webnovel

Bab 6

Hariz tidak dapat melelapkan matanya. Masih terbayang di ruang matanya kemesraan Atirah dengan seorang lelaki. Siapakah dia? Apa hubungan lelaki itu dengan Ati? Hariz tiada jawapan. Sungguh mesra Ati memaut lengan lelaki itu. Hariz bangun dari pembaringannya. Tilam yang empuk tidak menarik minatnya. Kau cemburu Hariz? Tak, menagapa aku mesti cemburu? Mungkin kerana kau ada hati pada dia? Tak mungkin. Kau dah jatuh cinta Hariz. Ye ke? Ye, kau dah jatuh cinta pandang pertama. Hariz resah sendirian. Dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami perasaan yang anih ini. Akhirnya Hariz tertidur keletihan.

Hariz dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Tertera nama ibunya di skrin. Hariz tersenyum. Walaupun dia berjauhan dari ibunya, Puan salmah tidak pernah lupa untuk mengingatkan anak bujangnya itu untuk menunaikan solat. Puan Salmah amat mementingkan solat. Sejak kecil lagi Hariz sentiasa diingatkan supaya tidak meninggalkan solat walau sesibuk mana pun anaknya itu. Solat itu tiang agama, seperti rumah, runtuhlah rumah tanpa tiang. Itulah pesan ibunya. "Hello sweetheart?" Hariz bersuara romantis. "Assalamualaikum." Balas Puan Salmah. Hariz ketawa kecil. Dia menjawab salam ibunya. "Dah solat subuh?" "Belum Bu. Riz baru bangun. Rindu Riz kat Ibu." "Ibu pun rindu kat Riz, tapi bau busuk Riz tu Ibu bau sampai kat sini tau. Dah pergi mandi." Puan Salmah menyakat anak bujangnya. "Ye la Bu. Bye, assalamualaikum." Talian diputuskan. Hariz bingkas bangun. Tuala dicapainya dan terus berlalu ke kamar mandi.

Setelah menunaikan solat subuh, Hariz bercadang untuk bersiar-siar di pantai. Hariz berdoa dalam hatinya semoga dia bertemu dengan Ati lagi.

Hariz tercari-cari bayangan Ati di pantai. Matanya bersinar gembira melihat gadis itu sedang berlari-lari anak di pantai seperti mengejar sesuatu. "Assalamualikum." Haraz memberi salam apabila melihat kehadirannya tidak disedari si gadis. Langkah Atirah terhenti. Anak ketam yang dikejarnya melarikan diri dan bersembunyai dalam lubang. Atirah menjawab salam Hariz dan menghadiahkan sebuah senyuman tanda Aitrah selesa dengan kehadirannya. Hariz melangkah mendekati Atirah. "Jangan!" Atriah menjerit sambil tangannya cuba menolak Hariz. Hariz terkejut dengan tindakan Atirah.

"Kenapa?" Soal Hariz kebingungan. "Awak dan jadi pembunuh." Luah Atirah dalam nada sedih. "Pembunuh?" Hariz semakin keliru. Melihat wajah Hariz yang tidak keruan itu Atirah rasa ingin ketawa, tetapi ditahannya. "Cuba Hariz angkat kaki tu. Hariz mengangkat kaki kanannya dengan hairan. "Bukan kaki kanan, kaki kiri." Hariz mengangkat kaki kirinya dan melihat seekor anak ketam mati di pijaknya. Barulah Hariz mengerti maksud Atirah sebentar tadi. Hariz tersenyum. "Kena buat upacara pengkebumian ke ni?"Hariz berjenaka. "Boleh juga." Balas Atirah. Hariz mencapai sebatang kayu lalu duduk menggali lubag. Atirah hanya memerhati dengan penuh minat. Setelah siap menggali, Hariz memasukkan anak ketam yang mati itu kedalam lubang dan menimbus lubang itu semula. Atirah meletakkan kulit cengkerang di atasnya.

Atirah dan Hariz beriringan menyusuri pantai. Suasana sepi seketika. "Boleh Ati tanya satu soalan?" Atirah memecah kesunyian antara dia dan Hariz. "Tanyalah." "Sebenarnya Ati nak minta sesuatu dari Hariz. Kalau awak tak keberatan." "Apa dia?" Hariz tidak sabar ingin mengetahui apa yang bermain difikiran Atirah. "Boleh tak kalau Ati nak panggil Hariz, Is je? Langkah Hariz terhenti. Hariz berpaling melihat Atirah di sisi. "Kenapa nak panggil Is? Hariz tak sedap ke?" Atirah tahu dia akan diajukan dengan soalan itu. "Sedap, macam makan coklat. Hariz Iskandar." Atirah menyebut nama itu mesra. "Kenapa tak guna Is, kan lebih pendek daripada Hariz?" Atirah meneruskan bicaranya. "Ati boleh panggil Riz je kalau Ati suka. Riz lagi suka." Hariz tersenyum. Hanya ibunya yang memanggilnya dengan nama Riz. Kawan-kawannya memanggilnya Is. Atirah tersenyum riang. "Okey."

"Sekarang giliran Riz tanya Ati satu soalan, boleh?"Atirah mengangguk lembut. "Banyak pun boleh. Kalau Ati boleh jawab, Ati jawablah." "Kalau tak boleh jawab?" Hariz menduga. "Hem....kalau tak boleh jawab, maksudnya Ati tak tahu jawapannya. Peluang menjawab akan dibuka kepada orang ramai, boleh?" Atirah mengenyit matanya pada Hariz dengan senyuman manis di bibir. Hariz membalas senyuman Atirah. "Semalam, lelaki yang bersama Ati tu siapa?" "Yang mana ye?"Atirah membuat aksi seperti tengah memikirkan masalah negara. Hariz ketawa kecil, lucu melihat sikap Atirah yang dirasakan tak pernah seirus. "Ala lelaki yang bersama Ati di lobi hotel pagi semalam." "Oh, yang tu. Kenapa nak tahu?" Atirah mengangkat keningnya memandang Hariz. Hariz gugup. "Saja."Hariz memandang ke arah lain. Takut isi hatinya akan diketahui gadis dihadapannya ini. "Hensome tak?" Soal Atirah. "Siapa?" Hariz bingung. "Ala lelaki yang jalan dengan Ati dekat lobi tula. Hensome tak?" "Hensome." Hariz menjawab dengan lemah. Adakah itu teman lelaki gadis ini. Hariz tidak keruan menunggu jawapan Atirah. "Tu, abang Ati. Nanti Ati kenalkan Abang Nizan kepada Riz." "Abang Ati?" Soal Hariz dengan wajah yang ceria. "Kan Ati cakap yang Ati datang bercuti dengan family." Atirah tersenyum melihat gelagat Hariz. "Ati datang dengan abang je ke?" Soal Hariz untuk menutup malunya. "Taklah, Abah dan Mama datang bersama. Sebenarnya, Abah dan Mama menyambut anniversary di sini. Ati dengan abang datang menyibuk je. Jelas Atirah dengan ketawa kecil.

"Realy?" "Tak tipu je." Atirah sengaja mengenakan Hariz. Atirah berlagak selamba. "Nakal." Hariz tersenyum senang. "Riz datang sini bercuti gak ke?" Atirah memandang Hariz di sisi. "Kan Riz datang sini nak nuntut ilmu, dah tamat pun." Hariz mengenakan Atirah. " O...balas dendam ye." Atirah menarik muka. "tak pe la kalu tak sudi nak bagi tau Ati." Atirah pura-pura sedih. "Siapa la Ati ni." Atirah berlalu meninggalkan Hariz.

Eh, tak kan dah merajuk? Hariz gelabah. "Ati, tunggu." Laungan Hariz tidak diendahkan Atirah. Atirah cuba menahan ketawanya dari pecah. Atirah berhenti melangkah apabila Hariz menghalang dengan berdiri dihadapannya. Atirah menundukkan wajahnya supaya Hariz tidak melihat wajahnya yang sedang menahan ketawa. "Riz minta maaf okey? Jangan la marah." Hariz cuba untuk memujuk. Hariz membuat gaya seperti memohon ampun dengan wajah yang serius. Hariz takut gadis dihadapannya ini tidak memaafkan dirinya. Riak wajah Hariz amat melucukan bagi Atirah. Ketawa Atirah pecah sehinggakan air matanya mengalir. Sungguh lucu wajah Hariz saat ini. Hariz kebingungan, melihat Atirah yang sedang ketawakan dirinya. Hai, tadi macam merajuk sakan, sekarang ketawakan aku pula. Hariz hanya mampu tersengeh.

"Tahu takut. Siapa yang terkena? Riz atau Ati?" Luah Atirah setelah ketawanya reda. Hatiz tahu dirinya yang terkena. "Ampun kan patik tuan puteri. Patik tak buat lagi." Hariz cuba berlucu. Entah mengapa Hariz merasakan dirinya semakin dekat dengan Atirah. Atirah tersenyum riang. Dia dan Hariz berjalan beriringan.

Atirah terasa panas apabila matahari memanah tepat ke mukanya. Atirah mengangkat tangannya menahan cahaya matahari yang menyilau matanya. Jam di tangan dijeling.

Ya Allah, dah pukul 11.00 pagi. Aku dah lambat ni. Mesti Abang marah. Sebenarnya Atirah sudah berjanji untuk menemani Abangnya bersiar-siar. Atirah mengagak Abangnya mungkin sedang menunggunya di lobi hotel mereka dengan wajah yang mencuka.

"Riz, dah lewat ni, Ati ada date dengan abang Ati. Ati minta diri dulu." Hariz melihat jam di tangannya. Dah jam 11.00 pagi. Cepatnya masa berlalu. Dia ada mesyuarat pukul 11.30 pagi ini. Masih sempat sekiranya dia pergi sekarang. Namun bergitu, Hariz tidak mahu melepaskan Atirah pergi. "Bila kita boleh jumpa lagi?" Soal Hariz penuh harapan. "Esok pagi, di sini. Macam biasa." Balas Atirah. Tanpa dia sedari, Atirah telah memberi harapan kepada Hariz. Bagi Atirah berkawan biar ramai, musuh jangan dicari.

Atirah segera mendapatkan Nizan yang sedang menunggunya di kaki lobi hotel tempat mereka mengindap. Atirah hanya mampu tersengeh apabila abangnya itu merenung tajam ke arahnya.

"Ati pergi mana? Lama abang tunggu. Handphone kenapa tak bawa? Abang risau tau. Nasib baik tak report polis. Handphone tu, kalau malas sangat nak pegang, gantung kat leher. Buat orang risau je la. Abang ni dah macam penunggu hotel kat sini." Atirah tahu abangnya risaukan keselamatannya. Dia sedar kesalahan dirinya.

"Ampunkan hamba penunggu hotel. Ampun kan hamba, hamba janji tak buat lagi." Atirah cuba berjenaka. Tangannya memegang kedua-dua telinganya dan memandang abangnya dengan wajah kesian. Nizan ingin ketawa melihat telatah adiknya, tapi dia cuba berlagak seperti dia masih marah. Ada saja caranya untuk memujuk aku. Luah Nizan di hati. Dia memusingkan badannya membelakangi Atirah untuk memyembunyikan wajahnya yang ingin tersenyum. Atirah menyedarinya. Dia tahu marah abangnya tak lama. Hati abangnya mudah dipujuk, tapi kalau gunung berapi meletup habis semua orang sekeliling. Atirah segera memaut lengan abangnya seperti biasa. "Ala bucuk-bucuk...jangan la marah. Sorry la...Ati belanja ais krim okey?" Atirah bersuara manja. "Ais kirm je?" Nizan cuba berlagak selamba. Kemarahannya sudah lama hilang. Pada awalnya dia memang marah, akhirnya dia rasa bersyukur melihat Atirah berada di hadapannya. Sejak peristiwa hitam itu berlaku, Nizan cukup takut kehilangan adiknya. Kemalangan yang hampir meragut nyawa Atirah memberi kesan yang mendalam terhadap Nizan.

Atirah berfikir sejenak "Okeylah...makan tengah hari ni Ati belanja." Nizan terkejut mendengar suara lantang adiknya. "Berangan ye, teringatkan siapa?" Atirah tersenyum nakal. Akal nakalnya mula mencari idea untuk menyakat abangnya. Belum sempat Atirah melancarkan ideanya, Nizan dapat menghidu kenakalan adiknya cepat menjawab "Bukan siapa, tapi apa? Abang tengah fikir nak makan apa, teringat Roti Arab yang Ati buat tu." Nizan tersenyum kambing melihat Atirah yang mula mencebikkan wajahnya.

"Ala...tu first time buat. Sekarang Ati dah pandai buat tau. Tikah puji sedap." Atirah cuba untuk mempertahankan dirinya. "Tikah puji sedap tu just nak ambil hati je." Nizan masih ingin menyakat adiknya.Kali pertama Atirah membuat Roti Arab, hampir terbakar dapur rumahnya. Datin Nora melenting melihat dapurnya yang sepeti tempat berperang. Penghabisanya, Nizan dipaksa oleh Atirah untuk makan Roti Arab hangus sampai habis dan Atirah perlu mendapat kebenaran mamanya sebelum menggunakan dapur. Datin Nora akan mengawasi anak kesayangannya memasak di dapaunya kerana takut kejadian tersebut berulang.

"Dulu ye la, Ati tak pandai masak. Sekarang, Abang cakap je nak makan apa, Ati bolah buatkan." Jelas Atiah bersungguh-sungguh. Semenjak dia tinggal barsama Atikah, Atirah mula belajar memasak. Atikah tidak lokek ilmu dan sabar dalam mengajar Atirah. Atikah merupakan anak sulung dari empat adik beradiknya. Semua kerja di dapur menjadi perkara biasa baginya.

"Boleh percaya ke ni?" Nizan mengangkat keningnya sambil memandang Atirah dengan senyuman seperti mencabar adiknya. "Mestilah boleh percaya. Abang nak makan apa? Balik nanti Ati masakan untuk abang. Ikan Patin Masak lemak cili padi, Tomyam, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap... Abang sebut je, Ati masakan untuk Abang." Atirah dengan yakinnya menerima cabaran abangnya.

Atirah dan Nizan meneruskan niat asal mereka untuk mejelajah seluruh Pulau Pangkor. Inilah peluang Atirah untuk merakamkan tempat-tempat yang menarik dengan kamera digitalnya. Kamera hadiah daripada abangnyapada ulang tahun kelahirannya ke 21 itu masih baik dalam penjagaan Atirah. Pernah sekali kameranya rosak, lama Atirah bersedih. Nizan memujuk dengan menawarkan untuk membelikan Atirah kamera yang baru, tetapi Atirah menolaknya. Baginya kamera itu mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Mujurlah kamera itu dapat diperbaiki. Banyak kenangan yang telah dirakamkan oleh Atirah dengan kameranya itu.

Atirah dan Nizan melawat dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Atirah mencari barang yang boleh dibawa pulang sebagai buah tangan untuk teman-teman di pejabatnya. Nizan turut memberikan pedapat pada barang yang dipilih adiknya. Atirah berkira-kira dengan jarinya sambil menyebut nama-nama temannya yang akan diberikan buah tangan dari Pangkor. Nizan tersenyum melihat gelagat adiknya seperti kanak-kanak yang sedang belajar mengira. Setelah Atirah selesai memilihnya, Nizan terus membuat pembayaran kerana takut adiknya menukar fikiran. Atirah seorang yang cerewet dalam memilih hadiah. Pada Atirah, hadiah yang akan diberikan pada orang mestilah hadiah itu disukai olehnya dan penerimanya. Barulah hadiah itu berbaloi dibeli. Akhir sekali Atirah dan abangnya mencari hadiah untuk abah dan mama mereka sempena ulang tahun perkahwinan abah dan mama yang akan disambut pada malam nanti.

Atirah menarik tangan abangnya ke arah sebuah kedai cendera hati. Walaupun dia sudah keletihan, Nizan tetap menurut langkah adiknya. Melihat adiknya yang masih bersemangat, Nizan tidak mahu merosakan mood adiknya.

Apabila mereka memasuki kedai tersebut, mata Atirah kelihatan seperti bercahaya melihat sebuah jam poket yang tersusun cantik dalam sebuah almari kaca. Bentuknya yang kelihatan klasik berjaya menawan hati Atirah. Melihat perhatian adiknya telah melekat pada jam poket tersebut, Nizan hanya menggelengkan kepalanya dan terus memerhati barang-barang yang terdapat di dalam kedai tesebut. Nizan dapat mengagak yang adiknya pasti lama di kedai ini. Nizan cuba mencari barang yang boleh dijadikan hadiah kepada mama dan abah. Atirah membelek-belek jam poket tesebut dengan penuh minat. Apabila Atirah membuka penutupnya, bunyi muzik yang merdu memenuhi ruang kedai. Atirah tersenyum suka. Setelah setengah jam sesi tawar-menawar dengan jurujual, Atirah membuat pembayaran dan Atirah segera mendapatkan abangnya.

"Jom balik." Atirah tersengeh melihat abangnya yang masih setia menunggu. Nizan seperti ditiup kata-kata senangat dengan segera menganggukkan kepalanya dengan laju dan menarik Atirah keluar dari kedai. Sesungguhnya dirinya letih melayan adikanya. Nizan berjanji dalam hati untuk tidak menemani Atirah keluar membeli-belah. Namun, dia tahu sekiranya dia melihat muka adiknya yang penuh mengharap, Nizan tidak sampai hati untuk menolak permintaan adiknya. Atirah sering menggunakan taktik ini apabila menginginkan sesuatu daripadanya dan Nizan tetap terpedaya dengannya.

.............

Malam ini sungguh istimewa. Atirah dan Nizan sedang menanti abah dan mama mereka di meja yang sudah terhias indah. Atirah tersenyum melihat Dato' Kassim dan Datin Nora berjalan berpimpinan tangan dengan mesra sekali. Sungguh bahagia.

"Happy anniversary!" Ucap Atirah dan Nizan serentak. Dato' Kassim tersenyum melihat anak-anaknya yang bergitu bersemangat. Atirah menghulurkan hadiah di tangan kepada Datin Nora. "Hadiah dari Ati dan abang untuk pasangan yang romantis." Atirah mengenyit sebelah mata kepada mamanya dengan senyum nakal di bibir. Datin Nora tersipu malu dengan usikan anak gadisnya. Pipi Atirah menjadi mangsa cubitan Datin Nora. Meraka sekeluarga mula menjamu selera dengan gembira.

"Ati ngan abang pergi mana? Seharian Mama tak nampak." Datin Nora mula bicara sambil menikmati hidangan yang merupakan makanan kegemarannya. Ikan Siakap masak tiga rasa.

"Ati ajak abang pergi cari hadiah untuk di bawa pulang." Atirah menjawab selamba.

"Kenapa tak ajak Mama sekali?" Soal Datin Nora.

"Malas kacau daun. Bagi peluang Abah ngan Mama dating." Atirah mengenyitkan sebelah matanya kepada abahnya dengan senyuman nakalnya. Dato' Kassim ketawa kecil dengan telatah anaknya.

"Ala Sayang, biar la anak-anak nak bagi kita peluang. Untung-untung Ati boleh dapat adik." Dato' Kassim mengusik isterinya.

"Abang jangan nak mengarut. Malulah dah tua-tua macam ni nak ada baby. Hantar anak pergi sekolah nanti orang tanya hantar cucu ke? Mana nak letak muka ni." Datin Nora menarik muka.

"Awak juga kata sunyi. Ati duduk dengan kawannya, Nizan jarang ada di rumah. Apa salahnya kalau ada baby. Biarlah apa orang nak kata. Mulut orang bukan boleh tutup. Lain la mulut tempayan, besar mana pun masih boleh cari penutupnya." Dato' Kassim masih ingin menyakat isterinya.

"Kalau nak sangat baby, suruh anak jantan awak ni kahwin cepat. Cepat Nizan kahwin, cepat la kita dapat cucu, ada la baby kat rumah tu."Datin Nora menjeling Nizan yang cuba buat-buat tidak faham dengan maksud mamanya.

"Nizan, yang ni Abah tak boleh tolong. Betul cakap Mama kamu. Bila kami ni nak berasa ada menantu?" Dato' Kassim menyokong kata-kata isterinya.

"Apa pula Abang yang kena? Tadi kan tengah bincang nak adik baru." Nizan tidak puas hati.

"Ati sokong Mama dengan Abah. Kalau Abang kahwin, Ati dapat kakak. Ati teringin ada kakak, boleh pergi shopping sama-sama. Mesti best." Atirah mengangkat keningnya melihat jelingan tajam daripada abangnya.

"Bila Abang nak bawa balik calon menantu jumpa mama dengan abah?" Soal Datin Nora.

"Bila Abang dah ada calon la baru boleh bawa balik jumpa mama dengan abah. Sekarang ni jangankan calon, bayang calon pun belum ada." Nizan tersengeh. Nizan sempat memberi isyarat mata pada adiknya meminta bantuan. Namun, Atirah masih lagi ingin mengenakan abangnya.

"Ala mama, susah-susah mama iklankan je dalam paper. 'Cari calon menantu.' Letak gambar abang yang macho tu, Ati guarantee ramai yang datang minta borang." Atirah ketawa nakal.

"Mama ingat, kalau Abang susah sangat nak bawa calon, kalau tak de cara lain, cara Ati ni pun boleh gak." Bila mama dan adiknya bergabung, Nizan tahu dia tak akan boleh menang. Baik aku diam, kalau tidak panjang lagi bebelan mama. Omel Nizan dalam hatinya. Dato' Kassim tersenyum melihat Nizan menyerah kalah. Kalau di syarikat, dia boss, tapi kalau di rumah King pun tak boleh lawan Queen.

Like it ? Add to library!

ina85creators' thoughts
Bab berikutnya