webnovel

Bab 10 - Jiwa Gelap

Ke Esokan Harinya - Pagi yang indah bagi memulakan suatu rancangan yang bakal menghangatkan segala gelora rasa. Abang Rahman sudahpun menerangkan mengenai berpindahan kampung bersama dengan puncanya kepada seluruh penduduk kampung usai sahaja solat subuh di surau Laila. Seawal pagi itu, mereka memulakan langkah menuju ke destinasi mereka.

"Daem." Panggil Pacik Nuar pada anaknya.

"Ya ayah." Sahut Daem.

"Ingat ini. Aku dan kau datang ke kampung ini sewaktu kau masih kecil. Mungkin kau sudah lupa, kita ini bukanlah berasal daripada kaum Bydho'. Cari asal di mana letaknya kaum kita. Belajar daripada mereka tentang diri kau sendiri. Aku adalah unsur besi dan ibumu adalah unsur api. Kau bukan api sepenuhnya. Ikuti sahaja ke mana Sufi akan membawa mu. Berdampinglah dengan dia kerana dia adalah Penawar." Arah Pacik Nuar.

Daem terdiam tanpa bicara. Kaku bersama suatu hakikat yang dirinya itu adalah unsur gabungan di antara besi dan api.

"Aku jalan dulu. Tidak perlu kau fikirkan. Arus takdir akan memberikan mu jawapan." Nasihat Pacik Nuar.

Tanpa penjelasan yang lebih dalam, Pacik Nuar mula bergerak bersama kumpulan Abang Rahman untuk meninggalkan kampung Laila tanpa menghiraukan Daem. Abang Rahman yang mengetuai kumpulan itu pula bertemu dengan Radyah di tangga rumahnya.

"Radyah. Kau tunggu siapa?" Tanya Abang Rahman.

"Abang Sufi." Jawab Radyah.

"Kau naiklah kejutkan dia." Arah Abang Rahman.

"Tapi, Kenji sudah pergi ke tasik untuk menunggu Nur. Rai berjumpa dengan Sofea dan Lokh masih ada di rumahnya. Abang Rahman..." Terang Radyah panjang lebar bersama kerisauan pada jiwanya.

"Kau kejutkan sahaja Sufi. Kau jangan risau dengan dia. Dia itu bukan lelaki yang berfikiran bukan-bukan. Kau risaukan diri kau sendiri." Tegur Abang Rahman.

"Tapi..." Keluh Radyah.

"Tapi tapi. Aku jalan dulu. Assalamualaikum." Balas Abang rahman.

Wajah gadis comel itu berubah masam apabila diperlakukan seperti itu. Dengan langkah kaki yang diiringi keraguan, Radyah menaiki Rumah Abang Rahman. Daripada bahagian pintu rumah, dia melihat insan bijaksana itu terbentang indah bersama lenanya. Radyah mendekati Sufi lalu duduk di sebelah pemuda itu.

"Abang..." Panggil Radyah.

"Mmm." Jawab Sufi dalam lenanya.

"Bangun... Abang..." Panggil Radyah lagi.

"Mmm..." Jawab Sufi.

"Bangun la... Orang semua sudah bangun." Tegur Radyah.

"Kejap ya..." Pinta Sufi.

"Abang..." Panggil Radyah lagi.

Sufi tidak mengendahkan panggilan itu terus menghanyutkan diri didalam lena. Radyah merenung wajah pemuda itu. Seperti yang dikatakan oleh Abang Rahman, dia perlu merisaukan dirinya sendiri. Bukanlah Sufi yang mencintai lena.

"Abang... Kalau abang tidak mahu bangun... Radyah peluk Abang Sufi." Ugut Radyah.

Ugutan itu memaksa Sufi untuk membangkitkan tubuhnya memandang Radyah hingga membuatkan ikatan pandangan terjalin diantara mereka berdua.

"Apa Radyah...?" Tanya Sufi dengan lembut.

"Bangun." Arah Radyah.

"Kalau tidak..." Balas Sufi.

"Ra... Radyah... Iiieee... Abang..Bangun... Kata abang Sufi kita jalan awal pagi. Sekarang sudah hampir pertengahan pagi." Marah Radyah.

"Tenang Radyah." Balas Sufi dengan senyuman kecil dibibirnya.

Sufi bangkit dari tidurnya bergerak untuk menyiapkan diri. Dalam beberapa minit, Lokh tiba dirumah Abang Rahman membawa pakaian dan barang-barangnya.

"Lokh. Banyaknya barang kau." Soal Radyah.

"Kita pergi mana Radyah?" Tanya Lokh semula.

"Tasik. Mancing." Sindir Radyah.

"Alaa... Aku lupa bawa pancing la Radyah. Aku pergi ambil sekejap ya." Pinta Lokh.

"Iiieee... Lokh. Kita akan pergi dari kampung ini. Tunggu sini diam diam. Kita tunggu Abang Sufi. Jangan banyak tanya." Marah Radyah.

Lokh hanya mengangguk membenarkan arahan itu meski dia tidak memahami sepenuhnya apa yang Radyah cuba sampaikan. Berlalulah masa sehingga Sufi sempurna menyiapkan dirinya. Mereka bertiga bergerak meninggalkan kampung Laila menuju ke Pohon Zamrud Mulia.

*****

Disuatu suasana yang indah pada tasik yang memantulkan cahaya matahari di atas langit. Duduknya seorang pemuda tampan di tepi tasik itu meneruskan arahan ketuanya pada zahirnya namun menyalakan api rasa pada tujuan jiwanya. Nur berjaya menggerakkan kedua kakinya hingga tiba di tasik itu berjumpa dengan pemuda tampan tersebut.

"Assalamualaikum." Ucap Nur.

Kenji mengarahkan pandangan ke arah Nur bersama suatu senyuman yang sangat manis. Dia mampu menyelindungkan rasa didalam hatinya yang bergelora dengan tingkah yang seakan tenang seperti Sufi.

"Walaikumsalam. Duduk Nur." Pelawa Kenji dengan suatu nada yang tenang dan lembut bahkan dihiasi dengan suatu senyuman yang menawan.

Jiwa gadis itu terusik kembali dikala kedua mata mula bertentangan. Nur duduk disebelah Kenji bersama pandangan yang dipaksa agar memancar ke tasik.

"Nur... Nur mahu belajar apa dengan aku...Aku tidak bijak seperti Sufi. Ilmu aku pun kurang. Maaf ya kalau ada kekurangan nanti." Pinta Kenji.

"Nur... Tidak apa. Kenji... Nur... Nur..." Balas Nur dengan suatu bicara yang terganggu dengan akalnya.

"Jangan takut Nur. Aku tidak akan berfikir yang bukan-bukan. Aku tahu kau sangat cantik. Tapi aku juga tahu yang aku perlu menghormati kau sebagai seorang wanita." Pujuk Kenji.

"Ehem...Tidak Kenji. Aku cuma janggal berduaan dengan lelaki. Maaf ya." Balas Nur.

Mendengarkan penjelasan si gadis yang dia merupakan seorang wanita yang pemalu membuatkan si pemuda tampan tergelak kuat.

"Jangan takut ya Nur. Kalau muka aku ini menakutkan, kau bayangan aku macam anak kucing. Kalau tidak tampan, kau bayangkan macam harimau. Kalau takut lagi, Nur anggap aku macam ayam. Hah." Gurau Kenji.

"Tampan la Kenji. Pemuda tertampan pernah Nur jumpa. Sebab itu Nur malu." Balas Nur bersama senyuman kecil.

"Nur pun apa kurangnya. Wanita tercantik pernah aku jumpa. Aku pun malu dengan Nur. Tapi, malu yang kita berdua alami dalam situasi ini banyak kebaikannya. Sebab rasa malu lah kita saling menghormati dan mampu mengawal diri kita daripada melakukan perkara yang bukan-bukan. Sebab rasa malu ada pada kita berdua, kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara yang melebihi batas. Kan." Nasihat Kenji.

Jiwa Nur merasakan kedamaian apabila mendengarkan nasihat daripada Kenji. Membuatkan gadis itu mula terbiasa dengan bicara si pemuda tampan.

"Tidak sangka. Kenji bukan sahaja tampan tapi baik orangnya." Puji Nur.

Kenji tergelak mendengar pujian yang mengusik jiwanya itu.

"Jangan la gelak. Nur puji tu." Gurau Nur.

"Maaf Nur. Terima kasih ya. Nur pun cantik. Manis orangnya." Puji Kenji semula.

"Ish. Buat malu." Gurau Nur lagi.

"Jangan la malu. Aku puji tu." Balas Kenji pula.

Mereka berpandangan muka lalu menghadirkan gelak dan tawa diwajah masing-masing. Menghiburkan diri dengan suatu latihan yang berpaut temu janji pada rasa yang tidak mengenal. Kenji sudahpun menyalakan jiwanya bersama rasa namun diselindungkan dengan tingkahnya yang tenang. Nur pula mula menanam benih rasa berwajahkan Kenji tanpa kehendak daripada akalnya. Adakah dia akan menjaga benih rasa itu sehingga tumbuh memusnahkan rasa berwajahkan Sufi yang sudah tumbuh menjadi suatu taman. Sungguh si hantu mencipta suatu rahsia di balik mainan rasa.

*****

Suatu suana di kampung Sakin pada kedudukannya matahari tegak diatas kepala. Rai dan Daem mula memeriksa setiap rumah yang di kampung itu untuk memastikan tiada penduduk yang tersisa sebelum mereka memulakan hobi baru mereka. Menghancurkan kampung atas arahan ketuanya.

"Rai. Kosong tempat ini." Ucap Daem.

"Itulah. Mari musnahkan. Lepas itu kita musnahkan kampung Laila." Arah Rai.

"Kau mahu latih aku apa Rai?" Tanya Daem lagi.

"Entah. Aku mana ada bakat jadi guru. Kau hancurkan rumah ini semua. Jadikan sebagai latihan kau." Arah Rai.

"Fuh...Rugi aku dapat guru macam dia." Keluh Daem.

Rai mula memotong-motong rumah yang ada di kampung Sakin menggunakan petirnya. Daem pula menggunakan api pada kedua penumbuknya. Membakar rumah yang ada disitu menggunakan tinju api miliknya. Didalam suasana petir dan api itu, Rai menyeru Mantera Petir: Sahham.

"Kau yang sambung menyambung, bermain gendang di atas langit. Kau yang sambung menyambung, bermain gendang di atas bumi." Bicara Rai.

Mendung menghampiri kedudukan Rai menghiasi langit dengan petir yang sambung menyambung. Dalam beberapa detik, lima panah petir menyambar pada lima buah rumah yang ada dikampung itu.

"Bum!!!" Lima panah petir yang menggegarkan bumi.

Tanpa Rai sedari, salah satu panah petir yang menyambar secara rawak itu memanah ke tubuh Daem yang sedang menghancurkan sebuah rumah.

"Daem." Panggil Rai.

Rai berlari kearah Daem dengan wajahnya yang diselebungi kerisauan. Tiada siapa yang dapat menghalang petir dari memotong sesuatu. Adakah petirnya akan menjadi punca kematian Daem pada masa itu.

"Daem." Panggil Rai.

Alangkah terkejutnya Rai melihat Daem sedang berdiri bersama tubuhnya yang sasa memandang wajah Rai tanpa sebarang kesan luka mahupun petir. Berdirinya Daem mengubah fakta bahwa tiada siapa yang dapat menghalang petir dari memotong sesuatu.

"Kau hidup." Ucap Rai dengan kedua mata yang tidak mampu berkelip memandang keajaiban itu.

"Daem." Panggil Rai lagi.

"Rai... Aku belum mati..." Balas Daem.

"Daem. Tiada siapa mampu hidup dari panahan petir aku. Macam mana..." Balas Rai.

Daem pengsan secara tiba-tiba menghempap ke bumi.

"Mabuk ka dia dengan petir aku. Macam mana dia boleh hidup." Soal Rai.

Rai memeriksa tubuh Daem untuk memastikan pemuda sasa itu benar-benar hidup dan tidak terkesan dengan petirnya. Seperti dugaan diluar akalnya, tubuh Daem langsung tidak terusik dengan petirnya. Bagaimana awalnya tubuh Daem datang ke tempat itu, begitulah juga akhirnya. Dia memapah Daem membawa pemuda itu pulang semula ke kampung Laila. Meskipun situasi di luar jangkaan itu berlaku, kampung itu tetap hancur menjadi bahan mainan mereka berdua pada hari itu.

*****

Suatu suana di hutan Zamrud Mulia. Sufi, Radyah dan Lokh berjaya sampai ke destinasi mereka.

"Besarnyaaa." Ucap Lokh.

"Macam rumah la besar pokok ni. Puncak dia pun tidak kelihatan." Ucap Radyah.

Sufi berjalan mengelilingi Pohon Zamrud Mulia yang gah itu. Dia sepertinya sedang mencari kedudukan sesuatu yang bermain di akal fikirannya.

"Abang... Cari apa?" Tanya Radyah.

"Rumah." Jawab Sufi.

"Rumah? Ada rumah Sufi. Kita berada di kampung mana?" Tanya Lokh pula.

Sufi tersenyum mendengar pertanyaan Lokh yang menganggap ada kampung dibalik pohon itu berdasarkan bayangan akalnya.

"Bukan kampung Lokh. Ada sebuah rumah sini. Tersembunyi." Jawab Sufi.

"Abang... Rumah." Ucap Radyah.

Sufi menoleh ke hadapan. Tidak jauh dari kedudukan mereka, terlihat sebuah rumah usang yang membenarkan tekaanya.

"Mmm. Betulah masih ada." Terang Sufi.

"Apa yang ada Sufi?" Tanya Lokh.

"Kita masuk terlebih dahulu ke dalam rumah itu." Arah Sufi.

"Abang... Seramlah." Balas Radyah.

"Jangan takut. Lokh ada." Balas Sufi.

"Hmm... Harap faham." Keluh Radyah pula.

"Ya Radyah. Aku memang lembab. Kan Sufi." Soal Lokh.

"Ish! Lembab macam abang Sufi." Marah Radyah.

Mereka bertiga bergerak masuk ke dalam rumah itu. Suasana di bahagian dalamnya tersangatlah usang dan menyeramkan. Kayu yang membentuk rumah itu sudah pun reput dimamah usianya yang kelihatan beratus tahun. Yang ada hanyalah sebuah meja kecil berwarna putih dibanjiri dengan habuk yang tebal.

"Kita rehat dulu ya. Selepas itu kita kan membersihkan rumah ini. Radyah akan tidur di sini. Aku dan Lokh akan tidur di luar." Arah Sufi.

"Abang... Radyah... Abang..." Balas Radyah ragu-ragu menghabiskan ucapannya.

"Jangan risau Radyah. Sufi ini baik orangnya. Dia tidak akan melakukan perkara yang bukan bukan. Aku lembab. Perkara yang bukan bukan pun aku tidak tahu." Pujuk Lokh pula.

Sufi tergelak kuat mendengarkan penjelasan Lokh. Menghibur sungguh pemuda itu dengan kejujurannya.

"Tahu..." Balas Radyah.

"Apa yang kau takutkan?" Tanya Lokh.

"Bukan takut. Tapi... Boleh Abang Sufi temankan Radyah?" Tanya Radyah.

"Tidak boleh itu Radyah. Kena kawin dulu." Tegur Lokh.

"Ish. Bukanlah Lokh. Jaga Radyah dalam rumah ini. Tidur depan pintu." Marah Radyah.

"Mmm. Nanti kami tidur depan pintu ya." Pujuk Sufi sambil membersihkan rumah itu.

Mereka membersihkan rumah itu sehingga kedua mata selesa untuk memandang meski tidak bersih sepenuhnya. Asalkan mampu mereka merehatkan diri dan berlindung daripada hujan sekiranya cuaca tidak menentu. Usai membersihkan ruma, mereka berkumpul di ruang tamu.

"Sufi. Rumah siapa ini?" Tanya Lokh.

Sufi memandang wajah Lokh lalu mengarahkan pandangannya ke arah Radyah.

"Rumah Si Majnun dan Si Laila." Jawab Sufi.

Wajah Radyah berubah cemas. Sungguh hatinya tidak menyangka dia sedang berada di salah sebuah rumah yang pernah menjadi suatu lagenda pada zaman dahulu.

"Abang... Takut." Balas Radyah.

Sufi tersenyum melihat kerisauan gadis comel itu.

"Ish. Nanti ada benda yang bukan bukan dalam rumah ini." Keluh Radyah.

"Tiadalah." Balas Sufi.

"Sufi. Bukan anaknya mati disini?" Tanya Lokh.

Radyah bergerak duduk disebelah Sufi dikala gelora rasa berbaur dengan ketakutan. Sufi hanya diam tersenyum ke arah Lokh. Lokh pula memandang Sufi dengan seribu persoalan pada pandangan Sufi itu. Dalam beberapa detik, Lokh ketawa bersama nada yang menakutkan. Tingkahnya berubah drastis sepenuhnya ke arah yang sebaliknya.

"Lokh..." Panggil Radyah.

Tingkah Lokh membuatkan tubuh Radyah bergetar-getar mencerminkan jiwanya yang kurang selesa dengan suasana ketika itu.

"Patutpun unsur kau rahsia. Didalam jiwa kau dipenuhi dengan bayangan yang gelap. Tidak berbentuk sebarang unsur." Balas Sufi lalu tergelak kecil.

"Abang... Lokh." Balas Radyah.

Lokh terus mengikat pandangannya ke arah Sufi. Wajahnya sungguh menyeramkan bersama senyuman sinis yang dia ukirkan. Sufi hanya membalas pandangan itu dengan wajahnya yang tenang. Secara tiba-tiba Lokh meletakkan tangan kirinya di bahagian dada.

"Dikau adalah aku, aku adalah aku. Hitam dan Putih adalah aku. Aku lah yang tidak berwarna." Bicara Lokh bersama nada suara yang menakutkan.

Terbit cahaya hitam yang gelap pada tangan kirinya. Ianya sungguh berlawanan dengan cahaya putih. Cahaya gelap itu menyebarkan ketakutan dan hawa kedinginan. Menghadirkan kerisauan pada mata-mata yang memandang.

"Abang... Bukannya Lokh cahaya putih semalam. Kenapa... Abang..." Panggil Radyah. Menggigil seluruh tubuhnya melihat keadaan Lokh. Seperti hantu yang hidup di dalam badan seorang manusia.

"Wujud Dua Jiwa." Balas Sufi.

Lokh tergelak dengan kuatnya. Dia mulai berdiri dari duduknya berjalan seperti seorang pemuda gila yang tidak berarah.

"Laviant." Ucap Lokh.

"Maksudnya abang Sufi." Tanya Radyah.

"Lokh ada dua personaliti. Yang kita kenal sebagai pemuda yang lucu itu adalah Lokh. Yang menyeramkan ini adalah Laviant." Jawab Sufi.

"Dua personaliti. Dua jiwa dalam satu tubuh." Balas Radyah.

"Kau jangan takut Radyah. Dia itu diluar sahaja menyeramkan. Dia tidak akan mampu menganggu anggota Hiyar Ayil." Terang Sufi.

Laviant berhenti melangkah. Dia merenung wajah Sufi sedalam mungkin. Dia bergerak mendekati Sufi lalu duduk mencangkung di hadapan pemuda itu.

"Huh. Aku malas dengan kau. Kau bijak sangat." Keluh Laviant.

"Apa maksudnya Lo... Eh. Laviant?" Tanya Radyah.

"Kau jangan takut lah dengan aku. Mesti si hantu ini mahu aku yang jagakan kau. Sebab itu dia bawa aku sekali." Jawab Laviant.

"Mmm. Kau menakutkan macam mana pun, kau terikat dengan aku sebagai ketua kau dan Lokh." Balas Sufi.

"Jaga Radyah?" Soal Radyah.

"Kau terlalu menarik perhatian aku. Aku ingin melihat sejauh mana kau boleh membimbing aku untuk mneggapai sinar. Aku psikopat yang suka dengan kekejian. Mampukah kau?" Tanya Laviant.

"Abang!!! Radyah tidak mahu dia yang jaga Radyah. Dia ini orang gila." Teriak Radyah.

"Tenang lah bodoh." Marah Laviant.

Radyah tergamam mendengarkan gaya bicara Laviant. Belum pernah orang bodohkan dia. Itulah yang pertama kali sepanjang hikayat hidupnya.

"Dia pun sama seperti kau Radyah. Dia pun Wujud yang berkelebihan. Wujud Dua Jiwa ini tersangat berbahaya sebab itulah Keluarga Zilla ingin membunuh pemiliknya. Jiwa pertama bersifat lembab, lemah, tenang, sabar dan bersifat kebaikan. Itulah Lokh." Terang Sufi.

"Jiwa kedua bertentangan. Bersifat pemarah, gila dan kegelapan." Balas Radyah.

"Itu aku." Sambung Laviant bersama senyumannya yang menyeramkan itu.

"Diamlah. Gila." Marah Radyah.

"Aik. Aku cungkil mata kau yang bulat itu." Ugut Laviant.

"Cubalah. Aku pijak muka kau." Balas Radyah lagi.

"Ehem... Jangan... Kalau kamu berdua saling berbunuhan siapa kawan aku bercerita nanti." Gurau Sufi.

"Ish. Abang pun sama." Marah Radyah lagi.

"Aik..." Keluh Sufi.

"Mesti adik aku yang suruh kau jaga aku kan." Soal Laviant memecahkan segala suasana gurauan.

"Mmm... Aku pun tertanya pada awalnya. Sekiranya keluarga Zilla mengetahui yang kau adalah bencana bagi mereka, mengapa mereka tidak berjaya membunuh kau. Sedangkan, kakak kau lagi berbahaya daripada Luft. Dia boleh membunuh kau dan Luft tanpa kamu berdua sempat melarikan diri. Selepas itu, dia meminta aku untuk jagakan kau. Aku tertanya-tanya mengapa aku yang perlu jaga kau dan mengapa baru sekarang Luft menunjukkan kelebihannya sebagai pembunuh bayangan. " Soal Sufi.

"Mengapa?" Tanya Radyah.

"Itu semua kerana dia menunggu pengganti yang mampu menjaga raksaksa kegelapan dalam tubuh itu. Kau yang memudahkan Luft untuk membunuh ayah kau. Semalam, sewaktu aku cuba melihat unsur yang ada dalam tubuh Lokh, ianya gelap, rahsia dan tidak berbentuk. Tapi bila kau muncul sewaktu kau katakan tentang keseimbangan alam, aku nampak makhluk hitam bertanduk tujuh bersama kedua matanya yang merah. Kan. Jiwa Gelap?" Soal Sufi lagi.

"Jiwa Gelap. Unsur?" Tanya Radyah.

"Kau kalau tidak tahu kau diam dan dengar... Jiwa Gelap itu adalah aku yang hidup dalam tubuh ini. Aku bukan unsur. Aku jiwa dan Lokh itu pun jiwa. Kami berkongsi satu tubuh. Banyak tanya. Bukan kau faham pun." Marah Laviant pula.

Radyah mengerutkan dahinya. Sungguh geram jiwanya dipermainkan oleh Jiwa Gelap itu.

"Mmm... Merumitkan... Jiwa la... Gelap la... Kalau kau sangat ditakuti oleh keluarga Zilla, apa kelebihan kau?" Cabar Radyah.

"Wekwekwekwek... Potong mulut kau baru tahu." Marah Laviant.

"Potong." Cabar Radyah lagi.

"Sabar... Tenang ya." Pujuk Sufi.

"Laviant itu berkelebihan dengan akal dan bicaranya... Sebab itulah aku jadikan dia sebagai pembantu aku." Terang Sufi lagi.

"Hmm." Sengih Radyah.

"Nasib hantu ini minta aku jagakan kau. Kalau tidak, aku pecahkan akal kau." Ugut Laviant.

"Cubalah." Cabar Radyah.

"Ohhh. Kau tahu kan cinta yang tidak berbalas itu menyakitkan. Kau mahu mencintai, kakak angkat kau pun jatuh cinta dengan orang yang sama. Pernah terniat didalam hati kau agar membenci kakak kau sendiri bahkan berulang kali. Sanggup kau korbankan hubungan adik beradik yang sudah terjalin selama bertahun demi seorang lelaki. Mana maruah kau." Saiko Laviant.

Bicara yang membuatkan akal Radyah pecah bagi dihentak tukul yang berapi. Sungguh dia tidak menyangka Laviant mampu berbicara setajam itu. Dia mendekati Sufi lalu dipeluknya erat pemuda itu. Jiwanya dihambat keperitan dikala akalnya tidak ingin berfungsi.

"Abang... Radyah... Radyah tidak pernah berfikir seperti itu... Abang..." Tangis Radyah didalam pelukan Sufi.

Mendengarkan drama yang dicipta oleh Laviant membuatkan Sufi tergelak kecil.

"Tenang ya Radyah. Dia reka cerita. Itulah kelebihan dia. Bicaranya itu bagaikan pedang yang mampu menusuk ke dalam jiwa. Menjadi barah dalam jiwa hingga kita lupa mana yang betul mana yang salah." Pujuk Sufi.

"Tenang lah gadis comel. Aku reka-reka cerita la. Kau yang mahu sangat aku tunjukkan kelebihan aku. Kau jangan salahkan aku kalau kata-kata itu menghantui kau. Bukan betul pun." Pujuk Laviant pula.

"Tenang ya Radyah." Pujuk Sufi lagi.

"Tidak mahu... Sakit... Sakit sangat..." Balas Radyah.

Sufi mengarahkan pandangannya ke arah Laviant.

"Mati." Ucap Laviant tanpa suara pada Sufi.

Untuk yang ke sekian kalinya, bicara Laviant membuatkan Sufi tergelak.

"Radyah benci Jiwa bodoh itu. Radyah benci abang Sufi." Marah Radyah lagi dalam pelukan Sufi.

"Aik. Aku diam dari tadi Radyah." Balas Sufi.

"Radyah tidak peduli abang diam atau tidak. Abang pun salah." Marah Radyah.

"Mmm... Ya...Abang salah... Tenang ya..." Pujuk Sufi.

"Sudahlah... Kau sudah tenang pun kau masih memeluk hantu ini. Terlalu banyak alasan. Kalau kau suka, kau cakap. Benci la. Apa la. Tapi suka." Sindir Laviant.

"Diamlah jiwa gelap bodoh." Marah Radyah.

Radyah melepaskan pelukannya. Dia duduk semula di sebelah Sufi sambil memalingkan wajahnya daripada kedua pemuda itu. Benar sungguh bicara Abang Rahman. Sepatutnya Radyah merisaukan dirinya sendiri. Bukannya merisaukan Sufi.

"Abang Sufi... Abang Sufi yakin untuk menjadikan jiwa bodoh ini salah seorang anggota dalam Hiyar Ayil. Abang Sufi yakin yang dia mampu jaga Radyah?" Tanya Radyah dalam tangisan yang hampir reda.

Laviant memandang wajah Sufi sedalam mungkin. Dia juga menantikan jawapan daripada persoalan Radyah tersebut. Bahkan keluarganya sendiri pun membuang dirinya. Adakah si hantu itu akan melakukan perkara yang sebaliknya.

"Aku sendiri pun tidak yakin Radyah." Jawab Sufi.

Laviant tergelak kuat. Dia tidak menyangka jawapan Sufi sama seperti jawapan yang keluarganya berikan.

"Jadi?" Tanya Radyah lagi.

"Tapi aku yakin dengan keinginannya. Seperti yang aku katakan, aku tidak berhak menentukan masa hadapan seseorang. Selagi dia masih bernyawa, sehitam apa pun jiwanya dia masih mampu untuk berubah. Masa hadapannya bukan ada di tangan kita tapi di tangan dirinya sendiri. Hitam dan putih itu adalah jalan. Keinginan itu adalah permulaan untuk memilih jalan. Sekiranya dia sudah memilih untuk berjalan diatas jalan kebaikan. Siapa kita untuk menghalang jalannya. Kita ini bukan tuhan untuk menghukum. Kita ini hanya hamba yang saling bantu membantu untuk berjalan diatas jalan kebaikan." Nasihat Sufi.

Nasihat itu memecahkan suasana yang tegang menjadi tenang seperti tenangnya si pemberi nasihat. Sungguh bicara itu menusuk ke jiwa dengan suatu keindahan. Radyah merenung wajah Sufi bersama air mata keindahan yang tidak henti daripada berguguran. Dikala itu, Laviant tunduk memancarkan pandangannya ke permukaan alam. Setitis air matanya jatuh ke lantai. Sekeras apa pun hatinya dia masih mampu mengenal keindahan. Itulah kali pertama dia menangis sepanjang riwayat hidupnya.

"Sebab inilah aku benci dengan kau hantu. Sebesar apa pun api kemarahan yang dilontarkan pada kau. Kau tetap mampu memadamnya menggunakan kesabaran dan ketenangan. Kau berbeza daripada orang lain. Mati pun kau rela asalkan kau berjaya membawa rakan-rakan kau berjalan di atas jalan kebaikan. Sebab aku benci lah aku terima kau dalam hidup aku. Sebab aku benci la aku masuk Hiyar Ayil. Sebab kau telah mengubah benci aku menjadi harapan." Luah Laviant.

"Kau menangis." Sindir Sufi.

Laviant tergelak mendengar sindiran itu. Dia menyapu semula matanya yang menggugurkan air mata keindahan.

"Aku tolong kau hantu. Tapi ingat. Aku hanya tolong kau seorang. Yang lain itu bukan urusan aku. Aku tidur dulu. Kesian si lembab ini tidak tahu apa-apa." Balas Laviant.

Dalam beberapa detik, tubuhnya menghempap ke lantai. Apabila dia bangun semula, berubahlah personalitinya menjadi Lokh si lembab.

"Kita ada di mana?" Tanya Lokh.

Sufi dan Radyah tergelak kuat. Jauh beza dua personiliti itu. Suatu kelebihan dan kelemahan yang sangat seimbang pada satu tubuh.

*****

Suatu suasana petang di Kampung Hudap yang sudahpun diubah namanya menjadi Kampung Hitam Putih. Abang Rahman, Alim dan penduduk kampung mula memulihkan kampung itu. Membina rumah, membersihkan mayat-mayat Mu'un dan membuat kawasan-kawasan baru untuk menjadikan kampung itu sebagai benteng terakhir Hiyar Ayil. Ulya duduk di salah sebuah rumah yang ada di sana. Dalam ketenangan itu, air matanya mengalir. Pada kedudukan itulah dia telah melihat suatu temu janji yang indah di antara Hantu Salju dan Puteri Mawar Merah. Bahkan hatinya terkesan dengan keindahan temu janji mereka berdua kerana gelak dan tawa yang terukir jelas pada keihlasan hati masing-masing. Akalnya sentiasa memusingkan persoalan adakah dia mampu menjadi seperti Nur. Membahagiakan insan yang membahagiakan dirinya. Permainan rasa itu menyakitkan. Namun terkadang, permainan itu yang membantu kita untuk melihat suatu kebahagiaan.

"Ulya." Panggil Sofea mengejutkan Ulya dari permainan akalnya.

"Kak." Jawab Ulya sambil menyapu kedua matanya yang menitiskan air mata.

"Jangan sedih lagi la. Ulya sudah bebas sekarang. Ulya ada rakan-rakan. Pemilik hati Ulya." Sindir Sofea.

"Ish! Pemilik hati yang Ulya sangat benci." Marah Ulya.

"Benci itu seketika. Kesannya itu lama. kan." Sindir Sofea lagi.

"Entah. Mana-mana lah. Yang penting Ulya sudah bahagia sekarang. Ada kakak, Rai, kak Nur, Radyah dan banyak lagi. Sayang semuanya." Balas Ulya.

"Nama Sufi mana?" Tanya Sofea.

"Dia Ulya letak dalam lubuk hati yang paling tepi sekali. kalau letak sekali dengan yang lain nanti dia akan menyakitkan." Jawab Ulya.

Sofea tergelak mendengar bicara adiknya. Dia faham situasi adiknya yang mencintai Sufi didalam kebencian, tapi dia juga tidak ingin melihat adiknya tenggelam didalam kesedihan lagi hanya kerana permainan rasa. Dia ingin melihat adiknya melihat suatu sinar kebahagiaan dengan menepikan rasa-rasa yang menyakitkan. Ulya pula sentiasa berperang dengan suasana. Dia inginkan benih rasa berwajahkan Sufi itu tumbuh dan mekar tapi dia juga tahu, sekiranya rasa itu mekar pasti ianya akan memusnahkan rasa kebahagiaan lain yang ada pada jiwanya bahkan rasa kebahagiaan yang ada dalam hati rakan-rakannya yang lain. Apatah lagi insan pertama dan kedua yang jatuh rasa pada Sufi. Dia ingin menghormati kedua insan itu. Biarlah dia tidak merasai kebahagiaan daripada Sufi asalkan kebahagiaan mempunyai rakan seperti Nur dan Radyah tidak musnah hanya kerana rasa yang bertepuk sebelah tangan. Sungguh rahsia di balik rahsia.

Bab berikutnya