webnovel

Bab 28

'Aku senang hati bila nampak kau senyum semula, Zahra.' Detik hati Qhalif sambil masih mengumam perasaan sendiri.

Setelah beberapa jam menunggu diruangan pantry itu tapi kelibat Fatin dan lain masih tak kelihatan, Qhalif menyarankan aku untuk berehat dibiliknya memandangkan Fatin menyimpan kunci bilik kami.

"Biarkan pintu terbuka, Qhal…jangan memandai kau nak tutup pula."

"Iya…aku tahulah…yang kau nak cuak sangat ni, dah kenapa? Kau tak percaya aku? Kau ingat aku nak buat apa pada kau?"

"Tak adalah macam tu… Cuma, aku tak naklah nanti ada orang fikir yang bukan-bukan kalau tahu kita berdua saja dalam bilik ni…aku nak cuba elak fitnah, okay? Lagipun, kau nakkah nanti kahwin free dengan aku?"

"Eh? Kahwin free? Mestilah nak! Siapa tak nak kahwin, kot?"

"Qhalif!"

"Apa? Kau tanya, aku jawablah…"

"Main-main pula si tiang ni…dah, bila makanan nak sampai? Aku dah lapar ni…nanti aku telan kau, baru tahu!" aku menjelingnya buat sekelian kali selari menahan sebaris senyuman dari terbit di bibirku.

"Uish… lapar betul tu. Heheh…" sekali lagi dia tersengih padaku; membuatkan aku makin bengang.

"Qhalif!" aku memanggil namanya dengan perasaan penuh tak puas hati walaupun pada hakikatnya jauh disudut hatiku; aku berasa lega kerana dapat bergurau dengannya lagi seperti selalu.

"Ya…aku pesan tadi dalam 30minit lepas…jadi, kejap lagi sampailah tu…"

"Hm… yalah…" lantas aku mula bangn dari situ menuju ke ruangan yang menempatkan cawan dan peti sejuk kecil sebelum Qhalif kembali merapati aku secara tiba-tiba.

"Eh? Kau nak buat apa tu?" tanganku ditarik dari memegang cabinet bahagian atas.

"Nak buat tempat hidanglah…takkan kita makan nak telan air liur saja, kot?"

"Tak apa, kau duduk saja…. Biar aku yang buat. Lagipun, ni bilik aku… kau dah kira tetamu dalam bilik ni." Katanya selamba selari menolak aku kembali ke arah katil untuk duduk kembali.

"Ni, sejak bila kau mengada-ngada sangat ni?" dari tempat dudukku itu aku mula bersuara dengan sedikit lantang.

"Alah, sekali-sekala nak bermanja dengan kau pun tak boleh? Bukannya selalu dapat lepak berdua dengan kau." Dia kembali menghampiriku sambil meletakkan beberapa biji cawan dan air bergas yang diambilnya dari peti sejuk kecil tadi di atas meja sisi katil sebelum menga

"Hm… suka hati kaulah…" aku sudah makin malas hendak melayannya lantas hanya akur selari melepaskan keluhan yang terasa berat.

"Pfft… aku ingat kau nak bergaduh lagi dengan aku." Qhalif mengangkat keningnya sambil mengalihkan pandangan ke arah katil.

"Malaslah… " jawapan singkatnya didengar perlahan.

"…."

'Apa agaknya yang membuatkan dia takut sangat sampai macam tu sekali? Aku patut tanyakan pada dua ekor tu.. aku pasti diorang tahu…' dengan tak semena-mena hatinya berkata-kata selari tangan masih ligat menyusun cawan diatas dulang.

"Qhalif?"

"Hmm?"

"Masa kau datang pada aku di kereta tu, kau pasti kau tak nampak apa-apa?"

"?!?!" terhenti tangannya itu; bagai terkedu mendengar soalan Zahra tadi.

"Qhalif, kau dengar tak?"

"Ya, aku dengar."

"So?"

"Aku…?!?!"

"Assalamualaikum…" dia terdiam apabila kedengaran orang memebri salam dari arah pintu yang sengaja dibiarkan ternganga luas tadi.

"Waalaikumussalam… aku rasa makanan dah sampai ni.. aku pergi tengok kejap."

'Nasib baik…tak payah aku nak jawab soalan dia tu..' Qhalif menghela nafas lega sambil menyusun langkah ke pintu depan.

"Yalah…"

"Terima kasih… Zahra, makanan dah sampai…jom, makan?"

"…." Tiada respon diterimanya tatkala dia sibuk menghidu beg plastic berisi makanan segera itu menghampiri ruangan dalam bilik.

"Kata tadi, lapar… Zahra?..?!?!" matanya terbeliak apabila terlihat Zahra telah terbaring tak sedarkan diri diatas katil dengan Siung dan Tiung berada disisinya.

"Qhalif." Lelaki itu menyapa Qhalif dengan sebaris senyuman penuh yakin.

"Apa korang buat disini? Zahra! Kenapa dengan dia? Korang buat apa pada dia?" dengan reaksi cemas, lelaki itu segera menghampiri Zahra setelah meletakkan plastic tadi di atas meja berdekatan itu dan memangkunya.

"Jangan kau khuatir, manusia…kami takkan apa-apakan Zahra… dia hanya pengsan saja." Tenang nada yang dilontarkan Tiung itu.

"Qhalif…aku dapat kesan yang kamu mahu penjelasan lagi dari kami?"

"?!?!" dari menjawab, Qhalif hanya terdiam dengan reaksi terkejut sambil masih memangku Zahra di ribanya.

'Dia…tahu? Ianya hanyalah lintasan hati saja…'

"Mengapa pucat sungguh riak wajahmu? Aku pasti yang sepatutnya kau sudah dapat teka kemampuan kami yang ternyata berlainan dengan kau."

'Betul juga…diorang bukan manusia…apalah na dihairankan sangat.' Sekali lagi dia bermain dengan kata hatinya.

"Itu…itu bukan masalahnya. Sekarang, apa yang kau buat disini? Tak bolehkah kau berjumpa nanti? Ni kalau Zahra nampak, macam mana?" cuba mengekalkan nada tenang, Qhalif mengangkat kepalanyanya lagi.

"Jangan risau… Tuanku tahu apa yang dilakukannya."

"…" sekali lagi Qhalif terdiam mendengarkan nada yakin Tiung pula.

"Aku tak mahu membuang masamu lagi, Qhalif… jadi biar aku terangkan apa tujuanku ke mari… aku mahu kau terus berada disisi puteriku ini selagi mana kau mampu. Aku berikan sepenuh kepercayaanku padamu."

"Apa…maksud kau? Kau cakap macam kau nak pergi jauh… bukan kau memang selalu ada dengan kami? Sebab itulah kau boleh tahu apa yang terjadi pada Zahra selama ni, kan?"

"…"

"Tiung? Kenapa dia diam?" tak menerima respon dari lelaki itu, Qhalif mengalihkan pandangannya ke arah Tiung pula.

"Selagi lelaki itu ada dekat dengan Zahra, aku dan Tuanku takkan dapat dekat dengan Zahra."

"…lelaki…maksud kau, Mikael?...tapi kenapa? Dari awal lagi kau dah minta supaya aku jauhkan Mikael tu dari Zahra…tapi, kau tak pernah beritahu aku sebabnya."

"…" dari menjawab, lelaki itu mula berpalin darinya menuju ke arah tingkap balkoni bilik yang berada disitu tanpa sebarang reaksi.

"Tuanku?" Tampak pembantunya juga agak janggal dengan kelakuan Siung lelaki itu.

"Aku rasa kami patut pergi dari sini…sekejap lagi mereka akan sampai."

"Hah? Kau nak pergi? …tapi kau tak jawab soalan aku lagi! Tunggu!"

"Qhalif."

"?!?!" nada agak kerasa dari Tiung membantutkan niatnya untuk bersuara lagi.

"Tolonglah... aku janji, nanti aku sendiri akan pastikan Tuanku berterus terang dengan kau."

"…."

"Kali ni saja, benarkan kami pergi dulu buat masa ni." Bagai cuba memujuk Qhalif, sekali lagi dia bersuara.

"Baiklah… aku akan tuntut janji kau nanti." Setelah agak lama mendiamkan diri sambil memerhatikan reaksi lelaki tadi, dia akhirnya setuju.

"Terima kasih."

Bab berikutnya