webnovel

Majlis Perkahwinan Xiaowei (19)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Hei, saya dah cakap ia bukan perkara besar. Janganlah tunduk hormat pada saya macam saya dah mati…" Su Yu berasa sangat tidak selesa apabila melihat Huo Mian bertindak begitu.

"Saya dan Qin Chu sangat berterima kasih sebab kamu dah tolong kami masa kami berada di ambang kematian. Lagipun… saya dengar kamu dah banyak berkorban untuk bantu kami dan kami sangat sangat menghargainya. Saya tahu kamu tak pernah mahukan apa-apa dalam hidup kamu dan mungkin saya tak mampu bantu kamu sebanyak tu, tapi kalau… saya cakap 'kalau' kamu perlukan bantuan saya, beritahu saja dan saya akan buat apa saja yang mampu untuk kamu." Huo Mian benar-benar memaksudkan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya dan bukan sekadar berbahasa-basi. Dia memang mahu membalas jasa Su Yu jika berpeluang.

"Okey… saya cuma harap kalau saya ditahan di Bahagian Selatan lepas ni, Dr. Huo boleh berlembut dengan saya…" gurau Su Yu dan Huo Mian terus ketawa terbahak-bahak apabila mendengarnya.

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com

Bab berikutnya