webnovel

Bab 20:Penantian

Pada tanggal 10 Disember Din dan Lisa pula disatukan.Pada tanggal tersebut juga ,aku dan Iqah bersanding.

Aku:"Hampir 15 tahun kita berkahwin akhirnya kita dapat bersanding juga."

Iqah:"Saya bersyukur sangat-sangat sebab kita dapat juga bersanding."

Aku:"Saya pun bersyukur juga.Sayang awak nampak cantik sangat hari ni,awak nampak seperti seorang bidadari.Terima kasih kerana sudi menerima saya yang banyak kali buat awak kecewa,buat awak sedih selama kita berkahwin ni.Saya bersyukur kerana awak masih di samping saya sampai sekarang. Terima kasih kerana awak banyak bersabar dengan saya,ajar saya erti kepercayaan, kesetiaan dan pengorbanan.Terima kasih kerana kewujudan awak mengubah hidup saya dan menyerikan kehidupan saya.Terima kasih sebab selama ni awak dah jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.Saya berdoa agar kita akan menjadi pasangan hingga ke jannah.Terima kasih atas segala-galanya."(sambil menangis)

Iqah:"Sama-sama.Awak jangan menangis,nanti hilang make up tu.Saya pun nak ucapkan terima kasih dekat awak sebab sudi menerima saya seadanya walaupun saya tak sempurna.Terima kasih sebab sayang saya sepunuh hati awak dan jaga saya seperti nyawa awak sendiri.Thanks for being my husband."

Aku:"Untuk awak saya rela berkorban segalanya yang penting awak sentiasa bersama saya because you are my angel."

Iqah:"Thank you so much,sayang.Dah la jangan la menangis tak manis nanti orang tengok.Senyum la.😊"

Aku:"😂 Ok sayang,saya tak nangis dah."

Kami pun disandingkan di atas pelamin yang telah dihiasi dengan bunga-bungaan segar.Aku melihat Iqah duduk manis sahaja di atas pelamin.Tiba-tiba sewaktu upacara merenjis,seorang mak cik bertanya:

Mak cik:"Yang mana satu pengantin lama?"

Din:"Sebelah sana mak cik."

Mak cik:"Ooooo cantik berseri-seri ja.Dengar kata lima orang anak dah,betul ka?"

Aku:"Betul mak cik."

Mak cik:"Alhamdulilah,semoga kekal bahagia hingga ke syurga."

Aku:"Ameen.Terima kasih mak cik.Selamat menjamu selera."

Mak cik:"Sama-sama."

Aku:"Sayang,mak cik tu puji awak la,dia cakap tak macam mak yang ada anak lima orang."

Iqah:"Effect make up ja."

Aku:"Awak memang cantik la kalau tak pakai make up pun."

Iqah:"Ya la tu.Baik ada makna ni."

Aku:"Mana ada la.Saya cakap ikhlas dari lubuk hati saya."

Iqah:"Ya la sayang.Terima kasih."

Aku:"Sama-sama."

Alhamdulilah majlis kami berjalan dengan lancar sekali.Tidak aku sangka bersanding juga memenatkan.Kami merehatkan badan yang lelah ini di atas katil.Iqah telah membuat keputusan untuk menyambung PHD di Universiti Malaya selama 3 tahun,aku tidak menghalang kehendaknya.Ain selamat bersalin anak ketiga pada tengah tahun dan Man dan Din akan menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

Sewaktu Iqah menyambung PHD,aku mengambil alih kembali syarikat baju kami dan aku bekerjasama dengan Mr Smith untuk mengeksport pakaian ke luar negara.Aku juga bekerja sebaga seorang doktor di hospital swasta.Alhamdulilah perniagaan aku semakin maju dan aku juga telah membuka beberapa buat cawangan baharu dan aku memberikan kepada Man dan Din untuk menguruskannya.Setelah 3 tahun Iqah pun telah menamatkan pengajiannya.Qasya juga telah menamatkan pengajiannya di sekolah menengah.Keempat-empat mereka mengandung,Iqah anak keenam,Ain anak keempat,Lia dan Lisa anak kedua.Qasya juga dapat menyambung pelajaran di Turki seperti yang diimpikan.

Aku hidup bahagia bersama isteri dan anak-anakku.Hubungan aku antara sahabat makin utuh dan kami banyak meluangkan masa bersama-sama.Aku bersyukur kerana memiliki mereka yang sanggup bersusah senang bersama-sama kerana kawan gembira ramai,kawan menangis tiada.Hanya sahabat betul-betul ikhlas sahaja yang akan bersama kita sentiasa.Kepada yang mempunyai sahabat baik,hargailah mereka kerana mereka kiriman tuhan yang tak ternilai.Nurul Haziqah yang dulu menjadi isteri rahsia aku kini telah diketahui oleh serata tempat.Dia bukan lagi isteri rahsiaku tetapi dia isteri yang akan aku ceritakan kepada semua.Kahwin muda tiada masalah tetapi persediaan yang lengkap perlu untuk menjalani kehidupan berumah tangga kerana ujiannya sangatlah mencabar.Kesabaran,bertolak ansur dan kepercayaan amat penting dalam hubungan agar hubungan yang dibina hidup mekar bagai bunga yang subur.Berahsia tentang benda baik sangatlah susah,jadi jangan pernah berahsia tentang perhubungan untuk mengelakkan daripada fitnah.Ingat!Jaga satu hati,pegang satu nama,simpan dalam hati,setia hujung nyawa.Inilah kisahku yang dapat aku ungkapkan di sini. Semoga kisah aku dapat memberi pengajaran kepada yang membaca.Terima kasih.

TAMAT

MUHAMMAD HAZIQ BIN MUHAMMAD SALLEH