webnovel

Kembali ke Tujuh Belas (5)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ya, tapi saya tak pasti. Buat masa sekarang, saya tak ada bukti."

"Jadi macam mana kamu tahu ada orang menghendap kamu?" tanya Jiang Xiaowei.

"Saya boleh rasa, perasaan saya kuat sangat… saya rasa ada sepasang mata yang tengok saya sejak saya pergi kerja pagi ni dan dekat hospital selepas mesyuarat pagi saya. Tapi, saya tak nampak mereka. Ia perasaan yang menakutkan, saya rasa gelisah…" kata Huo Mian dengan resah.

Dia mahu Jiang Xiaowei menganalisa situasi untuknya kerana Jiang Xiaowei seorang pakar psikologi.

Huo Mian mempunyai sikap mempertahankan diri sejak kes penculikannya dan sentiasa memerhatikan semua orang yang berada di sekelilingnya setiap masa.

"Kalau kamu rasa macam tu, ia mungkin benar… perhatikan orang atau kenderaan yang mencurigakan dan rakam mereka," Jiang Xiaowei mengingatkan Huo Mian.

"Tak boleh, itu lebih menakutkan. Saya tak jumpa sesiapa yang mencurigakan dan saya rasa macam semuanya hanya imaginasi."

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya