Zhang Yang terus pergi ke arah Han Ying Xue dengan laju.
Disebabkan Han Ying Xue tidak berbuat apa-apa dan hanya mengikuti bos, dia berasa bosan dan hanya membebel di telinga Zhang Yang sepanjang masa. Sementara Zhang Yang sedang berlari ke arahnya, Han Ying Xue bertanya kepada Zhang Yang soalan-soalan peribadi seperti siapa cinta pertamanya, siapa yang dah pernah bersama dengannya…
Tanah Terbiar Langit Beku memang sangat besar. Bos ini terletak hampir sejauh separuh peta. Dia perlu menunggang selama setengah jam baru dia dapat nampak titik berkelip milik Han Ying Xue pada peta kecilnya. Titik berkelip untuk kawan bermaksud jarak antara mereka adalah kurang daripada 100 meter.
FUU RA RA…
Kuda Perang Berangkanya meraung sambil kaki depannya terapung di udara apabila Zhang Yang menarik tali pengikat kudanya. Zhang Yang berhenti apabila dia sampai di sisi Han Ying Xue. Perempuan ini sedang terbersin secara tidak terkawal semasa dia sampai.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com