izzati sambil berkata, "Ish kau ni. Takyah nak buat gaya cute mcm tu. Ye aku tunjuk...jap aku cari."

Dengan muka terkejut Izzati melihat gambar Irman dan berkata, "What the...handsome giler boyfriend kau. Eh sorry ex kau."

Nabila hanya melihat Izzati yang leka menilik muka Irman di telefon milik Nabila dan berkata, "Handsome pun kiteorang dah putus."

Izzati yang tersedar dari menilik muka Irman berkata, "Okay takpalah sekurang-kurangnya kau takkan makan hati takkan merana. Tapi kan kau yakin ke ni gambar betul dia? Maksud aku....korang kan contact guna facebook je. Kau pernah ke jumpa dia? Dari yang kau pernah update kat aku sebelum ni....korang tak pernah jumpa lagi kan? Ke kau ada jumpa dia tapi kau tak cerita kat aku? Ha cepat jawab."

Nabila yang terkejut dengan soalan bertubi dari Izzati terus menjawab, "Ish kau ni. Kalau ye pun nak tau...takyah lah begitu sangat terdesaknya. Bukannya aku lari pun."

Izzati hanya mencebik dan Nabila tergelak melihat reaksi Izzati. Izzati yang melihat gelak Nabila terus berkata, "Ha jawablah. Yang kau gelak ni asal?"

Nabila berkata, "Ye lah aku gelak. Dah kau buat muka mcm tu. Ni aku jawab soalan kau....aku dengan dia memang tak pernah jumpa. So untuk soalan kau yang sama ada aku yakin ke tu gambar dia....jawapan aku ye aku yakin. Sebab sebelum ni masa aku ke pasar seorang....masa kau sakit....aku macam biasa lah pergi pasar beli barang dapur semua. Masa aku tengah cari barang....aku rasa macam ada orang tengok aku. So aku pusing lah kepala aku ni ke arah yang aku rasa pandangan tu datang....pusing je aku...pandangan mata aku terus ke arah seorang lelaki ni. Mulanya aku taktau lah itu dia sebab sebelum hari tu aku mana pernah jumpa dia. Aku tak perasan lah yang lelaki tu dia. Pastu bila dah malam tu lepas settle semua kerja rumah....aku pi buka facebook aku. Pastu aku tengok ada chat dari dia. So aku teruslah buka tengok chat dia. Dalam chat tu dia kata....sampai hati aku tak tegur dia. Aku pun peliklah masa tu.....bila masa pulak aku tak tegur dia. So aku reply lah...then tak lama lepas tu dia reply balik. Dia kata penat je dia berdiri panas-panas tengok aku beli barang. So masa tu aku macam ragu-ragu and masa tu pun aku teringat kejadian pagi tu. Terus aku tanya dia.....dia ke yang pakai baju coklat tua dekat parking depan kedai runcit tu. Dia kata dia lah tu. So sebab tu aku yakin gambar tu memang gambar dia. Menjawab soalan ke cik kak?"

Izzati yang mendengar cerita Nabila dengan khusyuk terus menjeling Nabila apabila Nabila menyebut 'cik kak' di penghujung cerita. Izzati pun menjawab dengan nada geram, "Ye menjawab soalan cik Nabila. Tapi kan aku still tak puas hati. Ye lah dari rupa dia dah terlebih elok dah pastu dari cerita pasar kau tadi....nampak dia sweet sangat. Tapi dia boleh kata nanti dekat kau masa kau mintak nombor fon dia. Dia tu dah kenapa?"

Nabila pun berkata, " Manalah aku tau. Aku bukan dia. Aku tanya dia kenapa nanti? Dia jawab aku....nanti je lah....tak perlu rush. Kau rasa?"

Izzati pelik dan berkata, "Memang pelik ex kau ni. Tak faham aku. Jap....kau tak cerita lagi macam mana korang break."

Nabila bercerita dan cerita berkenaan saat putusnya hubungan mereka pada Izzati dan Izzati hampir menjerit tetapi menahan suaranya apabila teringat akan tempat mereka berada sekarang merupakan tempat kerja mereka, "What the fuck!! Apa kena dengan mamat tu? Kepala dia okay ke tak? Bodoh betul la..."

Izzati terus mengeluarkan kata-kata kesat dan Nabila hanya mendengar dan tergelak lalu berkata, "Eh yang kau pulak melebih ni kenapa? Aku yang putus dengan dia bukannya kau."

Izzati pun berkata, "Ye lah mestilah aku panas. Dia tinggalkan kau sebabkan rules entah apa tu. Kalau sebab kau yang curang or dia ada someone lain ke or sebab yang macam tu...aku takda lah panas sangat macam ni. Sebab tu memang dah kebiasaannya penyebab putusnya satu hubungan....setakat yang aku pernah dengar lah. Yang kes kau ni memang lain dari yang lain. Memang patut kau putus dengan mamat tu. Ni kau dah tak perlu sedih-sedih ingat dia or rindu dia....lelaki macam tu tak layak terima hati kau yang suci ni. Dah sekarang kau dengan aku siapkan kerja kita....biar nanti kita tak perlu overtime."

Nabila pelik dengan Izzati dan bertanya, "Tak perlu overtime? Bukan ke kau suka ada overtime? Ye lah kalau overtime, nanti over-get-money bak kata kau. Kan?"

Izzati berkata, "Ye memang aku suka overtime sebab dapat duit lebih. Tapi untuk hari ni taknak sebab lepas habis kerja ni aku nak bawak kau jalan-jalan untuk kau buangkan rasa sedih kau tu. Dah jom kerja."

Nabila tergelak kecil dengan kata-kata Izzati dan terus mengikuti langkah Izzati untuk pergi ke tempat kerja mereka. Nabila yang hendak mengelakkan dirinya terus memikirkan Irman, bersetuju dengan ajakan daripada Izzati untuk bersama bekerja di sebuah kedai bunga yang terletak tidak jauh dari kampung mereka empat bulan yang lepas. Mengingati masa-masa permulaan mereka bermula bekerja di situ membuatkan Nabila tersenyum dan rasa bahagia apabila dirinya mendapat seorang kawan yang betul memahami dirinya.

Jika benar aku yang kau cintai,

Usahalah untuk tawan hati ini.

Sesungguhnya hatiku adalah hati manusia yang boleh berubah,

Jangan biarkan ia tawar tiada rasa terhadapmu lagi.

ANA8544creators' thoughts