webnovel

Chapter 31 : Malu!

Haish!

Sumpah!

Rasa macam nak mencarut pun ada sekarang ni?

Serius!

Kenapa la sejak jumpa Seth hidup dia tidak teratur lagi.

Habis tunggang langgang semuanya!

Naera tunduk memandang kakinya yang barefoot. Hanya stoking kaki saja yang teralas di kaki berskirt paras lututnya ketika itu. Syok sangat buat drama tadi. Konon nak keluar dengan bergaya, Sekali tu kakinya tidak berkasut.

Alahai!

Beria dia naik lif dan turun ke lobi. Kalau bukan guard yang tegur dia mana kasutnya, sampai ke sudah dia keluar dari situ berkaki ayam.

Berdiri la dia dekat depan pintu penthouse tu macam pengemis sesat mintak belas.

Paling best! Phone dia tak ada dalam haWndbag!Rasanya dia tak pernah keluarkan pun phone dia tu. Last check ada je dalam handbag. Tuptup lesap. Ada kaki agaknya?

Teragak-agak hendak tekan loceng rumah itu, Naera gigit bawah bibirnya. Hish!Buat malu je!Nanti kang Seth ingat dia apa pulak datang balik. Yalah tadi bukan main lagi dia cakap dengan yakin dan dramaqueen hendak berhenti bagai. Kemudian 'we done' segala. Dan sekarang dia perlu kembali menghadap lelaki itu.

Memalukan betul!

Ting!

Tong~

Akhirnya punat hitam pada peti intercom di tekan.

CLICK!

Bunyi pintu terbuka sesaat kemudian.

Naera tarik nafas dalam-dalam. Menyangka Seth yang buka pintu itu, lalu bila dia tengok tiada lelaki lampai berdiri di depan pintu itu. Tetapi suara kecil pula

"Aunty tak balik lagi?"tanya Sylas di depan pintu itu.

Tersentak akan mendengar suara itu, Naera pandang ke bawah. Melihat anak kecil itu sedang berkerut kening memandangnya.

DING!

Bunyi pintu lif terbuka pula yang kedengaran.

Naera palingkan kepala ke kanan koridor. Nak tengok siapa yang keluar. Pandang saja ke arah itu, kening Naera terangkat tinggi.

Sh*t!

Kade!?

Apa lelaki tu buat dekat sini?

"Mana Seth?"tanya Naera yang cepat-cepat tolak Sylas sewaktu dia gegas masuk semula ke dalam penthouse dan tutup pintu tersebut. Jantung dalam tulang rusuknya sudah berdegup kencang bagai nak rak. Kalau boleh meletup sudah meletup agaknya.

Mata Sylas terkebil-kebil dek dorongan Naera. "Mandi."jawabnya dengan ringkas.

"Huh?"Naera pandang Sylas dengan mata terbutang luas. Mandi?

Ting!

Tong!

Tidak semena bunyi loceng pintu kedengaran sekali lagi yang mana buatkan Naera yang sedang gelabah itu melompat terkejut. Kepalanya pantas di paling ke skrin intercom sebelah pintu. Dari situ dia boleh nampak Kade sedang berdiri di depan pintu itu.

Apa yang Kade buat dekat sini?

Seth pulak mandi!

Adakah lelaki ini tahu dia berada di sini?

Damn it Seth!Apa yang crush dia dah buat kali ni?

Ting!

Tong!

Naera bawa jari tangan ke depan mulut lalu hampir di gigit kerana terlalu gelabah dan takut. Macam mana kalau Kade tahu dia dekat sini? Mesti lelaki ni akan fikir yang bukan-bukan sebab semalaman dia tidak pulang ke apartment.

Ugh!

Sylas gerak mahu buka pintu itu apabila bunyi loceng pintu kedengaran sekali lagi.

"Hey...apa kamu buat?"halang Naera yang terus cengkam kolar belakang baju tidur Sylas dan tarik anak itu supaya undur ke belakang.

Sylas dongak memandang Naera. "Buka pintu.." jawabnya. '

"No!"desis Naera dengan tegas.

"Kenapa?"tanya Sylas sambil berkerut kening dan membuat mulut itik tidak fahamnya.

Baru Naera hendak bersuara, pada masa yang sama muncul satu tangan sasa dari tepi kepalanya lalu jari telunjuk itu menekan butang intercom tersebut. Menelan air liur Naera ketika lihat akan tangan yang masih tersisa dengan titisan air mandian.

"Ada apa?"lalu diikuti suara dalam yang menyapa tepi kepala sebelah kanan Naera.

"Mana Naera??"jawab Kade di skrin intercom itu.

Naera tidak mempedulikan akan Kade, malahan dia perlahan-lahan palingkan kepala ke balik bahunya lantas dahinya bertemu dengan dagu sebelum matanya turun ke bawah.

Oh my crush!

Holly guacamole!

Seth tundukan kepalanya sedikit untuk sama paraskan mata mereka berdua. Hampir buatkan hidungnya bersentuhan dengan dahi Naera. Lantas mereka berdua saling bertentang mata.

Sylas yang berdiri di tengah antara pakcik yang hanya bertuala di sekeliling pinggang dan makcik yang berkaki ayam di depannya buat muka sebelum berpaling dari situ. Malas dia nak berurusan dengan hal orang dewasa. Better dia tengok cerita Piggy Family.

"Seth no!"bisik Naera dengan perlahan sambil menggeleng kepala menjegil mata memberi amaran.

Seth menarik sengih meleret penuh muslihatnya.

Bab berikutnya