webnovel

Gunung Abis

Editor: EndlessFantasy Translation

Bulan sabit merah yang menyeramkan bersinar tinggi di langit lompang.

Bentuk hidup logam terbang merentasi langit, disimbahi sinar cahaya merah yang menyeramkan. Linley mengintai ke luar tingkap, melihat istana yang kadangkala muncul di hutan pergunungan nan jauh. Beberapa naga besar, phoenix abadi dan makhluk ajaib tahap Dewa lain terbang mengelilingi istana tunggal itu. Makhluk-makhluk ajaib gergasi itu dibesarkan dalam tawanan.

Di dalam bentuk hidup logam.

"Bos." Bebe sedang memegang gelas wain berkaki. Dia menghirup wain tersebut lalu berkerut. "Adakah kita akan pergi ke Gunung Abis? Buku yang Atuk berikan kepada kita mengatakan yang kawasan itu merupakan kawasan paling bahaya di seluruh Alam Roh. Walaupun saya mahu mengembara ke sana, saya asyik merasakan kata-kata Sayant itu tidak boleh dipercayai."

"Sama ada kata-katanya boleh dipercayai ataupun tidak, kita sendiri tidak pasti buat masa sekarang."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya