cempaka mula membelek satu persatu gambar yang dihulur oleh jefri. mencari kelainan dari setiap gambar-gambar itu. mungkin ada klu yang tersembunyi. namun tiada satu pun yang dirasakannya curiga.
" lady boss tahu tak hubungan dezrin dengan keluarga arwah al hafiz?" tanya jefri setelah sekian lama berdiam diri.
cempaka diam memikir. mengaitkan perkenalannya dengan dezrin,dengan nadia dan al fateh.
" entahlah jef.. tak pasti apa hubungan mereka.. tetapi nadia dan dezrin ni lah yang memperkenalkan saya dengan al fateh.. selebihnya saya tak pasti pula.. mungkin mereka just business partner.. ataupun dezrin dengan arwah hafiz ni dulu rakan baik.. wallahualam.. " kalau diingat-ingatkan cempaka, nadia suka memperkenalkan lelaki-lelaki kepadanya. namun satu pun belum pernah menarik minatnya. begitu juga al fateh. nadia pun tidak pernah bercerita lebih-lebih tentang al fateh. rasabya mungkin hubungan mereka tidak lebih tidak kurang cuma rakan niaga sahaja.
" lady boss cuba-cubalah selidik sedikit dekat bff lady boss tu berkenaan gambar-gambar ni.. mana tahu cik nadia tahu sesuatu.. " jefri membaling umpannya.
" boleh je... " cempaka okey sahaja. tidak susah nak buat nadia bercerita kepadanya. nadia kan ratu gosip. kutlah nadia tahu sesuatu yang dia tidak tahu. .
" lady boss ambillah gambar ni.. saya ada lagi salinan.. " jefri dengan wajah ceria bangkit memasukkan segala gambar yang berterabur diatas meja ke dalam sampul. dia menyerah penuh hormat kepada cempaka.
" tengoklah.. tapi saya tak boleh janji cepat taw.." cempaka taknak berjanji boleh selesaikan awal. bukan senang dia nak tangkap si peragawati terkenal itu. malah aktiviti dia pun sudah penuh.
" take your time.."
dayana yang sedari tadi memilih diam memandang wajah jefri penuh curiga apabila cempaka menghilangkan diri ke dalam bilik.
" jangan risau.. tengku takkan marah.." jefri dengan wajah serius memandang mata dayana.
" memanglah tengku takkan marah.. tapi.. puan tak tahu apa-apa.." bantah dayana. dia sudah tahu perancangan jefri. mengenali jefri,dia boleh membaca kepala otak lelaki itu.
" kau selesaikan semua tugas engkau dengan baik.. itu yang penting.." marah jefri bangkit terus berlalu. berani-berani dayana membantah tindakannya.
dayana mengeluh. dia hanya bawahan sahaja. tiada hak untuk bersuara. maka akur sahajalah.
cempaka membelek-belek setiap gambar yang mengandungi gambar dirinya. tidak tahu pula yang sebenarnya dia mengenali arwah dayana ni. macam rumit pula. macam berkait-kait pun ada. siapa yang bersalah sebenarnya? hanya tuhan sahaja yang ada jawapannya. cempaka memasukkan sampul berisi gambar itu ke dalam laci disisi katil. kepalanya berdenyut-denyut pula. kurang tidur barangkali akibat dari kegiatan ikran malam kemarin.
cempaka mengeluarkan telefon bimbitnya. ingin menghubungi ikran. telefon dilekap ke telinga sambil badan dihempas atas katil. santai. lama juga menanti, baru cempaka ingin menamatkan panggilan,ikran menjawap.
" hmmm...." seperti biasalah ikran. tiada nada kemesraan langsung. nak dengar suara mesra,romantis dan puji-pujian manja dia,tunggu tang berdua atas katil. masetu segala bisikan romantis habis keluar dari mulutnya. segala jenis nada kemesraan dan keromantika semua keluarlah.
" terima kasih..." bisik cempaka lembut menusuk telinga ikran.
" jangan hilang lagi dan jangan keluar sendirian lepasni.." sambil mata meneliti dokumen sempat ikran membebel sedikit.
" maaf.. lepas ni saya janji takkan susahkan abg lagi.." cempaka menukar nada suaranya sedih. nada orang bersalah.
" hurmm.."
" okeylah.. taknak kacau abang.." menyedari sikap acuh tak acuh ikran,cempaka mengundur diri. cakap banyak-banyak kalau dibalas hurm.. hurm.. memang buat sakit hati sahaja.
" ye lah.." gitu. memang ikran kejam. tidak sensitif dengan perasaan cempaka.
" bye.. " tut... talian mati.. tidak habis lagi cempaka nak cakap. sedih sungguh kehidupan seorang isteri tengku ikran.
ikran tanpa perasaan dan rasa bersalah mahupun terkilan kembali meneliti dokumennya. seperti biasalah,hati ikran memang diperbuat daripada batu.
nazim yg berada di hadapan meja diduduki ikran hanya mampu menggumam dalam hati mengenangkan nasib cik puan-nya. malang mendapat suami seperti ikran. walaupun dilimpahi kemewahan dunia namun dilayan seperti perempuan simpanan. perempuan simpanan masih lagi dibelai dengan kata-kata manja oleh bapa gulanya. tetapi cempaka..
" kenapa?" tegur ikran. perasan otak nazim jauh berangan. entah apa yang difikirkan.
laju nazim menggeleng. kontrol kembali ke-machoan-nya ditangkap mengelamun.
" ni.. ni.. ni.. suruh mereka buat kembali.. aku tak setuju dengan semua klausa-klausa ni.." ikran menyerahkan dokumen yang ditelitinya kepada nazim. tubuh disandar pada kerusi. perutnya mula berbunyi tanda lapar.
" boss lapar??" tanya nazim.
ikran tidak memberi respon. matanya pejam.
" saya keluar dululah.." nazim meminta diri.