webnovel

Xiao Yan mendongakkan kepalanya perlahan sejurus sahaja mendengar tawa uzur itu. Dia kebetulan melihat seorang lelaki tua berpakaian putih berpusing ke belakang perlahan-lahan. Rambutnya berwarna putih dan mukanya diselaputi kedutan. Kedua belah matanya kelihatan kecil seperti dimampatkan oleh kedut-kedutan. Bagaimanapun, mata dalam itu mengandungi satu senyuman hangat.

"Senior betul-betul tahu bergurau…"

Xiao Yan memberi salam tumbuk hormat dan berkata hormat.

"Ke ke, saya tidak bergurau. Awak telah mencapai ahli alkimia peringkat ketujuh gred tinggi pada usia muda. Bilangan orang yang boleh mencapai tahap ini di seluruh benua boleh dikira dengan jari-jemari…" Lelaki tua berpakaian putih itu memandang Xiao Yan berulang kali sambil dia berkata mesra, "Nama saya Xuan Kong Zi. Jika awak tak kisah, awak boleh panggil saya Tuan Xuan. Dulu, saya kawan rapat cikgu awak, Yao Chen. Tidak melampau untuk awak gelar saya begitu."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya