8 DEC 2023-Aku tak pasti, aku pernah dengar lelaki ini cakap atau aku berkhayal. Tapi, seingat aku. Aku dengar lelaki itu bercakap.
Dia cakap, perempuan. Senang nak cantik. Pakai make up, pakai baju cantik-cantik, dah boleh jadi lawa. Tak macam lelaki. Susah nak lawa dan belum tentu lawa (konsep yang sama dan membawa maksud kacak atau tampan.)
Maksud dia yang aku faham, perempuan senang nak jadi lawa dan bila-bila masa boleh jadi lawa. Petik jari, dah lawa. Jadi, waktu aku dengar ayat ini. Aku terus berfikir.
"Ahh.. Bukan perempuan sahaja yang anggap, senang nak lawa kalau jadi lelaki. Lelaki pun ada anggapan yang sama."
Aku tak sangka sebenarnya. Bahawa, aku pernah beranggapan yang sama dengan lelaki itu, atau mungkin ramai sebenarnya macam aku.
Dulu, aku yang bersikap agak timid pada lawan jantina, kadang-kadang aku kasar dengan mereka tak bertempat. Aku tak pandai nak berlembut-lembut disebabkan perasaan malu.
Bila aku berinteraksi dengan mereka, aku macam singa nak makan orang. Mungkin, sebab itu juga. Aku rasa rendah diri. Rasa diri tak ada value. Tak lawa pun.. Hahaha.
Dan disebabkan itu juga, aku suka pernampilan wanita kasar yang konsepnya pakai baju t-shirt dan seluar jean.
Dan lama-lama, pernampilan itu sudah jadi tabiat. Tambahan pula, dari segi pandangan aku tentang lelaki adalah mereka mudah untuk nampak bergaya.
Bagi aku, lelaki tak susah nak nampak 'smart' atau hensem. Kerana, jika mereka pakai baju t-shirt dan seluar jean. Pakai kasut yang bertutup. Rambut, kemas dan wangi*.
Cukup.
Aku boleh gerenti, mereka akan jadi angan-angan gadis bujang untuk dijadikan calon suami.
Haha.. Tanda(*) itu tersangatlah penting. Faham, bagi yang berkerja berat di sebabkan perempuan juga akan keluarkan bau yang kurang enak jika mereka berkerja dalam profesion kerja kasar.
Itu tandanya, perempuan juga tak sempurna dan bukan sentiasa wangi. Cuma, lelaki.. Kadang-kadang tak ambil endah sangat tentang bau badan mereka.
Bukan nak menghina. Pengalaman sendiri, dan aku berdepan dengan orang spesis ini.
Jangan marah.
Aku juga, jujur bahawa aku sendiri berusaha setiap hari untuk jaga bau badan.
Bagi aku, tak perlu malu tentang bau badan kerana itu bermakna kau seorang manusia. Cuma, jangan abaikan langsung.
Ada setengah, lelaki yang aku kenal. Mereka sangat pandai jaga bau badan. Wangi..dan ada kalanya terlalu wangi. Hahah.. Pujiankah?
Ermm.., tak pasti.
Okaylah itu walaupun terlalu wangi. Itu cara dia, jangan busuk sudah. Tapi, pada lelaki yang pandai cari minyak wangi. Aku tabik dua kali pada dia. Bau lembut dan nampak ada kualiti di situ. Itulah, majoriti yang jaga pernampilan selain dari selebriti, selalunya lelaki yang mempunyai watak lembut.
Bukan lembik. Lembut sedikit. Bukan nak hina dia. Aku puji dia. Mungkin dia tak sedar, sisi gaya ini ada sahaja perempuan suka. Cuma takut, sukanya tak di balas.
Perlu ke lelaki jaga kulit muka?
Ya. Perlu juga. Belanja sikit untuk muka. Walaupun tadi, aku cakap. Lelaki hanya perlu jaga pernampilan dari segi pakaian. Ya, kulit muka kena jaga juga.
Zaman sekarang, banyak sahaja pencuci muka untuk lelaki. Belanja sikit, bagi bersih.
Wanita ini, sebenarnya mudah jatuh cinta dengan gaya dari seorang lelaki. Kemas, bersih dan wangi. Dari segi pertuturan atau renungan mata. Wanita mudah cair.Tak perlu kacak macam Shahid Kapoor.
Macam mana dengan wanita yang tak makan saman.
Hahaha!! Liat sungguh, nak dapatkan hatinya.
Wanita ini, selalunya hati dia dah ada orang. Itu, kau kena usaha sikit dan main trik dengan hati dia. Kalau dapat, hargai. Bukan khianati dia pula bila dah dapat. Sebab, dia bukan barang. Dia manusia macam kau juga. Tak marah.. Hahaha!!
Macam aku..aku susah nak suka lelaki yang aku kenalkan diri pada dia atau banyak bersosial media dengan dia dalam media chat macam insta atau facebook.
Bila aku sebut, aku risau sebenarnya. Takut kawan aku salah anggap. Aku cerita sikitlah, lari dari topik. Ada satu part ini, aku pernah usik kawan lelaki aku seolah-olah nak merisik dia kerana aku tahu dia pernah taruh hati pada seorang wanita ini (wanita A) Disebabkan itu, aku uji sikit dia sedangkan aku berniat untuk satukan dia kawan aku. (Wanita B) Sebab, kalau untuk aku. Aku tak approach dia.
Disebabkan aku risau kawan aku (Wanita B) malu. Aku biarkan sahajalah lelaki itu salah anggap. Tak luak pun. Kecuali kalau aku suka.. Hahah..
Jadi, aku harap sangat kalau lelaki itu baca. Dia tak heboh nama aku yang nak risik dia pada kawan-kawan lelaki yang lain. Hahah..
Tak kena dengan topik.
Gaya yang ringkas dan santai dengan baju t-shirt besar dan jaket jean. Berseluar jean lusuh dan cap.
Nampak macam mengikut trend budak tomboy. Tapi, gaya santai itu lebih aku suka dan aku rasa ramai sahaja yang suka tapi kalau aku. Gaya itu, dengan cara aku yang tersendiri. Kasut sport dan tudung selendang yang diikat ringkas. Masih tutup aurat dan masih santai.
Mudah aku bergerak.
Nak kata, wanita itu mudah nak cantik. Tak juga...bagi aku, siapa usaha dia nak cantik. Dia akan dapat. Tapi, jika tak. Tak juga.
Sebenarnya, lelaki banyak peluang dan ruang. Sebab, jika mereka nak pikat hati wanita. Bukan pada rupa yang mereka perlu usaha. Tapi, gaya dan pernampilan itu sendiri. Ada value lelaki bertangungjawab. Complete.
Biar diri nampak kemas dan bersih.
Aku boleh angkat ibu jari. Pasti ramai yang akan pikat.. Hahah.. Sebut pasal pikat.
Teringat kawan baik aku yang lelaki. Waktu dia bekerja, ada dua tiga orang perempuan datang cuba pikat dia.
Bila dia cerita dekat aku. Aku cuba juga renung dia, berfikir. Macam mana mereka boleh pikat dia. Maaf bagitahu, kawan aku sudah berkahwin. Tetapi, jangan risau. Buat masa ini, dia masih setia dengan isterinya.
Mereka telah buatkan aku sendiri mengeleng kepala.
Mereka tahu dia dah ada isteri waktu itu. Tetapi, mereka masih cuba. Aku tertanya-tanya dan aku cuba cari apa yang mereka nampak pada kawan baik aku.
"Oh.. Pernampilan dan cara percakapannya."
Kemas.
Hormat dan rendah hati.
Ada gaya lelaki bertangungjawab.
Walaupun, dengan aku. Dia cakap macam tak serupa orang. Tetapi, apabila berhadapan dengan orang lain. Dia jaga cara percakapannya. Itu yang buatkan aku tabik pada dia.
Jika isteri dia terbaca, dan rasa aku cerita pasal suaminya. Jangan risau ya. Aku sudah beri amaran keras padanya jika dia berangan-angan nak pasang lagi seorang.
Boleh report pada aku. Aku akan hadiahkan kepala orang. Hahah... Jangan marah, beb!
Jadi..sampai sini sahajalah celoteh aku. Aku rasa, aku banyaj bagi tip pada lelaki-lelaki luar sana macam mana nak pikat wanita.
Nanti ada masa, aku boleh bagi tip pada perempuan cara nak pikat lelaki tapi jarak dekat. Jarak jauh, payah. Untuk wanita yang berangan-angan nak pikat suami orang.
Maaf, tumpang lalu-BYE.