"Minyak zaitun? Tepung? Kamu ingat saya siapa, cikgu sekolah rendah?" Huo Mian ketawa…
"Apa yang kelakar?"
"Sayang, boleh tak jangan kelakar sangat? Bahagian Selatan ialah pusat pemulihan mewah, kamu baru sahaja rendahkan status kami, melangkau begitu banyak tahap!"
"Habis tu, apa semua tu?"
"Produk kecantikan. Semua tu bukan dari hospital, Huo Siqian bagi pada saya."
"Huo Siqian?" Qin Chu terkaku seketika dan Huo Mian mengangguk.
"Ya, atas beberapa sebab, dia datang untuk selesaikan akaun Syarikat Huo awal pagi tadi… Bila dia tengok saya, dia kata saya ada lingkaran hitam dan dia nak bagi beberapa topeng mata. Kemudian, pada waktu tengah hari, pembantunya datang dengan semua barang ni. Mungkin dia nak saya iklankan produk terbaru Syarikat Huo."
"Ya, mungkin juga." Qin Chu tidak berkata apa-apa dan tidak menunjukkan tanda cemburu…
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com