webnovel

Suamiku dingin dan authistic

Penulis: Qisyliz
Umum
Sedang berlangsung · 54.8K Dilihat
  • 6 Bab
    Konten
  • peringkat
  • N/A
    DUKUNG
Ringkasan

Harlisyha Qaisara telah ditunangkan dengan Hasrul yang merupakan kawannya sendiri.Mulanya dia tidak mencintai Hasrul.Dia menerima pinangan tiba-tiba tersebut demi menjaga maruah keluarganya dan keluarga Hasrul.Dia mula belajar mencintai Hasrul.Lama-kelamaan cintanya berputik untuk Hasrul. "Qai...walau apapun terjadi,saya akan sayang awak sampai bila-bila.Tempat awak di sini." ~Hasrul "Kenapa awak cakap pelik-pelik macam ni?Saya pon sayangkan awak sampai bila-bila." ~ Harlisyha Qaisara Sehinggalah satu malam hitam yang hampir meragut maruahnya.Dan lagi teruk,semasa di hari pernikahannya,bukan Hasrul yang duduk di depan tok kadi.Tetapi orang yang paling dia benci sejak peristiwa hitam itu iaitu Tengku Kaizer Rizqi. Adakah bahagia akan menjemput Harlisyha Qaisara dan Tengku Kaizer Rizqi?Akankah bahagia perkahwinan mereka?

Chapter 1Bab 1

"wey...cikgu Zain dah pindah.Kita nak duduk dekat padang ni sampai habis masa waktu pendidikan jasmani ke atau nak naik atas?", soalku kepada rakan sekelasku yang lain.

" Tunggu jelah.Lagi pun kan cikgu Zain cakap ada cikgu yang ganti dia",jawab Ahmad merangkap ketua kelas 2 Arif.

"yelah.."

Sedang aku berborak dengan rakan sekelas,tiba-tiba aku terpandang susuk tubuh yang sangat aku kenali memakai baju sukan lengkap.Kawan perempuanku yang lain semuanya tersenyum-senyum ke arah itu.Ada juga yang tenung sampai nak tembus pun ade.Tapi aku bukan dalam golongan tulah.

Meluap-luap marah aku sakarang ni.Tak kena cara,dekat situ jugak aku mengamuk.Tapi mengenangkan yang ni bukan sekolah bapak aku,jadi aku hanya berdiam diri sahaja sambil menjeling marah susuk tubuh.

"Tingkatan berapa?", tanyanya sebaik sahaja dia berada di depan kami.

Dia terpandangkan wajah aku,mulanya terbias wajah bersalah di mukannya kemudian dia hanya berlagak macam tiada apa-apa yang berlaku.

" Kami tingkatan 2 Arif",jawab Ahmad

Kelihatan dia mengangguk kemudian berkata.

"Saya cikgu Ezzul yang akan mengajar kamu subjek pendidikan jasmani dan kesihatan serta matapelajaran sains.Jadi hari ni memandangkan subjek PJK kita pagi,jadi kita akan bersukan.Sebelum itu, siapa ketua kelas?"

Ahmad mengangkat tangannya sambil berkata.

"Saya cikgu.Cikgu boleh panggil saya Ahmad"

"Saya nak tanya.Hari apa lagi ade subjek PJK lagi?"

"Hari Selasa lepas habis waktu rehat,cikgu"

"Kalau macamtu,hari Selasa kita belajar pendidikan kesihatan di Astaka.Hari ni pulak atau setiap hari jumaat kita bersukan memandangkan ini subjek yang pertama.Tak adalah panas sangat kalau kita nak bersukan.Jadi hari ni,kita akan belajar cari main bola tampar.Salah seorang daripada kamu pergi ambil dua biji bola tampar di dalam stor sukan"

Salah seorang daripada kami iaitu Haqim berjalan ke arah stor sukan untuk ambil dua biji bola tampar seperti yang diarahkan oleh cikgu Ezzul.

Mata aku melilau ke tempat lain bagaikan waktu pertama datang sekolah ini.Yang penting tidak pandang muka dia sehingga kemarahan aku reda dengan sendirinya.

"Yang lain pergi gelanggang bola tampar sekarang."

Kami semua bergerak ke gelanggang bola tampar sambil berborak.Cikgu Ezzul pula hanya menekori daripada belakang.Yang perempuan ade yang terkinja-kinja mengatakan yang cikgu tu hotlah,handsomelah dan macam-macam lagi.Aqilah yang pelik dengan tindakan aku dari tadi yang hanya berdiam diri,menegurku.

"Qai...kau kenapa ni?Dari tadi aku tengok kau senyap je.Biasanya kaulah yang paling bising sekali bila ade peluang nak cakap.Muka pon aku tengok monyok je dari tadi"

Aku jeling dia.

"Kau ni kalau tak sindir-menyindir memang tak sah kan"

Aqilah sengih.

"Kau marah ye...kau marahkan siapa?"

Lain yang ditanya lain pula yang dijawab.Tapi memang betul pon.Aku kalau diam sahaja tandanya aku sedang marahlah tu.Tak kena cara segala maki hamun aku sebut.

Sampai akhirnya ke gelanggang bola tampar.Nasib baik tiada kelas yang menggunakan gelanggang ini.Kalau tak main dekat padang bola sepak tu jelah.

"Nantilah aku ceritakan dekat kau.Waktu rehat nanti aku cerita"

Aqilah hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

Kemudian aku terlihat kelibat Haqim sambil membawa dua biji bola tampar ke arah kami.Selepas sahaja dia sampai,dia kelihatan termenga-mengah.Mungkin penat memandangkan dia ke sini sambil berlari.Dia memberikan dua biji bola Itu kepada cikgu.

"Bahagikan dua kumpulan.Satu kumpulan lelaki satu lagi kumpulan perempuan.Memandangkan gelanggang ni ada dua,jadi,sebelah kanan saya,gelanggang untuk perempuan,manakala yang sebelah kiri pula untuk lelaki.Bergerak sekarang ke arah kumpulan masing-masing", katanya bernada tegas.Inilah rupanya ketika dia sedang fokus.

Kami semua bergerak ke arah kumpulan masing-masing sambil berborak lagi.Pantang ada masa sedikit,pasti kami akan berborak.

Cikgu Ezzul berdiri di gelanggang kumpulan lelaki sambil memegang sebiji bola dan bola lagi satu berada di bawah pokok yang berdekatan dengan gelanggang itu.

" Memandangkan kita belajar bola tampar sekarang,saya harap kamu semua tumpukan perhatian"

Hampir 10 minit dia memberi tahu cara untuk bermain bola tampar dengan betul.Kemudian dia pergi ke pokok yang dia telah letak bola tampar tadi untuk mengambil bola tampar lalu memberi kepada aku memandangkan aku yang paling dekat dengannya.Aku menyambutnya tanpa memandang wajahnya.

"Kamu akan bermain dalam kumpulan sendiri dulu.Selepas 20 minit ,kumpulan lelaki akan lawan kumpulan perempuan" katanya

Sambil kami bermain,dia akan membetulkan gerakan yang salah.Yang paling banyak buat kesalahan pastinya perempuan.Tapi,aku tahu yang mereka hanya buat-buat salah sahaja.Sebab sebelum Ni,cikgu Zain dah suruh kami lawan.Kumpulan perempuan pulak tu yang menang.

"Baiklah...masa 20 minit telah tamat.Kumpulan lelaki sila bergerak ke gelanggang perempuan.Kita akan lawan.Kumpulan lelaki lawan perempuan"

Kami buat susunan,yang mana bagus-bagus dalam serangan akan duduk di belakang.Yang mana bagus dalam pertahanan duduk di hadapan.

"Sedia....mula!", katanya Kemudian meniup wisel.

Sehinggalah salah satu bola termasuk ke dalam beranda Rumah yang dikhaskan untuk cikgu.Nasib baik Tak kena tingkap Rumah.Aku buka pintu pagar depan kemudian masuk ke dalam kawasan Rumah itu kemudian aku ke beranda untuk ambil bola itu.

Sedang aku tutup pintu,kedengaran suara Aqilah memanggil namaku dengan kuat.

" Qai...!"

Anda Mungkin Juga Menyukai

My life challenges

Royce nama diberi oleh keluargaku. Dia seorang gadis kampung yang dibesarkan di keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang, berdisiplin serta hormat orang tua. Dia membesar dengan 2 orang abangnya, disebabkan itu perwatakan dia kasar dan dia boleh buat kerja lelaki. Tapi jauh disudut hati dia sebenarnya lembut. Walaupun penampilan dia seperti tomboyish dia masih lagi seorang gadis. Mama dan papa Royce terlalu sayangkan anak bongsu daripada 13 org adik beradik. Ramainya adik beradik itulah soalan biasa dia dengar dari mulut kawan-kawannya tapi dia dah biasa dengan soalan tu. Dia dari kecil dah diajar berdikari tapi dia tak boleh berjauhan dengan mamanya. Di waktu usia dia 11 tahun, dia bercuti ke tempat kakcik dia. Tak sampai sehari dia dah menangis nak balik rindu mama katanya. So kakcik aku takde pilihan lain malam tu juga dia bawak aku balik ruma mama. Tapi itu semua cuma sementara, dia latih dirinya supaya boleh bedikari bila jauh dengan mama kesayangannya dan dia berjaya melatih dirinya. Pada usia awal 20an dia keluar bekerja diluar negeri sebatang kara. Kakak-kakak dan abang-abangnya ada di merata negeri tapi negeri yang dia pilih takde sesiapa. Nasib tempat dia kerja sebagai volunteer sediakan segala kemudahan untuk dia. Jadi bermulalah kisah hidup dia sebagai perantau di negeri org. Cukup setahun dia bekerja sebagai volunteer, dia ambil keputusan untuk keluar dan mencuba bidang baru. Dia berhenti kerja dan tinggal dengan keluarga angkatnya merangkap keluarga teman lelaki yang dia. Oliver ialah lelaki yang sangat bermakna dalam hidup Royce. Susah senang mereka lalui bersama tetapi malangnya jodoh tak panjang, mereka berpisah juga akhirnya. Royce tak boleh terima dan tak percaya perpisahan mereka. Tiap malam Royce menangis dan tertanya tanya kenapa perpisahan itu terjadi bila dia sangat menyayangi dan mengasihi Oliver sepenuh hati.

FoodHunter · Umum
Peringkat tidak cukup
9 Chs

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · Umum
4.4
35 Chs