webnovel

43.

Titisan air hujan yang menimpa permukaan kaca slidding door di pandang dia dengan lama. Sejak tadi, dia duduk dekat situ, perhatikan pergerakan aliran air yang bergerak-gerak seperti ulat beras sepanjang permukaan kaca  setiap kali air menghempas permukaan. Tak tahu dia, dah berapa lama duduk memeluk kaki depan slidding door ni  hanya untuk termenung mengenang nasib dia yang tak berkesudahan.

"Cik Xiana...."satu suara asing menyapa gegendang telinga. Yang mana tidak dihiraukan sama sekali."Tuan Mateo dah balik..."

Xiana pandang ke permukaan kaca itu dengan renungan kosong. Dia tak nak dengar. Dia tak nak tahu berita buruk dan kesan sampingan dari pertolongan Mateo.Dia tak sedia lagi nak hadap semua tu.

Dua lelaki bersut yang bertugas untuk mengawal Xiana palingkan kepala ke arah pintu apabila daun pintu itu bergerak ke dalam. Taktala mereka pandang tuan mereka berjalan masuk ke dalam ruangan itu, mereka berdua dengan serentak berdiri tegak dengan tangan dekat belakang badan.

Mateo kerling dua orang lelaki bersut tu lalu juih kepala ke pintu. Isyaratkan mereka supaya keluar. Dengan patuh mereka berdua tundukkan kepala dan keluar dari situ.

Lepas suasana bilik tu hening dan hanya ada mereka berdua sahaja, Mateo tanggalkan kasut dia sebelum masuk ke dalam ruang tamu dan dekati Xiana yang sedang termenung depan slidding door. Tanpa berkata apa-apa dia duduk bersila dekat sebelah Xiana dan menghadap slidding door tu jugak.

Lantas dua orang itu masing-masing mendiamkan diri.

Lepas Mateo tak cakap apa-apa, Xiana palingkan kepala ke sisinya. Memandang tepi wajah lelaki tu dengan renungan letih. Penat sebab banyak sangat menangis lepas di paksa untuk duduk dekat rumah oleh lelaki bersut tadi.

Perasan dirinya di pandang, Mateo pandang Xiana pula. Kalau Xiana masih marah, Xiana takkan bercakap dengan dia, kalau Xiana dah okay, orang yang akan bercakap dulu adalah Xiana. Bukannya dia. Sebab dia tahu, kalau Xiana tak nak cakap, apa gunanya dia bercakap.

"Apa yang dah berlaku?"soal Xiana masa dia pandang mata Mateo.

Diam tak berkata apa-apa, Mateo tenung mata Xiana dalam-dalam. Dia cuba fikirkan apa yang dia akan lakukan pada Xiana lepas semua ni selesai nanti. Memandangkan Xiana dah terlibat begitu dalam dengan skema rampasan kuasa dia. Xiana dah tahu banyak jadi mana mungkin la dia nak lepaskan Xiana macam tu je. Habis larahsia dan pelan dia akan terdedah nanti.

Kening Xiana berkerut bila soalannya tidak di jawab. Dia tepuk peha Mateo yang sedang bersila tu.

"Awak..."sentak Xiana dengan kening mencerlung.

Mateo kedipkan mata bila tepukan itu hinggap di pehanya. Tak kuat, hanya cukup untuk buatkan dia sedar dari lamunannya saja.Lantas dia bersuara. "Janji aku satu perkara baru aku beritahu kau."

Dah apa pulak lagi janji bagai ni?Xiana buat muka tak suka."Janji apa?"

"Janji dengan aku...lepas ni kau hanya akan fokus pada tugas kau untuk tolong aku. Selainnya kau kena letak ke tepi."aju Mateo dengan nada perlahan tanpa alihkan perhatian dia dari mata Xiana.

Buat seketika Xiana tak cakap apa-apa. Dia hanya mengigit bahagian dalam bawah bibirnya semasa pandang ke permukaan kaca slidding door di depannya.

Mateo dekat sebelah hanya diam memandang tepi wajah Xiana. Entah kenapa wajah tu betul-betul mengamit hati dia untuk di pandang. Mungkin sebab dia selalu dengan Xiana.

Lepas berfikir panjang Xiana pandang Mateo lalu mengangguk kepala. "Saya janji."sebutnya.

Terus Mateo pegang lengan Xiana dan tarik Xiana bangun. "Kalau macam tu mari jumpa dengan adik kau."ajaknya sambil tu.

"Aliah ada dekat sini?"soal dia dengan nada terkejut masa dongak memandang Mateo.

Mateo bawa Xiana ke depan pintu sebelum keluarkan selipar sarung dari almari kasut lalu di letakkan depan kaki Xiana. "Ya...ini kali terakhir kau jumpa dia."pandang dia masa berdiri depan Xiana sambil sarung kasut ke kaki.

Xiana bungkam berdiri memandang Mateo lepas dengar.

What the f*ck!

Bab berikutnya