webnovel

BAB 2

"Lajukan 10 saat " video CCTV dilihat dengan penuh tumpuan. Pelik. Langsung tiada tanda-tanda orang yang sengaja meletakkan alat rakaman suara itu. Walaupun sudah berpuluh-puluh kali kami lihat video yang terakam di dalam CCTV.

"Masih tiada" Kamil seolah-olah hampir putus asa. Kamil adalah seseorang yang akan memantau CCTV yang tersorok di dalam bilik aku. Dia sebenarnya rakan aku dari kolej dan aku tersngatlah percayakan dia.

"Aku rasa mesti dia mesti datang balik untuk periksa alat rakaman. Kau teruskan memantau. Kalau apa-apa call je. Aku gerak dulu" Aku keluar dari tempat Kamil iaitu sebuah rumah teres usang. Walaupun dari luar kelihatan seperti rumah tidak berpengehuni tetapi di dalam seperti rumah banglo yang sedikit berselerak.

Jam dikeling. 4:30 petang. Masih sempat. Motosikalnya ditungang selaju yang boleh. Dia sampai ke Restoran mewah yang ditetapkan oleh Dato' Hamid.Peluh yang membasahi dahi dilap dengan tisu. Tudung dibetulkan menjadi rapi.

"Maafkan saya Dato'. Ada urusan sedikit"Aku cuba memaniskan muka walaupun badan aku dah lenguh akibat menungang motosikal dengan laju sebentar tadi. Mahu tercabut batang leher dan mahu juga dapat surat saman nanti.

"Tak apa. Makanlah dulu" kata Dato'Hamid yang sedang memotong daging di dalam pinggannya. Aku melihat daging didalam pinggan dihadapan aku. Sesungguhnya di memang tidak suka makan-makanan barat. TIdak kenyang meskipun hargany mahal.

"Tak apalah Dato. Saya baru sahaja makan tadi" sengaja dia mengelak.

"Kalau macam tu, kita bincang saja" aku mengeluarkan fail kontrak dan mula memberi penerangan tentang projek yang dirancang di Johor.

"Baik kalau macam tu,saya setuju" Aku tersenyum puas.

"DEKAT syarikat yang aku kerja tu masih ada kerja kosong. Katanya persoal assistant Miss Farah. Kau nak ke?" Syakir menanyakan tentang hal tersebut. Dia sebenarnya simpati dengan Faiq,kawannya. Sudahlah ibunya koma masih tidak sedarkan diri. Duit pula memang sangat diperlukan untuk membayari kos rawatan ibunya itu.

"Nak tapi ibu aku macam mana kalau aku kerja nanti?"Nak itu memangnya dia nak tapi risau juga dengan keadaan ibunya seorang itu.

"Kau tak perlu risaulah. Doktor dengan nursekan ada. Kalau ada apa-apa diaorang akan call kau"betul juga kata Syakir. Walaupun berat hati, duit sememangnya diperlukan sekarang. Diut simpanannya semakin berkurang.

"Kalau macam tu aku pergi sajalah" putus Faiq.

"Kalau macam tu aku daftar kau. Esok temu duga. Pasal baju esok aku bagi kau pinjam" mata Faiq dah bersinar-sinar.

"Maaflah susahkan kau saja" dia merendah diri. Malu pula!

KASUT dibuka. Akhirnya dia boleh bersendirian! Pin-pin dicabut lembut dari tudung.Anak tudung dicabut dari kepala menampakkan rambut panjang perang hingga ke paras dada miliknya. Suitnya dibuka. Sekarang hanya tuala yang menutup badannya.

Langkah ke bilik mandi membersihkan diri. Air panas di dalam tab mandi memang dapat menghilangkan rasa lelah seharian bekerja. Sabun LUX MAGICAL SPELL diratakan ke seluruh badan. Bau kegemarannya.Wangi! Pencuci muka Wardah Crystal Secret di ratakan ke muka bagi menghilangkan makeup,kotoran,minyak dan sel mati pada kulit muka malah menghaluskan kulit.

Baju atas lutut berwarna merah disarung ke badannya. Mukanya dibelek-belek di cermin besar di meja solek. Mask Vitamin C Bioaqua di dalam pek dia ambil dak pakai ke muka. Memang dia tomboy tapi dia sentiasa menjaga kulitnya.

Selepas solat isyak,Televisyen dibuka. Rancangan Ultimate Note yang dia rakam kini tertayang di screen. Selalunya dia akan memeriksa dokumen atau berjoging pada waktu ini. Sengaja dia berehat hari ini. Joseph Zeng yang kacak di Screen langsungtidak dihiraukan oleh Dia. Hanya mata saja yang di situ. Pemikirannya sudah melayang jauh. Sampai ke Marikh jauhnya!

Dia termenung. Bermacam-macam soalan yang berada di fikirannya kini. Siapa yang letak alat rakaman itu? Kenapa dia letak? Dia menghelakan nafas. Alat kawalan jauh diambil. Televisyen ditutup. Mask dimukanya dibuka dan buang ke dalam tong sampah. Katilnya yang empuk dibaringnya. Malas hendak berfikir. Esok ada temu duga yang perlu dia uruskan.

Saya harap awak semua enjoy membaca.

Saya masih baru tapi saya akan cuba yang terbaik! Walaupun penulisan saya teruk.

Minta tunjuk ajar semua ^_^

Creation is hard, cheer me up!

I tagged this book, come and support me with a thumbs up!

Like it ? Add to library!

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Aulya_creators' thoughts
Bab berikutnya