webnovel

Peperangan Bermula!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Pergi!"

Capella serta tiga lagi Ketua merenung satu sama lain dan terus membuat keputusan!

Penjara Sihir Divine memang terlalu sempit. Jika Anjing Neraka yang menakutkan ini menerjah hanya ada satu sahaja penamat buat mereka walaupun mereka dilindungi oleh Kuasa Divine.

Mereka beredar dulu dengan mengambil kesempatan apabila Anjing Neraka itu sedang tumpukan perhatian kepada Marvin.

Memang tidak terlambat bagi mereka untuk uruskan Anjing Neraka ketika mereka berada di tempat yang lebih lapang.

Tambah lagi Capella sangat cerdik.

Dari tindakan Marvin menutup pagar tersebut, dia dapat tahu perantau dari alam lain ini bukan ingin memusnahkan dunia ini.

Jika Pintu Neraka kekal terbuka, hidupan dari neraka akan terus masuk ke dunia ini. Bukan sahaja Kuil, malah seluruh Bandar Diraja akan musnah malam ini!

Arborea ketika itu akan berhadapan dengan Perang Planar yang sangat panjang.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya