webnovel

Chapter 6

Dewan Utama Academy WhiteFairy yang dibina di tengah diantara dua bangunan yang seakan  istana dan tidak lupa dengan beberapa kristal putih yang berkilau menjadi perhiasan di beberapa dinding bangunan.

Di sana, sekumpulan pelajar yang baru didaftarkan telah dikumpulkan dan mengikut kelas masing-masing.

Diantara sekumpulan tersebut, berdirinya sosok Ryunosuke yang lengkap berpakaian uniform academy berwarna putih.

Ryunosuke dengan santai berdiri bersama yang lain di dalam satu barisan, sambil sesekali menguap. Anak matanya turut memerhatikan keadaan sekeliling yang terlihat beberapa pelajar yang sedang rancak berbual dalam beberapa kumpulan.

'Nampaknya hari aku kat sini akan penuh dengan drama yang membosankan ' bisik Ryunosuke yang memandang lesu kearah sekumpulan pelajar yang bergaul mengikut pangkat dan darjat.

'Aku lupa! Hanya di FairTania je yang tak ada sikap sombong macam ni.' bisiknya kembali lalu melarikan pandangannya kearah lain.

"SEMUA SILA KEMBALI KE BARISAN MASING-MASING! KITA AKAN MULAKAN PROGRAM ORIENTASI SEKARANG." jerit satu suara yang tegas milik seseorang pelajar lelaki dengan yuniform yang seakan sama milik Aiko.

"SILA BERI KEHORMATAN KEPADA PUTERI MAHKOTA AIKO NAKAMURA! " sambung suara itu kembali sambil menjatuhkan kaki kirinya ke tanah setelah melihat kelibat Aiko yang telah tiba di pintu utama dewan.

Gadis itu terlihat cantik dan anggun dengan pakaian rasmi academy. Dia melangkah dengan senyuman manisnya sambil anak matanya mati di satu sosok yang turut memberi hormat padanya.

"Bangunlah." Kata Aiko dengan lembut yang telah mengejutkan satu dewan dengan perkataan nya.

"Aiko! Kita dekat dewan!" Bisik satu suara di telinga Aiko.

Gadis itu mengeluh tapi anak matanya masih fokus kearah yang sama. Sehingga gadis di sampingnya menunduk perlahan lalu memerintahkan semua pelajar untuk berdiri.

Gadis itu tahu akan pandangan itu dan dia tidak menyangkakan sosok yang hebat itu sedang menundukkan tubuhnya bersama pelajar lain. 

Padahal mengikut pangkat, sosok itu mempunyai level yang sama dengan puteri mahkota tapi kerana menyembunyikan identiti.

Sosok itu dengan patuh menerima arahan tanpa bersuara sedikit pun.

Walaupun arahan itu merupakan satu tindakan yang tidak beradab bagi setiap anggota keluarganya kerajaan apatahlagi seorang calon raja.

Setelah semuanya berdiri, barulah Aiko kembali meneruskan langkahnya kearah pentas yang terdapat beberapa anggota pengawas Academy ataupun wakil pelajar.

Di posisi Ryunosuke, pemuda itu menghela nafas dan dia perasan gadis yang berada di samping Aiko seperti mengenali dirinya dan dia tahu bahawa gadis itu merupakan sahabat sekaligus orang kanan Aiko.

Tapi bila difikirkan balik, Aiko sering membawa orang kanannya yang bernama Mieko Haruka, pada setiap perjumpaan rasmi diantara negara mahupun wakil academy.

Jadi mustahil gadis itu tidak menganali nya, apatah lagi dia sering memperlihatkan wajahnya kepada semua wakil kerajaan pada tiap kali perjumpaan tertutup.

"Wahhh aku tak sangka dapat jumpa Aiko-San dan Mieko-San secara terbuka macam ni! Selalunya dapat tengok dari tv je!" Ryunosuke menoleh ke suatu suara milik seorang pelajar lelaki yang mengenakan pakaian yang sama dengannya kecuali lelaki itu di barisan sebelahnya.

"Bukan tu je tau! Aku dengar lah anak bongsu dari keluarga Nagasaki dan puteri bungsu kerajaan WhiteFairy. Sama Academy dengan kita, cuma keduanya dapat lompat kelas. Untung sape yang lompat kelas. Dapat jumpa dengan dua orang tu." Bisik satu suara yang kini mencuri perhatian Ryunosuke.

Dia agak tertarik bila mendengar pendengar bahawa adik bongsu Aiko turut berada di academy.

'Hmm rasanya kalau aku guna identiti aku mungkin aq terus lompat kelas kut!' bisik Ryunosuke kembali. Seketika anak matanya dapat menangkap satu sosok yang sedang memandang kearah Aiko dengan pandangan yang bermusuhan.

Ryunosuke mengenyit tapi tidak dihiraukan kerana dia tidak mengenali sosok gadis di barisan pertama di bahagian perempuan dan dia tidak berminat untuk mengetahui masalah orang lain. Masalahnya sendiri pun tak sudah-sudah lagi.

"Awak berasal dari mane?" Tegur suatu suara sebelahnya lantas dia menoleh dengan sedikit canggung.

"Kampung di hujung sempadan tapi sekarang dah tinggal dekat bandar utama bersama keluarga." Balas Ryunosuke dengan bersahaja.

Dia melihat pemuda itu hanya menganggukkan kepala lalu kembali memandang ke depan. Ryunosuke turut mengalirkan pandangan kearah lain dan berharap pemuda disebelah nya tidak kembali bersuara. 

Selang beberapa minit pemuda itu kembali bersuara dengan sedikit perlahan dan hanya didengar oleh mereka berdua sahaja.

"Patut lah saya tak pernah nampak awak disekitar sini! Rupanya awak penduduk baru di sini. Perkenalkan nama saya

Shinji Nakamura. Selamat berkenalan dan saya harap kita boleh jadi rakan di masa akan datang"

" Ryunosuke Hishimura dan selamat berkenalan!" balasnya tanpa niat menyambut ajakan persahabatan dari Shinji.

Baginya terlalu awal untuk berteman dengan seseorang cukup seorang yang telah menghuru-harakan hidupnya.

Dia tidak mahu bertambah masalah lagi.

"Tak apa saya faham! 

Kita baru kenal kan mungkin awak pelik dengan orang macam saya! 

Niat saya disini cuma mahu mencari sesuatu yang bermakna bagi saya!" Sambung Shinji tanpa bosan kepada Ryunosuke. Malah dia berasa selesa berbual dengan Ryunosuke dari kawan-kawannya yang lain. 

Walaupun Ryunosuke dari golongan rendah dan baru sahaja di jumpa tapi dia merasakan pertemuan dengannya seakan telah berkawan lama.

" Tak pelik pun! Cuma saya kene berhati-hati. Kita tak tahu niat seseorang tu. 

Jadi, saya nasihatkan pada awak! 

Di mana pun awak pergi untuk mencari sesuatu atau sebaliknya! 

Jangan lah sesekali menanamkan satu sifat mempercayai orang lain, kerana itu mampu merugikan diri sendiri." Balas Ryunosuke dengan malas dan anak matanya kembali melihat kearah pentas.

Shinji hanya mendiamkan diri tanpa niat untuk membalas kata-kata dari Ryunosuke yang sedikit mempunyai erti. Dan dia merasakan bahawa lelaki yang baru dikenalinya memiliki sesuatu yang menarik.

"Akhir kata dari saya, semoga kalian akan berjaya dan memperoleh pencapaian yang terbaik setelah kalian semua lulus dari Academy Whitefairy. Sekian dari saya mewakili anggota walik pelajar." Ucap Aiko dengan sedikit membongkok kan badannya kepada semua pelajar baru.

Setelah itu dia meninggalkan kawasan dewan bersama anggota yang menemaninya sepanjang dia berada di dewan.

Setiba di barisan utama, wajahnya menoleh kearah Ryunosuke bersama senyuman manis yang dikhaskan untuk lelaki itu tetapi disalah erti oleh semua pelajar di barisan pertama.

Setelah kelibat Aiko bersama anggota pelajar yang lain hilang di balik pintu utama. Dewan kembali meriah dengan suara teriakan dari golongan pelajar pompuan mahupun lelaki.

Mereka bersorak dan tertanya-tanya punca Aiko tersenyum manis dan senyuman itu dituju oleh seorang lelaki di barisan pertama.

Mereka jugak beranggapan bahawa senyuman itu untuk Shinji Kagawa yang berada di sebelah Ryunosuke Dan disebabkan itu jugak, Ryunosuke mengetahui bahawa pemuda yang baru sahaja menghulurkan salam perkenalan dengannya datang dari salah satu keluarga bangsawan yang mempunyai hubungan baik dengan anggota kerajaan.

Tapi Shinji menganggap bahawa senyuman itu hanya sebatas teman ataupun adik angkat. Itu kerana, dia tahu bahawa gadis itu telah memiliki seseorang yang disayanginya.

Kembali di posisi Ryunosuke, dia hanya memekakkan telinga dan sedikit geram dengan tindakan spontan dari Aiko. Dia bernasib baik, pelajar disini tidak mencurigai hubungannya dengan gadis manis itu.

Kalau tidak mungkin hidupnya akan berakhir di tangan beberapa pelajar lelaki yang terlihat kecewa dan marah kepada seseorang yang telah berjaya mencuri idola mereka.

Sungguh mengerikan!

"Jom Ryunosuke! Kita ke kelas" ajak Shinji lalu tanpa meminta persetujuan dia menarik lengan Ryunosuke untuk mengikutinya ke kelas yang berada di bangunan pertama.

                                 

 

"Hmmm!!" Ryunosuke merenggangkan anggota badannya yang sedikit terasa lenguh akibat duduk yang sangat lama.

Malah matanya mula kuyu sekarang, mungkin disebabkan dia sudah lama meninggal academy jadi dia mula merasa bosan dan cepat mengantuk. Apatah subject yang di pelajari nya kini pernah dipelajarinya dulu sewaktu dia berada di Academy FairyTaniah.

"Heii Ryunosuke! Dari mana kau belajar tentang sejarah sihir? Saya tak sangka yang awak jugak sangat pandai dalam subjek matematik dan sains! Padahal dua subjek itu, cukup susah untuk beberapa golongan pelajar. Terutama untuk kelas ba..wah!" Kata Shinji yang dihujung ayatnya diperlahankan agar tidak didengari oleh pelajar lain.

Itu kerana dia tidak mahu teman barunya itu mendapat masalah yang sekarang cuba dia elakkan dari benda tersebut berlaku.

Kini dia mula faham kenapa Ryunosuke berjaya masuk ke academy dan ditempatkan di kelas satu kerana kepandaiannya dalam 2 subjek utama malah Ryunosuke jugak pandai dalam mata pelajaran lain selain matematik dan sains.

Manakala Ryunosuke hanya menatap kearah Shinji dengan pandangan malas. Tapi dia tetap menjawab cuma dia tidak memberitahu tentang dirinya yang pernah bersekolah di academy FairyTaniah.

"Tiap kali ada masa lapang dekat kedai, aku akan membaca beberapa jenis buku tidak kira dari segi apa pun tapi aku lebih berminat buku dalam segi teori ataupun benda-benda yang berfaedah! Macam tulah."

Ryunosuke hanya memasang riak kosong dari tadi walaupun kini dia dapat melihat reaksi kagum yang dipamerkan oleh Shinji.

"Awak ada kedai buku sendiri ke?" Kata Shinji dengan semangat kepada Ryunosuke malah kedua tangan Ryunosuke digenggam tanpa dia sedar.

"Erk! Ye" jawab Ryunosuke yang sedikit terkejut dengan tindakan Shinji memegang kedua tangannya dengan erat, malah dia mula merasa tidak selesa bila wajah lelaki itu kian mendekati ke wajahnya.

"Wahhhh mesti seronok kan ada kedai buku sendiri! Mesti banyak buku yang menarik kat sane!" Kata Shinji kembali.

"Ahhh!! Ya betul tu. Err tolong jauh sikit! Budak yang lain dah mula pandang kat kita! Aku tak nak diorang pikir yang bukan-bukan." balas Ryunosuke lalu merentap tangannya dan menolak sedikit wajah Shinji.

Setelah mengetahui kesalahan yang dibuat. Shinji kembali ke tempat duduknya lalu batuk perlahan-lahan bagi menghilangkan rasa malu.

"Ehem! Maaf saya agak terlebih-lebih! Hehehe " kata Shinji dengan segan kearah Ryunosuke yang kini menepuk dahinya kesal.

'Apa pelajar Academy WhiteFairy semua pelik-pelik macam ni!' bisiknya geram lalu melambaikan tangannya dengan maksud 'Tak apa hal kecil je'

Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi loceng sebanyak tiga kali yang menandakan waktu rehat bagi semua pelajar di Academy.

"Ah dah rehat! Jom Ryunosuke kita ke kantin bersama." Ajak Shinji yang kini telah bangun dari kerusinya. Tapi ajakan tersebut ditolak dengan lembut oleh Ryunosuke dengan alasan dia mahu bersendirian di atas atap untuk tidur.

Mendengar alasan itu, Shinji hanya menganggukkan kepala lalu pergi meninggalkan kelas setelah menerima pesanan makanan dari Ryunosuke dengan cara memaksa.

Setelah memastikan sosok itu telah hilang dari pandangan matanya, Ryunosuke bangkit lalu pergi meninggalkan kelas dengan kedua tangannya dimasukkan kedalam saku seluarnya.

Dan tidak lupa earfon di telinganya yang dipasang sebelum dia meninggalkan kelas. Kini dia membawa arah ke atap academy dan berharap disana dia dapat ketenangan yang dinginkan.

Tali setibanya di sana, keinginannya hancur bila melihat satu sosok yang sangat di elakkan berjumpa kini sedang duduk bersilang dengan senyuman manis memandang kearahnya.

Seakan sosok itu sudah lama menantinya sedari tadi. Pada mulanya, dia ingin beredar dari atap dan mencari tempat lain untuk berehat tapi niatnya mati bila merasa satu aura yang cukup kuat dari sosok itu yang kini sedang menatapnya tajam.

Dengan pasrah dia melangkah menuju kearah sosok tersebut dengan badannya yang lesu dan tidak lupa untuk kunci pintu masuk.

"Ai! Kau buat apa kat sini?" Soal Ryunosuke dengan lemah yang kini sudah berdiri di hadapan Aiko yang sedang duduk bersila dengan sopan.

Tangan kanannya di capai oleh Aiko, sesekali tangan kanannya itu di tarik lembut agar mengikuti kemahuan Aiko untuk duduk disamping gadis itu.

"Duduklah. Saya ada buat kat awak bekal makan tengahari dan jangan risau. Saya dah guna sihir di kawasan atap ni. Jadi tidak akan sesiapa pun yang tahu kita kat sini."

"Sihir persembunyian?" Tanya Ryunosuke kepada Aiko yang hanya menganggukkan kepalanya tapi senyum manis tersebut tetap menghiasi wajah putih itu.

Akhirnya Ryunosuke mengambil tempat di sebelah Aiko yang kini sedang sebok menghidangkan beberapa juadah untuknya. Ryunosuke hanya menatap kearah 10 bekal yang berlainan masakan dengan pandangan menakutkan.

"Erk sape nak makan semua ni Ai?" Soal Ryunosuke kepada Aiko yang sedang menuangkan segelas air putih.

" Kita berdua lah! Mana ada sape lagi di sini." Balas Aiko kepada Ryunosuke yang sedang menelan lidah dengan susah.

"Saya tak makan sebanyak ni? Bekal yang awak bawak ni macam dah 2 minggu tak makan?" Kata Ryunosuke dengan menepuk dahi.

"Tapi saya tak tahu nak masak apa? Sebab tu saya mintak pelayan untuk buat 10 jenis makanan." Kata Aiko dengan manja. Dia menutup mukanya dengan kedua tangan sambil dia melihat wajah Ryunosuke melalui celah jarinya.

"Aku makan satu bekal sahaja. Selebihnya Ai bagi dekat sesiapa yang kau kenal. Oh! Kau pun makan sekali! Jangan biarkan perut kosong. Kau tu dah lah ada gastrik!" Putus Ryunosuke dan mengambil satu bekal yang mengandungi juadah nasi putih, sayur goreng dan ayam sambal.

Selebihnya terserah kepada Aiko, dia hanya mengambil satu bekal sahaja untuk mengisi perutnya kalau tak nanti nyawa dia jadi taruhannya.

"Hehehe baik! Saya ingat awak dah tak kisah pasal saya lagi." Kata Aiko dengan malu sekali dengan wajahnya yang telah bertukar warna.

Terhenti terus suapannya bila melihat Aiko yang salah tingkah kerana ucapannya. Lalu selang seminit,Ryunosuke kembali menikmati bekalan yang diberikan oleh Aiko tanpa menghiraukan Aiko yang telah mula menikmati salah satu bekalan yang gadis itu bawa dengan sesekali mencuri pandang kearah Ryunosuke.

Selamat 25 minit mereka menyepi tanpa sebarang suara sehingga mereka selesai dengan makan tengahari mereka.

Ryunosuke membantu Aiko mengemas bekal yang telah mereka gunakan dan di letakkan dalam bakul yang dibawa oleh Aiko yang diletakkan di tepi mereka.

Setelah selesai, Aiko merebahkan badannya di dada bidang milik Ryunosuke sambil memejamkan matanya sejenak.

Manakala Ryunosuke hanya membiarkan sahaja tindakan Aiko yang asyik bersandar di dadanya sehingga dia terdengar dengkuran kecil dari bibir merah Aiko. Yang menandakan gadis manis itu telah pun terlena di dada bidang milik Ryunosuke dengan selesa.

Ryunosuke menggangkat tubuh Aiko lalu dibawah ke suatu tembok dengan tujuan untuk menyandarkan tubuhnya bersama Aiko.

Setelah itu, dia pun turut terlena bersama Aiko sambil memeluk tubuh gadis itu yang berada di pelukannya.

                                  

Tepat pukul 7 malam, akhirnya Ryunosuke tiba di bilik asramanya. Hari pertama dia sebagai pelajar di Academy WhiteFairy sungguh berliku.

Di hari pertama dia sudah mendapat pandangan serta cebiran dari pelajar lain yang berada di kelasnya. Terutama pada kaum lelaki.

Tapi dia tidak menghiraukan itu semua, kerana dia tahu tujuannya di sini dan janjinya kepada ibu angkatnya.

Jadi hidupnya hanya akan berlajar dan lulus dengan aturan yang sedia ada. Maka dari itu, dia akan menutup mata dan memekakkan telinga dari semua hinaan dan sindiran.

Kepalanya terangkat seketika bila dia merasakan kedua bahunya di urut dengan lembut oleh dua pasang tangan yang dia tahu milik siapa.

Siapa lagi kalau bukan bekas tunangnya atau masih berstatus tunangan kerana gadis itu tidak setuju dengan keputusannya dan dianggap keputusan sepihak.

"Kau tak penat ke Ai! Dah dua hari kau datang?" Soal Ryunosuke dengan malas tapi di biarkan tangan kecil itu mengurut bahunya yang sedikit penggal dan lenguh.

Malah dia meminta gadis itu untuk menurunkan tangannya kebawah dan hanya diikuti oleh Aiko tanpa banyak bantahan.

"Dah okey ke?" Tanya Aiko dengan lembut dan masih melakukan aktivitinya di badan Ryunosuke dengan menguatkan lagi picitan di tengah badan Ryunosuke.

"Dah! Terima kasih Ai." Kata Ryunosuke yang kini mula bangkit dari baringan nya. Dia mengambil duduk secara berdepan dengan Aiko yang masih mengenakan seragam Academy.

"Kau tak mandi lagi?" Soal Ryunosuke kepada Aiko dan seketika kedua anak matanya melebar sepenuhnya bila melihat tindakan Aiko yang membuka seragam miliknya satu persatu di hadapannya tanpa rasa malu.

Lantas dia menahan kedua tangan Aiko yang kini sedang membuka butang kemeja putihnya dengan pandangan cuak.

"A...apa yang kau buat? Gila ke apa bukak baju depan aku?" Soal Ryunosuke dengan suara yang ditahan. Perasaan nakalnya mula ingin menguasai dirinya tapi sedaya-upaya dia cuba menahan dari memakan Aiko.

"Mandi lah! Bukan awak suruh saya pergi mandi" balas Aiko dengan bersahaja sambil mempamerkan wajah polos.

Ryunosuke menepuk dahinya dengan keras. Dia lupa dengan perangai nekat gadisnya. Otaknya cuba memikirkan sesuatu agar dia dapat keluar dari masalah yang cuba Aiko timbulkan.

Ryunosuke bangkit lalu melangkah dengan cepat kearah sofa yang terletak di ruang tamu. Pandangan matanya fokus menghadap kearah screen television yang dia buka rancangan secara random.

Tapi sialnya rancangan itu menunjukkan agenda dewasa sehingga membuatnya salah tingkah. Aiko tertawa kecil lalu mendekati kearah Ryunosuke yang terlihat gelisah di tempatnya.

Tanpa lelaki itu sedar, Aiko memeluk bahu Ryunosuke dengan manja lalu meniup telinga Ryunosuke sehingga pemuda itu terdiam kaku di dalam pelukannya.

"Saya pergi mandi dulu! Malam ni saya letih jadi malam lain ya." Katanya lalu beredar menuju ke bilik air meninggalkan Ryunosuke yang kini terpinga-pinga dengan nada bicaranya yang sedikit menggoda.

Sehingga selang beberapa minit, Aiko mendengar Ryunosuke menjerit namanya dengan nada yang geram dan malu.

Ryunosuke merebahkan badannya disebelah Aiko yang kini telah pun lena setelah mereka selesai makan malam. Dia mengusap kepala Aiko dengan sayang lalu menghadiahkan satu kucupan di dahi Aiko dengan penuh kasih sayang.

Akhirnya dia lelah dan mengaku kalah, dia jujur bahawa perasaan tu masih sama walaupun bibirnya sering menafikan.

Dia mengaku kalah dengan usaha Aiko dalam mengambil hatinya walaupun ada masa tindakan gadis itu mampu memeningkan kepalanya.

"Aiko apa yang kau buat kat aku sampai susah aku nak hilangkan perasaan ni? Aku buntu Ai! Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan!" Soalnya sambil menghadap ke wajah Aiko yang masih terlena.

Ryunosuke tersenyum bila melihat bibir Aiko yang tersenyum sendiri kadang terlihat seakan bibir itu mengucapkan sesuatu tanpa suara.

Lama dia memerhatikan wajah bersih itu sehingga dia dapat merasakan pelukan dari Aiko pada tubuhnya.

"Hisk!Hisk! Ja.. jangan tinggal kan sa...saya Ryu!" Suara Aiko dengan mata yang terpejam. Gadis itu menangis didalam dakapan Ryunosuke.

Ryunosuke tersenyum kecil lalu membalas pelukan dari kekasihnya dengan erat sambil mengucup dahi Aiko bertubi-tubi.

"Ya saya tak akan tinggalkan awak sayang! Saya tak akan tinggalkan my sugar. Selamanya awak adalah my sugar saya ." Bisik Ryunosuke kepada Aiko dan ajaibnya esakan itu mula hilang dan pelukan itu dieratkan lagi oleh Aiko.

"Jan...janji!" Soal Aiko kembali, masih dalam keadaan yang sama. Ryunosuke tersenyum lalu kembali membisikkan di telinga Aiko dengan lembut " Ya saya janji."

Aiko tersenyum dalam tidur lalu mendalamkan wajahnya di dada bidang milik Ryunosuke. Kerana lelah akhirnya Ryunosuke turut terlena bersama Aiko yang berada di dakapannya dan berharap kebahagiaannya ini tidak diragut secara paksa oleh takdir.

Kerana dia tidak mampu melihat kebahagiaan gadisnya bersama orang lain selain dirinya. Jadi dia berharap kebahagiaan mereka akan kekal selamanya.

Bab berikutnya