Keadaan sangat tengang di persimpangan jalan ini.
Deceiver dan Pembunuh Hendap itu umpama dua pedang tajam yang berhenti di tengah hayunan. Deceiver melihat dengan penuh fokus pada Batu Pelangi manakala Pembunuh Hendap itu menatap tajam Marvin.
Dan Marvin berdiri seorang diri di depan mereka berdua. Dia bukan sahaja perlu berhati-hati dengan serangan hendap oleh Pembunuh Hendap itu tetapi juga terpaksa melindungi Muse dan rusa muda.
Dia tidak boleh biarkan Deceiver berjaya.
Ini kerana jika sasaran untuk pembalasan adalah Bandar River Shore, Lembah White River akan terkena tempias kerana ada berdekatan.
Jika Pintu Disaster dibuka, siapa tahu berapa banyak nyawa yang tidak bersalah akan menjadi mangsa? Lembah White River pasti akan sengsara kerana ada berdekatan.
Tambahan lagi, disebabkan perjanjian dengan Madeline, Bandar River Shore boleh dianggap bawah naungan dia.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com