webnovel

Bah. 1 : Cerminku retak seribu

Hidupnya akan sentiasa dihantui rasa bersalah yang sangat mendalam. Sebaik bangkit daripada koma selama 263 jam (10 hari 23 jam), dia harus menerima surat takdir yang bakal suaminya telah pergi untuk selama-lamanya. Segala impian dan perancangan untuk hidup bersama suaminya itu hancur sekelip mata.

Dia bahagia melihat senyuman yang diukir oleh Luqman ketika duduk di bangku yang dipilih olehnya. Namun, bayangan itu hilang perlahan-lahan. Dia menangis teresak-esak menyebabkan dia tersedar tidurnya yang lama.

"Saya kat mana? Mana Luqman? Sayang? Mana Luqman? LUQMAN!" jerit Aisyah.

"Bawa bertenang, Cik Aisyah," kata doktor yang memakai teg nama bernama Iqbal.

"Luqman, tadi dia ada kat sini. MANA?" jeritnya sambil menangis.

"Encik Luqman telah meninggal dunia lima hari yang lalu. Dia tewas dalam pertarungan antara hidup dan mati. Cik harus reda dengan pemergiannya," ujar Doktor Iqbal.

"Tak mungkin. Saya nampak dia senyum waktu saya buka mata. Doktor tipu. TIPU!" jerit Aisyah lagi.

Doktor Iqbal terpaksa menyuntik ubat penenang kepada Aisyah kerana dia asyik menjerit memanggil Luqman dan meronta-ronta yang sukar untuk ditenangkan. Dia tertidur selepas disuntik ubat penenang sehingga waktu Isyak. Dia terbangun selepas terdengar azan Isyak. Sebaik bangun daripada tidurnya, dia duduk di penjuru bilik. Dia menungkup muka pada lengan yang diletakkan di atas lutut. Dia menangis teresak-esak.

"Luqman tak mati. Dia..." bisik Aisyah di hatinya.

"Kau yang duduk kat sana? Kau ingat menangis boleh kembalikan anak aku yang dah mati? Kau yang sebabkan anak aku mati," jerit Datin Julia sambil berlari mendapatkan Aisyah.

Aisyah terkejut dengan jeritan yang tiba-tiba menerjah masuk ke biliknya lalu langsung berdiri untuk melihat gerangan yang menjerit itu. Gerangan itu terus mencekik Aisyah.

Aisyah hanya mendiamkan diri dan terus menangis saat melihat gerangan itu adalah Datin Julia, mama Luqman. Dia membiarkan cengkaman Datin Julia di lehernya yang semakin kuat dengan harapan dia juga akan mati. Dia ingin kembali bersama-sama dengan Luqman.

"Bunuhlah saya, Mama. Saya nak bersama-sama dengan Luqman. Bunuhlah, Mama." Aisyah berkata dengan lemah.

"Aku bukan Mama kau. Aku tak nak kau mati. Aku tak nak kau ganggu kehidupan Luqman lagi. Cukuplah. Nasib baik, takdir kau dengan dia tak jauh. Kau hanya takdir yang paling ralat dalam kehidupannya. Kau bangun pada hari sepatutnya dia menjadi orang terbahagia. Hari ini adalah hari perkahwinan kalian. Tapi hanya kau yang bangun tapi dia tidur selamanya. Dia tewas tapi kau yang menang seorang diri dalam pertarungan yang sama, kenapa?" ujar Datin Julia yang kesal dengan peristiwa yang berlaku.

"Ma,..." kata Aisyah.

"Saya tahu, saya bukan gadis yang baik. Luqman solat cukup lima waktu tapi saya solatpun tak pernah cukup. Luqman pandai mengaji Al-Quran tapi saya masih merangkak setiap kali mengaji Al-Quran. Saya tahu, saya bukan gadis yang terbaik dan sepadan dengan Luqman tapi saya cuba sembunyikan kelemahan itu di depan semua orang termasuk Datin Julia dan Datuk Halim," ujar Aisyah yang cuba meluangkan perasaannya ketika itu.

"Tapi Luqman nampak kelemahan saya tapi dia tak pernah menganggap itu sebagai kelemahan malah dia menganggapnya sebagai tugasnya untuk memimpin saya ke jalan yang benar. Cara dia mencintai saya sangat berbeza," ujar Aisyah yang kesal dengan sikap Datin Julia yang berbeza dengan yang pernah dikenalinya suatu ketika dahulu.

"Aku menyesal kerana merestui hubungan kau dengan anak aku. Kau pandai memasak dan sangat baik dengan setiap orang tapi itu sebenarnya sikap kau. Solat tak cukup. Mengaji Al-Quran tak tahu. Macam mana tu sikap kau sebenarnya. Buat malu orang Melayu je," perli Datin Julia sebaik mendengar pengakuan Aisyah itu.

"Mama,..." kata Aisyah yang tak mampu melawan kenyataan itu.

"Aku nak kau jauhkan diri daripada aku dan seluruh keluarga Luqman. Aku nak kau pergi jauh dari Malaysia kalau boleh. Aku tak nak terjumpa dengan perempuan macam kau lagi. Aku beri masa selama seminggu. Ini untuk kau," kata Datin Julia sambil melemparkan sehelai cek bank.

Cek bank itu terbang melayang ke kaki Aisyah. Datin Julia terus berlalu pergi.

"Lima puluh ribu ringgit sahaja," omel Aisyah sendiri sebaik melihat cek bank itu.

"Mama, maafkan Aisyah. Luqman telah memberikan saya peluang untuk saya berubah. Dia adalah kebahagiaan yang saya cari selama ini. Dia telah memberikan cahaya dalam kehidupan saya yang malap. Malah dia turut membantu keluarga saya lebih mengenali Islam." Aisyah duduk termenung sejenak.

"Dia yang menjadi iman yang pertama dalam hidup saya. Dia yang mengiman solat berjemaah yang pertama di rumah ibu bapa saya yang tak pernah solat berjemaah bersama-sama selama ini. Dia adalah kebahagiaan yang saya cari dan yang menyebabkan saya bersetuju berkahwin dengannya. Maafkan saya kerana terlalu tamak," ujarnya perlahan sambil memandang cek itu dengan mata yang sayu.

Aisyah kembali ke katilnya. Dia tidur sepanjang malam itu. Dia dapat mendengar perbualan ahli keluarga gembira tentang kesiumannya itu. Malam itu berlalu dengan perlahan dengan ditemani ibunya. Dia mendengar omelan perlahan ibunya itu yang begitu risau akan keadaannya.

Pagi itu, dia bangkit dan menyedari tiada sesiapa di sisinya. Dia duduk di kerusi di sisi katilnya. Dia mendapatkan kertas dari kabinet sisi di sebelah katilnya dan menulis sepucuk surat untuk kedua-dua ibu bapanya dan dua adik.

"Ayah, ibu, maafkan Along. Along terpaksa pergi," katanya sambil kata-kata itu ditulis di sebuah kertas dan dia turut menangis.

Dia tahu semua sedang berada di surau untuk menunaikan solat hajat kemudian solat subuh maka diapun meninggalkan surat itu di atas katil. Dia terus menyalin pakaiannya dan mengambil fail di salah satu laci di kabinet itu.

Fail itu menyimpan semua dokumen penting yang memudahkan segala bentuk urusan rasmi yang sama ada untuk dirinya mahupun keluarganya termasuklah pasport untuk percutian bulan madu. Malah tiket penerbangan yang ditempah masih tersimpan rapi di dalam fail itu. Fail itu dimasukkan ke dalam beg galas yang ada di dalam kabinet itu.

Dia keluar daripada hospital dengan selamba. Dia menahan sebuah teksi dan terus ke lapangan terbang. Sebaik sampai, dia membelek-belek tiket itu yang ditempah suatu masa dahulu bersama-sama Luqman.

"Penerbangannya pada pukul 10.10 pagi pada 15 Februari 2015. Eh, hari inilah. lagi. Bolehlah aku guna tiket ini saja, tak payahlah beli yang lain. Maafkan saya, Luqman. Sepatutnya kita pergi berdua. Tapi saya terpaksa pergi juga. Sayapun tak tahu, saya dah buat keputusan yang betul ataupun tidak," bisiknya di dalam hati.

Dia tiba di lapangan terbang itu tiga jam awal. Perutnya juga mula berkeroncong. Dia berjalan di sekitar lapangan itu mencari makanan untuknya bersarapan.

Tiba-tiba, dia melanggar seseorang ketika matanya leka melilau mencari kedai yang sesuai dengan seleranya.

"Ah, sorry!" ucap Aisyah dengan automatik sambil melihat gerangan yang dilanggarnya.

Dia terkejut melihat baju gerangan terkena recikan air kopi yang dipegang oleh gerangan itu.

"Cik?!" gerangan itu separa menjerit.

"Ahh.." renget Aisyah yang mula dipenuhi rasa bersalah.

"Awak sorry," pohon Aisyah sambil mendapatkan tisu di poket begnya.

"Awak, ini." Aisyah menghulurkan sepeket tisu kepada gerangan itu.

"Lain kali, berjalan tengok kiri kanan. Mata tu, jangan melilau." Gerangan itu menegur ketika menyentak peket tisu dari tangan Aisyah.

"Ah, okey. Sorry tau. Sorry sangat-sangat," pinta Aisyah lagi sambil mengamati gerangan itu mengesat tangan dan bajunya yang terkena percikan air kopi.

"Awak,..." panggil Aisyah cuba mendapatkan perhatian gerangan itu.

"Hidung awak berdarah," beritahu Aisyah yang kaget melihat darah mengalir keluar dari hidung gerangan itu.

"Awak okey, ke?" Aisyah khuwatir melihat gerangan itu.

"Saya okey. Awak boleh pergi dari sini," ujar gerangan itu sambil berlalu pergi.

"Oh, okey." Aisyah akur dengannya sambil berjalan ke bangku berdekatan. Dia asyik berpaling melihat gerangan itu yang berlalu pergi sehingga gerangan itu hilang dari pandangannya selepas masuk ke tandas.

Aisyah segera mendapatkan sarapannya. Selesai makan, dia beransur-ansur mencari terminal pelepasan syarikat penerbangannya untuk menguruskan pendaftaran masuk. Selepas mendapatkan pas masuknya, dia duduk di ruang legar berhampiran pintu masuk pelepasan.

Pengumuman tentang pelepasan penerbangan ke Bali tersiar, penumpang mula dibenarkan untuk mendaftar masuk ke pintu pelepasan tiga. Sebaik mendengar pengumuman itu, dia berjalan ke Pintu Tiga. Sedang leka dia meneliti telefon pintarnya, dia terlanggar seorang lelaki. Pas masuk, pasport dan telefon mereka jatuh dan bertaburan di lantai. Dia cepat-cepat mengutip pas dan pasportnya dari lantai dan langsung ke kaunter pemeriksaan keselamatan. Dia memberikan tiket dan pasportnya untuk diperiksa oleh polis imigresen. Tiba-tiba, ada seorang memanggil namanya.

Terdetik hatinya seketika,"Luqman?" bisiknya sambil mencari pemilik suara itu.

"Cik Aisyah, pasport kita tertukar." Lelaki itu melaung.

"Maafkan saya," kata lelaki itu sambil memohon maaf kepada beberapa orang yang berbaris di depannya untuk pergi ke Aisyah. Lelaki itu berjalan ke arah Aisyah sambil melambai-lambaikan pasport Aisyah di udara.

"Oh, patutlah lain semacam saja. Saya ingatkan dia ini transgender. Baru saja saya nak tanya tapi encik dah sampai," ujar pegawai itu.

"Maafkan kami. Jadi, menyusahkan encik pula," mohon lelaki itu.

Polis imigresen itu memeriksa kedua-dua pasport dan tiket mereka. "Wah, kalian ini pasangan pengantin baharu ke? Tempat duduk kalianpun sebelah-sebelah. Betulkah, Encik Hakim Mahmud?" tanya pegawai itu dengan nada bergurau.

"Taklah. Saya pergi atas urusan kerja," kata Hakim.

"Saya pergi untuk bercutilah," kata Aisyah sambil berlalu pergi.

"Dah kenapa pegawai itu? Tadi nampak macam tegas dan garang saja. Tapi bila ada lelaki itu, boleh pula dia cakap macam itu. Argh, lawaklah sangat!" bebelnya perlahan.

"Abah ni, boleh gurau macam tu pula kat sini." Hakim berbisik sambil menyiku pengawai itu.

"Suka hati abahlah. Kau ni nak ke mana pula? Kau tak cakap apa-apapun kat kami," ujar Encik Mahmud.

"Sudahlah, abah. Nanti Akim call, okey? Bye," jerit Hakim sambil berlari daripada ayahnya.

"Budak bertuah. Asyik-asyik hilang entah ke mana. " omel Encik Mahmud seorang diri sambil melihat Hakim berlari pergi. Dia tersenyum melihat anak itu hidup dengan tenang dan sihat.

"Hai," tegur Hakim sambil duduk di kerusi di sebelah Aisyah.

Aisyah tidak mengendahkan sapaan Hakim. Dia terus membaca buku yang baru dibelinya. Dia menghafal sentiasa fakta dalam buku yang dibacanya. Mulutnya sentiasa tergumat-gamit menunjukkan dia sedang berusaha mengingat setiap maklumat yang penting dan berguna. Dia tidak mengendahkan apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Bab berikutnya