webnovel
avataravatar

28.

PAK!PAK!

Mesin fotostat tak bersalah dipukul Xiana masa kertas yang sepatutnya keluar tapi tak terkeluar dari mesin tu. Selalu tau mesin ni buat hal. Asal dia je mesti buat perangai. Rosak la, ink habis la, kertas tersekat la, apa la.

Ada je fe'el nya.

Memangnya mesin ni anti apa dengan dia. Terus dia hayun kaki bertumit tingginya ke mesin ni. Seinci sebelum kakinya hinggap mengenai badan malang mesin fotostat, masa tu la suara dalam menegur dia dari belakang.

"Alamatnya, jahanam lah semua harta syarikat ni dibuat awak nanti Ana."

Opocot! Melompat terkejut dia lepas dengar. Sambil toleh ke belakang, mata dia terbuka luas memandang Desmond yang sedang berjalan masuk ke dalam ruangan ni. Sejak bila lelaki ni ada dekat sini?

"Tuan...terkejut saya.."kata Xiana semasa tunduk memandang mesin fotostat lalu ditekan-tekan jengkel butang hijau pada pad di mesin itu.

"Biar saya tengokkan.."Desmond berdiri dekat tepi mesin tu sebelum tunduk lakukan sesuatu pada mesin itu sehingga mesin itu terbuka.

Dengan minat Xiana jengah kepala ingin lihat apa yang Desmond buat biar nanti dia boleh buat sendiri lepas ni kalau mesin ni buat hal lagi.

Sekali rentap, Desmond keluarkan kertas A4 yang telah rosak dari celah scanner di tepi mesin tersebut lalu tutup semula compartment yang dibuka tadi. "Okay...we done.."Desmond renyuk kertas tu sambil pandang Xiana dengan senyuman mesra di bibir.

"Terima kasih...buat susah tuan je buat semua ni."kata Xiana semasa menekan butang hijau tadi.

"Benda kecil..."balas Desmond sambil pandang tangan Xiana yang bercincin tunang itu. "Macam mana dengan awak?Kerja okay?Awak dibuli lagi macam Bianca ke?"terus dia alihkan mata tu dari cincin tersebut. Entah lelaki bertuah mana la yang bertunang dengan Xiana ni. Cemburu dia.

Sambil tersenyum nipis, Xiana letakkan kertas seterusnya yang perlu di fotostat dekat mesin tu. "Boleh la...tak sepenat masa Cik Bianca ada..."seloroh dia.

"Bagus la kalau macam tu...kalau ada yang buli awak. Beritahu saya. Saya akan uruskannya untuk awak."aju Desmond sambil perhatikan Xiana yang sejak tadi tak nak pandang dia. Apa isu Xiana ni?Buruk sangat ke muka dia?Atau dia ni menakutkan sangat?

"Jangan risau...saya tak apa-apa."Xiana kumpulkan semua kertas yang dah siap copy lalu di susun sekejap sebelum dipeluk erat ke dada. "Kalau macam tu saya mintak diri dulu." pamit dia semasa beri tunduk hormat sedikit sewaktu mahu berpaling. Masih tak berani nak bertentang mata dengan Desmond. Dia takut kalau lelaki ni tahu apa yang dia sedang lakukan.

Desmond pandang langkah Xiana lantas bersuara. "Ana tunggu.."

Terus berdiri tegak Xiana pandang ke depan lepas dengar. Sambil tu dia buat muka tak suka sebab takut. Apa lagi Desmond nakkan ni?

"Pandang saya sekejap."minta Desmond memandangkan Xiana tak nak pandang dia dengan rela. Terpaksa la dia yang mintak.

Huh?

Pandang?

Asal?Lelaki tu nak baca fikiran dia ke?

Alamak...

"Xiana.."panggil Desmond lagi dengan perlahan namun kendengaran serius.

Dengan keadaan jantung bagai nak luruh, Xiana perlahan-lahan hadapkan badan dia ke Desmond semula dan paksa mata dia pandang jugak muka handsome tu. "Ya tuan.."sahutnya dengan suara kecil.

Terus tersenyum Desmond lepas Xiana bertentang mata dengan dia. "Next time look at me when I'm talking to you...can you?"arah dia sambil silang tangan ke dada.

Tengok la keadaan macam mana. "Baik tuan." angguk Xiana dengan senyuman nipis di bibir.

"You may go now.."

Tanpa berlengah Xiana keluar dari bilik tu...Apa benda tadi tu?Xiana pandang ke balik bahu dia dengan cuak. Asal dengan Desmond..tiba-tiba je. Memangnya CEO berperangai macam tu ke dekat pekerja eh?Tapi kenapa dia rasa semacam je dengan cara lelaki tu pandang dia?

Huish!

Takkan la!

Na'-ah...tak masuk akal. Mana mungkin la lelaki seperti Desmond suka dengan perempuan macam dia.

Tak kan...kan?

Ke ya?

Huh?

Argh! Apa lagi masalah yang datang dekat dia ni?

Mencicit Xiana lari masuk ke dalam lif lepas pintu itu terbuka. Seakan dikejar hantu dia tekan butang turun ke tingkat bawah dengan laju-laju. Lain kali kalau dia bertembung dengan si Desmond tu dia kena buat nota dekat minda untuk jauhkan diri dari lelaki tu setiap kali bertembung.

Bab berikutnya