webnovel

chapter 3

kesetiaan yang dikhianati

Kamal merupakan seorang pelajar yang mempunyai sifat nakal yang tidak dapat dibendung dari aspek disiplin. Namun, setiap manusia bertuah pasti akan dikurniakan seorang rakan karib. Termasuklah Kamal sendiri. Rasa sayang terhadap rakannya yang seorang itu tidak dapat dibendung sehingga dia sanggup berkelahi dengan pelajar lain yang sama nakal dengannya.

Pada suatu hari,Sekolah Kamal telah kedatangan pelajar baru yang bernama Abu.Abu merupakan pelajar yang baik dan patuh akan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Hal ini membuatkan kamarul iaitu rakan karib Kamal tertarik untuk berkawan dengan Abu.

Semasa waktu rehat,Kamal makan bersama dengan Kamarul dan secara kebetulan Abu juga berada berdekatan dengan mereka untuk mencari tempat duduk.Kamarul terus memanggil nama Abu dan mempelawanya makan bersama mereka.Abu tampak gembira ketika makan bersama dengan Kamarul tetapi tidak bagi Kamal.Abu sudah tahu bahawa Kamal merupakan pelajar yang nakal dan selalu dipanggil di bilik disiplin yang membuatkan Abu mengendahkan perkataan yang keluar daripada mulut Kamal.Kamal sedar akan perbuatan yang dilakukan Abu kepada dirinya itu tetapi ia cuba menahan amarahnya kerana dia melihat sahabatnya sedang gembira dan dia juga tidak mahu mengacaukan kegembiraan sahabatnya itu.

Semasa di kelas,cikgu telah meminta pelajar untuk mencari pasangan masing-masing kerana mereka akan menjalankan kerja secara berkumpulan.Kamal bersama dengan Kamarul dan juga Abu.Semasa sedang menjalankan tugas,Kamal seperti tiada guna kerana setiap kali dia cuba untuk mengatakan ideanya Abu akan selalu potong kata-katanya yang membuatkan Kamal tidak dapat bercakap.Kamal melihat Kamarul dan Abu sudah semakin rapat yang membuatnya rasa seperti diketepikan.Singkat cerita hasil kerja yang dibuat mereka tidak memuaskan dan Abu menyalahkan Kamal kerana dia tidak membantu dan hanya melihat sahaja.Mendengar ucapan itu,Kamal sudah tidak dapat menahan emosinya lalu dia pun terus menumbuk muka Abu.Kamal dan Abu berkelahi sampai membuatkan 2 gigi Abu patah akibat ditumbuk oleh Kamal.

Selepas itu,Kamal dipanggil ke bilik disiplin atas kesalahan yang diperbuatnya dan dirotan sebanyak 15 kali ditangan.Selepas selesai,Kamal terus pergi ke kelasnya untuk mengambil begnya kerana waktu itu pelajar sudah waktu untuk balik.

Selepas peristiwa itu,Kamarul seperti enggan berkawan dengannya kerana Kamal telah memukuli Abu yang ia telah anggap sebagai sahabatnya sendiri.Sewaktu rehat ketika Kamal hendak duduk bersama dengan Kamarul,dia ditinggalkan sorang-sorang.Akibat dari itu,Kamal menjadi semakin baran dan sangat suka ponteng kelas.Kamal sempat diberi amaran oleh guru disiplin untuk dibuang sekolah akibat kelakuannya itu.Guru disiplin itu turut berkata agar Kamal menjadi seperti Abu,seorang pelajar yang baik dan mendengar kata.Akibat tidak tahan dibandingkan dengan Abu,Kamal terus memaki dan meludah ke arah guru disiplinnya itu yang membuatknya dibuang daripada sekolahnya itu.

Selain itu,setelah Kamarul pulang daripada sekolahnya,Kamal terus memanggilnya dan menahannya untuk menanyakan soalan.Kamarul yang kurang selesa memyuruhnya agar mengatakannya dengan cepat kerana ia ingin segera pulang ke rumahnya.Kamal bertanya kepada Kamarul kenapa dia seperti ingin menjauh darinya semenjak Abu berpindah di sekolah mereka.Kamarul berkata bahwa Abu merupakan contoh Sahabat yang terbaik kerana dia selalu mengingatkannya untuk sentiasa mematuhi peraturan dan menghormati guru-guru.Tidak seperti Kamal yang tidak menghormati guru dan selalu melanggar peraturan sekolah.

Setelah mendengar penjelasan daripada Kamarul,Kamal berkata lagi yang ia tidak mahu kehilangan sahabatnya kerana ia amat sayang akan kamarul yang selalu bersama dengannya.Namun begitu,Kamarul mengendahkan perkataannya itu dan terus bergegas balik ke rumahnya.Kamal merasa sungguh kecewa dengan sahabatnya yang selama ini dia sayangi dia lindungin kini meninggalkannya begitu saja.

Tetapi,Kamal tidak berputus asa untuk mendapatkan kembali sahabatnya.Bermacam usaha sudah ia lakukan tetapi semuanya tidak menjadi.Satu hari,Kamal mendatangi majlis hari jadi Kamarul dengan membawa hadiah tetapi kedatangannya tidak disambut ramah oleh mereka yang hadir termasuklah ibu bapa Kamarul.Kamarul sebenarnya tidak ingin Kamal menghadiri majlis hari jadinya itu akibat dihasut oleh Abu sahabat barunya itu.Sewaktu dimajlis itu,Abu mengata tentang Kamal kepada tetamu yang hadir bahawa kamal ialah seorang pelajar yang nakal sehingga ia dibuang sekolah.Kamal yang tidak tahan langsung menghampiri Abu dan terus menumbuk pipinya sehingga berdarah.Aksi Kamal dihentikan oleh Kamarul.Kamal telah dimarahi oleh ibu bape Kamarul kerana sudah merosakkan majlis hari jadi anaknya itu.Kamal dihalau keluar dari rumah itu dengan makian dan hinaan tetapi ia hanya mampu menangis didalam hati.

Setelah kejadian itu,Kamal menjadi seorang yang pendiam dan suka menghabiskan masanya didalam bilik.Hal itu membuatkan ibu bapa Kamal menjadi risau dan ingin anaknya bergaul dengan dunia luar setelah sekian lama bekurung di dalam bilik tidurnya.

Bab berikutnya