webnovel
avataravatar

TAKDIR

" didi... dapat tak u call lisa?" tanya gina,kekasih kepada didi merangkap sahabat lisa. risau sungguhlah mereka. pertama kali mereka menghabiskan cuti berasingan. sebelum ni kemana sahaja bersama. tiba-tiba pula tahun ini lisa ingin mencuba percutian bersendirian. katanya ingin cabaran.

" jangan risaulah.. aku yakin adik didi sekarang selamat dan sedang menikmati percutiannya." zackry dengan yakin dan pasti lisa selamat. dia boleh menghidu sesuatu walau jaraknya beribu-ribu meter. ada sesuatu di sini yang mungkin tidak disedari oleh mereka.

" yakin sungguh.. " tegur mary ann salah satu daripada teman lisa juga. mereka enam sekawan. lisa,gina,mary,misya dan sandee.membesar bersama-sama dan juga memilih bidang yang sama. mempunyai cita-cita yang sama walau berbeza bidang.

" aduh didi... kau kata nak enjoy.. tapi kau pula risaukan adik kau.. dont worry la.. adik kau pasti selamat..kau risau macam baru harini jer kau kenal perangai pelik adik kau.. dia dengan iskandar.. apa bezenye.. dua-dua hanyut dengan dunia mereka.. lagipun kau dah call is kan.. mesti is tolong cari nanti.." bebel wong, salah satu daripada teman-teman iskandar. wong seorang yang auwww sikit. dia merupakan senior lisa dalam kelas seni. dia ingin menikmati percutiannya dan berkelilingi melihat fesyen terbaru dan akademi model di negara orang.

" ya kan senior... jikalau lisa pilih untuk bercuti jauh...itu tandanya dia memang selamat..dia tahu bagaimana nak jaga dirinya" sandee menyokong bebelan wong. tolong jangan rosakkan percutian mereka.

lisa pasti selamat dan sedang berbahagia. buat apalah didi nak risau. cubalah nikmati cuaca indah di kota paris ini.

" bro... percayalah.. lisa kau selamat..." zackry meyakinkan didi lagi. dia menepuk bahu temannya itu. ada senyum misteri terbit dibibirnya.

mahu tidak mahu,didi yakin pada kata-kata teman-temannya sekalian.

" baiklah.. yerlah.. lisa dah besar.. tak perlu untuk aku risau.. lagipun is ada dekat sana.. " akhirnya setelah ditenangkan oleh rakan-rakannya,didi mulai yakin. naluri seorang abang yang selalu memanjai adiknya mungkin membuatnya was-was dan hanyut dalam kerisauan. lisa tidak seperti aliya lisa suka cabaran. aliya pula seorang yang kurang bersosial. sibuk dengan penyelidikannya. lisa pula... pening. semua benda ingin dicuba dan dibuatnya. adiknya itu kadang-kadang boleh menjadi bahaya membua sesuatu yang merbahaya.

" so malam ni bolehlah... " gembira suda wong apabila melihat didi sudah menghilangkan wajah seriusnya. dia siap membuat aksi menari saturday night fever lagi. aksi tangan menari tunjuk langit. kemain ye wong.

" relax wong.. awal lagi ni.. aku nak cari jam tangan dulu.." gill yang diam menikmati pastanya daripada tadi,mengingatkan temannya niat mereka keluar sekarang ni.

untunglah menjadi anak orang berada, percutian mereka semuanya mewah. teratur sahaja. membeli belah tanpa memikir wang akan habis,bercuti,berhibur seolah dunia mereka yang punya. kerna terlalu mewah inilah,iskandar dan lisa menjadi muak dengan kekayaan keluarga mereka. mereka ingin lari dari kebiasaan ini dan itulah kerana keinginan mereka yang berbeza maka,takdir menemukan mereka. kebiasaan yang membuatkan mereka menjadi lupa diri. iskandar yang selalu memilih dirinya dan lisa yang selalu sukakan sesuatu yang baru.

lisa dan iskandar pula berpegangan tangan berjalan dipersisir pantai menanti matahari terbenam. lisa sejak menaiki kapal terbang,sudah siap-siap menetapkan telefonnya ke mode senyap. tidak ingin diganggu oleh keluarganha. pasangan itu kelihata mesra menyelusuri pesisir pantai yang memutih pasirnya,menanti terbenamnya mentari, panorama alam yang indah ciptaan tuhan. esok pula pasangan itu sudah merancang untuk menyaksika matahari terbit pula. untuk hari ini marilah menatap mentari terbenam dahulu.

hari indah,sudah hampir sampai ke penghujungnya. kenangan indah percintaan di thailand bakal tamat lagi dua hari. percutian mereka akan sampai ke penghujungnya namun belum samapi ke destinasinya. iskandar mengajak lisa melabuh punggung di suatu tempat yang strategik. dari posisi itu akan jelas kelihatan mentari terbenam. iskandar melabuh punggungnya dahulu dan menarik lisa duduk di hadapannya. di tengah-tengah kakinya.tubuh itu dipeluk darinarah belakang. posisi pelukan sebegitu amat disukai iskandar. terasa dirinya dan lisa rapat didalam keadaan begitu. dagunya pula diletak di atas bahu lisa. haruman dari leher gadis itu menyiksa batinnya. tetapi nyaman.....

" apa yang u fikir?" tanya iskandar. dia risau apabila lisa diam. takut ada sesuatu yang menakutkan melintasi fikiran lisa. hubungan mereka masih terlalu awal.

lisa mengusap pipi iskandar yang merapat di sisinya. matanya melihat lautan yang berubah warna jingga.

" boleh tak kita rahsiakan dahulu hubungan kita ni??" pinta lisa perlahan.

iskandar diam berfikir. dia tidak ingin lisa berada dalam keadaan sulit karenanya. permintaan itu tidaklah sulit sebenarnya.

" erm.. tapi u kena janji.." iskandar setuju namun ada janji yang harus lisa turuti bersama persetujuannya.

lisa menoleh wajahnya melihat iskandar. menanti ucapan iskandar yang seterusnya.

" jangan pernah lari jauh dari sisi i.." pinta iskandar. dia mahu lisa selalu berada di sisinya. menemaninya sehingga akhir hayat.

" u pun sama.. jangan tengok perempuan lain.."

iskandar gelak kecil. dia suka apabila lisa menunjukkan sisi cemburunya.

" i hanya ada u.. untuk apa i pandang orang lain.. " ya.. iskandar belum pernah lagi ada hati kepada mana-mana gadis yang cuba mendekatinya. semuanya ditepis seperti lalat. shuh..shuh..

" sweet... nanti kalau u sambung study ke luar negara.. mesti i akan rindukan u.." akui lisa sudah jauh fikirannya membayangkan saat iskandar pergi dari sisinya selepas 6 bulan nanti.

" i bawa u sekali.." memang itu yang dirancangkan oleh iskandar. dia akan mencari tempat pengajian yang sesuai dengan akademik lisa.

" tak boleh.. kami dah mohon tempat study kami.. i dah booking awal. tungu nak siapkan exam sahaja.." lisa bersuara sedih. dia sudah bertemu universiti yang sesuai dengan kehendaknya. bagaimana dia nak ikuti iskandar.

" i akan melawat u.. setiap cuti,i akan datang" janji iskandar.

" u tak busy ke?? sekarang pun u dah ambil alih sedikit demi sedikit pentadbiran syarikat..macam mana u nak jumpa i?" soal lisa memahami kesibukan iskandar. iskandar dan didi, bakal mewarisi kekayaan keluarga masing-masing. beban di bahu mereka terlalu berat untuk dipikul..ada beribu-ribu mulut yang akan terisi.

" untuk u... " ya lisa..untuk lisa.. iskandar pasti akan sampai. buang semua tanggungjawap andai itu lisa.

" matahari dah nak terbenam.." beritahu lisa. menunjuk ke arah langit yang berubah ke warna jingga. perlahan-lahan mentari melabuhkan tirainya. menukar suasana.

" is...i janji dalam kehidupan ini.. i hanya akan jd hak u..selamanya.. i tak tahu kenapa.. tapi i sangat2 cintakan u.. itu yang i rasa kini dan i harap ini selamanya" janji lisa bersaksikan matahari terbenam. iskandar mengeratkan pelukannya. terasa damai jiwanya kini memdengar lafaz janji lisa. andai lisa meninggalkannya suatu hari nanti,akan dituntut segala janji lisa. iskandar tahu dirinya,tahu betapa setianya dirinya. bila dia dah tetapkan perasaannya buat lisa.. maka lisalah itu..

Bab berikutnya