webnovel

Kembara Mereka Di Teruskan

Awal pagi, usai sudah mengemas khemah-khemah dan memadam unggun api; Aela Bazea, Bangsawati Walda dan Pendeta Tamota memulakan perjalanan dengan serangkap doa dan harapan di ketuai Tamota sendiri. Isi dari doa itu sangatlah ringkas tetapi sungguh mendalam untuk di hayati. Setelah selesai, mereka bertiga memulakan langkah menuju ke tempat baru.

Kali ini mereka semua ke sebuah desa pinggir bandar Nowda; Desa Eugenya yang merupakan tempat persinggahan para pedagang yang datang dari segenap rantau negeri. Di katakan di situ terletak sebuah pedang keramat yang tertanam di dalam batu. Bersebelahan dengan pedang itu pula terdapat sebuah air pancut di perbuat dari perak.

Mengikut Mitolog Skrla, sesiapa yang dapat mencabut pedang keramat itu dan membuat air pancut memancut mata air keluar dari pancutan, dia akan menjadi pemerintah yang sah di dalam pentadbiran Nowda. Pada hemat Tamota, ini mungkin peluang terbaik untuk Aela menyatakan siapakah dirinya yang sebenarnya. Pasti keputusannya di persetujui. "Ampun, tuanku..."

Bangsawati Walda dan Aela terhenti seketika. "Patik kepingin untuk mempelawa tuanku puteri mahkota ke Desa Eugenya sekiranya di perkenankan tuanku puteri untuk mencemar duli..." Aela membiarkan Pendeta itu meneruskan bicara. "Ada perkara menarik yang ingin patik tunjukkan kepada tuanku puteri sebaik tiba di sana..." Aela mendengar dengan teliti. "Lagi, Pendeta???"

Tamota menelan air liur sebelum bicaranya di celah Bangsawati Walda. "Bolehlah kita bertiga sama-sama menikmati makanan yang enak-enak dan minuman yang sedap-sedap di situ!!!" Pendeta tua itu menghela nafas lega kerana kejutannya tidak di beritahu Walda. "Dah lama aku tidak merasa makanan yang boleh mengiurkan aku..." Puteri itu senyum-senyum kambing.

"Walda, Walda; kamu asyik ingat makan ja... Masih punya ruang untuk kita tentang itu ya???" Walda dan Aela berketawa seketika. Pendeta Tamota menyambung bicara yang terhenti. "Kalau begitu, kita akan ke sana..." Aela angguk kepala, di ikuti Walda; tanpa bicara. Tamota kegirangan kerana permintaannya di penuhi. Desa Eugenya, tunggu kami!!!

---

Semenjak perang saudara melanda Phyttha-Barrada, hampir berjuta nyawa rakyat jelata menjadi korban peluru tidak bermata. Perang itu juga menyebabkan hampir lapan puluh sembilan peratus kemusnahan harta benda termasuk kilang-kilang, infrastruktur awan dan harta persendirian. Tiada apa dapat di selamatkan pada ketika ini. Itu merupakan satu perkara yang amat menyedihkan jiwa.

Tidak termasuk berjuta lagi yang melarikan diri sepanjang perang saudara itu berlangsung. Mereka bagaikan tiada harapan untuk tinggal di negara mereka sendiri. Jika Majlis Tentera tidak melakukan kudeta terhadap Aela Bazea, semua ini pasti tidak akan berlaku. Namun apakah daya, nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang boleh mereka lakukan.

Phyttha-Barrada yang mereka kagumkan dahulu, kini menjadi padang jarak padang terkukur. Dengan kebakaran masih lagi marak merebak di sana sini dan kesan letupan yang membentuk kawah sebesar Kuali Dodol Arama. Begitu juga dengan peluru sesat yang masih lagi segar melekat dan meninggalkan bekas lubang di tepian dinding bangunan yang sudah musnah.

Dewan Kaunsol memulakan sidang untuk mengembalikan semula kedamaian di atas Bangunan Federasi yang musnah keseluruhannya. Mereka tidak boleh membiarkan perang saudara ini berterusan untuk satu lagi jangka masa. Pada masa yang sama, mereka juga mahu Aela Bazea kembali semula untuk membentuk satu corak pemerintahan baharu dan menghukum Majlis Tentera.

Entah mereka sedang berangan-angan atau bermimpi di siang hari. Jika anak raja itu berjaya di jejaki; itu menjadi satu batu loncatan untuk mereka mengangkat baginda semula menjadi pemerintah beraja mereka. Apa yang telah di lakukan oleh Majlis Tentera tidak dapat di maafkan. Namun mereka tiada pilihan selain mendamaikan kedua-dua pihak.

Pihak Anti-Pemerintahan Beraja dan Pihak Menyokong Pemerintahan Beraja berdepan secara berundingan setelah beberapa ketika saling bertelagah antara satu sama lain. Satu dekri sudah di capai di mana Majlis Tentera akan di hukum dengan melakukan kerja sivil. Kedua-dua pihak akan memerintah secara bersama untuk satu ketika sehingga semuanya kembali seperti biasa.

Dewan Kaunsol pula akan menjadi penasihat kanan untuk kedua-dua pihak mengembalikan Phythha-Barrada pada landasan yang sepatutnya. Permasaan sudah di rangka dan kedua-dua pihak menyusun semula asas kenegaraan yang telah musnah akibat sengketa perang saudara. Bermula dengan mengubalkan undang-undang baru sehingga tertubuhnya Tribunal Jenayah Perang untuk memberi keadilan kepada rakyat jelata.

Kedua-dua pihak juga bersepakat yang Pemerintahan Beraja menjadi Payung Negara di mana Sistem Parlimen Berpelembagaan berseiringan dengan Dewan Kaunsol menetapkan hala tuju negara seperti yang di harap-harapkan oleh semua orang. Setelah selesai menandatangani dekri perdamaian, Tribunal Jenayah Perang memulakan kerja dengan menyenaraikan beberapa ramai pemimpin Majlis Tentera ke muka pengadilan.

Respon yang di berikan oleh kesemua rakyat jelata sangat memberansangkan. Jika perkara ini dapat di elakkan dari awal, sudah pasti perang saudara tidak akan terjadi dan Majlis Tentera tidak akan mengkhianati Aela Bazea. Namun apakah daya, baginda Tuanku Puteri sudah tiada lagi dan Pemerintahan Beraja hanya menjadi simbol Phyttha-Barrada semata-mata.

---

Perkara gembira bahawa pihak bertelagah sudah berhenti berbalah di sahut dengan kesuraman bagi ekspedisi mencari semula Aela Bazea. Perdamaian yang di meterai mereka bagai tidak cukup tanpa keberadaan anak Raja Kora itu. Setiap ahli ekspedisi itu merasa bagai di khianati. Tujuan mereka masih di pertengahan jalan dan inikah hasil keseluruhannya???

Ketua ekspedisi yang kecewa serta-merta meremuk-remukan surat yang di perolehi dari pengiriman burung merpati oleh ahli-ahlinya yang lain. Bukan ini yang dia pinta dan bukan ini juga tujuan ekspedisi yang mereka usahajayakan. Dia memandang pada para ahlinya dengan jelingan tajam. Lalu bersuara dengan suara yang amat lantang. "Aku mahu tahu..."

"Mahukah kita tamatkan ekspedisi ini atau kita teruskan???" Tanyanya, tegas. Tiada siapa berani menggeleng, apatah lagi mengangguk kepala. "Apa pula pandangan tuan???" Tanya salah seorang dari mereka, dengan nada samar-samar. "Kalau aku; aku akan tetap teruskan ekspedisi ni!!! Tiada alasan, tiada keraguan!!!" Balas ketua ekspedisi terhadap semua ahlinya. Mereka terdiam.

Salah seorang ahli lagi pula memberanikan diri mengutarakan soalan yang hampir sama dengan penanya sebelumnya. "Andai takdir kita menemui Aela Bazea dan dia tidak mahu mengikuti kita, apa pula yang tuan mahu lakukan???" Kali ini, ketua ekspedisi di diamkan. Para ahli mula berkata antara satu sama lain. "Kita akan putuskan nanti..."

Para ahli ekspedisi mula bersurai sebaik sahaja di arahkan oleh ketua mereka. Dia duduk termenung sendirian sambil memikirkan apa yang telah di katakan oleh ahli-ahlinya tadi.

Andai takdir kita menemui Aela Bazea dan dia tidak mahu mengikuti kita, apa pula yang tuan mahu lakukan???

"Aku tidak tahu...," bisik hatinya; sendu...

Bersambung...

Bab berikutnya