webnovel

prihatin walau beku.

kompang dipalu...

pengantin baru....

duduk bersanding..

tersipu malu..

bagaikan pinang dibelah dua. kedua mempelai sama cantik sama padan. sesiapa yang hadir pasti memuji dan kagum melihat pasangan itu.

majlis berjalan dengan tenang dan lancar. cempaka merasakan kebas wajahnya tersenyum daripada majlis mula sehinggalah kini. pasangan pengantin itu bersalaman dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir. tetap tersenyum mesra walau penat dan rimas. waktu menginjak ke petang barulah,tetamu beransur pulang. kaki cempaka terasa seperti dicucuk. lenguh. kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki terasa ingin dicabut sahaja.

" kenapa?" tanya ikran yang perasan cempaka seperti sudah tidak selesa.

" sakit kaki.. lenguh.." adu cempaka.

ikran memandang ke arah kaki cempaka.

" i ambil kerusi sekejap." ikran menarik satu kerusi di hadapan tempat mereka berdiri. memberi isyarat agar cempaka duduk.

" bak sini i tengok kaki.." pinta ikran duduk melulut di depan kaki cempaka.

" bengkak... takde kasut tumit lagi tinggi ke?" sarkastik betul pertanyaan si ikran ni. macam tak ikhlas nak membantu.

" bukan i yang pilih kasut ni.." cempaka membela diri. memang bukan dia yang pilih pun. dah orang suruh pakai. dia pakai je la. kahwin sekali je kot.

" ermm pergilah naik atas.. rehat kaki tu.." arah ikran.

" takpe ke.. tetamu masih ada lagi ni.." risau pula cempaka. maklumlah nanti orang akan mengata. apa jenis pengantin majlis belum habis sudah hilang. walau kalau ikutkan hati terasa dari tadi lagi dah nak masuk bilik tidur. tinggu majlis malam ni pula.

" takpe.. i ada.. nanti pandailah i jawab."

" ye lah.. kalau macamtu i naik dulu.." kalau ikran dah jamin,cempaka taknak banyak tanya lagi. baik dia cepat-cepat naik. sempatlah tidur sekejap. rehatkan diri.

ikran memerhati belakang cempaka yang berjalan masuk ke dalam rumah. dia mengeluh. walau akad sudah dilafaz,rasa was-was masih menggunung di hati. dapatkah dia menjadi suami yang baik? jawapannya tidak. dia masih di awal kerjayanya, membina empayarnya. sebolehnya dia tidak mahu ada gangguan . harap cempaka dapat memahami.

pintu bilik pengantin perempuan perlahan dibuka ikran. taknak mengganggu orang di dalamnya. kelibat cempaka sedang berbaring menyapa matanya. nyenyak tidurnya. perlahan ikran menapak masuk. pintu ditutup. langkah diatur ke meja solek. figura dirinya dicermin dijeling sekilas.satu persatu pakaian yang membalut tubuh ditanggal. perhiasan2 juga ditanggal perlahan. sekarang tubuhnya cuma dibaluti seluar baju melayunya sahaja.

" u... ohhhh u.." ikran mengejutkan cempaka sambil menggoyang bahunya yang sedang tidur.

perlahan-lahan cempaka membuka matanya. matanya hanya mampu terbuka separuh.

" ada tak seluar pendek dan tuala i yang i suruh pembantu i bawa tadi?" tanya ikran.

cempaka yang masih mamai ayam menunjuk tangannya ke satu arah. kelihatan di situ ada beg kecil warna hitam. ikran tanpa banyak kata mengambil beg itu menyelongkar isinya dan lantas menghilang ke dalam bilik mandi. cempaka menyambung tidurnya.

Bab berikutnya