Sampai je dekat apartment jam dah masuk 7 malam.
Sumpah seksa betul bila stuck dekat jalan sebab kesesakan lalu lintas. Elok keluar pejabat 6 petang sampai rumah sejam kemudian. Masa nak berjalan tu kan rasanya macam nak mengesot je sepanjang koridor ni.
Badan dia dah lenguh-lenguh. Menjerit mintak baring!
Uhh! Letihnya!
Sambil urut belakang tengkuk Xiana berdiri memandang pantulan dia dekat pintu lif. Nampak la betapa loser nya rupa dia sekarang. Muka penat, baju dress office dia berkedut sana sini. Mata jangan cakap la. Kuyu habis. Tinggal masa je nak terkatup ni.
DING!
Pintu lif terbuka di tingkat satu. Dia dari ground floor, tempat parkir kereta tu nak naik ke tingkat lapan. Dimana rumah dia tinggal. Boleh la tahan. Tak mewah tak sederhana. Biasa-biasa. Perlahan-lahan pintu lif terbuka. Seseorang dengan topeng mulut di wajah berjalan masuk ke dalam lif itu lalu berdiri di sebelahnya sambil tunduk memandang telefon.
Tanpa berkata apa-apa Xiana tekan butang tutup lif semula dan fokus memandang ke depan sambil memegang tali beg tangan dengan kedua-dua tangan. Tertanya-tanya kenapa lelaki ni bertopeng mulut warna hitam malam-malam macam ni. Melalui ekor mata Xiana curi-curi meneliti lelaki di sebelahnya.
Tinggi sekitar 178cm, kurus. Berambut coklat berkilat, mempunyai sepasang masa berbulu mata lentik. Selainnya misteri sebab tertutup dengan topeng mulut tu.
Siapa ni?
Stalker?
Pervert?
Dah la dia sendiri dalam lif ni!
Dengan tak sabarnya, Xiana pandang kotak nombor yang ada dekat tepi pintu tu. Menanti nombor lapan muncul dengan cepat. Semakin dia tunggu, semakin lambat pula rasanya lif tu bergerak. 3...4...5...6....7....
Ding!
Akhirnya!
Dengan lekas, Xiana keluar dari lif tu. Berdetak-detak tumit kasut tu berbunyi sepanjang koridor tu, dengar bunyi pun dah tahu yang Xiana tengah lekas.
Tengah Xiana tunduk mencari kunci rumah dalam beg, Xiana boleh dengar bunyi tapak kasut dari belakang dia. Dan bila dia toleh ke belakang dia lihat lelaki tadi sedang berjalan mengekori langkah dia dari belakang.
Wuish!
Dah kenapa pulak lelaki tu ikut dia?
Semakin takut Xiana di buatnya masa dia jalan laju ke depan. Sudahlah lot apartment dia dekat hujung sekali. Kunci dia pulak tak nampak-nampak dari tadi. Asal banyak sangat barang dalam handbag dia ni!
Tap!Tap!Tap!
Bunyi tapak kasut itu semakin lama semakin menghampiri Xiana. Dan menjadi-jadi takut Xiana waktu itu. Terkumat-kamit mulut dia berdoa supaya lelaki tu tak apa-apakan dia.
Tap!Tap!Tap!
WarghHh!
Makin dekat la!
Xiana terus berpaling menghadap kebelakang dan mula melemparkan beg tangan dia secara rambang kanan dan kiri dengan kalut. "Jangan dekat! ArggggH! Jangan dekat!"sebut dia sambil pejam mata. Menanti beg tangan dia kena orang lelaki tu.
Tapi tak terkena-kena sejak tadi. Hairan dengan hal itu, Xiana pun membuka mata dia untuk lihat ke depan. Sekali dia bukak mata, lelaki bertopeng mulut warna hitam tu berdiri depan sebuah pintu dengan tangan memegang tombol sedang memandang dia dengan pelik.
Huh?
Apa yang berlaku?
Xiana pandang pintu dan lelaki bertopeng tu silih ganti dengan muka hairan. Sekejap! Lelaki tu tak ikut dia tapi sebaliknya lelaki tu tinggal dekat tingkat yang sama rupa-rupanya.
"Kau dah kenapa?"tegur lelaki tu dari balik topeng mulut tu pada Xiana dengan kening berkerut.
Xiana dumbfounded. Dia pandang kanan dan kiri dia dengan malu sebelum gerak sedikit ke tepi lalu pegang pintu di depannya itu. "A-awak duduk sini ke?"tanya dia sambil tunding ke pintu tu. Setahu dia apartment sebelah rumahnya lama dah tak ada penghuni. Lagipun dekat tingkat lapan ni cuma ada empat lot saja. Tiga darinya sudah dihuni. Hanya satu saja kosong. Satu daripadanya dia yang duduk. Baki dua lagi adalah pasangan suami isteri yang kerja sebagai doktor, satu lagi adalah pasangan atuk dan nenek pesara. Sebab itu la dia pelik!
Lelaki bertopeng mulut tu pandang Xiana sekejap sebelum menggeleng kepala tak faham lantas menolak pintu ke dalam sebelum berjalan masuk meninggalkan Xiana sendirian dekat koridor tu.
Terkebil-kebil mata Xiana lepas pintu apartment jirannya tertutup. Pergh!!!
What the hell!!!!Dia tepuk dahinya dengan kedunguannya sendiri. Buat malu je! Sambil bercemberut membebel sendiri Xiana selongkar beg tangannya semula. Beberapa ketika kemudian baru la dia dapat keluarkan kunci dari dalam beg tu. Kunci ni pun satu...boleh pulak main chak-chak dengan dia masa macam ni!