webnovel

BAB 3

Danial sudah sampai di tingkat atas, Danial masih mengheret tubuh Hanan. tetapi apabila Danial sudah sampai di hadapan pintu bilik. Danial terasa satu tolakan yang kuat yang membuat dirinya jatuh terduduk. Hanan apa lagi apabila mendapat peluang terua belari menjauhi Danial.

Tajam anak ma ta Danial memandang adiknya itu. "apa masalah kau Aira ?!!!!" Danial paling pantang orang kacau kerja dia.

"patutnya Aira yang tanya Along, apa masalah Along!. kalau Papa tahu Along balik dalam keadaan mabuk macam ni... Along ingat Along boleh terlepas." Aira sangat marah pada Danial. perangai tak pernah nak berubah.

"itu masalah aku, langsung tak ada kena mengena dengan kau, jadi boleh pergi mampus!!!" Aku melihat lelaki yang mengheret aku itu dengan perasaan takut, lelaki itu terus mencapai lengan aku. tetapi dengan pantas Aira menepis tangan lelaki itu.

Aira mengarahkan jari telunjuknya tepat pada muka Danial "jangan berani sentuh Hanan, langkah mayat Aira dulu kalau Along ada niat yang tak baik nak buat dekat Hanan!!!" terus Aira menarik tangan aku masuk ke dalam biliknya, meninggalkan Danial di situ.

"sial!!!!!!" jeritan Danial aku dapat dengari.

Aira menutup pintu biliknya dan terus mengunci pintu. "harini, Hanan tidur dengan Aira. Along tu bukan boleh percaya pun." Aku duduk di atas katil Aira yang bersize king itu. tangan aku menggigil ketakutan, aku masih takut dengan kejadian tadi.

"kalau boleh Hanan jangan keluar bilik lepas waktu pukul 12. sebab time time macam tu Along balik, mungkin dalam keadaan mabuk and mungkin tak" Aira memberi peringatan kepada aku. Aira memandang muka aku.

"Hanan are you okay?, muka awak pucat ni." aku masih takut dengan kejadian tadi. aku bagai merasakan kehidupan aku di sini seperti tidak selamat.

"Hanan jom tidur" Aira menarik tangan aku dan membaringkan aku, Aira menyelimutkan aku. "Hanan jangan takut, selagi Aira dengan Papa ada, kami lindungi Hanan" kata kata Aira membuatkan aku terasa selamat sangat ketika itu terus aku terlena dengan nyenyak.

***********************

Aku terjaga daripada tidur, aku melihat Aira tiada di sebelah aku. aku memandang ruangan bilik itu, aku melihat ada seseorang sedang menunaikan kewajipan di hujung sudut bilik itu.

Aku bangun duduk di tepi katil, aku terdengar Aira memanggil nama Aku. "Hanan dah bangun, baru Aira nak kejutkan Hanan." katanya kepada Aku.

"Hanan boleh solat tak?" tanya Aira pada Aku.

"boleh" jawab aku pendek.

"pergilah ambil wuduk, waktu dah nak habis dah ni" aku hanya mengangguk dan berlalu pergi ke arah bilik air untuk membersihkan diri. aku mengambil masa 30 minit untuk mandi dan solat. Aku melihat Aira menyambung tidurnya semula, aku mahu keluar daripada bilik ini tapi bila mengingati kejadian semalam buat aku jadi takut. jadi aku mengambil keputusan untuk duduk dalam bilik ini dengan membaca Al-Quran.

"Danial....Danial" Puan Sri Katrina mengejut anak bujangnya yang tidur di hadapan pintu bilik. Puan Sri Katrina menggoncang badan anaknya itu , tetapi tetap jugak tidak bangun. "Danial bangunlah, Papa ada dekat sini ni!!" Puan Sri Katrina berkata perlahan agar tidak di dengari Tan Sri Malek.

"Danial Firdaus!!!!!!!!!!" bergegar satu rumah dengan jeritan Tan Sri Malek.

Aira yang sedang tidur pun tersedar. "Hanan gempa bumi ke ni?" Tanya Aira pada Hanan.

"macam suara Papa jer Aira?" aku sendiri terkejut mendengar jeritan itu.

"kejap Aira tengok!" Aira turun daripada katil dan keluar daripada bilik. Aira melihat Papanya berada di hadapan pintu bilik Danial.

"padan muka kau Along" sikit pun Aira tidak kisah kalau Alongnya itu di marah oleh Tan Sri Malek.

Danial jugak turut tersedar daripada lenanya apabila mendengar jeritan Tan Sri Malek. merah padam muka Danial apabila melihat muka marah Papanya itu.

"Pa....pa" gagap Danial ingin menyebut perkataan itu.

"bersihkan diri kamu jumpa Papa dekat ruang tamu!" tegas Tan Sri Malek berkata dan terus berlalu meninggalkan isteri dan anak lelakinya disitu.

Lihat sahaja bayang suaminya hilang terus dia menarik telinga anak bujangnya itu. Danial mengadu kesakitan "Mama pesan apa, kalau mabuk jangan balik sini kan!. kenapa degil sangat!!!" tajam anak mata Puan Sri Katrina menikam anak mata anaknya itu.

"sorrylah Mama, manalah Danial tahu Papa ada. semalam kan Papa tak ada" Danial memberi jawapan mudah.

"habistu yang tak reti nak masuk bilik kenapa?. kenapa tidur depan pintu bilik ni!!!!!!!!!" kalini Puan Sri Katrina betul betul marahkan anak lelakinya itu.

"Mama ni, Danial mabuk manalah Danial tahu yang Danial dah masuk bilik ke belum. Mama tahukan kalau orang mabuk ni macam mana, nampak semua benda indah jer. macam Mama tak pernah mabuk time Papa tak ada." merah padam muka Puan Sri Katrina Apabila mendengar kata kata anaknya.

"shuuu" Puan Sri Katrina meletakan jari telunjuknya di bibir, memberi isyarat agar anaknya itu tidak berkata lebih. "kamu ni Danial dengar dek orang Tua tu kejap lagi, mati Mama kena dengan Papa tau. ni rahsia kita dua jer, jangan nak celupar sangat bagitahu orang lain. lagipun orang tua tu bukan reti nak bersosial macam kita, langsung tak ada class" Puan Sri Katrina mengutuk suaminya itu.

"hahahaha" terletus ketawa dua beranak itu. "dah pergi mandi, kejap lagi turun sarapan" Puan Sri Katrina bangun dan berlalu pergi meninggalkan anak bujang.

Danial melangkah masuk ke dalam ruang makan, pandangannya terhenti pada seorang gadis yang cantik duduk di meja makan sebelah adiknya Aira. 'cantik' ungkap hati Danial.

"Danial apa yang tercegat dekat situ, meh sini makan duduk sebelah Mama ni" Danial memandang muka Mamanya itu, langsung tiada senyum pada wajah itu.

"Mama kita ada tetamu ke?" tanya Danial.

"huh tetamu yang tak di undang" tajam Tan Sri Malek memandang isterinya itu.

"yang awak pandang saya macam tu kenapa, betullah apa yang saya cakap. tetamu yang tak di undang" Puan Sri Katrina sengaja mencurahkan lagi apa kemarahan suaminya itu.

"saya cakap berapa kali Hanan tu bukan tetamu, dia sebahagian daripada keluarga kita. susah ke awak nak faham?" Puan Sri Katrina memandang tajam anak mata suaminya itu. pandangan Puan Sri Katrina beralih pada Hanan. dengan perasaan yang tidak puas hati Puan Sri Katrina meninggalkan meja makan itu.

Danial ralit memang wajah Hanan, Aira yang melihat Alongnya yang ralit memandang Hanan terus besuara. "mata along nak kena cucuk dengan garfu ni ke?" cukup kasar Aira bertanya.

"yang kau dah kenapa, nak cucuk mata Aku dengan garfu pulak. nak kena tampar" Danial langsung tidak puas hati dengan adiknya itu. makin besar makin kurang hormat padanya.

"yang mata kau tu duk pandang Hanan dah kenapa?" Danial memandang tajam anak mata adiknya itu. "yang aku padang Hanan, bukan kau. lagi satu yang aku guna ni mata aku bukan mata kau pun" Aira baru sahaja ingin membalas.

"Aira,Danial!!!, stop bergaduh depan rezeki ni" cukup tegas Tan Sri Malek berkata.

Danial yang tidak puas hati terus bangun daripada meja makan itu, Danial menolak kerusi yang dia duduk itu dengan kuat, Danial ingin menunjukkan yang dia sedang marah tidak sampai beberapa langkah Danial mendengar suara Papanya itu.

"Danial Firdaus!, lepas sahaja Papa sarapan jumpa Papa dekat bilik kerja Papa. jangan nak mengelat"Danial membuat muka bosan terus melangkah pergi.

************************

"apa nak jadi dengan kamu ni Danial!!!!" marah Tan Sri Malek pada anaknya.

"yang awak ni nak marah marah Danial ni dah kenapa?" Puan Sri Katrina membela anaknya itu.

"awak diam Katrina, saya tak bercakap dengan awak. saya sedang bercakap dengan Danial!!!" tegas Tan Sri Malek berkata.

"apa yang Danial dah buat Pa, sampai Papa marah sangat ni?" tanya Danial bosan, Danial sudah lali apabila Tan Sri Malek memarahnya. yelah sebab dah berapa banyak kali Tan Sri Malek memarahnya. tapi Danial tetap Sama sahaja.

"kamu tanya Papa apa salah kamu?, ingat Papa tak tahu apa yang kamu buat" suara yang lembut tetapi cukup tegas.

"awak ni pun, biasalah orang muda. diorang masih ada perasaan nak enjoy lagi. awak apa tahu sebab awak tu dah tua" sampuk Puan Sri Katrina lagi.

"DIAM!!!!!!!, Katrina, minum arak tu biasa, pergi kelab malam tu biasa, berzina tu biasa. masyaallah Katrina apa yang dah hasut awak ni!!!!!!, awak tahu tak semua tu dosa besar Katrina, awak nak anak kita ni terus hanyut ke dengan dosa dosa dia" Tan Sri Malek menekan nekan kepalanya, ia sedang berfikir di mana silapnya sampai isteri dan anak bujangnya boleh terpesong sejauh ini.

"Papa, Danial mintak maaf. okay Danial janji dengan Papa Danial tak buat lagi." Tan Sri Malek memandang tajam anak bujangnya itu. "dah berapa kali janji Danial, tapi Papa tengok Danial tetap buat lagi?" Danial mendekati Papanya itu.

"kali ni, Danial janji dengan Papa, Danial akan cuba berubah" Danial memeluk Papanya itu.

"last chance, lepasni ada hukuman buat kamu kalau papa dapat tahu kamu buat lagi" tegas Tan Sri Malek.

"baiklah Papa, Danial keluar dulu" Danial melangkah keluar daripada ruang kerja Papanya itu.

keluar sahaja pintu terus nampak susuk tubuh adiknya itu yang bediri tida jauh daripada pintu ruang kerja Papanya. "kau curi curi dengar ke?"

"macam tak biasa Along ni, Aira memang selalu dengar kalau Papa marah Along, tu baru sikit tau Along kena marah, kalau Aira bocorkan pasal semalam. agaknya apa riaksi Papa?" Danial membuat muka pelik.

"bocor pasal apa, yang aku balik mabuk tu. bukan Papa dah tahu?" Aira tersenyum sumbing.

"pasal along sikit lagi nak rogol Hanan, anak angkat Papa" senyum Aira sukar di tafsir oleh Danial.

"apa kau merepek ni, aku tak ingat apa apa pun. kau ingat aku ni gila sangat ke nak buat benda Kotor tu?" Aira tergelak sinis.

"yeke, baguslah. jangan sesekali sentuh Hanan langkah mayat Aira dulu kalau Along berniat tak baik pada Hanan" terus Aira berlalu pergi daripada situ.

"pikir aku takut ke?, sikit pun tak lah" Danial memandang susuk tubuh adiknya yang makin lama menjauhinya.

**********************

"Hanan, termenungkan apa tu?" tegur Tan Sri Malek.

"eh Papa, tak adalah Hanan tengok bulan tu haa bulan mengambang harini cantik" aku tersenyum memandang bulan itu. terus otak aku teringat akan arwah ayah, dulu aku selalu tengok bulan dengan arwah ayah.

"Hanan, Papa harap Hanan tak kecik hatilah dengan Mama Katrina tu, dia memang macam tu main cakap lepas jer" aku melemparkan senyuman kepada Tan Sri Malek.

"Hanan tak terasa pun, lagipun apa yang Mama Katrina cakap memang betul, Hanan ni cuma tumpang jer dekat rumah ni" Tan Sri Malek dapat melihat wajah sedih anak angkatnya itu.

"Hanan, nak sambung belajar tak?" sengaja Tan Sri Malek menukar topik.

"memanglah nak, tapi tulah Hanan mana mampu nak bayar kos pelajaran tu, memang boleh ambil pinjaman. tapi Hanan tak nak berhutang lagipun Hanan ada kumpul duit" terang Hanan.

"Hanan kumpul duit apa?" Tan Sri Malek memandang wajah bersih Hanan untuk mendengar penjelasan Hanan itu.

"duit untuk kos rawatan pembedahan ayah, tapi tak sempat nak guna, ayah dah pergi dulu" aku mengalirkan air mata, apabila teringat yang aku tak dapat nak selamat arwah ayah.

"jadi Hanan dah tahulah pasal penyakit ayah tu, kenapa tak bagitahu Papa, perasaan menyesal dalam diri Papa ni masih tersisa lagi tahu tak" Tan Sri Malek masih sedih kerana tidak boleh bebuat apa untuk sahabatnya itu.

"Papa tahu tak, selalunya kalau Papa cakap nak datang rumah, arwah ayah mesti suruh Hanan mekaup dia supaya muka ayah tu tak nampak pucat, Hanan dah tanya ayah kenapa nak kena mekaup. and ayah akan jawab ayah tak nak kalah dengan Papa sebab Papa dah tua pun masih segak lagi" aku ketawa Apabila mengingati memori tersebut.

"ayah, kenapa ayah nak suruh hanan mekaup ayah bagai ni," rungut aku pelik dengan kelakuan ayah, apabila meminta aku untuk mekaup kan wajahnya.

"kejap lagi, kawan ayah yang Malek tu dia nak datang, kamu tahukan dia tu walaupun dah tua, segak dia macam orang muda, ayah tak naklah kalah dengan dia" geli hati aku mendengar alasan ayah.

"ayah, kalau tak mekaup pun ayah memang dah segak dah, kalau tak tak kan mak Cik Kiah yang jual karipap tu ngorat ayah kut" terbelik wajah Hisham melihat anaknya berkata begitu.

"ouh dah pandai nak usik ayah ye?, tunggu" Ayah menggeletek perut aku, tidak berhenti aku ketawa.

"Hanan" panggil itu mengejutkan lamunan aku.

"ya Papa?" aku memandangnya wajah Tan Sri Malek.

"Hanan nak sambung belajar tak?" tanya Tan Sri Malek pada aku lagi.

"Hanan tak mampu Pa" aku memang betul betul tak mampu, duit yang aku kumpul pun cuma ada rm 2000 jer.

"Hanan jangan risau Papa tanggung semua kos pembelajaran Hanan, sekarang ni kan Hanan dah jadi anak Papa" terkejut aku apabila Tan Sri Malek berkata begitu.

"Pa tak payahlah, Hanan dah bersyukur dah apa yang Papa dah bagi pada Hanan ni tau," aku tidak akan menyusahkan hidup Tan Sri Malek.

"nanti Hanan cakap dekat Aira, nak ambil kos apa dekat kolej mana, pasal duit biar Papa jer yang urus kan. ni keputusan Papa" terkejut aku melihat ketegasan Tan Sri Malek.

"tapi Papa, Hanan" belum sempat aku berkata habis Tan Sri Malek dah memotong.

"sambung belajar, kejar impian kamu Hanan. jangan risau pasal duit, dah jom masuk sudah Malam dah ni" aku dan Tan Sri Malek berjalan masuk ke dalam rumah agam itu.

****************************

aku melihat penampilan aku di cermin, hari ini hari pertama aku masuk ke kolej, aku menggayakan baju kurung moden berwarna biru laut rambut pula aku biarkan lepas cuma aku menyelitkan tiga kelit rambut di bahagian tepi, solekan pula hanya aku mencalit sedikit lipstick berwarna pink lembut.

"perfect Hanan, you are so beautiful" tiba tiba terdengar ada orang ketawa, aku memandangnya gerangan itu.

"puji diri sendiri nampak?" Aira yang berada di hadapan pintu bilik Hanan melangkah mendekati Hanan.

"kak Aira, ni terkejut Hanan tau, kak okay tak penampilan Hanan harini" aku bertanya kepada Aira.

"okaylah not bad" terkejut aku, itu jer yang aira cakap.

"not bad, kak serious lah" tanya aku gelisah.

"ish, adik akak ni pakai apa pun dah cantik, dah jum sarapan nanti lambat pulak pergi kolej first day kan harini?" aku tersenyum gembira.

aku dan Aira melangkah ke ruang makan, aku melihat Papa sudah berada di meja makan dengan berpakaian formal orang nak pergi pejabat.

"wow cantiknya anak papa yang sorang ni" puji Tan Sri Malek.

"siapa Aira?, cantik harini" tanya Aira lurus.

"ish bukan kamu, tapi Hanan" aku tersenyum apabila melihat wajah cemberut Aira.

"anak Papa yang ni pun cantik jugak" Tan Sri Malek mengambil semula hati anak Daranya itu.

"Aira tahu, Aira memang cantik" puji Aira Sendiri.

"dah dah dua dua cantik, dah makan nanti lambat pulak nak hantar Hanan pergi kolej." kami bertiga makan dengan berselera sekali.

kereta Aira kini sudah berada di hadapan kolej yang akan aku belajar, "dah sampai dah, belajar elok elok tau. kejap lagi balik mungkin Pak Mat ambil, akak rasa akak tak sempat nak ambil banyak kerja harini nak settle kan" terang Aira pada aku.

"is okay, Hanan masuk pergi dulu ye" apabila melihat anggukan Aira aku pun keluar daripada perut kereta Aira.

dengan langkah bismilah aku melangkah masuk ke dalam kolej itu. aku terpegun dengan dekorasi kolej ini cantik sangat, aku leka memang dengan tiba tiba aku terasa aku terlanggar sesuatu yang tinggi aku membuka mata aku. terkejut aku apabila benda yang aku langgar itu bukanlah tiang tetapi orang.

"maaf maaf, saya betul betul tak sengaja" aku memohon maaf, apabila aku tidak nampak riaksi apa apa daripada orang yang aku langgar itu, malah orang itu ralit memandang wajah aku.

"maaf ye!!!" aku menguatkan suara. terus tersentak orang tu aku tengok.

"eh is okay, awak tak ada apa apa kan?" tanya lelaki itu pada aku. aku balas dengan gelenggang.

"nama saya, Aiman hakim, bukan Aiman hakim yang pelakon tu tau" aku tersenyum melihat gelagat lelaki ini memperkenalkan dirinya itu. "nama cik adik manis ni siapa?"

"nama saya Hanan sofea, panggil Hanan jer" aku melemparkan senyum manis kepadanya.

"ouh sedap nama, pelajar baru ke ni?" tanya Aiman pada aku.

"haah, pelajar baru. awak tahu tak dekat mana kaunter pendaftaran?" tanya aku pada Aiman.

"tahu, jom Aiman tunjukkan" aku mengikut langkah Aiman.

aku sudah selesai menguruskan pendaftaran, semuanya di bantu oleh Aiman. "Terima kasih awak bantu saya" ucap aku pada Aiman.

"alah no hal lah, benda kecik jer pun, hmmm pukul 12 kejap lagikan baru mula orentasi perkenalan?" tanya Aiman.

"haah pukul 12, lagi 2 jam" kata aku.

"okay kalau macam tu kita pergi kafe nak, minum minum?"

"okay jugak?" aku mengikut langkah Aiman untuk pergi ke kafe.

*********************

TOK!TOK!TOK!.

"masuk" Aira mengangkat kepalanya ingin melihat siapa yang masuk ke ruang pejabatnya.

"eh Papa, kenapa tak suruh Aira jer yang datang pejabat Papa?" Tan Sri Malek melabuhkan punggungnya di hadapan anaknya itu.

"alang alang Papa melawat kawasan, lawat sekali Aira" Aira membuat mulut berbentuk o.

"harini Aira ambil Hanan boleh?" tanya Tan Sri Malek.

"alah Papa, harini jadual Aira penuh meeting sampai malam, kenapa Papa tak suruh Pak Mat yang ambil Hanan?" tanya Aira.

"kul 1 kejap lagi Papa nak gerak pergi airport ambil Mama, harinikan Mama balik daripada London, maybe Papa tak balik malam ni sebab kamu bukan tak kenal perangai Mama kamu tu, bukan nak terus balik mesti nak kena singgah tidur hotel dulu alasan dah duduk lama dalam flight" Aira tersenyum memandang Papanya itu.

"Aira tahu, hmmm apa kata Papa mintak tolong Along?, ambilkan Hanan" ya sejak daripada Tan Sri Malek memarah Danial, kini Danial banyak berubah, Danial tidak lagi balik rumah dalam keadaan mabuk dan hubungan mereka pun semakin baik.

"okaylah Papa try mintak tolong Along, Papa pergi pejabat dia dulu ye" Tan Sri Malek sudah menapak keluar daripada ruang pejabat Aira.

TOK!TOK!TOK!.

"masuk!" Danial langsung tidak pandang siapa yang masuk ke dalam pejabatnya, matanya fokus pada kerjanya.

"busy ke Danial?" tanya Tan Sri Malek.

Danial yang mendengar suara Papanya itu terus mengangkat kepalanya nya, "sorry Pa Danial tak tahu pulak Papa yang masuk" Tan Sri Malek hanya tersenyum.

"tak apa Danial, lagipun Papa datang sini nak mintak tolong kamu?" Danial mengangkat keningnya.

"nak mintak tolong apa?"

"nak mintak kamu tolong ambilkan Hanan dekat kolejnya tu, Papa dah mintak tolong Aira tapj harini dia punya jadual full, tak sempat. harini Papa nak pergi ambil Mama dekat airport" terang Tan Sri Malek.

"ouh harini Mama balik, yelah dah 2 bulan Mama duduk dekat Landon" Danial berfikir. "okaylah Danial ambil Hanan, dekat kolej dia?"

"baguslah kalau macam tu, Papa dah nak pergi dah ni, jangan lupa ambil Hanan" pesan Tan Sri Malek.

"ye Danial tak lupa"

Danial tiba tepat pukul 10 malam di depan kawasan kolej Hanan, Danial melihat susuk tubuh yang berada di perhentian bas, perlahan lahan Danial menghampiri perhentian bas itu.

aku yang melihat sebuah kereta audi mewah parking di hadapannya, "woi cepatlah masuk lembab!!" tengking Danial.

aku pun apa lagi bila dah kena tengking terus belari masuk kedalam kereta mewah Danial. "di sebabkan kau lambat masuk dalan kereta aku kau ada denda"

terbeliak mata aku mendengar, 'aku lambat masuk dalam kereta kau pun ada denda, kau tahu tak orentasi aku tadi habis pukul 6 petang kau jemput aku pukul 10 malam kalau tak di sebabkan kau tak hantar mesej ugut dekat aku memang tak aku nak tunggu kau, baik aku ambil teksi jer' tapi sayang aku tak dapat nak luahkan kata kata aku ni pada kau cukup hati aku jer yang tahu.

"woi!!!!, kau dengar tak?" tengking Danial.

"saya dengar Encik Danial" terus kereta Danial meluncur laju, meninggalkan kawasan perhentian bas itu.

hampir 40 minit Danial memandu akhirnya sampai juga di destination yang nak di tuju. aku melihat kawasan tersebut penuh dengan wanita wanita yang berpakaian yang tidak cukup kain, sunguh sosial diantara lelaki dan perempuan.

aku menjadi takut, apabila melihat kawasan itu. "woi keluar lah, tak kan nak suruh aku bukakan pintu kau pulak?" tengking Danial.

"tak tak mungkin" menggigil tangan aku ingin membuka pintu, seumur hidup aku belum pernah aku sampai ke tempat ini. "ya Allah tolonglah hamba mu ini" menggigil badan aku ketika ini.

###############

AGAKNYA DANIAL BAWAK HANAN PERGI MANA EH?

MAAF KALAU ADA KEKURANG DAN TAYPO, KALAU SUDI MERIAHKAN LAH KOMEN YE, DAN BOLEH FOLLOW IG @AINA_KHAILEEDA

Bab berikutnya