"Datuk percayakah, anak itu anak William?" Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam ruangan ruang tamu rumah; langkahku terhenti dengan suara Fiona dari dalam. Aku mematikan langkah lantas berdiri disebalik pintu utama itu tanpa suara.
"Kenapa pula Fiona cakap macam tu? Kalau bukan anak William, siapa lagi? Sepupu kamu tu bukannya ada ramai kenalan lelaki pun…"
"Datuk tak pelikkah? Sebab, setahu Fiona… Eliza tu lebih tampak rapat dengan Thomas dari William; tapi kenapa dia jalinan hubungan dengan William pula?"
"Sejujurnya, datuk lebih suka kalau ianya Thomas kerana datuk lebih kenal akan peribadinya dari William dan datuk percaya Thomas boleh menjaga cucu datuk tu. Tapi, kalau William adalah pilihan Eliza, datuk akan ikutkan saja." Aku makin sayu mendengar pengakuan datuk yang ternyata memberikan impak pada perasaanku ketika itu.
'Sayang dengar tu? Moyang kamu percayakan papa… Kalaulah mama beritahu tentang kamu kepada papa lebih awal…' aku mengusap perutku selari menutup mataku rapat; cecair hangat mengalir ke pipi.
"Tapi…" Sekali lagi suara datuk kedengaran; kali ini lebih perlahan dari tadi.
"I'm actually glad that it's not Thomas…"
'Hah?!?!' Aku agak terkejut dengan pernyataan datuk ketika itu; agak bertentangan dengan kata-katanya tadi.
"Maksud datuk?"
"… sebab kalau ianya Thomas, datuk pasti Eliza akan kecewa dan mungkin tak kuat untuk hadapi keadaan sekarang…" Aku menakup mulutku menahan emosiku yang makin tak terkawal selari berlalu dari situ menuju ke ruangan taman tadi; ku capai kerusi taman untuk menenangkan diri.
Semenjak pertemuan William dan datuk tempoh hari, layanan datuk kepadaku kian kembali normal; ternyata dia hanya khuatirkan perihal aku selama ini.
"Hah, kenapa makan sikit sangat tu? Orang yang didalam tu pun perlukan tenaga juga.." usik Mak Piah selari menjeling ke arah pingganku yang ku cedukkan nasi goreng; lebih sedikit dari biasa.
"Cukuplah ni, Mak Piah… Eliz tak ada seleralah semenjak dua tiga hari ini." Aku melayangkan senyuman hambar kepadanya selari kembali menatap pingganku; memang sejak kandunganku memasuki usia 6 bulan ini, aku semakin kurang berselera dari selalu.
"Tak ada selera? Kamu mengidamkah? Kalau kamu mengidam nak makan apa-apa; beritahu datuk, Mak piah, Joe ataupun William.. nanti kami akan carikan."
"William? Kenapa tiba-tiba kena beritahu dia pula?"
"William kan bapa anak kau tu… mestilah dia yang kena ambil tahu sekali. Takkan senang-lenang saja kerjanya?" Suara Fiona yang datang dari arah belakangku mengejutkan aku buat seketika; hampir hilang selera makanku dengan suaranya.
'… lebih baik kau buangkan saja anak tu…' kata-katanya tempoh hari masih berbekas difikiranku bagai pita rakaman yang berulang tatkala dia terlihat duduk berhadapan denganku di meja makan yang sama.
"…"
"Memang betul apa yang Fiona cakapkan tu.. tapi, mungkin William takkan ada masa untuk semua tu buat masa sekarang ni sebab dia tengah buat persiapan untuk pernikahan nya dengan Eliza tak lama lagi."
"Kami bercadang untuk mendaftar perkahwinan saja, datuk…"
"Kamu bergurau, Eliza?"
"Ini permintaan Eliza sendiri; lagipun, Eliza tak suka mengheboh-hebohkan perkara ini."
"Weddings are suppose to be like that, Eliza! Lagipun, kamu tu satu-satunya cucu datuk… mestilah perkahwinan kamu datuk nak buatkan secara besar-besaran."
"…" Aku hanya membisu sambil pandanganku tundukkan; tak sampai hati untukku mengecewakan hasrat datuk lagi selepas apa yang berlaku sebelum ini.
"Itu juga hasrat saya, datuk…" Suara yang datang dari arah ruangtamu mengejutkan aku seketika.
"Wil…liam?" tekaan ku benar apabila yang muncul diahadapan kami ketika itu adalah William.
"William; bila kamu sampai? Mari sarapa sekali; Mak Piah, hidangkan sarapan buat tetamu kita."
"Selamat pagi datuk… terima kasih; saya baru saja sampai dari rumah. Saya ingatkan nak bawa Eliza keluar hari ini; katanya dia tak ada selera makan, mungkin saya boleh carikan sesuatu yang boleh naikkan selera makannya." Lagak tenangnya semalam kembali sambil dia mengambil tempat disebelah datuk.
"Macam tahu-tahu saja Encik William ni; Cik Eliza memang tak ada selera untuk sarapan pagi ini… elok sangatlah Encik William dah sampai ni; boleh ajak cik Eliza keluar."
"Mak Piah!" Aku memberi wanita 40an itu satu jelingan selari melarikan pandanganku dari lelaki yang masih memerhatikanku dari tadi.
"Tak apalah… biarlah William bawa kamu pergi makan… nanti kalau kamu tak makan; kasihan bayi dalam kandungan kamu tu…" Saran datuk pula selari melayangkan sebaris senyuman kepadaku; aku akur dengan permintaannya selari bersiap untuk keluar.
"William, datuk harap kita boleh berbincang lagi perihal perkahwinan kamu nanti."
"Saya akan datang untuk berjumpa dengan datuk pada petang esok." Langkahku terhenti apabila terdengar perbualandatuk dan William semasa menaiki tangga ke bilik tadi.
Seperti yang dirancang tadi, aku keluar bersama William untuk bersarapan diluar; sepanjang perjalanan kami, senyap tanpa kata.
"William…" Aku yang dari tadi ingin berbicara mula membuka mulut.
"Ya?" matanya masih menumpukan perhatian kepeda pemanduannya.
"Aku nak minta maaf pada kau…" Akhirnya dia mengalihkan pandangan kepadaku buat seketika sebelum kembali mengalihkan pandangan ke hadapan kembali.
"Why so sudden?"
"Aku rasa bersalah sebab kau terpaksa tanggung semua ni semata-mata demi aku dan anak aku." Lelaki itu diam buat seketika sebelum mula berbicara semula
"Be honest with me." Nadanya lebih serious dari tadi.
"Hah?"
"Kalau awak betul-betul rasa bersalah dengan saya, I want you to be honest with me… tell me, who's the father to the kid?"
'Adam…' soalan spontan William membuatku tersentak secara tiba-tiba; wajah Adam kembali terbayang dalam fikiranku tika itu. Dengan tanpa aku sedari, pandanganku mulai berkaca sebelum air mataku berjujuran jatuh ke pipi.
"…"
"Eliza? Kenapa ni?" walaupun pandanganku ketika itu telah menjadi kabur dek airmata, aku dapat rasakan dia sedang panik dari suaranya.
"Ma…maaf… aku tak dapat kawal…" beberapa kali aku cuba untuk mengelap dan memberhentikan air mataku ketika itu; tapi gagal. Entah kenapa hatiku berasa terlalu sedih
"Tak apalah kalau awak tak bersedia lagi untuk beritahu pasal hal ni pada saya… saya tak nak paksa awak…"
"Maaf… aku betul-betul tak sengaja…"
"It's alright; I understand. I'm sorry for asking you so sudden."
"Thank you… really… thank you…" sekali lagi air mataku jatuh membasahi pipku tanpa henti. Terasa sakit dan hiba hatiku apabila teringat akan mimpi dan impian yang aku bina dengan harapan untuk melalui hidup bersama Adam dan anak kami takkan menjadi kenyataan kini hanya tinggal mimpi.
'Maafkan aku William… aku terlalu rindukan Adam.' Setelah gagal dalam percubaan aku untuk menghentikan tangisan tadi, aku akhirnya putus asa dan mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap sebelah sisiku; cuba untuk menyembunyikan wajahku sebaiknya dari lelaki yang duduk disebelahku ini.
Malam itu;
"You didn't tell me everything, do you?" suara William bergema dalam bilik karaoke itu tatkala dia berhadapan dengan wanita 20an itu dengan keadaan berang.