webnovel

Kerana percaya hancur hubungan kita.

Selepas beberapa hari,Arnis keluar dari hospital.Dia pergi berjumpa kawan-kawannya kerana dia bosan duduk di rumah dan juga kerana dia sudah lama tidak keluar bersiar-siar bersama kawan-kawannya.

Taman permainan

"Myra kau ade dapat tau tak tentang kejadian apa-apa pada dua tahun lepas."kata arnia

"Aku carik dekat google juga tentang kejadian dua tahun lepas.Ni je berita berkaitan tentang kejadian dua tahun lepas."balas myra sambil menunjuk berita kepada kawan-kawannya.

"Pelajar yang dipukul itu memohon maaf kerana melibatkan anak pengetua yang terkaya di kota A."baca ain dengan kuat selepas myra menunjuk berita itu.

"Ini bukan ke pengetua sekolah kita tu?"tanya aten apabila ternampak gambar yang dikenali di berita itu.

"Haah lah."jawab Arnis.

"Haih,apa sebenarnya yang terjadi diantara amri dengan aiman ni?Sulit untuk tahu kejadian ni."kata alya.

"Hurmm,tak pelah kalau aku tak tentang kejadian,yang pasti aku akan buat hubungan mereka berbaik semula.Itu janji aku"kata Arnis.

"Hm!aku setuju."jawab alya.

Pada keesokan harinya,semasa waktu rehat aiman pergi ke atap bangunan lama untuk menenangkan dirinya,semenjak dua menjak ini aiman tidak tenang akan kejadian dua tahun lepas.

Arnis yang berada dikantin mencari aiman untuk diberikan roti kerana Arnis tahu aiman tidak mempunyai selera makan beberapa hari ini.Arnis teringat bahawa setiap kali dia membaca novel, jika watak utama lelaki hilang pasti watak utama itu akan pergi ke tempat tinggi, dia terfikir bahawa atap bangunan adalah tempat yang tinggi yang berada sekolah ini.Arnis pun pergi ke atap bangunan dan melihat aiman berada disitu yang sedang mengelamun.

Aiman yang tidak perasan bahawa Arnis berada dibelakangnya pun menjerit "Aku minta maaf." ia berkata sangat kuat sehingga Arnis terkejut.

Imbasan dua tahun lepas.

~

~

~

Seorang senior disekolah aiman(sekolah lama) pergi berjumpa dengan aiman.

"Aiman dah lama tak jumpa kau , dalam 4 tahun setengah gitu kan yelah kau kan sekarang ni kan dah berkawan dengan amri tu,mana nak geng dengan senior macam aku ni lagi."kata senior itu.

"Eh tak de lah"balas aiman,sebenarnya aiman ingin menjauhi dirinya dengan senior itu kerana dia tahu dia akan dimanfaat oleh senior itu kerana bapa aiman memiliki duit yang banyak.

"Aiman kau nak tau tak tadi aku jumpa amri dia kata dengan aku bahawa dia nak rasa awek kesayangan kau sebab dia tak puas hati kenapa kau dapat perempuan tu padahal dia mula-mula suka perempuan."kata senior itu.

Aiman tidak percaya bahawa amri akan berkelakuan begitu kerana amri sendiri yang setuju akan hubungan aiman dengan perempuan itu"mana mungkin"kata aiman.

"Aku tau kau tak akan percaya tapi jangan menyesal,aku dah bagitau kau awal tapi kau yang tak nak percaya terserah pada kau."kata senior itu.

Aiman pada mulanya tidak percaya dengan kata senior itu tapi dia teringat akan kejadian amri dan aweknya berjumpa di cafe,oleh itu dia percaya seratus peratus apa yang dikata kan oleh senior itu.Di sebabkan dia percaya dengan apa yang dikata oleh senior itu ,dia terus berlari mencari amri.

Senior itu berasa puas hati akan kelakuan aiman yang tergesa-gesa itu ,selepas aiman beredar senior itu berkata dengan perlahan "akhirnya masuk perangkap,aku nak tengok macam mana hubungan korang lepas ini."kata senior itu dengan nada yang sangat kejam.

Bab berikutnya