sepanjang perjalanan kembali ke villa,cempaka hanya diam membatu di dalam kereta. wajahnya kelihatan tidak bermaya. dayana yang memandu perasan akan perubahan sikap cempaka. namun untuk bertanya,bukan gayanya. biarkanlah keadaan lady boss-nya itu reda dahulu. barulah cempaka akan sudi bercerita dengannya.oleh itu dia akan cu a menjadi pendengar yang baik.
cempaka memandang rintik-rintik hujan yang turun mengena cermin kereta. dia tidak tahu jenis perasaan apa sebenarnya kini yang berakar di dalam hatinya. semua terasa serba tidak kena. pada siapakah harus dia bertanya? pada siapakah sepatutnya kepercayaan diberi? kenapa cerita sebesar ini tiada seeorang yang sudi memakluminya. saat hati sudah diserah sepenuhnya kepada ikran mengapa cerita ini harus muncul?kenapa? cempaka melepas keluhan berat. tidak dipedulikan pada dayana yang memandu.
" yana.. majlis petang ni awak tak payah ikutlah..semua yang hadir adalah kawan-kawan saya.." ujar cempaka lemah kedengaran suaranya.
" ermm..saya tunggu dekat luarlah..lagipun jeff ikut petang ni.. dia yang drive.." dayana akur.
cempaka mengangguk. sebenarnya lain yang diharapkan. dia ingin pergi sendiri.
selepas cempaka berlalu,al fateh duduk sendirian di dalam cafe. menikmati sedikit demi sedikit kehancuran hidup ikran. pertama sekali dia akan menghancuran rumah tangga ikran. "rasakan wanita yang kau tatang sepenuh hati bakal meninggalkan kau?" bisik al fateh pada diri sendiri.
tiba-tiba dia ingin ketawa terbahak-bahak.namun ditahan dahulu tawanya kerana kini dia berada di tempat awam. nanti tidak pasal-pasal di cop gila. hahaha...
" syukurrrrr...70% projek kita di sini sudah lancar penggerakannya.." ikwan mengucap syukur saat kaki sudah mencecah masuk ke dalam apartment mewah yang dibeli khas di itali untuk memudahkan urusan mereka.
ikran melonggarkan tali lehernya sambil melangkah ke arah jendela yang bermotifkan ukiran klasik itali. jendela itu dibuka luas. di hadapannya terbentang tasik buatan berwarna kehijauan. ramai warga tua berjalan mengambil angin pagi berpimpinan tangan. ikran melihat jam di menara sebuah gereja. hari ini mereka menyiapkan tugas awal. beza malaysia dan itali 6 jam,sekarang di itali pukul 9.25 maka di malaysia lebih kurang pukul 3 petang. ikran mengeluarkan telefon bimbitnya. nama cempaka dicari. lama taliannya dibiarkan berdering sebelum suara lembut cempaka menyapa telinganya.
" kenapa lambat?" tanya ikran terus.
" tengah bersiap..." jawab cempaka sambil tergesa-gesa menyarung kasutnya.
ikran mengerut dahi. kemana pula isterinya itu hari ini. padat sungguh jadual cempaka.
" ke mana?" tanya ikran lagi.
" owh.. lupa saya nak bagitahu abang.. petang ni ada perjumpaan dengan kawan sekelas saya dulu.." maklum cempaka sekaligus meminta kebenaran.
" pergilah.. jaga diri.." ikran memberi kebenaran.
" ermm.. okey.." cempaka sebenarnya kehilangan bicara. perasaannya tiba-tiba diusik sayu.talian terus dimatikannya.
terkejut ikran cempaka mematikan talian terlebih dahulu. lama dia merenung telefon bimbit di tangan. keningnya yang tebal itu bertaut menjadi satu.
cempaka mengebam bibirnya. menahan diri dari mengalirkan air mata. semenjak dua menjak ini dia mudah menjadi sensitiv. teringat perbualannya bersama ikran sebentar tadi. suaminya seperti acuh tidak acuh sahaja memberinya kebenaran. patutlah agaknya selama ini layanan ikran padanya seperti tidak ikhlas. rupanya hati lelaki iti sudah dimiliki wanita lain. dia sahaja yang tidak tahu malu tersua-sua jatuh cinta. sedangkan ikran sudah mengunci hatinya untuk mana-mana wanita. malu rasanya menjadi seorang cempaka. cempaka menggenggam kejap tali clutchnya. daripada kata-kata al fateh, cempaka sudah dapat mengagak betapa luhurnya cinta ikran kepada nirina hingga sanggup merampas dan membuatkan wanita itu hamil anaknya untuk memisahkan nirina dan al hafiz. kejam sungguh ikran.
" jeff....." panggil cempaka kepada jefri yang memandu.
" hmm.." jefri mengintai cermin pandang belakang. ingin melihat riak wajah cempaka.
" siapa nirina?" tanya cempaka perlahan nadanya. sedih barangkali.
jefri sudah mengangak cempaka akan bertanya kepadanya tentang nirina selepas dayana memaklumkan akan pertemuan cempaka dan al fateh.
" anak angkat mak engku.." sebaris dan mendatar jefri menjawap.
" bukan bakal menantu.." serkap cempaka. dia muak dibohongi.
jefri senyum. al fateh sudah berjaya meracun pemikiran cempaka fikirnya.
" kalau lady boss nak tahu kebenaran..kena tunggu tengku balik.. benda ni semua hanya tengku sahaja yang tahu. saya tak berani nak cerita takut nanti jatuh fitnah.. kebenaran semua ada pada tengku"jefri membalas tenang. dia meneutralkan pemikiran cempaka.
" kebenaran? kalau yang sampaikan tu adalah keluarga mangsa?" cempaka mencuba mendesak jefri membuka mulut.
" beginilah.. saya bukan nak back up tengku tetapi tengku tidak bersalah. sekarang lady boss pegang satu sahaja. tengku tidak bersalah" jefri menekankan suaranya.
cempaka mengeluh lemah. pastilah jefri patuh pada tuannya. tidak guna dia mendesak. suasana berubah sepi. cempakasudah tidak tahu. cerita siapa yang patut dia percaya dan dengari. semuanya seperti benang yang berselirat dan berbelit-belit. sukar untuk dirungkai.