webnovel

Waktu untuk berehat

Terkebil-kebil mata Arman memandang siling bilik tidurnya, dicuba lagi memejamkan mata untuk tidur namun gagal mungkin kerana kepalanya asyik mengulang tayang akan sinetron gelak sinis dan gelengan kepala tanda tidak percaya Lyn atau mungkin juga di sebabkan kerana jet leg,Arman sendiri tidak pasti.Tapi oleh kerana badannya tidak mendapat rehat yang mencukupi,fikiran Arman mula berimaginasi akan pelbagai pekara, hatinya mula mengambil alih akal dan tanpa sedar tangannya mula di kepal dan di tumbuk-tumbuk tanda tidak puas hati dan sakit hati. Dia melayan fikirannya sehingga akhirnya dirinya terlena sendiri.

Hari ini Lyn diberikan cuti untuk berehat setelah hampir seminggu kerja luar, badannya mula terasa agak sengal ,matanya memberat tapi di gagahkan seketika berjaga ntuk berbasi dengan Ikmal yang kelihatan sedang asyik menonton tv, di perhatikan rupa adiknya yang boleh di kategorikan agak kacak dengan rupa yang seiras Hyubin (pelakon k-pop) berkulit merah cerah tapi sekarang sudah agak di makan hari kerana berkerja off shore,hidung yang mancung, lekukan lesung pipit di kedua pipi warisan keluarga bila tergelak atau tersenyum juga mata yang agak sepet dengan potongan gaya rambut terkini. 'Adik aku ini tak kan la tak laku',bisik hati kecil Lyn."Dik kau cuti kali ini tak travel mana-mana ke?",Lyn menanyakan adiknya yang sangat suka jika bercuti berkunjung dan melawat negara luar. Ya la sejak kematian kedua orang tua mereka, kemana mahu di luangkan masa cuti jika bukan ke rumah along mereka atau rumah dia."Adik nak lepak rumah angah dalam seminggu ini then pergi ke rumah along kejap lepas tu baru gi travel Jepun, cuti adik 3 bulan kali ini nak habiskan annual leave, kan dah hujung tahun ini",Ikmal memberikan schedule nya."Adik, angah mengantuk la pula, angah tidur dulu la, jet leg ni, mata dah berat sangat, kalau nak makan order jer atau kalau rajin - masak, pakai jer apa yang kat dapur tu", ucap Lyn dalam keadaan mata terkebil-kebil menahan gantuk serta mulut yang tidak putus-putus menguap, melaju sahaja kakinya terus menghala ke biliknya untuk tidur."Ye la angah,pergi la tidur, no worry adik dah besar la dah boleh nikah dah pun tak payah la susah hati.!",jawab Ikmal sambil matanya memandang si kakak yang melangkah laju menuju bilik tidur.Tersenyum dia melihat telatah kakaknya itu, salah seorang kesayangan dalam hidup dia.

Bab berikutnya