Balai menghadap puak Lucas terang-benderang. Satu persatu gadis-gadis cantik keluar dengan menatang dulang dan menghidangkan pelbagai jenis sajian yang lazat. Semua yang hadir saling mengucap selamat dan berbual dengan mesra.
Linley menerima ajaran tegas daripada bapanya sejak kecil lagi. Oleh sebab itu , dia pandai membawa diri. Pada zahirnya, dia kelihatan seolah-olah berbual kosong dengan golongan bangsawan. Namun di dalam hatinya, dia semakin tidak sabar untuk mengakhiri semua ini.
"Duke Bonalt [Ba'na], selamat jalan."
Linley mengucapkan selamat tinggal kepada Duke Bonalt di hadapannya. Selepas itu, dia terus menuju ke arah ketua puak Lucas, Marquis Jebs. Apabila melihat Linley berjalan ke arahnya, dia tahu dia tidak boleh menghindari topik berkaitan dengan pedang perang 'Penyembelih'.
Linley dan Marquis Jebs mengambil tempat di meja di sudut balai menghadap.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com