webnovel

Bab 25

"…"

'Apa kena dengan aku ni? Tak pernah-pernah aku jadi selembik macam ni…selama ni, tak pernah pula aku kerap sangat tumbang… ini kan pula, pitam… jatuh sakit pun jarang dan boleh dikatakan tak pernah…tapi, kenapa sekarang…'

"Zahra?" Suara garau yang datang dari sisiku menarik perhatianku kepada Qhalif yang sesekali menjelingku dengan reaksi bimbang diwajahnya.

"Hah?"

"Kau okay? Aku nampak kau macam termenung jauh sangat tu… apa yang kau fikirkan?"

"Oh…tak…aku cuma pelik…"spontan jawapanku selari mula menundukkan pandangan darinya semula.

"Pe..lik? Pasal apa pula?" dahinya kembali berkerut mendengar ayat yag sengaja ku biarkan tergantung tadi.

"Kau tak perasan? Selama ni aku boleh dikatakan tak pernah jatuh sakit, tahu? …tapi, sejak dua menjak ni…kenapa aku macam lemah sangat? Aku macam terlalu fragile dan lembik? Malah si Fatin tu pun nampak lagi kuat dari aku sekarang ni, tahu?" aku mulai bersuara dengan nada sedikit lantang selari mengalihkan tumpuan kepada Qhalif semula dengan perasaan tak puas hati; ternyata aku terganggu dengan keadaan kesihatanku yang aku sendiri tak faham..

"Mungkin cuaca? Atau sebab kau kurang makan? Atau…faktor usia? Kita ni semakin tua, semakin lemah, tahu? Mungkin hormone kau ke…siapa tahu, kan?" jawabnya dengan nada spontan; tumpuannya kembali dialihkan ke arah hadapan kerana dia masih memandu.

"Ada logic juga apa yang kau cakapkan tu…tapi…" aku tak menafikan bulat-bulat apa yang diperkatakan rakanku ini…tapi, aku tetap tak dapat sangkal ada perkara lain yang mungkin menjadi penyebab utama aku berada dalam keadaan sebegini.

"Eh, dah lah…jangan kau fikirkan sangat pasal hal tu…lagi kau fikir, lagi sakit kepala kau nanti; tahu? Kau chill dan tenangkan fikiran saja buat masa ni; rehat betul-betul…nanti bila kau dah sihat, kita sama-sama fikirkan; okay?" saat kereta diberhentikan di lampu isyarat yang bertukar merah, Qhalif mengalihkan perhatiannya kepadaku dengan reaksi prihatin; ternyata dia juga ambil berat perihal aku ketika ini.

"Iyalah…aku cuba…"

"Sabar, Zahra… insyallah, semuanya akan baik…kau bertenang buat masa sekarang ni… aku janji, kita akan bincang pasal benda ni lagi lepas kau sihat nanti." Bagai tak puas hati mendengar jawapan pendekku tadi, Qhalif sekali lagi bersuara dengan nada perlahan; bagai ingin menjaga hatiku.

"…" aku hanya terdiam sambil mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap sisiku semula; keluhan yang terasa berat ku lepaskan.

"…"

'Aku tak berani nak cakap lagi…tapi, entah kenapa; naluri aku kuat mengatakan yang semua ni ada kaitan dengan kedua lelaki yang datang berjumpa dengan aku tu…juga 'makhluk' yang aku nampak tadi.' Mengumam perasaan sendiri, Qhalif bermonolog dalam hati selari menumpukan kembali perhatiannya kepada arah depan.

Beberapa minit kemudian; kereta yang dipandu Qhalif memasuki ruangan parkir chalet penginapan mereka sebelum berhenti disalah satu kotak meletak kenderaan berdekatan dengan bangunan utama.

"Zahra…kita dah…!?!"

"…" ayatnya terhenti apabila pandangan Qhalif teralih pada Zahra yang kelihatan telah terlena bersebelahannya.

"…dia dah tertidur?"

"…" secara spontan, lelaki itu mencapai jaket berhudnya ditempat duduk belakang sebelum menyelimuti tubuh Zahra.

"Kau memang boleh lena dimana-mana saja, kan?" perlahan nada yang keluar dari mulut lelaki itu; seakan berbisik, tak ingin dia mengganggu lena gadis itu.

'Nampaknya aku kena tunggu sampai dia bangun ni…tak sampai hati pula nak kejutkan tuan puteri ni tengah beradu.' Sekali lagi dia melepaskan keluhan kecil sebelum dia sendiri bersandar di kerusi pemandunya; posisinya sengaja diiringkan untuk menatap wajah lena Zahra tadi.

"…"

'Kalaulah kau tahu, Amira Zahra…betapa bernilainya kau dimata aku, mesti kau takkan dekat dengan aku lagi.' Sebaris senyuman kelat terbit dibibir selari mata lelaki itu melekap pada gadis yang masih kelihatan terlentok dikerusi bersebelahan dengannya.

"Tok! Tok! Tok!"

"?!?!" bunyi ketukkan di tingkap sebelah sisinya mengejutkan lelaki itu yang ingin terlena.

'Siapa pula tu? Takkanlah jabatan agama?' Qhalif yang masih berasa agak mamai menggesek-gesekkan matanya selari mula mencapai pemegang pintu kereta dan keluar dari situ tanpa berfikir panjang.

"Er…ya?...Eh?" dia terkejut apabila yang berdiri dihadapannya adalah dua orang lelaki yang paling dia ingin berjumpa ketika itu.

"Saudara Qhalif?" sebaris senyuman sinis dilayangkan pada Qhalif yang kelihatannya masih keliru dengan kemunculan mereka dihadapannya itu.

"Raja…Siung.?"

"Kau buat apa disini? Macam mana kau tahu mana nak cari aku?"

"Manusia, mengapa biadap sungguh Bahasa kamu dengan baginda?" lantas pembantunya bersuara pula dengan nada tak puas hati.

"Tiung."

"…tapi, tuanku…"

"Tiung, sudah!" tegah Siung dengan nada agak tegas membuatkan Tiung hanya tunduk dan akur; tak berani dia ingin membantah arahan tuannya itu.

"Maaf, tuanku…"

"Saudara Qhalif, macam yang kau tahu sebelum ini; kami bukanlah manusia biasa seperti kau, jadi tak perlu kau hairankan sangat tentang bagaimana atau dari mana kami tahu dan cara kami datang menemui kau lagi selepas ini."

"…." Qhalif hanya mendiamkan diri mendengar jawapan dari lelaki yang kelihatan makin tak asing baginya itu.

"Jadi, aku tahu kau ada banyak persoalan untuk aku; bukan? Kau boleh tanya aku apa saja yang kau suka…aku sedia membantu, kalau aku mampu."

"…" sekali lagi dia mendiamkan diri sambil kelihatan makin tak keruan; lantas pandangannya teralih pada kelibat Zahra yang masih terlena didalam kereta tadi.

"Aku nak tahu semuanya pasal apa yang kau cakapkan tu… pasal keturunan kau, apa kaitan kau dengan Zahra dan kenapa kau masih ada disini untuk Zahra… juga, pasal Mikael…kenapa kau mati-mati nak suruh aku jauhkan Zahra dari lelaki tu…aku nak kau beritahu aku semuanya, kalau kau nak aku tolong kau lindungi Amira Zahra." Tegas nada yang dilontarkan Qhalif waktu itu; ternyata dia makin hilang sabar dengan 'drama' yang dimainkan kedua lelaki itu.

"Qhalif, bukankah sebelum aku pernah katakan, yang aku tak boleh berbuat demikian… aku perlukan masa untuk beritahu kau semua kebenarannya nanti; tapi, itu bukan sekarang."

"Pftt…bukankah tadi kau yang cakap yang kau akan jawab semua soalan aku? Kenapa sekarang kau tukar fikiran? Kau memang tak ada pendirian, kan?"

"Qhalif!"

"Tiung." Siung menggelengkan kepalanya sebagai isyarat untuk pembantunya bertenang kembali; lantas lelaki itu tertunduk sambil berdiam kembali.

"…"

"Memang aku cakap yang aku akan jawab semua soalan kau…tapi, aku juga cakap yang aku akan jawab kalau mampu…aku tak mampu nak jelaskan semuanya dan biarkan kau dan Zahra terima akibatnya nanti."

"Akibat apa? Takkanlah sebab kau ceritakan hal sebenar dengan aku; sesuatu akan berlaku pada aku Zahra?"

"…."

"…tapi, kenapa?"

"Dalam dunia ni, bukan manusia saja yang ada Qhalif…dan bukan hanya aku dan Tiung saja yang wujud dari dunia lain…"

"Maksud kau…"

"Mungkin hijab kau terbuka untuk aku dan Tiung… tapi, kau tak nampak yang lain, Qhalif. Itu tak bermakna yang mereka tak wujud." Perlahan nada yang keluar dari mulut lelaki itu.

"?!?!" dengan serta-merta, reaksi diwajah lelaki ini berubah menjadi pucat.

"Kau faham, sekarang? Kenapa Tuanku berkeras dengan keputusannya sebelum ni?"

"Jadi…yang aku nampak…itu; bukan kerja kau?"

"…" perlahan-lahan lelaki pertengahan umur itu menggelengkan kepalanya sambil pandangannya masih pada Qhalif yang kelihatan makin keliru.

Bab berikutnya