Cinta yang hadir antara dua alam yang berbeza. tetapi tinggal di satu tanah yang sama iaitu bumi. Akankah Eden mampu menjalani hidup seperti seorang manusia biasa dan hidup bersama gadis yang dicintainya? Sementara mereka selalu diburu oleh manusia yang ingin menghapuskan mereka dari dunia manusia.
"YA Allah geramnya! Kalau aku jumpa mamat poyo tu aku nak dia melutut depan aku minta maaf. Walaupun dia cuma langgar dan jatuhkan ais krim aku. Tapi adab dan budi perketi dia sangat tak sopan tu buat darah aku menggelegak" bebelnya sendirian dalam kereta.
"Saya rasa pelik dengan lelaki tu" suara Cik Tutu yang tiba-tiba menyapa ke telinga hampir membuat Krystal tersedak masa minum. Dia menoleh, kelihatan Cik Tutu yang berjubah putih, rambut panjang terhurai dan berwajah pucat sedang merenungnya dengan senyuman.
Kalaulah manusia biasa yang terserempak dengan pontianak macam ni. Mesti dah cabut lari kalau tak pengsan atau meninggal sebab terkejut. Dia sendiri yang dah biasa berhadapan dengan entiti-entiti seperti ini pun boleh cuak lebih-lebih lagi waktu malam-malam macam ni.
"Kenapa tengok saya macam tu?" soal Cik Tutu hairan.
"Boleh tak kalau datang tu beri salam dulu? Atau malam-malam macam ni jangan kacau saya boleh tak? Seram tahu tak?
"Excuse me, hantu tak beri salam. Lagi satu hantu memang keluar malam-malam. Dah macam pantun pula" jawab Cik Tutu.
Krystal hanya mampu menggeleng mendengar jawapan yang boleh tahan bijak dari seorang pontianak. Semakin lama dia duduk dalam kereta dan melayan Cik Tutu, semakin naik cuak dia melihat wajah yang menyeramkan itu. Lebih baik dia keluar dan bawa barang-barang masuk ke dalam kafe.
Tali pinggang keselamatan ditanggalkan, pintu kereta dbuka dan terus keluar dari kereta. Sempat juga dia memberikan amaran supaya Cik Tutu tak mengekorinya masuk ke dalam. Dia perlukan masa bersendirian untuk menyiapkan tempahan pelanggan.
Kehadiran Cik Tutu di dapur cuma akan menyebabkan emosi dan pandangan terganggu dengan pemandangan yang kurang menyenangkan. Cik Tutu tak ada pilihan lain melainkan mengiyakan sahaja permintaan satu-satunya manusia yang melayannya dengan baik.
Nak harapkan abang sepupu Krystal iaitu Han. Padnang muka Cik tutupun tak nak. Bercakap? Tak pernah sekalipun sebab tu dia cuma perhati Han dari jauh sahaja. Muka handsome macam pelakon Korea. Tapi sombong. keluh hatinya.
"Jangan ikut masuk" pesan Krystal.
"Ya" Cik Tutu mengangguk.
"Good" dia angkat ibu jari.
"Tapi, kalau aku tak masukpun kat dalam tu ramai entiti. Dah mcm pesta" kata Cik Tutu.
Krystal melarikan pandangan ke dalam kafe. Ni kafe manusia ke hantu? keluhnya dalam hati.
Dengan langkah kanan dia masuk ke dalam kafe yang sepi. Min mungkin dah pulang sebab lampu semua dah bertutup, kafepun berkunci. Masuk sahaja ke dalam kafe yang gelap. Dia memerhati sekliling lalu menggeleng.
Dari pandangan mata kasar memanglah kafe itu tak berpenghuni. Tetapi hakikat yang sebenar suasana dalam kafe itu ibarat kelab malam yang dihadiri oleh hantu-hantu. Ada yang menyapanya dengan menunjukkan taring yang tajam dan ada juga yang tak menghiraukan kehadirannya di situ.
"Dorang ni memang buat kafe aku macam rumah sendirikan? Nasiblah tak reti makan. Kalau tak boleh jadi padang jarak, padang tekukur makanan dalam kafe ni. Hantu-hantu" dia menggeleng sambil berjalan di dapur.
"Kau panggil kami ke?"
"Astagafirullahaladzim!" terlepas plastik di tangan saat disergah oleh sang hantu yang entah datang dari arah mana.
"Sorry" sang hantu tarik senyum.
"Pergilah berhibur. Jangan kacau aku. Kalau boleh tolong tak apa juga. Ini kerja menakutkan aku" bebelnya dengan bibir muncung tak ubah seperti serombong kapal.
"Tapi kau boleh tolong akukan?" soal Sang Hantu bergaun putih dan berambut panjang.
Krystal kerut muka. Hantu-hantu yang datang dekat kafe ni kalau tak minta tolong dengan dia tak sah. Tapi maaf sangat-sangat sebab dia dah berjanji dengan nendanya yang dia takkan pernah gunakan kelebihan yang dia ada demi keselamatanya dan keluarga.
"Krys, tolong aku" rayu Sang Hantu yang sepertinya terdesak.
"Aku tak boleh Cik Hantu" jawabnya. Kemudian beredar dari situ.
"Krystal!" panggil Sang Hantu lagi.
"I'm busy" ringkas dia menjawab. Terus masuk ke dapur.
Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Buah-buahan dalam plastik dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. "Boleh tak bagi hidup aku tenang walaupun sehari? Dahlah hari-hari kena hadap muka hantu yang… Ergh! Seram kot. Orang lain boleh hidup gembira, keluar dating. Aku terperap kat kafe nak keluar dating pun…"
Kerusi ditarik lalu duduk. Teringat pula kejadiaan beberapa bulan lepas saat dia keluar makan malam bersama Ilham iaitu seniornya di universiti. Selepas makan malam di sebuah hotel bertarf lima bintang. Ilham membawanya ke sebuah tasik kerana ingin mengatakan sesuautu yang penting.
Pada awalnya semua berjalan lancar dan suasana di situ memang romantis. Tapi ada sedikit rasa kekok. Al-maklumlh itu pertama kali dia berdua-duan dengan lelaki. Lebih-lebih lagi itu lelaki yang dia suka sejak hari pertama dia masuk ke kolej dulu.
Berdebar rasa hati menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Ilham. Tiba-tiba terasa seperti tangannya dipegang oleh seseorang. Perlahan-lahan dia menurunkan anak mata, kelihatan tangan Ilham erat menggenggam tangannya. Dia hanya membalas dengan senyuman.
"Krys" panggil Ilham lembut.
"Hmmm?" Krystal memandang tepat ke wajah Ilham.
"I have something important to tell you" serius.
"What?" Krystal angkat kening.
"I love you" ucap Ilham.
Krystal membatu. Bagai mimpi jadi realiti lelaki itu meluahkan perasaanya.
"Krys, do you hear me? I said I love you" ulang Ilham. Hairan agaknya Krystal membatu seperti itu.
"I… I…" Krystal gigit bibir. Ya Allah kenapa pula susah sangat nak jawab I love you too ni? Keluhnya dalam hati,
Ilham terus menanti jawapanya.
Krystal telan air liur sebelum mengulang semula apa yang ingin dia katakan. "I love…"
Namun belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba wajah lelaki itu merapat ke wajahnya. Dengan pantas dia menolak kepalanya ke belakang kerana terkejut dengan tindakan Ilham.
Ilham senyum nakal lalu merangkul pingganya sambil merapatkan lagi wajah ke wajahnya. Namun niat Ilham terbantut bila Cik Ponti tiba-tiba muncul di belakang Krystal sambil menggilai menunjukkan taring dan mata merahnya.
Ilham yang terkejut pantas berundur ke belakang sehingga dia jatuh ke tanah sambil jari telunjuknya dihalakan ke belakang Krystal.
"H… Han…" tergagap-gagap dia hendak menyebut nama yang digeruni oleh manusia itu.
"Ilham, you okey ke?" Krystal bangun cuba mendekati Ilham.
"Jangan dekat! Kau hantu!" terketar-ketar suaranya. Dia mengensot ke belakang.
"Mana ada hantu? Tu khayalan you ajelah" kata Krystal dengan tenang.
"Tak, hantu tu cakap.youpun hantu" Ilham berdiri. Telefon pintar di atas kerusi dia capai.
"Saya manusia, saya bukan hantu" balasnya dengan nada terdesak.
"Mulai hari ni I tak nak jumpa you. You dan I tak ada apa-apa hubungan. Hantu" Ilham melarikan diri tak ubah seperti lipas kudung meninggalkan dia sendiri di tasik itu.
Kyrstal tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus berat. Bertahun-tahun dia nantikan suasana romantis seperti ini. Tapi musnah disebabkan oleh mahkluk yang selalu menganggu kenteraman hidupnya.
"Hei!" dia pusing ke belakang. Mata melilau memerhati sekeliling. Tak ada sesiapa manusia atau hantu pun di situ.
"Huh! Kamu memang nak malukan akukan?" dia ketawa sinis lalu melarikan pandangan ke tengah-tengah tasik.
"Ah!!!" jeritnya sekuat hati.
"Krys, kau akan tolong akukan?" suara halus yang menyapa di telinga menyedarkan Krystal dari lamunanya.
Dia menoleh ke kiri, hampir dia terjatuh dari kerusi apabila wajah Sang hantu bergaun putih dengan rambut lurus itu begitu hampir dengannya.
"Kau ni, nasib baik aku tak mati lemah jantung. Janganlah dekat-dekat macam tu" marahnya.
Dia mengambil buah-buah di atas meja lalu dimasukkan satu persatu ke dalam peti sejuk untuk menjamin kesegaran buah apabila dibuat kek atau roti nanti.
"Tolonglah aku. Kau je tolong aku" rayu sang hantu.
"Aku tak dapat tolong kau" jawabnya. Letih rasanya nak ulang jawapan yang sama.
"Takkanlah kau nak tengok roh aku tak tenang macam ni selamanya?"
Membatu tubuh Krystal saat mendengar kata-kata sang hantu tadi. Dia psuingkan badan ke belakang dan melihat wajah sang hantu dengan perasaan bercampur baur. Pasti sedih dan menderita mati dalam keadaan menyayat hati pada hari sepatutnya dia berkahwin.
"Tengoklah nanti kalau nenek aku suruh aku tolong kau. Aku tak nak jadi cucu derhaka" jawabnya dengan suara mendatar.
"Thank you" sang hantu tarik senyum lebar.
"Jangan senyum, seram tahu tak. Dah pergi main jauh-jauh" walaupun sudah biasa melihat hantu seperti itu. Tapi kecut perut juga bila dia memikirkan dia seorang sahaja manusia yang ada dalam kafe sekarang
"Kamu fikir aku ni hero ke nak selesaikan masalah kamu semua? Akupun ada life aku sendiri. Tapi tak tolong kesian pula. Takkan nak biarkan pembunuh yang bunuh dia masa hari bahagia dia tu bebas je. ergh@ streslah macam ni" keluhnya. Buah terakhir dimasukkan lalu peti sejuk ditutup.
Selesai kerja, dia mencapai semula beg silang dan kunci kereta. Masa untuk pulang ke rumah. Yeah! Namun belum sempat kaki meninggalkan dapur. Kedengaran bunyi bising datang dari balkoni di tingkat atas.
"siapa dekat atas?"
Perlahan-lahan kaki diatur memanjat anak tangga dengan perasaan sedikit berdebar. Takkanlah hantu-hantu dekat dalam tadi naik ke atas dan berpesta disitu? Hancur kafe aku macam ni!
"Entah-entah dorang tengah celebrate birthday member. Huh, hantu celebrate birthday? Tak masuk akal langsung" dia ketawa sinis
Sampai di hadapan pintu keluar ke balkoni. Tanpa teragak-agak dia menolak pintu perlahan-lahan untuk melihat siapa yang berada di luar. Bulat mata apabila kelihatan seorang lelaki duduk sambil menikmati minuman dan beberapa potong kek pelbagai jenis.
Tak guna, dia rupanya pencuri kek aku malam-malam. Ingatkan Cik Tutu yang mencuri. Tiga tin air kola. Wah kalau malam-malam macam ni boleh gulung tikar kafe…
"Kau tak payah sembunyi kat pintu tu. Aku tahu kau tengah mengata aku" Han menoleh.
Mendengar sahaja kata-kata itu, Krystal keluar ke balkoni lalu duduk di sebelah Han iaitu anak kepada Mak Ngahnya merangkap sepupu terapat dan rakan niaganya.
"Ingatkan kau dah balik" sapanya.
"Aku memang dah balik. Dah nak tidur. Tapi nenda yang suruh aku datang sebab kau tak balik-balik lagi" jawab Han. Senyum diatarik sedikit.
"Nenda ni, macamlah orang tak tahu jaga diri" keluhnya.
"Memanglah kau tahu jaga diri. Tapi orang jahat tu bila-bila masa boleh muncul. Kau tu lemah lagi bab berlawan. Kalau jadi apa-apa dengan kau, aku yang yang dipersalahkan" jelas Hanyang setahun lebih tua berbandingnya.
"Tak boleh ke kita hidup bebas macam manusia lain?"
"Siapa kata kita tak bebas? Kita bebas okey cumanya kita harus hati-hati sebab keluarga kita ni dah macam…"
"terkena sumpahan?" potong Krystal.
Han melarikan pandangan pada Krystal. Jelas dari riak wajaah adik sepupunya itu yang dia tertekan dengan kihidupanya. Tapi dia tetap berusaha untuk menjalani kehidupan yang baik dan gembira.
"Kenapa renung aku macam tu?" renungan Han terasa sedikit membebankan dirinya.
"Kau bencikan nenda?" soal Han serius.
"Kenapa pula aku nak benci nenda? Tak ada sebab aku nak bencikan dia. Aku cuma nak hidup yang lebih bebas itu je" jawabnya dengan tenang.
"Kehidupan orang macam kita ni memang terhad. Tapi kau kena ingat semua ni demi kebaikan kita. Tertuamanya kau. Kau fahamkan maksud aku?"
Krystal menghembus nafas berat selepas mendengar kata-kata Han. Kehidupan ni memang tak seindah seperti yang diharapkan. Realiti selalu menyakitkan.
"Kalaulah hdup ni macam dalam webtoon atau novelkan best" keluhnya. Dia mencebis sedikit kek untuk dimakan.
"Jadilah writer supaya kau boleh hidup dalam dunia fantasi" cadang Han.
"Writer?" dia angkat kening. Bagus juga idea tu. Aku boleh fikirkan. Bisik hatinya.
"Jangan buat cerita merepek-repek dah" pesan Han.
"Dah nama fiction mestilah cerita yang lain dari yang lain. Eh dahlah aku nak balik. kau tao nak ikut?" dia bangun.
"Aku bawa kereta sendiri" .
"Okeylah kalau macam tu aku. alik dulu. bye cousin" sempat juga bahu Han ditepuk sebelum pergi.
"Krys" Han bangun.
Krystal menoleh. " Mwo (apa?)"
"Kalau ada orang tahan kereta ayau apa-apalah yang kau nampak dekat jalan tu tolong iangan berhenti. Ingat pesan nenda kita"
"Allright boss. Don't worry aku ingat semua pesan tu" jawabnya, senyum diukir. kemudian pergi.