webnovel

Chapter 40 : I Miss You Too

"Lepas!"jerit Naera dari balik kucupan itu. Dia pejam matanya dengan erat semasa gerakkan giginya ke bibir lelaki di depannya tetapi sebaliknya, bibir dia yang telebih dahulu digigit. Naera apa lagi, terus menjerit bagai nak apa la sambil memukul-mukul tepi lengan itu kerana kesakitan.

Pergelutan Naera telah buatkan dirinya di bebaskan lalu lelaki di depan Naera bersuara. "Nice try flower.."ucap suara itu dengan menggoda.

Dengan nafas naik turun, Naera cepat-cepat pegang bibirnya memandang ke depan lalu bertemu muka dengan Seth. Membutang bulat mata dia sewaktu tatap wajah handsome Seth yang begitu dekat dengan mukanya. What the hell!

"Ap-apa yang-"tanya Naera yang terhenti sesaat kemudian.

Seth mengucup sepintas lalu bibir Naera. Buatkan Naera tidak dapat meneruskan kata-katanya. "Saya tahu...tapi saya tak ada masa nak jelaskan sekarang...saya minta maaf sebab buat-buat tak Nampak awak. Tapi saya ada sebab lakukan hal tu..."jelasnya semasa berdiri tegak lalu menyeluk sesuatu ke dalam poket kotnya.

Masih terpinga-pinga dan terpana dek tindakan mengejut Seth, Naera yang sedang blushing itu pandang tidak berkedip akan Seth. "What?"soalnya dari balik nafasnya.

"Ambil phone ni...saya akan call awak melaluinya.:"Seth meletakkan telefon ke dalam tangan Naera.

Kepala Naera tunduk memandang telefon itu sewaktu ia di letakkan ke atas tapak tangannya. Keningnya berkerut tidak faham. Apa yang dah berlaku?Kenapa dengan Seth? Telefon?Untuk apa?

"Saya tak fa-"tidak semena kedua-dua belah pipinya di tekap dengan Seth.

"I miss you Naera...I miss you so bad.."pintas Seth sekali lagi sewaktu menatap wajah Naera sebelum tunduk memberi kucupan ke dahi, mata, kedua-dua belah pipi sebelum ke bibir dengan lama.

Naera yang sama sekali tidak sempat hendak menarik nafas apa lagi proses apa yang terjadi, hanya terdiam di situ. Tidak melawan dia bergerak. Tangannya memegang erat lengan Seth ketika lelaki itu menghujani kucupan ke seluruh wajahnya.

Selepas seketika, Seth kemudiannya melepaskan bibir Naera dan tunduk ke ceruk leher pula."Saya jumpa awak lagi nanti."katanya semasa mengucup leher Naera sepintas lalu." Lepas tu saya akan jelaskan segalanya kepada awak okay?"beritahu Seth terburu-buru. Dia kena cepat. Sebab kalau orang sedar dia tiada, pasti akan timbulkan kecurigaan kepada sesiapa. Dan dia tidak mahu semua itu terjadi. "Just don't trust anyone okay?"

Naera tida menjawab, Dia masih cuba hendak memproses setiap kata-kata Seth. Matanya berkedip-kedip memandang muka Seth. Rasa nak marah, tapi dia suka, rasa nak nangis tapi gembira. Dia bingung. Apa yang telah berlaku pada Seth sebenarnya?

"Honey...answer me!"gesa Seth sambil menggoyangkan kepala yang dipegang dengan kedua-dua tangan. Dia berkerut kening mencari perhatian dari mata Naera.

"Okay.."jawab Naera tanpa sedar. Dia termenung memandang Seth. Sumpah!Rasa macam tak percaya saja! "Please...jangan pergi.."mintanya sambil mencengkam kot di badan Seth. Baru datang takkan nak pergi.

Seth menggigit bawah bibir mendengar permintaan itu. Matanya terarah pada bibir Naera yang sudah kemerahan dibuat dia.

"I wish..but I can't sweetheart.."jawab Seth sewaktu capai tangan Naera lalu di bawa ke bibirnya. Satu kucupan lembut di berikan pada jari jemari itu dengan mata terpejam.

Naera cuba cengkam kot Seth seeratnya. Dia tidak mahu Seth pergi. "I miss you too.."luahnya dengan perlahan.

Risau dia tidak akan dapat jauhkan diri dari Naera, Seth nekad. Mahu tak mahu dia kena keluar dari sini. "Kita jumpa lagi."katanya sewaktu mengusap pipi Naera dengan ibu jarinya.

Mata Naera terpejam dek usapan pada pipinya. Sungguh!Dia rindukan Seth dan mahu berada dalam pelukan lelaki ini. "Stay Seth...bawa saya Bersama dengan awak.."mintanya dengan sebak. hati dia tak kuat. Emosinya terganggu. Dia tidak mahu berjauhan dengan Seth lagi.

Seth buat muka berbelah bahagi. Tetapi dia terpaksa jugak turunkan tangan Naera dari kotnya. "I'm sorry...But I really need to go. Bye..."Seth dukung Naera turun dari meja itu semula. Sebelum dia keluar sempat dia kucup buku ruas tangan Naera dan melangkah keluar dari bilik itu terburu-buru.

Sekelip mata muncul sekelip mata menghilang. Ibarat angin lalu.

Itu yang Naera rasakan.

Naera pandang pintu itu sewaktu mencengkam telefon hitam yang diberikan oleh Seth sementara tangan sebelah lagi pegang bibir. Dia mimpi ke apa tadi?Atau hanya berilusi?Angau sangat agaknya dia sampai terbayangkan Seth datang menemuinya tadi. Nafasnya naik turun kencang. Matanya berkedip-kedip laju hendak hilangkan rasa bahang mahu menangis.

What the hell is going on!?

***************************************************

14 days more to finish this story.

Wish me luck!

Angin tiada idea mula melanda. ^0^.

Tinta alami kesukaran mencari jalan cerita untuk konflik mereka sebab tinta tak suka konflik!Ianya sukar dan memenatkan otak untuk reka ayat. Sebab itu lambat update.

Harap Buddies tak kisah la ya!

Stay safe everyBuddies.

Have a good day..!

Adios!

Bab berikutnya