webnovel

BE MY WIFE

Penulis: CikRose
Fantasi
Sedang berlangsung · 37.6K Dilihat
  • 14 Bab
    Konten
  • peringkat
  • NO.200+
    DUKUNG
Ringkasan

Fauzan dan empat rakannya lagi berjalan di sekitar mall. Tetiba matanya terarah kepada seorang gadis yang lagi duduk di cafe. Dia hanya senyum sebelum kakinya mengekori langkah kawan-kawannya. Waney yang duduk di hadapan classmate nya hanya diam tanpa sebarang suara yang keluar. Aini yang merupakan kawan sekelasnya menegur gadis di sebelahnya. "Aku tengok kau ni diam ja." - Aini. "Eh? Err.. Saya tak tahu nak borak apa." - Waney. Kawan sekelasnya yang lelaki berada di meja bersebelahan dengan mereka. Fauzan dan rakannya yang lain turut serta reunion class yang berbeza dengan mereka, mata mereka memandang waney yang hanya diam. "Dulu dengan sekarang tetap sama ja sikap tu." - Hafiz. "Dia memang tak rapat dengan classmate dia.. Mesti rasa kekok ikut reunion ni." - Shamil. Dalam sebulan Fauzan dan Waney berkawan. Fauzan ajak Waney jadi isterinya. "Aku nak kau jadi kawan aku sampai nikah." - Fauzan. "Erk? Apa yang awak merapu ni?" - Waney. Adakah persahabatan yang baru mereka bina ini akan bertukar ke alam berumah tangga?

tagar
1 tagar
Chapter 1BAB 1

Fauzan dan rakannya mula keluar dari perpustakaan berdekatan dengan luar sekolah mereka. Lagi mereka berlima seronok berbual, mata mereka terarah kepada seseorang gadis yang tidak jauh dari mereka, gadis itu sedang berdiri di luar pintu pagar perpustakaan sendirian.

Langkah mereka yang berhenti tadi mula melangkah semula. Gadis yang di luar pagar itu menoleh ke belakang di mana dia mendengar bunyi kasut berjalan ke arahnya. Dia memandang sekumpulan lelaki yang lagi menghampirinya, dia mula berganjak ke belakang sedikit bagi ruang pelajar lelaki tadi lalu sebelum dia menunduk apabila sekumpulan lelaki itu melintasi di hadapannya.

Mata Fauzan hanya melihat gerak geri gadis di hadapan mereka. Apabila melihat gadis itu menunduk dia hanya senyum kecil sebelum matanya terarah di hadapan semula. Bukan hanya Fauzan yang senyum. Tapi mereka berlima turut senyum melihat sikap gadis tadi.

Sudah sekumpulan lelaki tadi menjauh. Waney mengeluh perlahan sebelum matanya melihat sekumpulan lelaki tadi. Wajahnya yang tidak beriak itu hanya mengeluar keluhan kecil dari bibirnya.

"Wahai jejaka-jejaka hensem.. Tak ada laluan lain ka kau orang nak lalu?" Waney bisik pada dirinya sendiri. Tangannya mula buka beg galasnya untuk mengambil smartphone nya.

Tetiba kedengaran suara seseorang di belakangnya yang jerit kecil memanggil seseorang. Waney menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki guard berlari anak ke arahnya. Guard tadi mengeluh apabila sekumpulan tadi sudah pergi dari perpustakaan dengan menaiki motorsikal. Waney mula bersuara setelah guard itu mula berjalan lemah di hadapannya sebelum masuk ke kawasan perpustakaan.

"Kenapa pakcik? Ada masalah ka?" Tanya Waney yang suaranya sedikit perlahan. Pakcik guard itu senyum kepada Waney sebelum dia mengangguk kepalanya.

"Salah seorang budak-budak tadi tertinggal dompet di atas meja. Pakcik nak bagi semula tapi mereka dah pergi." Jelas pakcik guard panjang lebar. Waney hanya mengangguk. Tetiba pakcik itu senyum kepada Waney sebelum menyerah dompet di tangannya kepada Waney.

"Kamu sekolah dengan budak tadi kan?" tanya pakcik guard itu sambil tanggannya mula serah kepada Waney, tapi Waney tidak sambut.

"Eh? Memang lah satu sekolah.. Tapi saya dengan dia bukan bertegur sapa pakcik." Jawab Waney dengan gelisah.

"Tak apa. Kamu bagi dekat dia.. Takut nanti pakcik tak ada masa dia datang." Jelas pakcik guard kepada Waney. Waney tetap tidak menerima dompet di tangan pakcik guard.

"Saya tak nak lah pakcik.. Nanti ada tuduh saya pencuri pula." Waney masih menolak.

"Kalau niat baik nak serahkan dompet ni dekat budak tu. InsyaAllah dia tak akan tuduh kamu pencuri." Kata pakcik guard lagi. Waney mengeluh, matanya memandang lama dompet di tangan Waney. Tergetar-getar tangannya hendak menerima dompet itu.

Sekian lama dompet tu sudah berada di tangannya. Pakcik tadi senyum sebelum meminta izin untuk beredar. Waney memandang dompet di tangannya lama sebelum dia menyimpan di dalam begnya dan mengeluh kecil.

'Adoii.. Tak pernah-pernah aku cakap dengan lelaki macam mana nak bagi dekat dia.' Waney menolog dalam hati sambil tangannya menepuk dahinya berkali-kali.

Sebuah kereta hitam berhenti di hadapannya, Waney mula berjalan menuju ke pintu penumpang sebelah pemandu. Dia buka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta milik ayahnya. Tanpa tunggu lama-lama, kereta ayahnya langsung pergi meninggalkan perpustakaan.

==========

Waney duduk di atas katil sambil matanya melihat dompet di atas meja kerjanya. Dia mula mengeluh lagi.

"Esok tak akan aku nak bagi depan-depan?" tanyanya sendiri.

"Kalau aku bagi masa dia tak ada di dalam kelas dia boleh juga." Katanya lagi.

"Tapi aku tau ka meja dia mana satu?" Ibu jari dan jari terlunjuk di bawah dagunya dengan riaksi wajah yang bingung.

"Ish.. Macam mana aku nak bagi dekat dia!" Waney menjerit kecil. Dia baring pula di atas katil sambil mengeluh lagi.

"Atau aku bagi dekat classmate dia?" Waney masih bisik pada diri sendiri.

"Nanti mereka curiga pula tetiba ada dompet laki tu dekat aku pula?"

"Kalau.. Aku baling dekat dia ja, tak apa kot?"

"Ish.. Biadap sangat macam tu." Waney menepuk dahinya perlahan.

"Suruh Tasya lah bagi." Waney mula menyebut nama sepupunya yang tidak rapat sangat.

"Tapi.. Aku dengan Tasya mana rapat.. Paling koman pun aku senyum dekat dia ja." Waney mula serabut rambutnya pula.

"Ish. Yang kau apahal pergi tinggal wallet ko?!" Waney mula marah dinding di hadapannya menganggap fauzan di hadapannya kini.

"Arh.. Malas lah fikir, pandai-pandai lah aku bagi dekat dia esok." Waney dengus geram. Kakinya menuju ke suis lampu dan kembali ke atas katilnya. Lampu tidur di bukanya. Matanya di pejamkan.

Anda Mungkin Juga Menyukai

Kembalinya Sang Kegelapan

Segala yang terjadi didunia sudah ditentukan oleh para dewa.Suatu hari ada seorang manusia yang lahir yang ditakdirkan mengalahkan raja iblis. Saat manusia itu remaja dia memiliki tubuh fizikal yang berotot dan sedikit kekar,kedua matanya berwarna oren kemerahan dengan aura matanya yang berwarna merah. Saat manusia itu sudah remaja dia masuk ke sekolah pahlawan.waktu itu manusia itu masih naif dan tidak mengetahui apa-apa dan dengan penuh semangat dia berlatih dengan gigih untuk mengalahkan raja iblis.Setelah 10 tahun berlalu waktu yang ditentukan sudah tiba.kedua-dua belah pihak berada di suatu kawasan yang luas yang jauh dari wilayah manusia dan wilayah Raja iblis. kedua-dua belah pihak memandang satu sama lain lalu mereka mula menyerang,pertarungan itu sungguh sengit hingga setengah bulan berlalu tapi perlawanan mereka tidak terlihat penghujungnya.Lalu sang manusia yang ditakdirkan sampai ke tempat raja iblis.Keduanya menatap dengan pandangan haus akan kemenangan lalu mereka berdua mula bertarung.Perlawanan mereka sungguh sengit sehingga kawasan yang luas itu mengalami kehancuran yang dahsyat dan menelan jumlah korban yang cukup banyak bagi kedua belah pihak tapi kerana para dewa sudah menentukan hasilnya dari awal raja iblis itupun akhirnya mati. Sebelum raja iblis itu menghilang dia menggunakan sisa sihirnya dan menyalurkan kedalam alat telerportasi lalu memindahkan kesemua askarnya yang tersisa kembali ke wilayahnya dan menyuruh bawahannya untuk bersembunyi sehingga raja iblis mereka yang baru muncul lalu tubuh raja iblis itu pun menghilang dan cuaca disitu menjadi cerah. Pihak manusia telah berjaya menenangkan pertarungan dan sang tokoh utama merasa lega bahawa tugas dia sudah selesai tapi dia tidak mengetahui bahawa dewa juga telah memulakan permainan yang baharu dimana sang manusia itu bakal menjadi raja iblis yang baru.

VLAREKA · Fantasi
Peringkat tidak cukup
4 Chs

Blood Chest (Malay)

Sinopsis "Blood Chest" Zenith Zel, seorang remaja biasa dari dunia yang penuh dengan ketenangan, mendapati dirinya terperangkap dalam dunia yang penuh dengan kuasa dan bahaya yang dikenali sebagai Powerland. Dunia ini dipenuhi dengan sistem kuasa yang kompleks — Immopower, Impower, dan Findower, yang memberikan kekuatan luar biasa kepada penghuninya. Setelah menjumpai sebuah peti misterius yang dikenali sebagai "Blood Chest", Zenith menerima kuasa Purple Immopower yang luar biasa, tetapi juga terkandas di dalam dunia ini. Dengan bantuan Dibo Khazen, seorang mentor yang penuh rahsia, Zenith memulakan perjalanan untuk memahami kuasa yang baru diperolehnya dan mencari jalan untuk pulang ke dunia asalnya, Mainland. Sepanjang perjalanan, Zenith bertemu dengan rakan-rakan baru seperti Mai Machiko, Mikhayla Chinatsu, Rafael Ray, dan Kenshin Revan — setiap seorang dengan cerita dan tujuan masing-masing. Namun, dunia Powerland tidak semudah yang dilihat. Pelbagai organisasi dengan agenda mereka sendiri, seperti GameOver Hunters, Justice Heroes, dan Miralla Witch, memainkan peranan dalam konflik yang lebih besar yang melibatkan kehidupan dan kematian. Zenith dan kawan-kawannya perlu belajar untuk bertahan, melawan ancaman yang semakin besar, dan menyelesaikan misteri yang berkaitan dengan kekuatan mereka. Tetapi, adakah Zenith benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian besar yang menanti, dan adakah dia akan menemui cara untuk kembali ke dunia yang asal, atau adakah nasibnya sudah ditentukan di Powerland?

ZuuraLegends · Fantasi
Peringkat tidak cukup
4 Chs