webnovel

Chapter 35 : Move On Tak Jadi.

Dua minggu berlalu sejak kali terakhir kejadian di penthouse tempoh hari.

Awalnya Naera berniat hendak hantar surat peletakkan jawatan ke Di Clove.

Tapi macam tahu-tahu itu niat Naera, paginya Naera dapat panggilan dari HR Di Clove sendiri memberitahu dia yang Naera sudahpun di lucutkan jawatan dan tidak perlu hadir ke syarikat itu lagi. Soal gaji dan segala urusan bakal di selesaikan serta merta. Terkejut juga Naera selepas itu, tetapi dia tidak susah-susah untuk hubungi Seth untuk bertanya soal pelucutan jawatannya. Sebab dah memang itu keinginan dia selama ini kan!

Melihatkan keadaan itu, Kade yang sedia menawarkan kerja untuk Naera pun tahu mengenai hal tersebut. Jadi Kade ajak Naera bekerja bersama dengannya di syarikat Kade berada iaitu Caldwell Industries. Naera di berikan tugas sebagai staf typist biasa di Unit management. Selepas conform Naera mula bekerja di syarikat itu seminggu selepas itu.

Dan paling bestnya ialah Caldwell Industries adalah syarikat induk milik Renold Donovan sendiri.

Terkejut?

Well, Naera terkejut selepas dapat tahu yang Kade selama ini adalah pekerja syarikat Donovan. Tapi nak buat macam mana. Dia sendiri perlukan pekerjaan dan maklumat untuk kes ayahnya. Dia pun terpaksa la akur dan bersetuju dengan pelawaan Kade.

Dan sejak dari itu, Seth tidak lagi menghubungi Naera atau menemui gadis itu. Yang mana buatkan Naera happy pada awalnya kerana dia fikir dia dapat move on dan jalani hidup hariannya seperti biasa. Namun lama kelamaan, Naera mula di hantui akan Seth. Dari siang ke malam, setiap pekerjaan yang di lakukan dan setiap orang yang dia temui pasti akan terbayangkan akan lelaki itu. Sampai suara orang yang dia dengar pun seakan mendengar suara Seth. Sehari menjadi seminggu. Dan ia berterusan begitu sehingga la sekarang.

Buatkan Naera hidup seperti zombie. Dia bergerak, dia bernafas, dia makan dan minum. Tapi fikirannya entah ke mana.

Kade pula melayani Naera seperti kebiasannya. Disebabkan mereka tinggal sebumbung, jadi setiap hari mereka pergi ke tempat kerja dan balik sama-sama. Dan hubungan mereka kembali berbaik seperti sedia kala sewaktu Seth tidak muncul dulu. Ada masanya Kade bawa Naera makan Bersama, shopping atau tonton wayang Bersama. Dan Naera yang sudah terbiasa dengan layanan baik Kade hanya turutkan saja.

Naera masuk ke dalam pantry untuk membasuh mugnya. Di situ dia bertembung dengan sekumpulan staf wanita yang bekerja di situ. Masing-masing dekat tangan pegang mug berisi minuman. Ada yang berdiri sandar pada kaunter, ada yang mencekak tangan sebelah pinggang bertinggung sewaktu berborak menggosip sesuatu.

Yup!

Nak dibandingkan syarikat lama dengan syarikat baru, Naera dapati tempat kerja di syarikat Caldwell ini penuh dengan staf yang suka mencanang cerita dan gossip seperti ianya pekerjaa tetap mereka di sini. Tak hairan la kalau bosnya kepala setan, inikan lagi staf sendiri.

Disebabkan dia orang baru, dan tidak sampai dua minggu berada di sini, Naera tidak bercampur sangat dengan pekerja-pekerja di sini kecuali Kade dan staf admin yang selalu dia hantar dokumen dekat. Selain tu semua orang di sini bagaikan alien buat dia. Lagipun mereka semua suka pandang dia dengan renungan semacam. Buat takut je!

"Hei...kau ada dengar cerita tak tentang Tuan Renold."

"Kenapa dengan orang tua tu?"

"Aku dengar dia kena heart attack...jadi kena tahan wad untuk beberapa hari."

"Iya ke...aku tak sangka pulak.Dia awet muda macam tu.Tak tahu pulak boleh kena heart attack. Habis tu siapa yang akan handle company dan meeting?"

"Tuan Kade kan ada..dia orang kanan tuan Renold."

Naera yang sedang tunduk membilas mugnya pasang telinga akan perbualan mereka tetapi tidak jamah semua butiran itu kerana fikirannya lebih terarah memikirkan soal Seth.Pergerakkannya juga tidak ubah seperti zombie.

Termenung dan berkhayal gitu.

Selepas selesai dia telangkup mug itu di rak besi di depannya lalu capai tisu untuk mengeringkan tangannya yang basah. Dia berpaling menghadap mereka dan jalan melintasi kumpulan staf itu.

"Orang kanan saja, bukan orang penting. Apa-apa keputusan mesti dari higher up.."

"Hah...tang tu yang aku nak beritahu kau..."

"Kau tahu siapa yang akan ganti tempat dia?"

Naera tidak dengar perbualan selanjutnya apabila dia keluar dari pantry itu. Langkahnya terus di atur ke ruangan yang penuh dengan cubicles staf. Satu daripadanya adalah ruang bekerja dia. Sampai saja dia di mejanya, seorang staf lelaki yang berjirannya menjengah kepala.

"Hei...Naera. Nak makan tengah hari sama?Semua orang ikut sekali."ajak Dean.

Naera beri senyuman nipis.Dia pandang lelaki berambut nipis dan berwajah bulat itu dengan renungan letih. "Tak apa. Saya ada kerja nak buat."jawabnya tiada mood. Malam tadi dia tidak tidur lena. Entah berapa jam saja dia terlena pun tak ingat.

"Oh..ya..ada orang datang tadi. Dia berikan sesuatu untuk awak."beritahu Dean sambil menjuih dagu ke meja Naera.

Kepala Naera berpaling ke mejanya lalu terpandang akan pasu kecil terisi dengan pokok bunga kecil. Huh?"Siapa yang bagi?"tanya dia sambil capai pasu itu lalu di belek dengan kening berkerut.

"Tak sure..."Dean menjungkit bahu.

Naera cuba mencari kad atau nama yang tertera di situ untuk tahu siapa yang menghantarnya. Tetapi tiada. Ianya hanya pasu yang diikat dengan reben merah. Dia harap Seth, tapi lelaki tu tahu ke dia berada di syarikat ni.Paling tidak mungkin Kade. Dia mind note untuk ucap terima kasih kepada Kade nanti sewaktu balik.

"Terima kasih tolong tengokkan.."ucap Naera kepada Dean.

"No hal."angguk Dean dengan senyuman di bibir lalu kembali focus menyambung kerjanya.

Naera duduk di kerusi dengan keluhan berat di bibir. Dada dia sebu dan padat seakan tidak cukup oksigen itu buatkan minda dia berkelabut. Entah kenapa dia rasa tiada mood dan tidak gembira berada di sini. Sedangkan hari tu bukan main lagi beria dia mahu menjauh dari Seth dan enggan mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki tu. Dan sekarang bila hal itu terjadi, lain pulak yang dia rasakan!

Bukannya happy atau lapang.

Malahan serabut dan moody adalah!

"Ugh!"ngerangnya semasa letakkan tangan atas meja kerja lalu jatuhkan kepala ke atasnya. Sekali lagi!Dia nak move on tapi tak jadi!Angau dia terhadap Seth semakin menjadi-jadi!kalau la dia dapat lihat wajah dan dengar suara itu mungkin semua perasaan rindu dan angau dia akan hilang!

Oh my crush!

Kenapa la buat dia macam ni!

***********************************************

Tunggu eh!

Chapter seterusnya incoming.

Tinta nak baca Mr.Grey dulu. Kihkih!Tak sempat nak habiskan lagi ni.

Hope Buddies like this 3 new chapter.

Don't forget to vote and comment.

Bab berikutnya