webnovel

BAB 10

BAB 10

Amyrah melepaskan keluhan yang panjang. Nasib baik mamanya sudah memanggilnya sebelum sempat Ammar bertanya pelbagai soalan. Bukan dia tidak mengerti bahawa Ammar seorang yang banyak mulut. Pelbagai soalan pasti ditanyakan oleh dia sehingga kita tidak mampu menjawabnya. Memang benar semua orang menyangka bahawa dia anak kerani tetapi hakikat sebenarnya tidak. Dia merupakan anak kedua daripada tiga orang beradik. Bapanya seorang adalah diantara usahawan yang terpengaruh dan berjaya di Malaysia. Ibunya pula Puan Sri Alia seorang pengusaha syarikat produk kesihatan serta kecantikan dan boleh dikatakan seorang usahawan wanita yang berpengaruh di Malaysia.

Sewaktu di zaman sekolah dulu, selepas pulang dari sekolah dia duduk di rumah bapa saudaranya. Bapa saudaranya seorang kerani manakala isterinya seorang penjual tepi jalan. Kehidupan mereka agak kurang bernasib baik. Oleh itu, bapa Amyrah selalu memberikan pertolongan dari segi wang atau keperluan harian. Namun selalu ditolak oleh bapa saudaranya. Bapa Amyrah berkata ini hadiah daripadanya kerana memberikan tumpangan kepada Amyrah untuk duduk di rumahnya apabila pulang Amyrah dari sekolah.

Tiba-tiba telefon Amyrah berbunyi menandakan mesej masuk.

"BIB..BIB.."

Rupanya whatsapp daripada Farhah.

Farhah: Amyrah dua minggu lagi result spm nak keluar dah...so how do you feel..😌

Amyrah: biasa-biasa je...tapi adalah gementar sikit...

Farhah: yelah orang pandai kan...

Amyrah: aik..lain mcm bunyinya...🤨

Farhah: hush... yelah awak kan pandai....saya nie...😞 Biasa- biasa je ....😜

Amyrah: awak nak tahu x apa yang berlaku tadi....

Farhah: nk2... mestilah nk...

Amyrah: kalau nk tahu kite jumpe kat taman tempat biasa....

Farhah: alaaa...nk tahu sekarang..

Amyrah: kalau cite dlm whatsapp tak best.... jomlah kite jumpe....

Farhah: ok..oklah...

Amyrah menutup telefon nya lau tersengih seperti kerang busuk.

"Aik..dh kenapa tersengih sorang-sorang...?" Tanya Puan Sri Alia yang memandang pelik melihat anaknya itu.

"Tak de pape lah mama.."

Setelah sampai di rumah Amyrah masuk ke biliknya untuk mandi kerana dia badannya terasa melekit. Tiba-tiba dia terlihat muka arwah ibu kandungnya dahulu. Air matanya mengalir setitik demi setitik secara tiba-tiba. Sudah hampir 11 tahun ibunya meninggalkannya. Setelah ibunya meninggal semasa umur nya tujuh tahun. Papanya telah berkahwin dengan Puan Sri Alia iaitu ibunya kini pada umur nya 10 tahun.

Sewaktu itu, hatinya sangat sakit apabila papanya berkahwin seorang lagi. Namun, dia tetap redho' dengan ketentuan ilahi. Puan Sri Alia sangat melayan nya dengan baik sekali. Amyrah berasa sangat gembira. Namun dia tetap rindu akan ibunya kandungnya dahulu.

Amyrah meletakkan semula frim tersebut lalu mengesat air mata nya. Membuka pakaian lalu menuju ke bilik air.

Setelah itu, dia turun ke bawah untuk menonton televisyen.

" Kenapa tak tidur lagi esok kata nak pergi berjoging dengan Farhah.." tanya Puan Sri Alia apabila melihat Amyrah yang masih berjaga di bawah.

" Ala nanti lah mama orang tidur.."balas Amyrah yang sedang khusyuk menonton televisyen. Seronok juga dia melihat cerita ni.' Cinderella story' tulah tajuk cerita nya versi moden. Amyrah memang penggemar penonton cerita mat Salleh ni dengan cerita korea. Sebab kalau cerita mat Salleh dia suka bila babak aksi berlawan. Kalau cerita Korea pula sebab ceritanya sweet. Walaupun dia peminat drama Korea tapi dia bukanlah seorang peminat K-pop. Yelah kan kite dihujani dengan artis K-pop yang comel belaka. Macam BTS, blackpink, EXO, pentagon, dan macam-macam lagi.( Kalau nak tahu Penulis juga adalah diantara peminat K-pop. 😜)

.

.

.

.

.

"So what the story...?" Tanya Farhah. Mereka berdua duduk di kerusi di taman.

Amyrah menceritakan apa yang berlaku semalam dari A sampai Z. Mulut Farhah ternganga besar apabila mendengar cerita tersebut.

"Hoi tutup lah sikit mulut tu tak malu ke orang tgk..."kata Amyrah apabila mendapati mulut Farhah ternganga besar. Muat tak agaknya kalau dia masukkan tangannya ke dalam mulut Farhah.

" Hihi.. sorry tak sengaja.." kata Farhah tersengihan.

"We tak sangka gila dia boleh cam Myra..." Sambung Farhah.

"Yelah Saya pun tak sangka gak....." Balas Amyrah.

" So sekarang macam mana...?" Tanya Farhah.

" Macam tu lah..."

"Eeh..kite tengah serius ni boleh pula dia buat lawak kat sini..."

" Alahai kite tengok jelah apa yang bakal berlaku nanti..."

" Ok lah macam tu"

Mereka meneruskan perbualan sehingga tengah hari. Perut masing-masing sudah berkeroncong.

" We jom singgah rumah kita.." ajak Amyrah.

"Nak buat apa pergi rumah awak?" Tanya Farhah kepelikan bukan dia tak ada rumah pun.

"Mesti awak lapar kan...jom lah..."

"Lapar tetap lapar.....segan lah..kita makan luar je lah.."

"Ala jomlah lah..."

"Tapi nanti mak awak tak marah ke... Saya makan kat rumah awak...?" Tanya Farhah lagi. Dia bukan tak nak pergi tapi segan... nanti apa pula kata mak tiri Amyrah.

"Jangan risau...mak saya tak marah lah..."

"Iye ke?"

"Ala...jom jelah.."

Amyrah menarik tangan Amyrah menuju ke tempat letak motor dan kereta. Amyrah menaiki keretanya manakala Farhah pula menaiki motosikal nya.

Setelah sampai ke rumah Amyrah. Amyrah mengajak farhah masuk ke rumah nya. Kalau tak diajak sampai esok lah Farhah berdiri kat depan pagar rumah nya.

"Jom masuk..." Ajak Amyrah.

" Ok.."

Amyrah masuk ke rumahnya bersama dengan Farhah. Dari depan pintu mereka sudah terbau aroma bau makanan yang menyelerakan.....

" Mak aai sedap nya bau ..."

"Duduk lah Amyrah cik Zah dah siap kan makanan ni...eeh Farhah pun ada sekali duduklah jangan malu-malu...cik Zah masak sepesyel hari...ni.."

Amyrah melihat hidangan di depannya semua nya sungguh menyelerakan. Nasi beriani, rendang daging, ayam masak merah, sayur campur dan beberapa pencuci mulut. Macam ada tetamu kebesaran datang.

"Cik Zah banyak nya masak... siapa nak datang ni...?" Tanya Amyrah kehairanan kepada cik Zah.

" Abang kamu dia nak balik... tengahari on the way la..."

"Ooo" reaksi Amyrah hanya lah mengangguk kepalanya manakala Farhah pula buat tidak tahu. Dia hanya menikmati hidangan makanan di hadapan nya yang sungguh menyelerakan sehingga menjilat rambut. Nasib baik lah dia pergi ke rumah Amyrah hari ni kalau tidak tiada kesempatan lah dia makan nasi beriani ini. Setelah makan Amyrah menghantar Farhah ke muka pagar.

" Bye Myra..."

"Bye.."

Mereka berdua berlambai tangan. Amyrah melihat Farhah sehingga kelibat nya hilang.

Bab berikutnya