webnovel

Chapter 44 : Deep Bonding

Wow!~

"Awak dah lupa ke?"jawab Seth.

"Lupa apa?"tanya Naera apabila kereta yang dipandunya parkir di laman rumah mewah tiga tingkat yang mostly structure adalah kaca bukan dinding batu.

"House hunting hari tu?Ini la rumahnya.."beritahu Seth.

Naera terdiam. Dia matikan enjin kereta lalu keluar dari kenderaan itu dan bertapak di sebelah kereta. Dan pada masa dia mahu melihat pemandangan rumah itu, seseorang muncul dari depan anak tangga laluan masuk rumah itu.

Perasan akan kemunculan kelibat lampai itu, Naera turunkan kepala dari mendongak lantas memandang Seth yang berdiri dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar. "Welcome home.."sambutnya sambil depakan tangan kanan dan kiri.

Tersengih Naera melihatnya. Hilang terus rasa marah dan terganggunya bila dapat lihat wajah pengarang hatinya semula. Perlahan-lahan langkahnya di atur menuju Seth. Hairan dia!Semakin dia cuba tolak Seth jauh darinya. Entah kenapa semakin dia mahu dekat pada lelaki ini! Rasa seperti bermimpi pun ada.

"Ini ke rumahnya?"tanya Naera taktala kakinya mula menginjak anak tangga.

Seth pamerkan senyuman lebar di bibir sewaktu memerhatikan langkah Naera yang semakin lama semakin menghampirinya. Ikutkan hati mahu saja dia dapatkan Naera dan dukung gadis itu. Tetapi tidak. Dia mahu Naera sendiri dengan rela datang kepadanya.

Naera yang lihat Seth tersenyum, buatkan wajah itu kelihatan handsome di pandangnya.

"Hari tu awak kata awak sukakan suasana dalam rumah ni...lepas saya dengar terus saya beli."beritahu Seth sambil selinap tangan ke sekeliling pinggang Naera sewaktu gadis itu terlalu asyik menilik kemegahan infrastruktur bangunan itu. "Macam mana?Suka tak?"

"Boleh la..."komen Naera yang tidak tahu hendak katakan apa lagi.

Tidak mempedulikan tangan yang melingkar di sekeliling pinggangnya, Naera perhatikan sekelilingnya dengan renungan kagum. Serius talk!Dia tidak sedar langsung begitu beza sekali keadaan rumah ini ketika waktu malam. pada hari dia melawat hari masih terang, jadi dia tak boleh nak perasan dari awal.

"Tapi untuk apa?"tanya Naera dengan nada khayalnya apabila melihat anak tangga yang dipijaknya itu juga adalah berasaskan kaca. Dia tidak sangka Seth benar-benar akan membeli rumah yang dia sukakan!

Seth tarik topi turun dari kepala Naera. Buatkan sanggulan Naera lepas dan rambutnya jatuh mengurai ke bahu dan sekitar wajahnya. Dia selak rambut Naera ke belakang bahu sebelum tunduk ke ceruk leher sejurus itu. "Untuk siapa lagi kalau bukan untuk kita"beritahunya sambil mengucup leher itu berkali-kali dengan lembut.

Tangan Naera naik memegang bilah bahu Seth Bersama nafas tertahan dek kucupan itu dan juga apa yang dia baru dengar. "Apa perkara yang awak nak beritahu saya tu?"tanya dia sewaktu mengerling ke kolam renang yang ada di sebelah kanan tempat dia sedang berdiri. Kolam renang itu ada di platform atas. Perhatian dia telah dicuri oleh pemandangan tempat itu. Terus lupa akan Seth dan alasan keberadaannya di sini.

"Itu boleh tunggu"beritahu Seth yang kemudiannya gerak mengucup telinga lalu ke pipi Naera. "Sekarang saya mahukan awak dulu.."katanya sebelum mengucup bibir Naera selembutnya.

Baru la Naera tumpukan perhatian pada Seth. Dia tatap wajah Seth sewaktu lelaki itu terlalu asyik menjarah setiap inci wajahnya sejak tadi. "Ini salah Seth."dia cuba tolak bahu Seth mahu menjarakkan mereka. "Kita patut jauhkan diri sebelum terlambat."beritahunya apabila Seth mula mengucup kening pula. Mahu cair kakinya ketika ini!

Kata-kata itu buatkan Seth kaku seketika. Dia jarakkan sedikit wajahnya dari Naera dan tunduk memandang mata itu. Sebelah tangan masih erat melingkar disekeliling pinggang itu, sementara sebelah lagi menekap sebelah muka pula. Matanya gerak menilik kedua-dua belah mata Naera silih ganti.

"Awak nak jauhkan diri dari saya ke?"bisik Seth dengan nada menggoda. Jarinya mengusap perlahan tepi muka Naera sambil itu. Cuba menggoda Naera supaya gadis ini tidak akan berpisah dengan dia atau jauhkan diri dari dia.

"Huh?"Naera menjungkit kening terkejut. Aik!Main baling-baling soalan pulak dengan dia. Dia cengkam kain kemeja Seth kuat-kuat sewaktu balas renungan Seth. "Kalau saya kata saya akan jauhkan diri dari awak, adakah awak juga akan jauhkan diri dari saya?"tanya dia pula bernada perlahan seakan merayu.

Mata Seth turun memandang bibir Naera lalu dia berkata. "Not this time my sweetheart."jawabnya sebelum buka mulutnya dengan kepala disengetkan ke kanan. "Awak jauhkan diri dari saya, saya dekatkan diri saya pada awak."Sebab ini adalah jawapan saya untuk proposal awak 8 tahun lepas"

Terkedu sesaat Naera sebaik mendengarnya.Dia buka mulut hendak berkata. Tetapi belum sempat suaranya hendak keluar, Seth sudahpun memberikan deepkiss pada bibirnya. Buatkan dia hampir mahu terduduk di situ kerana terkejut.

Seth mengeratkan pelukannya pada tubuh Naera tanpa meninggalkan sebarang jarak antara mereka berdua apabila dia merasakan Naera mahu menjauhkan diri darinya.

Naera memejamkan matanya sewaktu bawa tangan memegang lengan Seth yang sedang memegang kepalanya ketika. Dia balas kucupan itu. Tidak mampu menafikan lagi perasaan suka dia terhadap Seth lagi. Sebab semakin dia menafikannya semakin jelas yang dia semakin cintakan crushnya ini!

************************************

That's it for today.

4 chapter je dulu for my lovely Buddies.

Nak banyak-banyak nanti ceritanya cepat habis!

Ahahah..alasan je.

Tinta cuma tak ada idea dah.

So hope you like it.

Don't forget to vote and comment.

Cause your support and read really made my day.

Adios!

Bab berikutnya