webnovel

Hamba-hamba Abdi

Editor: EndlessFantasy Translation

Langkah Leylin tidak berhenti sehingga dia keluar dari Pasar Ellinel.

Jalan keluar berada di pinggir kampung itu dan sebenarnya berada di bawah timbunan rumput kering. Ia juga dijaga oleh lelaki berjubah hitam dengan lencana Redbud.

"Cip A.I.! Mula mengimbas kawasan sekeliling!" Leylin mengarah selepas berjalan keluar dari kampung itu.

Satu skrin bercahaya biru terang dipapar oleh Cip A.I. di hadapan mata Leylin. Ia dengan jelas mengenalpasti seseorang sedang mengikut Leylin secara senyap dari belakang. Dalam keseluruhan paparan biru terang itu, titik merah kelihatan sangat jelas.

[Sasaran dikenal pasti. Pentafsiran kekuatan sebagai pembantu paderi tahap 2. Tiada artifak ajaib didapati!] Suara Cip A.I. kedengaran.

"Hanya pembantu paderi tahap 2 ya? Nampaknya bukan daripada puak yang besar, tetapi hanya seekor anjing tamak yang mengejar kekayaan!"

Mata Leylin bersinar dengan dingin, "Jika aku tidak mempunyai rancangan lain..."

Pembantu paderi tahap 2 yang mengikut Leylin itu kelihatan sabar. Hanya selepas Leylin berada berbelas-belas batu jauh dari kawasan pasar, baru dia membuat serangan hendap!

*Whoosh!* Tiba-tiba dua bola lumpur muncul dari bawah kaki Leylin, berubah menjadi dua tangan berwarna coklat-kuning yang memegang buku lali Leylin dengan kuat.

Satu pisau belati bermandikan cahaya ungu segera menikam ke arah belakang Leylin.

"Kejayaan!" Penyerang hendap pembantu paderi itu menjerit di mana wajahnya penuh dengan kegembiraan. Dia akhirnya sedar yang Leylin telah hilang secara misteri, bertukar menjadi pokok menjalar berduri yang membelit tubuhnya.

Duri-duri tanpa belas kasihan menusuk ke dalam dagingnya. Pembantu paderi itu juga dapat merasa pokok menjalar itu seolah-olah hidup dan menghisap darahnya dengan tamak.

"Celaka! Ia seekor golem! Sihir apa ini! Penjelmaan Bayangan? Pokok-Pokok Menjalar Hisap?" Ketika pembantu paderi itu kehilangan jumlah darah yang banyak, ia menjadi gila.

"Ah! Awak tidak boleh buat begini! Tolong… tolong lepaskan saya..."

Pembantu paderi itu merayu. Malangnya, pokok-pokok menjalar itu segera menggeliang-geliut dan menutup mulutnya.

*Bang!* Kesan sihir itu hilang, dan hanya tinggal mayat pembantu paderi yang kerepot itu di atas tanah.

Leylin tidak pernah berbelas kasihan ketika menentang musuh-musuhnya.

...

Hari kedua, Leylin sekali lagi melawat pasar itu.

"Tuan! Adakah tuan perlukan penunjuk jalan? Saya hanya kenakan bayaran 1 kristal ajaib!" Budak-budak kecil masih membuat bising di pintu masuk.

Hari ini Leylin telah menukar pakaian. Dan untuk penyembunyian diri yang selamat, dia juga telah mengubah paras rupa.

Walaupun wajahnya yang sebelum ini palsu, tiada jaminan kesan sihir istimewa yang dapat menembus dan melihat melalui jubah itu.

Bagi gelombang tenaga dan jenisnya, Leylin tidak terlalu bimbang mengenai perkara itu. Semalam dia sengaja mengelak Magi rasmi, jadi gelombang tenaganya tidak direkod.

Untuk menangkap gelombang-gelombang tenaga yang dihasil oleh daya rohani, seorang Magus rasmi perlu membuat persediaan yang cukup terlebih dahulu. Tiada seorang Magi yang mempunyai masa yang begitu lapang.

"Awak!" Leylin secara rawak memilih seorang budak perempuan kecil.

"Terima kasih! Tuan, saya sangat biasa dengan tempat ini!" Budak perempuan kecil itu gembira. Dia memakai gaun berwarna putih dan kelihatan agak kurus.

Setelah melempar satu kristal ajaib kepada perempuan itu, Leylin berkata dengan perlahan, "Saya ingin masuk kawasan yang bertahap lebih tinggi!"

Dia mengubahsuai suaranya supaya berbeza dari hari sebelumnya.

"Kawasan bertahap lebih tinggi? Maksud tuan... Tahap kedua?" Perempuan kecil itu teragak-agak menanya.

"Sudah tentu!" Ini saat-saat yang ditunggu oleh Leylin dengan sabarnya untuk mencuba mencari pengalaman yang lebih setelah datang ke pasar ini beberapa kali. Pasar-pasar ini tidak begitu besar, dan Leylin selalu rasa ada sesuatu yang tidak kena. Sumber-sumber tertentu yang berharga tiada di pasar ini. Budak-budak kecil yang sanggup menjadi penunjuk jalan ini kemungkinan besar berdiri di sini menunggu pelanggan-pelanggan yang kuat dan berpotensi tinggi untuk membawa mereka ke kawasan yang lebih tersembunyi.

"Oleh sebab tuan tahu tentang tahap kedua, maka tuan juga harus ketahui yang jikalau tuan tidak mempunyai item bernilai lebih daripada 1000 kristal ajaib atau penjamin, tuan tidak boleh masuk."

"Sewajarnya saya ada! Sila tunjukkan jalan!" Gadis kecil itu mengangkat kepalanya, namun dia tidak dapat melihat ekspresi di sebalik jubah Leylin. Dia hanya dapat menundukkan kepalanya dan tunjukkan jalan.

"Walaupun terdapat banyak Magi rasmi di tahap kedua, tiada pilihan lain. Dua formula kuno, Posyen Azure, dan Air Mata Mary, bersama kebanyakan bahan-bahan belum dikumpul oleh Leylin. Jika saya tidak dapat menemunya di sini, pasaran Magus yang terbesar ini, maka tiada peluang lagi. Saya hanya boleh mencari bahan-bahan pengganti!"

Ekspresi Leylin agak gelap. Semasa perjalanan, dia menjual beberapa posyen sepanjang perjalanan dan membuat yang terbaik untuk mengumpul semua bahan untuk kedua-dua posyen kuno itu. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu kejayaan yang sedikit setakat ini. Pasar Ellinel, perhimpunan Magi kedua terbesar selepas Akademi Abyssal Bone Forest. Jika dia tidak dapat mencari barang keperluannya di sini, maka Leylin tidak dapat berbuat apa-apa.

Leylin mengikutbudak perempuan kecil itu. Mereka tiba di sebuah lorong yang agak sunyi.

Dia mengetuk batu yang terdapat di sudut dinding itu.

*Bang!* Dinding lorong itu beralih, di mana laluan bawah tanah terdedah.

"Di sini!" Perempuan kecil itu berkata dengan lembut, seolah-olah sangat takut.

"Sila tunjukkan jalan!" Leylin mengikut perempuan kecil itu dan mereka terus berjalan ke bawah. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di sebuah pintu di penghujung laluan.

Dua pembantu paderi tahap 3 memakai jubah merah berdarah berdiri sebagai pengawal. Menurut imbasan Cip A.I., mereka mempunyai beberapa artifak ajaib. Ini membuat Leylin sedikit terkejut. Pada masa yang sama, diri dia penuh dengan rasa ingin tahu terhadap pasar di sebalik pintu itu.

Budak perempuan kecil itu melangkah ke hadapan dan bercakap dengan kedua-dua pembantu paderi itu sebelum berjalan kembali ke arah Leylin. Dia menunduk hormat, "Tuan yang paling dihormati, saya hanya boleh membawa tuan sejauh ini!"

Apabila dia selesai bercakap, dia bergegas dan berlari kembali menerusi tangga tadi dan hilang ke dalam kegelapan.

"Nampaknya ada sesuatu dalam pasaran premium ini yang menakutkannya!" Fikir Leylin semasa dia berjalan ke arah dua pembantu paderi itu.

"Satu barang bukti, atau barang bernilai sekurang-kurangnya 1000 kristal ajaib!" Seorang pembantu paderi berjubah merah itu berkata dengan dingin. Sambil berdiri di hadapan mereka, Leylin dapat berasa ratapan roh-roh yang sedang berduka terapung-apung di sekeliling mereka.

"Orang-orang yang sangat menakutkan!" Leylin berfikir secara mendalam. Dia membaling satu karung kecil yang mengandungi 10 kristal ajaib gred-tinggi.

Pembantu paderi berjubah merah itu membuka dan melihat sebelum melempar kembali karung itu ke Leylin. Dia kemudian membuka pintu di belakangnya.

Leylin berjalan perlahan-lahan. Hanya selepas pintu besar itu tertutup di belakangnya, dia berminat untuk memerhati kawasan di hadapannya itu.

Kawasan ini kemungkinan besar berada di bawah pasar awal tadi. Kawasan permukaannya lebih kecil, hanya mempunyai satu jalan yang merentasinya.

Dari semasa ke semasa Magi akan berjalan melintasinya. Oleh sebab ia tidak begitu sesak, jarak antara pejalan kaki agak jauh. Hampir tiada pembantu paderi tahap 1 di sini. Pembantu paderi tahap 2 juga sangat sedikit. Kebanyakan orang di sini terdiri daripada pembantu paderi tahap 3. Tubuh mereka semua memancar gelombang tenaga yang kuat. Magi rasmi juga agak biasa di sini.

...

Leylin menarik nafas dan berjalan di jalan tersebut...

Setengah jam kemudian, Leylin berjalan keluar daripada satu pondok batu dengan papan tanda Posyen, mukanya jelas mempunyai tanda-tanda kegembiraan.

Mereka mempunyai bahan-bahan utama yang disebut oleh Kroft, serta bahan-bahan lain, "Ini memang pasar terbesar!"

Bahan-bahan utama untuk kedua-dua posyen kuno itu, Posyen Azure, dan Air Mata Mary yang paling penting sekarang. Manakala untuk bahan-bahan lain, mereka lebih mudah untuk dicari olehnya. Ia melebihi jangkaan Leylin kalau dia ingin membelinya sekali gus.

Leylin telah berbelanja lebih separuh daripada 1000 kristal ajaib yang dia sediakan untuk membeli bahan-bahan ini. Namun, dia berpuas hati dan berasa perbelanjaan itu berbaloi.

Sambil menyimpan bahan-bahan itu, dia perlu mencari tempat yang selamat dan mulakan pembancuhan posyen-posyen itu. Anginnya agak baik. Dia juga berasa cenderung untuk berjalan-jalan sedikit lagi.

Barang-barang di sini ternyata mempunyai gred yang lebih tinggi daripada pasaran di atas. Leylin juga melihat artifak keris ajaib gred-rendah.

Walau bagaimanapun, harganya sekurang-kurangnya 400 kristal ajaib, yang segera membuat Leylin berhenti berasa bertuah.

Tiba-tiba, Leylin mendengar bunyi riuh-rendah yang membuat dia terkejut. Dia mengesan suara-suara ini dan membuat penemuan baru.

"Pasaran hamba?"

Apa yang dilihat oleh Leylin di hadapannya merupakan kawasan berpagar yang besar. Ramai hamba yang telanjang berdiri di belakang pagar-pagar itu. Wajah mereka menunjuk sama ada sikap acuh tak acuh atau keseganan yang melampau sambil membenarkan pembantu-pembantu paderi dan Magi membuat pilihan mereka.

"Kebetulan! Saya pun perlukan beberapa hamba sendiri! "

Leylin bercadang untuk menetap di Bandar Esktrem Malam selama 3 tahun. Dia tidak dapat mengurus segala urusannya seorang diri. . Pada asalnya, dia mempunyai rancangan untuk merekrut beberapa pengawal dan pembantu apabila dia sampai di sana, tetapi beberapa hamba gred-tinggi kini mudah didapati.

Lagipun, mereka semua dididik atau dikawal oleh Magi. Ini memberi pemiliknya keselamatan yang lebih baik dan menjamin fungsi mereka.

"Tuan! Apa pendapat tuan? Adakah tuan memerlukan hamba perempuan untuk beradu?" Lihat, semua ini adalah kualiti terbaik, sesetengahnya adalah golongan bangsawan.

Seorang peniaga hamba melihat Leylin berjalan ke hadapan. Peniaga hamba itu segera menepuk buah dada sekumpulan hamba perempuan di belakangnya, yang memberi kesan gelombang.

Di belakangnya terdapat belasan wanita bangsawan yang telanjang. Kulit mereka sangat licin, dan tubuh badan mereka agak mantap. Walaupun mereka adalah hamba, aura kaum bangsawan mereka tidak dapat dibendung.

"Bagaimana mereka berakhir di sini? Maksud saya, sebagai ahli-ahli bangsawan, bukankah ini akan menjadi satu masalah?" Leylin bertanya kehairanan.

"Jangan risau, ini semua ahli bangsawan yang berjuang dan kalah dalam pertempuran. Kebebasan mereka telah lama dirampas dan keluarga mereka telah dimusnahkan. Mereka secara sah sepatutnya dihukum mati. Tidak akan ada masalah langsung."

Peniaga itu dengan tegas menjelaskan.

Leylin menoleh ke belakang dan ternampak seorang bangsawan wanita yang sedang ditarik keluar. Jelas ternyata seorang bangsawan wanita muda berdiri di sana. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada memikir akan bangsawan wanita muda yang ditemuinya sebelum ini di dalam hutan. Jika dia gagal membalas dendamnya, siapa tahu dia akan dijual di tempat ini juga.

"Bagaimana dengan mereka? Beli satu pasangan, dan terpulang kepada tuan bagaimana tuan ingin menggunakan mereka! Selepas tuan bosan dengan mereka, tuan boleh menggunakan mereka untuk eksperimen-eksperimen tuan. Walaupun mereka mati, ia bukan satu masalah!" Peniaga itu melakukan yang terbaik untuk menarik minatnya.

Leylin menggeleng kepalanya, "Saya ingin membeli beberapa pengawal, lebih baik jika mereka bertahap Satria. Selain itu, saya memerlukan beberapa pembantu untuk eksperimen-eksperimen saya!"

"Kalau begitu," peniaga itu mengusap dagunya, "Apa yang tuan cari adalah hamba-hamba premium, dan harganya sangat mahal! Sudah tentu, pelanggan-pelanggan di sini semua berkebolehan. Sila ikut saya!"

Leylin berjalan mengikut peniaga itu dan ternampak ramai hamba. Ada di antara mereka pemuda-pemuda bertubuh tegap dan beberapa orang masih budak-budak lagi. Mereka semua merenung ke luar daripada belakang pagar kelihatan takut. Dari semasa ke semasa, beberapa Magi menuding jari ke arah mereka atau berjalan ke hadapan untuk memeriksa mereka.

Leylin juga melihat sekelompok Magi yang mengelilingi beberapa beastmen dan hamba-hamba spesies laut, untuk membida ke atas mereka.

Peniaga itu menarik Leylin ke dalam sebuah khemah besar, dan memanggil seorang yang gemuk ke mari, "Ini kawan saya, Dylan. Dia pasti mempunyai beberapa barangan premium."

Leylin tidak tahu apa yang dibisikkan oleh Dylan kepada peniaga itu, tetapi selepas beberapa minit, peniaga itu tertawa bersungguh-sungguh sambil berjalan pergi. Kemudian, Dylan tersengih ke arah Leylin dan berkata, "Wahai tetamu yang dihormati, saya memahami keperluan awak! Kami baru menerima sekumpulan hamba premium baru, sila ikut saya!"

Bab berikutnya