webnovel

Bab 9

Rohan berasa hairan apabila melihat bilik tersebut dan berasa seram namun rasa ingin tahu Rohan mula mendorong untuk membuka pintu bilik itu.

Dang! Dang!Pang! Pang! Pang!

Rohan cuba memecahkan mangga dengan tukul dan dia berjaya membuka pintu itu. Rohan tergamam setelah melihat keadaan di dalam bilik.

"Kosong? Kenapa nak kunci bilik yang kosong?" bisik Rohan dalam hati kemudian keluar dari bilik itu.

.......................................................................................................

Rohan bangun di awal pagi dan bersiap sedia untuk berjumpa dengan pak ciknya untuk berbincang tentang kerja tertangguh di pejabat disebabkan keadaanya yang tidak sihat selama ini.

"Hi pak cik, saya rasa dah cukup stabil dan sihat untuk masuk ke pejabat. Boleh tak pak cik temankan Rohan ke pejabat sebentar lagi?"Rohan menelefon Aryan.

"Boleh Rohan tapi awak gerak dulu ya ke pejabat nanti pak cik sampai." balas Aryan dengan memutuskan talian dan pergi mencari Rakesh untuk menyampaikan berita tentang yang Rohan sudah bersedia untuk masuk kerja semula.

"Tapi ayah! Habislah semua nanti." jerit Rakesh dengan wajah yang tegang.

"Sssshhh! Jangan jerit kalau Shoba dengar lagi parah. Calm down Rakesh ayah akan uruskan pasal Rohan nanti." Aryan dengan cepat keluar untuk memandu kereta. Rakesh berasa takut dan hubungi Naina.

"Yes Rakesh, ada apa ini call I awal macam ini?" tanya Naina sambil mengemaskan fail yang berselerak di atas mejanya.

"Dengar Naina, I nak you uruskan Rohan sebab kejap lagi dia akan masuk office. I tak nak anything bad to be happen later. If happen you finish." gertak Rakesh.

"Jangan risau Rakesh. I ini orang upahan ayah you. I tahu macam mana nak uruskan semua ini." Naina dengan serta merta putuskan taliannya dengan rasa geram kerana dirinya digertak oleh Rakesh. Bagi Naina Rakesh itu merupakan orang yang tidak berguna dan hidup melalui duit ayahnya. Rakesh menganggur sejak ayah Yash meninggal dunia dan disebabkan kelayakan pengajiannya yang tidak beberapa tinggi Rakesh susah untuk dapat kerja.

Bab berikutnya