BAB 32
*Flashback*
" Well....well...well... tengok siapa yang datang... perampas boyfriend orang..." Perli Farisya. Dia mengambil kerusi lalu duduk di hadapan Amyrah begitu juga dengan Farah.
Amyrah hanya membiarkan mereka berdua tanpa membalas apa-apa. Dia ralit dengan telefon bimbitnya. Jikalau dilayan lain pula jadinya.
" Hoi... perempuan kau buat apa kat sini haa.." tengking Farah. Diikutkan hati dia mahu saja ambil air dihadapannya lalu disimbah ke muka Amyrah. Baru padan muka dia. Berani betul dia tunjukkan muka di sini. Namun dia tidak akan buat sedemikian, yelah rumah bakal mak mertua takkan nak buat macam tu. Susah nanti dia nak ambil hati Datin Kamalia.
" Kitorang cakap dengan kau ni ke kau dah pekak perempuan..."tengking pula Farisya. Geram pula dia apabila Amyrah buat seakan-akan mereka tidak wujud di situ.
Namun reaksi Amyrah hanyalah seperti tadi. Diam dan terus diam tanpa berkata apa-apa. Itulah jalan terbaik. Bengang tu memanglah ada tapi jika diikutkan hati sangat nanti dia yang susah. Dahlah dia berada di rumah orang. Perlu menjaga adab dan tingkah laku.
" Farah l rasa perempuan ni dah bisu...apa kita nak buat supaya dia bercakap..." Kata Farisya.
" Jap l fikir..." Jari jemari Farah mengusap dagunya sendiri sebagai tanda dia sedang berfikir untuk mencari rancangan yang menarik.
" I have a good idea..." Farah mendapat idea yang menarik lalu dia membisikkan sesuatu ke telinga Farisya. Farisya mengangguk perlahan.
" Amyrah kenapa orang selalu panggil kau silent girl eek...." Farisya cuba menarik perhatian Amyrah semula.
" Haah...aku pun nak tahu..." Sampuk Farah.
Amyrah hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia seakan acuh tidak acuh untuk membalas pertanyaan itu. Dia rasa tak perlu kot nak terangkan semua itu. Rasanya mereka berdua tahu kenapa orang gelar dia macam tu. ' korang nak apa sebenarnya..' gumam Amyrah.
Hati Farah semakin panas apabila Amyrah masih buat tidak tahu. Dia mengambil minuman di depan Amyrah lalu mahu dituang di atas kepala Amyrah. Tetapi belum sempat untuk menuang seseorang telah menahannya.
" Farah kau nak buat apa air ni?" Tanya Ammar secara tiba-tiba. Entah muncul dari mana pun tak tahu.
" Eh... Ammar kitorang tak buat apa-apa pun...ni saje je nak bergurau dengan Amyrah ni..kan Amyrah kan..oklah bye..." Farisya menarik tangan Farah untuk menuju ke tempat lain.
Setelah memastikan mereka berdua sudah jauh dari Amyrah. Ammar pun duduk di sebelah Amyrah.
" Amyrah awak ok..." Tanya Ammar dengan nada risau.
" Well...tak jadi nak merisik ke...?" Tanya Amyrah pula. Entah kenapa soalan itu timbul di benak pemikirannya.
Ammar menjadi tidak tentu arah apabila Amyrah berkata begitu. Tak sangka soalan itu akan ditanya oleh Amyrah.
" Sa.. saya..saya...busylah sejak akhir-akhir ni.. lagipun saya tak bincang lagi dengan mummy saya..." Jujur Ammar. Amyrah hanya memandang sepi muka Ammar.
" Kenapa awak tanya saya macam tu...awak dah bersedia ke nak kahwin dengan saya...atau awak pun suka saya..." Giliran Ammar pula menanyakan soalan kepada Amyrah.
Amyrah pula tak jadi tentu arah apabila Ammar menanyakan soalan kepadanya. ' tulah kau Amyrah... siapa suruh tanya soalan pelik-pelik kat Ammar... tengok sekarang kau yang tidak terjawab...." Amyrah menyumpah-nyumpah dirinya pula. Siapa suruh gatal-gatal tanya soalan pelik-pelik.
Amyrah tidak menjawab soalan Ammar.
" Tak apalah..kalau awak tak bersedia...tapi awak kena ingat awak akan selamanya menjadi milik saya..." Kata Ammar sebelum berlalu pergi meninggalkan Amyrah. Amyrah melepaskan keluhan yang berat di dalam hatinya.
Amyrah dapat melihat Farhah datang menuju ke tempatnya. ' nasib baik Erra datang selepas Ammar pergi...kalau tak susah nanti dia...dahlah Erra tidake tahu apa-apa lagi...' gumamnya.
" Lama tunggu..." Kata Farhah.
" Awak pergi mana Erra..."
" Saya hantar Khai menuju ke jodohnya..."
" Jodohnya...?"
.
.
.
.
.
Majlis masih diteruskan dengan sesi nyanyian pula. Kini mereka membuat undian untuk melihat tetamu yang manakah bakal naik ke pentas untuk menyanyikan sebuah lagu.
Amyrah hanya menyumbatkan _earphone_ ke telinganya. Malas dia mahu menyertai aktiviti sebegini walaupun dia minat menyanyi.
Farhah berdebar-debar untuk menantikan siapa yang bakal terkena. Jangan dirinya pula sudah. Pasti dirinya akan digelakkan oleh orang kerana pandai menyanyi. Katak pun akan terkejut apabila mendengar suaranya.
Danial menggoncangkan bekas yang berisi nama itu. Setelah itu dia memasukkan tangannya ke dalam bekas tersebut.
" Nama yang bakal dipilih ialah...." Danial membuka lipatan kertas tersebut untuk melihat isi nama. Matanya terbeliak luas apabila nama itu tentera di atas kertas.
" Amyrah Husna...."
Semua mata memandang ke arah Amyrah apabila nama dia diumumkan. Farhah menyiku lengan kawannya.
" Kenapa..." Tanya Amyrah. Dah kenapa kawan dia main siku-siku orang. Kang dia siku balik ada yang melolong karang. Eh, baru dia perasan kenapa semua orang pandang dia.
" Erra kenapa semua orang pandang saya macam nak terkam..."
" Tulah siapa suruh sumbat earphone awak dalam telinga kan dah pekak..."
" Yelah... kenapa..." Tanya Amyrah lagi kebingungan.
" Tu nama awak kena panggil.... suruh menyanyi kat atas sana..." Kata Farhah sambil menunjukkan tempatnya. Mulut Amyrah terlopong luas.
" WHAT!!!" Jerit Amyrah. Kenapa perlu dia.