webnovel

Keturunan Bebe

Editor: EndlessFantasy Translation

Bayang-bayang hitam memecut merentasi langit Hutan Kegelapan yang begitu luas pada kelajuan yang tinggi lalu lenyap di kaki langit.

Mata kecil Bebe dipenuhi kesedihan dan amarah.

'Aku akan bunuh mereka!' Bebe menunjukkan taringnya. Namun tempat pertama yang dituju Bebe ialah ruang latihan terpencil Linley.

*Swish.* Hari begitu cerah. Walaupun terdapat askar yang sedang berkawal, kelibat bayang-bayang tiba-tiba melintas dan melepasi mereka lalu memasuki ke terowong bawah tanah. Askar-askar itu langsung tidak menyedari makhluk ajaib sudah memasuki kawasan tersembunyi berkenaan.

Di dalam dewan utama terowong bawah tanah.

Barker sudah pun pergi. Linley dan Delia tidak terburu-buru untuk menyambung latihan mereka kerana mereka dalam diam sedang menunggu ketibaan Bebe.

"Bos." Bebe tersedu-sedan lalu menerpa ke dalam pelukan Linley.

"Apa yang tak kena, Bebe?" Linley dan Delia dua-duanya berasa terkejut.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya