Alwiz duduk di birai katil. Kepalanya tunduk ke bawah. Matanya dipejamkan. Titis-titis darah mengalir dari celah-celah buku limanya lalu mencemari lantai di bilik itu. Namun dia tidak peduli pada darah dan kesakitan yang dialaminya.
Hati dan fikirannya pada saat itu hanya tertumpu pada Litany. Pada penolakan gadis itu yang sedikit sebanyak mengecewakan perasaannya tanpa sedar.
"Dia takkan mengingati kamu lagi seperti yang kamu mahukan Alwiz. Dia dan kamu tidak mungkin akan kembali seperti dulu lagi. Lupakannya! Dengan melupakannya kau sebenar memberi nyawa padanya. Bella sudah tidak boleh kembali pada kita lagi di sini. Anggap saja dia sudah mati" bisikan wanita itu menyentak emosinya.
"Berjanjilah pada Ratu Alwiz, apa sahaja yang berlaku selepas ini, jangan sesekali libatkan Bella. Jangan sampai Alam Kegelapan tahu bahawa di masih hidup. Walau apa pun yang terjadi elakkan diri dari mengungkit dia."
"Dan tolong jangan memaksa dia mengingati kamu. Dia sudah banyak menderita selama ini. Dan kamu sendiri pernah melukai hatinya dulu. Bahkan kita pernah berkali-kali menyangkalnya."
Alwiz mengerut kan keningnya. Kata-kata itu tidak pernah lenyap dari ingatannya. Malah tiap kali melihat wajah itu kata-kata yang pernah diucapkan Ratu Meralid kerap kali terngiang-ngiang. Ada rasa sakit yang menjalar jauh di lubuk hatinya.
"Ratu...mana mungkin aku mampu membuangnya jauh dari ingatan ku. Mana mungkin aku mampu untuk melupakannya. Itu terlalu menyakitkan. Lebih menyakitkan untuk menyangka dia sudah tidak ada."
Alwiz merenungkan darah pekat yang membasahi buku limanya. Kesakitan yang dirasai nya langsung tidak sebanding dengan kesakitan yang dialaminya di dalam hati.
Janjinya dengan Ratu Meralid bagaikan mustahil untuk ditunaikan, bila keluarga Arsen menjadi sasaran mereka. Kalau lima tahun lalu dia belajar untuk melupakan Bella, namun sekarang dia berhadapan dengan gadis itu sendiri. Mampukah rindunya menjadi hanya sebuah metafora?
"Tany...." sebut Alwiz tiba-tiba.
Suara lelaki itu perlahan dan lemah. Bayangan wajah gadis itu melintas di ruang mata. Wajah mencuka dan memandangnya dengan sorotan tajam itu kelihatan cukup indah di matanya.
Alwiz langsung tidak kisah biarpun seribu kemarahan Litany tersimpan untukknya. Dia juga tidak pernah kisah dengan kata-kata gadis itu yang berbaur kebencian. Baginya semua itu tidak apa-apa berbanding penyesalan yang bermukim di hatinya kini.
Namun jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kerinduan yang terlalu menyeksa. Kerinduan yang tidak mampu diucapkan lantaran antara mereka ada satu tembok besar yang dibina untuk menghalangnya untuk terus mempunyai perasaan dan memori itu lagi.
Dan dia benar-benar marah kerana tidak mampu meruntuhkan tembok itu walau hanya untuk sesaat.
Betapa harapannya besar untuk kembali melihat senyuman yang pernah menghiasi hari-hari nya dulu walau hanya sesaat.
Tiba-tiba dia mendengar pintu biliknya diketuk dari luar. Ketukan singgah beberapa kali tanpa suara. Dia menoleh, namun tubuhnya langsung tidak berganjak dari situ. Sejenak memasang telinga, ketukan itu terhenti begitu sahaja.
Alwiz mengerutkan dahi. Terasa hairan. Mahu tak mahu dia melangkah ke arah muka pintu. Pintu di hadapannya dikuak. Namun dia tidak melihat sesiapa berdiri di hadapan pintu biliknya. Alwiz melepaskan keluhan.
Sebaik sahaja Alwiz berniat mahu menutup pintu bilik, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu terdampar di atas lantai di hadapan pintu. Dia tergamam.
Alwiz mengangkat peti itu dengan dahi berkerut. Peti First Aid. Lama kemudian, sebuah senyuman kecil tersungging di bibir Alwiz.
Dia yakin Litany sengaja .letakkan peti itu di hadapan biliknya. Malah dia juga yakin, tentu gadis itu sedang bersembunyi di suatu sudut berhampiran dengan biliknya sekarang ini.
Dia menjeling ke arah bayangan hitam yang muncul tidak jauh dari situ. Beberapa ketika kemudian Alwiz berdehem lalu segera membawa peti itu masuk ke dalam biliknya. Pintu di belakangnya dikatup rapat. Peti itu ditatap sejenak. Keluhan terhembus.
"Dia tidak pernah berubah. Walau luarannya dingin namun jauh di sudut hatinya ada rasa kasih yang besar. Tak pernah luput walau dia tidak lagi mengingati ku."
"Sama seperti yang dia lakukan waktu aku pernah terluka dulu" senyum kecil terlakar namun hatinya tidak dapat berbohong bahawa betapa hatinya sakit dan terseksa dengan kerinduan itu.
Dia tidak pernah lupa kala gadis itu berpaling pergi waktu itu dengan kata-kata yang dia bawa menjadi penyesalan yang tak akan pernah padam hingga ke hari ini.
Tidak pernah menyangka bahawa itu mula dari segala-galanya. Juga akhir kepada memori mereka semua. Kini gadis itu sudah jauh tak tergapai kembali oleh mereka.
.
.
.
Litany yang sedang bersembunyi tidak jauh dari situ menarik nafas lega sebaik sahaja dia melihat lelaki itu membawa masuk peti First Aid itu. Hatinya beransur tenang.
Teringat kembali dia dengan kejadian di stor bawa waktu itu.
"Please behave yourself in my house, Mr. Alwiz," tukas Litany dengan wajah merah padam.
Namun diam-diam dia menyimpan rasa gemetar kerana terpaksa bertindak kasar terhadap lelaki itu. Mampus dia kalau lelaki itu tersinggung hati. Yang padahnya nanti Al.
Dia cuba berlagak serius. Kerisauan di hatinya langsung tidak dipamer di hadapan lelaki itu. Kontrol emosi tu, Tany!
"Dan satu lagi, please call me Litany. Only people who close to me that allow to call me Tany. And you not the one" ujar Litany cuba menolak pintu bilik stor itu dengan sikunya.
Alwiz menghadang laluannya. Mata lelaki itu merah meratah wajahnya. Litany jadi gugup, namun dia masih berlagak tenang. Pandangan lelaki itu ditentangnya berani.
"Tany? Is that what you mean? That name not yours. Not even for anyone."
"I let you know. Nama tu tak pernah ada. Tak pernah wujud sama sekali. Kalau kau tahu nama tu tak akan pernah wujud jika bukan kerana masa lalu!"
"So kau tak ada hak untuk tentukan siapa yang layak!"
Alwiz tiba-tiba menumbuk dinding di sebelah Litany. Berdentum bunyi dinding berwarna putih itu. Litany terkejut besar. Dia menoleh ke arah dinding putih yang mempunyai kesan-kesan merah. Hatinya sudah kecut seribu. Lelaki itu tentunya betul-betul marah padanya.
Tapi dia merasa bukan itu kemarahan terbesar lelaki itu. Aargh dia tidak faham sama sekali.
Litany memberanikan diri menjeling ke arah Alwiz. Namun matanya lebih tertarik pada titis-titis darah yang mengalir pada luka di buku lima lelaki itu. Pekat darah merah itu membuatkan nafas Litany sedikit berombak.
Dia mengetap bibir. Mata terpejam rapat. Berusaha menahan rasa gejolak yang tiba-tiba menyerang. Inilah kelemahannya. Dia tidak boleh tahan dengan darah. Dia seakan-akan naik gila jika berhadapan dengan darah. Rasa gejolak yang membuatkannya bernafsu dengan cairan merah itu. Seolah-olah suatu makanan yang enak untuk dia santap. Sejak lahir dia sudah seperti ini. Tidak ada siapa pun yang tahu.
"Pergi" parau suara Litany menghalau lelaki itu agar cepat beredar dari situ.
Alwiz yang bingung dengan reaksi mendadak Litany itu masih membatu di situ. Melihat Alwiz yang masih tidak berganjak itu membuat Litany semakin tidak mampu mengawal diri. Dengan susah payah dia berdiri dan dengan kasar menolak pintu bilik stor di belakangnya dan berlari pergi sejauh yang mungkin dari lelaki itu.
Litany menghela nafas kecil. Kepala digeleng kecil menghalau lamunan itu. Itu lah punca lelaki itu berakhir dengan tangan yang terluka. Kerana perkara di bilik stor waktu itu. Setelah dirinya sedikit tenang tadi barulah dia ke sini.
Sebenarnya dia bukan mahu menjaga kebajikan lelaki itu atau sengaja mahu merawat luka lelaki itu. Tapi sebenarnya dia bimbang jika lelaki itu marah dan bertindak melukai adiknya. Kerana itu, dia terfikir idea bodoh ini lalu sengaja menghantar ubat untuk lelaki itu merawat tangannya.
Huhh. Nafas kecil dihela sebelum dia berpaling untuk kembali ke kamarnya.
"Litany.." bisikan itu bergema.
"Tany, I need you" bisikan lelaki itu hadir bagaikan hembusan angin semilir. Hatinya masih tidak mampu melupakan kata-kata lelaki itu yang satu ini. Masih jelas di ingatannya.
Haish apa yang difikirkan lelaki itu sebenarnya. Dia pun tak tahu.
.
.
Halloo you all😁 Min harap korang semua sihat².🥰🥰 Dah lama tak up ye tak. So hari ini Min up. Sorry buat korang tunggu lama sangat🙇🏻♀️🙇🏻♀️
Tu aje. Salam khabar dari Min untuk semua pembaca yang dah sudi baca cerita tah apa² Min ni. K dadda.🤗🤗 Jumpa nanti.